Categories
Berita Semasa

Rejim Israel roboh 5 bangunan di Nablus dan Lembah Jordan

Isnin, 29-01-2018 – Rejim Israel dengan menggunakan jenkaut bertindak merobohkan 5 buah struktur bangunan dan meratakan tanah pertanian di utara Tebing Barat atas alasan dibina tanpa permit.

Menurut kata Yousef Deriyeh, seorang ahli satu jawatankuasa yang membela masyarakat setempat di bandar Aqraba di Nablus, pihak tentera Israel telah meroboh tiga struktur bangunan dan sebuah bangsal di kawasan Kerzalya berdekatan bandar tersebut.

Sementara itu, Ahmad Ghawanma seorang pemimpin majlis tempatan Jeftlik, sebuah bandar yang terletak di utara Lembah Jordan memberitahu Quds Press, anggota tentera rejim bertindak meruntuhkan sebuah rumah di bandar tersebut serta menolak sehingga rata tanah disekitarnya.

sumber : COMES
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

UNRWA lancar kempen peringkat global elak penutupan.

Khamis, 25-01-2018 – UNRWA adakan sidang akhbar di Semenanjung Gaza berhubung situasi ekonomi Palestin yang bertambah buruk dan krisis dialami agensi itu akibat langkah Amerika terhadap agensi tersebut.

Semasa berucap di sidang akhbar itu, Pesuruhjaya-Jeneral UNRWA, Pierre Krahenbuhl mengumumkan akan melancarkan satu kempen khusus di peringkat antarabangsa dengan tema “Dignity is Priceless” bagi mendapatkan sokongan baru selepas kerajaan AS memotong bantuannya kepada agensi tersebut. “Saya merayu pada penduduk Palestin: samada yang berada di Semenanjung Gaza, Tebing Barat atau negara-negara serantau seperti Lebanon, Jordan dan Syria. Dan saya berdiri bersama kamu,” kata beliau.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Tahanan Palestin dibebaskan setelah dipenjara 20 tahun

Khamis, 25-01-2018 – Rejim Israel (IOA) membebaskan seorang tahanan Palestin pada petang Isnin setelah berada di dalam penjara Israel selama 20 tahun. Sumber tempatan memberitahu wartawan PIC yang tahanan Abdul Hakim Mussa, 39, telah dibebaskan di pos pemeriksaan Tarkomiya setelah 20 tahun dipenjarakan. Beliau disambut dengan gembira oleh saudara-maranya, sumber itu menambah. Musa telah ditahan atas hubungannya dengan sayap ketenteraan Hamas, Briged al-Qassam.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Mike Pence Menyatakan Beliau Berbangga Berada di Jerusalem

Khamis, 25-01-2018 – Timbalan Perdana Menteri Amerika Syarikat, Mike Pence yang tiba di Israel pada petang Ahad lepas selepas kunjungan beliau ke Mesir dan Jordan. Beliau telah menghadiri satu mesyuarat bersama Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan menyatakan bahawa beliau berbangga untuk berada di ibu kota Israel; Jerusalem.

Selain menghadiri pertemuan sulit dengan Perdana Menteri Israel, Pence turut menyampaikan ucapan di parlimen Israel. Dalam ucapannya di parlimen Israel, beliau turut menyatakan bahawa hubungan Israel dan Amerika Syarikat adalah dalam keadaan yang paling kuat dan usaha bersama kearah mencapai keamanan dan keselamatan Israel adalah matlamat bersama Amerika dan Israel.

Kunjungan Pence menerima penghormatan tertinggi dari kerajaan Israel dan ianya turut dihadiri wakil Timur Tengah Whitehouse; Jason Greenblatt, duta US di Israel; Davied Firedman dan duta Israel di Washington; Ron Dermer. Pihak berkuasa Palestin dan pemimpin Kristian Palestin memboikot lawatan Pence sebagai bantahan keatas tindakan US mengiktiraf Jerusalem sebagai ibu kota Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : wea

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Menahan 8 Warga Palestin di Tebing Barat

Khamis, 25-01-2018 – Angkatan Tentera Israel (IOF) telah menahan lapan orang rakyat Palestin di Tebing Barat dan menahan mantan menteri, MP Omar Abdul Razek selama beberapa jam selepas menyerang rumah mereka di Salfit, Tebing Utara.

Tentera IOF memburu bekas tahanan dari Jenin dengan menggunakan ‘drones’ sejak Khamis lepas. IOF turut menyerbu kem pelarian Balata berhampiran Nablus dan menangkap belia dalam sekatan sementara yang diadakan di selatan bandar itu. Satu lagi tempat pemeriksaan sementara didirikan di pintu masuk ke bandar Tel ke barat Nablus.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Mahkamah Israel lanjutkan tempoh penahanan Ahed Tamimi.

Selasa, 23-01-2018 – Mahkamah Tentera Ofer melanjutkan lagi tempoh penahanan Ahed al-Tamimi, remaja Palestin berusia 16 tahun sehingga akhir bulan ini untuk melengkapkan prosedur siasatan.
Perintah lanjutan kali ke lima itu, dipohon pihak pendakwa tentera rejim Israel bagi tujuan menyediakan pendakwaan terhadap gadis tersebut.
Ahed ditahan pihak tentera rejim dalam satu serbuan awal pagi, 19 Disember 2017 di perkampungan Nabi Saleh berdekatan Ramallah atas kesalahan melempang seorang anggota tentera wanita rejim yang bertugas mengusir ahli keluargnya keluar dari hartanah milik mereka sendiri, 4 hari sebelum dia ditangkap.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali
Categories
Berita Semasa

Para aktivis menyeru melindungi warga Gaza di kawasan sempadan.

Selasa, 23-01-2018 – Para aktivis hak asasi manusia pada Selasa menyeru masyarakat antarabangsa agar segera campur tangan menamatkan serangan Israel ke atas warga Palestin di kawasan sempadan Gaza.

Ketika bengkel yang dianjurkan oleh Pusat Hak Asasi Manusia Palestin di bandar Gaza, para aktivis menekankan yang tindakan segera diperlukan untuk menggesa rejim Israel bagi menghentikan keganasan ke atas para pekerja dan nelayan Gaza di Semenanjung Gaza dan perairannya.

Mereka menyeru agar laluan dan sempadan dibuka, kawasan perikanan diperluaskan, dan meminta pihak berkuasa rejim agar membebaskan para tahanan yang ditahan di kawasan ity serta membayar pampasan kepada para pekerja dan nelayan kerana barang mereka dirampas, juga akibat kerosakan ketika serangan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

14 Ahli Parlimen Palestin Ditahan Sepanjang 2017

Khamis, 18-01-2018 – Angkatan Tentera Israel (IOF) mengetatkan lagi sekatan yang dibuat pada 2017 terhadap Ahli Parlimen Palestin, menangkap 14 daripada mereka termasuk tiga wanita. Pusat Kajian Tahanan Palestin menegaskan bahawa Israel berterusan sejak tahun 2006 menyasarkan anggota Majlis Perundangan Palestin (PLC), dengan menangkap 60 daripadanya.

14 orang Ahli Parlimen ditahan pada 2017, lima daripada mereka baru-baru ini dibebaskan, manakala 12 masih ditahan di penjara Israel.
Penangkapan Anggota Parlimen Palestin adalah satu ukuran politik yang melanggar langsung kepada undang-undang dan konvensyen antarabangsa.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Polis Israel merampas gerai, mengenakan denda terhadap rakyat Palestin berhampiran Aqsa

Khamis, 18-01-2018 – Kakitangan dan polis perbandaran Israel pada hari Ahad merampas gerai Palestin dan mendenda penjual pejalan kaki di pinggir al-Majlis Gates, salah satu pintu masuk ke Masjid al-Aqsa di Jerusalem.

Penyelaras media di Jabatan Imigresen Islam Firas al-Dabs berkata polis Israel merampas gerai yang terletak berhampiran al-Majlis Gate dan mengenakan penjual Palestin dengan denda yang tinggi.

Al-Dabs berkata langkah itu menjadi sebahagian daripada tindakan keras yang dirancang oleh pihak berkuasa Israel dalam cubaan memaksa orang Palestin keluar dari Baitulmuqaddis.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Norshuhada Samudin

Categories
Berita Semasa

Ramai dilaporkan cedera dalam rusuhan yang meletus di Nablus.

Khamis, 18-01-2018 – Beberapa orang penduduk Palestin cedera dalam rusuhan terbaru yang meletus di bandar al-Laban, selatan Nablus selepas pihak keselamatan rejim Israel menyerbu bandar tersebut.

Menurut sumber yang menyaksikan kejadian tersebut menjelaskan, pihak rejim menceroboh masuk bandar itu dan menutup jalan masuk utamanya dengan menyekat pergerakkan kenderaan di kedua-dua arah. Tambah sumber itu lagi, penduduk tempatan telah dipaksa menggunakan laluan lain.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Pegawai Hamas cedera dalam letupan bom kereta di Lubnan

Khamis, 18-01-2018 – Seorang pegawai Palestin dilaporkan cedera pada Ahad dalam letupan bom kerea di selatan Lubnan, bandar Sidon.

Datuk Bandar Sidon memberitahu Radio Suara Lubnan yang letupan itu berlaku ketika lelaki yang cedera itu, Mohammed Hamdan, membuka pintu keretanya. Tiada orang lain yang cedera ketika letupan itu. Gerakan Hamas menafikan berita yang salah seorang pemimpinnya terbunuh dalam serangan Sidon.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Tentera Rejim Zionis merampas kamera keselamatan di Jenin

Khamis, 18-01-2018 – Tentera Israel bertindak merampas beberapa kamera keselamatan di beberapa kawasan di Jenin pada Ahad lepas. Sumber tempatan menyatakan beberapa kenderaan tentera Israel menyerbu bandar itu dan merampas kamera keselamatan yang dipasang sepanjang jalan Arab Ameraican University di Jenin.

Tindakan yang sama turut diambil di bandar Zababda dan pintu masuk selatan Jenin. Tindakan ini merupakan sebahagian dari usaha pihak Israel untuk mengenalpasti penembak yang membunuh pendatang haram Yahudi di kawasan Nablus.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : wea

Categories
Berita Semasa

Kumpulan Puak Palestin: PCC Harus Membuat Empat Keputusan di Peringkat Kebangsaan

Khamis, 18-01-2018 – Kumpulan puak Palestin menggesa Majlis Pusat Palestin (PCC) untuk mengeluarkan empat keputusan penting termasuk mengisytiharkan
berakhirnya Perjanjian Oslo, menamatkan penyelarasan keselamatan, membatalkan pengiktirafan Israel, dan memansuhkan sekatan terhadap tahanan Palestin di Tebing Barat.

Kumpulan itu berkata dalam satu sidang akhbar di bandar Gaza baru-baru ini bahawa PCC seharusnya bertindak balas terhadap pengiktirafan Presiden AS, Donald Trump terhadap Baitulmaqdis sebagai ibukota Israel.

Pemimpin Jihad Islam, Ahmad al-Modallal berkata, pertemuan PCC sepatutnya didahului oleh pertemuan Rangka Kerja Kepimpinan Sementara Organisasi Pertahanan Palestin untuk mempersiapkan isu-isu yang akan dibahas dan mengembangkan strategi untuk membidas keputusan Trump.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Tahan 3 Gadis di Masjid Ibrahimi

Isnin, 15-01-2018 – Angkatan Keselamatan Israel (IOF) pada Khamis malam menahan 3 beradik perempuan Palestin berhampiran Masjid al-Ibrahimi, Al-Khalil selepas didakwa menjumpai pisau kepunyaan mereka.

Menurut agensi berita WAFA, askar IOF menghalang pengawal di tanah suci itu dari menghampiri dan campur tangan untuk melepaskan tiga gadis yang berasal dari kem pelarian al-Aroub, utara al-Khalil, selatan Tebing Barat.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Pertempuran baru di Tebing Barat antara pihak keselamatan Israel dan warga Palestin.

Isnin, 15-01-2018 – Satu pertempuran sengit dan kian memuncak diberitakan telah berlaku di daerah al-Khalil, wilayah selatan Tebing Barat dan Bethlehem di antara pihak keselamatan rejim Israel dengan penduduk Palestin yang anti penjajah.

Menurut wakil pemberita Palestinian Information Center (PIC) di Tebing Barat melaporkan, beberapa buah kenderaan tentera Israel telah menyerbu masuk ke bandar Sa’ir yang terletak di timur al-Khalil tetapi tidak lama sebelum anggota tentera rejim yang lengkap bersenjata datang dan menghujani kawasan kediaman itu dengan peluru getah dan bom tangan mengandungi gas pemedih mata.

Sebaliknya, penunjuk perasaan yang terdiri dari pemuda warga Palestin bertindak balas menyerang pasukan peronda rejim Israel itu dengan melempar batu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali