Khamis, 22-09-2022 – Pejuang penentangan Palestin melakukan dua operasi menembak terhadap pasukan Rejim Zionis di kawasan berbeza di Jenin.
Menurut media Hebrew, lelaki bersenjata warga Palestin telah melepaskan tembakan ke arah pangkalan tentera Salem di barat Jenin.
Jurucakap tentera Israel berkata bahawa sejumlah peluru ditemui di dalam pangkalan berkenaan selepas tentera mendengar tembakan dan menggeledah kawasan itu, sambil menambah usaha memburu penembak telah dilancarkan.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Neina Mukhtar
Khamis, 22-09-2022 – Pasukan penjajah Israel, Selasa (20/9) menjalankan operasi penangkapan besar-besaran di Tebing Barat dan Al-Quds. Seramai 13 warga Palestin ditangkap setelah menggeledah rumah mereka dan memeriksa serta melakukan soal-siasat. Beberapa sumber tempatan melaporkan, penangkapan terpusat di Ramallah (Tebing Barat Tengah), Betlehem (selatan) dan Al-Quds terjajah.
Pihak militan Israel mengatakan bahawa anggota mereka menjadi mangsa lontaran batu, ketika melakukan penggeledahan ke beberapa kawasan di Tebing Barat. Disebutkan, salah seorang tentera dibawa ke hospital setelah terkena batu dalam pertempuran di Qurah Badwi, Barat Daya Al-Quds.
Pasukan penjajah Israel menjalankan operasi penangkapan hampir setiap hari di Tebing Barat dan Al-Quds, kemudian membawa mereka yang ditangkap ke pusat soal-siasat sebelum dipindahkan ke pusat penahanan atau ke penjara.
sumber : https://melayu.palinfo.com penterjemah : Osman
Khamis, 22-09-2022 – Perkembangan serius berlaku dalam beberapa jam lalu mengenai kesihatan banduan warganegara Palestin yang dijangkiti kanser, Nasser Abu Hamid, yang berdepan kematian di rumah sakit penjara Ramla, menurut Persatuan Tahanan Palestin (PPS).
“Abu Hamid mula mengalami lumpuh hampir keseluruhan badan, sakit teruk pada tulang belakang dan komplikasi kesihatan lain,” kata PPS dalam satu kenyataan pada hari Selasa.
PPS menegaskan bahawa tiga saudara lelakinya dapat melawatnya hari ini di penjara Ramla berikutan tekanan daripada banduan lain terhadap penjara Israel, sambil menambah bahawa mereka dibenarkan melihatnya di bilik pelawat semasa mereka digari dan diiringi oleh lapan orang pegawai penjara.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Amrul Azmi Mizan
Rabu, 21-09-2022 – Rejim Zionis menyerang beberapa rumah milik orang awam Palestin di Tebing Barat al-Khalil pada petang Isnin.
Rejim itu menyerbu beberapa rumah milik keluarga al-Haymouni di al-Khalil, menggeledah rumah dan merosakkan harta benda mereka. Sementara itu, tentera Israel menyediakan pusat pemeriksaan sementara di persimpangan utama al-Khalil dan mengenakan sekatan ke atas pergerakan kenderaan Palestin.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Neina Mukhtar
Rabu, 21-09-2022 – Suruhanjaya Tahanan dan bekas Tahanan Palestin berkata, tahanan Palestin Ayham Kamamji menderita akibat pelbagai masalah kesihatan di penjara Eshel, tetapi beliau cuma diberi ubat penahan sakit.
Dalam kenyataan pada Isnin, suruhanjaya itu menjelaskan bahawa tahanan Kamamji, yang sedang ditahan di sel pengasingan, mengadu sering sakit kepala, vertigo, sakit di mata dan bahu, dan darah tinggi. Keadaan kesihatannya semakin teruk sejak disoal siasat secara agresif di pusat tahanan Jalamah.
Suruhanjaya itu menuduh perkhidmatan penjara Israel menangguhkan rawatan perubatan untuk beliau.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Rabu, 21-09-2022 – Pasukan penjajah Zionis membebaskan Pengarah Masjidil Aqsha, Syeikh Umar al-Kaswani, setelah beberapa jam ditahan.
Sebelumnya pasukan polis Israel bersama pasukan perisikan menggeledah rumah Syeikh al-Kaswami di kota al-Thur dan menyita telefon dan komputer kemudian membawanya ke pejabat pusat soal siasat di kota Al-Quds.
Penangkapan Syeikh al-Kaswani disebabkan pernyataannya di beberapa media dan membongkar pelanggaran Israel terhadap Masjidil Aqsha.
Beberapa hari sebelumnya Syeikh al-Kaswani mendapat ancaman dari pihak perisikan Israel untuk menahannya dari Masjidil Aqsha jika terus menyampaikan pernyataan kepada media yang dilihat mengganggu pemerintahan Israel dan tidak dapat diterima pihak zionis.
Penjajah zionis terus melancarkan tindakan Yahudinisasi terhadap kota Al-Quds dan berusaha mengambil pentadbiran penuh Masjidil Aqsha melalui penahanan para tokoh di Al-Quds dan para aktivis yang menentang dan melawan tindakan Zionis.Ia termasuk beberapa aktivis dan pegawai Masjidil Aqsha ditahan dan dilarang masuk ke Al-Aqsha dalam tempoh seminggu hingga 6 bulan.
sumber : https://melayu.palinfo.com penterjemah : Osman
Rabu, 21-09-2022 – Pihak berkuasa pencerobohan Israel (IOA) pada hari Isnin memutuskan untuk melanjutkan perintah penahanan pentadbiran wartawan Palestin, Bushra al-Tawil selama tiga bulan untuk kali ketiga berturut-turut.
Ibu banduan al-Tawil terkejut dengan keputusan Israel untuk melanjutkan tahanan pentadbiran anak perempuannya, dengan menegaskan bahawa IOA melanggar semua janjinya untuk tidak melanjutkan penahanan Bushra.
Pada 21 Mac 2022, Bushra telah ditangkap oleh pasukan pendudukan Israel di pusat pemeriksaan Za’tara di selatan bandar Nablus, Tebing Barat.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Amrul Azmi Mizan
Selasa, 20-09-2022 – Anggota keluarga tentera Israel yang ditahan di Semenanjung Gaza melakukan protes berhampiran sempadan utara Gaza pada hari Ahad, yang menghalang laluan berpuluh-puluh bas yang membawa pekerja Palestin dari enklaf ke tempat kerja mereka di wilayah Palestin yang diduduki.
Salah seorang penunjuk perasaan berhampiran persimpangan Erez menegaskan bahawa “Tindakan itu ditujukan kepada Benny Gantz,” Menteri Tentera Israel yang merupakan ketua kakitangan semasa serangan 2014 ke atas Gaza.
Bapa askar Israel Hadar Goldin, Simcha, dipetik sebagai berkata bahawa dia tidak dapat membayangkan pekerja Arab untuk masuk dari Gaza sebelum askar-askar itu dibawa pulang.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Neina Mukhtar
Selasa, 20-09-2022 – Pasukan pencerobohan Israel (IOF) menahan empat orang pemuda Palestin di beberapa kawasan di Tebing Barat pada petang hari Ahad.
Sumber tempatan melaporkan bahawa IOF menangkap bekas banduan Palestin, Iyad Taqatqa di bandar Beit Fajjar, selatan bandar Baitullaham, di Tebing Barat.
Dalam kejadian berkaitan, IOF menahan pemuda Palestin, Mohammad Al Helali di pintu masuk timur bandar Qalqilya di Tebing Barat.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Amrul Azmi Mizan
Selasa, 20-09-2022 – Seorang wanita Palestin diisytiharkan meninggal dunia pada Sabtu akibat kecederaan yang dialaminya pada tahun 2006 apabila bot bersenjata Israel membunuh keluarganya di pantai Beit Lahia utara Semenanjung Gaza.
Amina Ghalia, kakak Huda Ghalia, meninggal di Mesir setelah menerima rawatan perubatan selama 26 tahun akibat cedera teruk dalam serangan Israel, demikian menurut sumber keluarganya.
Pada 9 Jun, 2006, bot bersenjata Israel melancarkan serangan peluru ke atas keluarga Ghalia, membunuh bapanya, ibu tirinya dan lima adik-beradiknya ketika sedang berehat di pantai pada Jumaat.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Isnin, 19-09-2022 – Jawatankuasa Muslim-Kristian bagi Menyelamatkan Jerusalem dan Tempat Sucinya pada hari Rabu memberi amaran tentang peningkatan kempen pengusiran secara paksa yang dilancarkan oleh Rejim Zionis terhadap masyarakat Badwi di pinggir Jerusalem.
Dalam satu kenyataan akhbar, Jawatankuasa itu berkata pengeluaran notis pengusiran terhadap berpuluh-puluh keluarga Badwi merupakan peningkatan yang serius dalam dasar pembersihan etnik oleh Israel dan pemindahan paksa penduduk Palestin dari tanah mereka.
“Perintah pengusiran yang semakin meningkat yang berbetulan dengan rampasan tanah yang tidak pernah berlaku sebelum ini dan kempen perobohan rumah terhadap tanah dan rumah Palestin mencerminkan rancangan Israel untuk memperluaskan perang terbukanya terhadap Jerusalem,” dakwa Jawatankuasa itu, sambil menambah bahawa rancangan sedemikian bertujuan untuk menukar haluan Jerusalem kepada Judaisme dan melenyapkan mercu tandanya.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Neina Mukhtar
Isnin, 19-09-2022 – Rejim zionis pada Rabu memusnahkan dua rumah warga Palestin di bandar Lod atas alasan pembinaannya tidak berlesen.
Menurut laman web Arab48, jentolak-jentolak mula memusnahkan dua rumah milik keluarga Shawahna setelah polis rejim membuat sekatan di kawasan itu pada waktu pagi.
Saksi mata menyatakan yang polis rejim menyerang sejumlah warga daripada keluarga tersebut apabila mereka cuba menghalang pemusnahan rumah.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Isnin, 19-09-2022 – Puluhan pemuda Palestin mengalami masalah pernafasan semasa serbuan oleh pasukan pencerobohan Israel (IOF) di perkampungan Burqa di barat laut bandar Nablus Tebing Barat pada hari Rabu.
“Askar Israel melepaskan bom gas pemedih mata ke arah pemuda Palestin, menyebabkan berpuluh-puluh daripada mereka mengalami masalah pernafasan semasa pertempuran yang meletus sebagai tindak balas kepada serbuan Israel di perkampungan Burqa,” Ghassan Douglas yang bertanggungjawab ke atas fail penempatan di bahagian utara Tebing Barat memberitahu agensi berita WAFA.
Laporan yang dikeluarkan oleh PIC mengatakan bahawa 832 serangan penentangan Palestin telah dilaporkan pada Ogos 2022, dengan 73 serangan tembakan telah dilakukan di bandar Nablus dan Jenin, Tebing Barat.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Amrul Azmi Mizan
Khamis, 15-09-2022 – Delegasi peringkat tertinggi Gerakan Hamas bertemu dengan pegawai Rusia di Moscow sebagai sebahagian daripada lawatan semasa ke negara itu pada hari Selasa.
Dalam satu kenyataan ringkas, Gerakan itu berkata delegasi kanan Hamas yang diketuai oleh pengerusi biro politiknya Ismail Haneyya, bertemu dengan Leonid Slutsky, Pengerusi Jawatankuasa Duma Negeri Rusia bagi Hal Ehwal Antarabangsa, dan Grigory Karasin, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Negeri Majlis Persekutuan Rusia di Moscow.
Isu Palestin dan perkembangan serantau dan antarabangsa telah dibincangkan pada pertemuan itu, tambah kenyataan berkenaan.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Neina Mukhtar
Khamis, 15-09-2022 – Banduan Palestin yang diserang barah, Nasser Abu Hamid telah menolak cadangan peguamnya untuk mengemukakan petisyen pengampunan kepada presiden Israel untuk membebaskannya.
“Cadangan ini dibuat selepas semua prosedur undang-undang yang ada untuk membebaskan Abu Hamid telah habis digunakan,” kata ketua Persatuan Tahanan Palestin (PPS), Qaddoura Faris dalam ucapannya pada sidang mingguan yang diadakan pada hari Selasa di pejabat Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah di bandar Al-Bireh, Tebing Barat.
Faris menambah bahawa pentadbiran penjara Israel menolak saranan perubatan baru-baru ini yang dinyatakan oleh hospital Israel Assaf Harofeh untuk membebaskan Abu Hamid bagi mendapatkan rawatan yang diperlukannya.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Amrul Azmi Mizan