Categories
Berita Semasa

Uskup Agung Hanna menyeru agar perpecahan di Palestin dihentikan

Isnin , 13-05-2019 – Uskup Agung Sebastia dari Gereja Ortodoks Baitulmuqaddis Atallah Hanna pada Rabu berkata, tindakbalas yang paling baik ialah dengan mempertingkatkan usaha menghentikan perpecahan dalaman Palestin.

Hanna berkata, perpecahan dalaman Palestin ialah satu situasi tidak wajar yang mesti ditangani secepat mungkin. Beliau juga memberi amaran yang rejim Israel sedang mengambil kesempatan daripada situasi ini untuk terus menguasai Palestin.

Hanna menambah bahawa perjanjian itu merupakan konspirasi paling bahaya terhadap isu Palestin. Beliau menekankan yang rakyat Palestin tidak akan terjebak dengan rundingan dan agenda meragukan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati


Categories
Berita Semasa

3 Syarikat Antarabangsa TariK Diri Dari Tender Pembuatan Landasan Keretapi di Israel


Isnin , 13-05-2019 - Tiga syarikat antarabangsa yang beroperasi di sektor pembuatan keretapi menarik diri dari tender sistem keretapi ringan Israel yang menghubungkan antara penempatan penduduk di wilayah Al-Quds terjajah.

Menurut laman web Hadshout 24 Israel tiga syarikat antarabangsa masing-masing Bombardier dari Kanada, Macquarie Group dari Australia dan Siemens dari Jerman telah menarik diri dari tender keretapi, ini kerana mereka menerima tekanan dari organisasi hak asasi manusia dan gerakan boikot antarabangsa. Laman web tersebut menunjukkan ketiga-tiga syarikat tersebut menganggap kereta api sebagai alat politik penempatan Israel dan aneksasi (pengambilan tanah secara paksa) mereka di Al-Quds.

Sementara itu, Majalah pelaburan Israel Globes melaporkan, para pelabur sedang mencari pengganti lain untuk dana Macquarie jika dana itu ditarik.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman
Categories
Berita Semasa

Pegawai DFLP : Israel Mesti Bertanggungjawab Atas Jenayah Mereka di Gaza

Isnin , 13-05-2019 – Talal Abu Dharifa, pegawai kanan Gerakan Demokratik Pembebasan Palestin (DFLP), menyatakan bahawa Israel bertanggungjawab sepenuhnya atas kesan buruk terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.

“Pencerobohan Israel terhadap rakyat Palestin adalah tidak wajar dan sebahagian daripada jenayah di Gaza. Kami tidak mempunyai pilihan selain daripada mempertahankan rakyat Palestin, “kata Abu Dharifa dalam kenyataan akhbar kepada Pusat Maklumat Palestin (PIC).

Beliau menjelaskan bahawa kesepakatan gencatan senjata kali terakhir itu atas dasar untuk menghentikan segala bentuk pencerobohan terhadap Gaza dan meringankan beban akibat sekatan.”Persetujuan telah tercapai untuk melaksanakan usaha ke arah membenarkan dana ke Gaza, memperluas kawasan penangkapan ikan, menjalankan projek pembangunan dan pekerjaan serta membiayai projek-projek elektrik di Gaza,” katanya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah :
Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis telah menculik 8 lagi penduduk Palestin di Tebing Barat.

Isnin , 13-05-2019 – Rejim Zionis pada waktu subuh hari selasa lepas telah menahan seramai 8 orang penduduk Palestin didalam satu siri serbuan di Tebing Barat.  Mereka telah menahan 5 rakyat bekerja di Palestin dari bandar Azzun di Qalqilya. Mereka juga telah menahan rakyat Palestin yang lain berdekatan kem pelarian Arroub di al-Khalil dan menyita kenderaan beliau.

Persatuan Banduan Palestin berkata, Rejim Zionis telah menahan seorang kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan yang merupakan penduduk Palestin semasa serbuan dari rumah ke rumah di kawasan Baitulmaqdis.

Rejim zionis telah melancarkan kempen besar-besaran setiap hari di Tebing Barat bertujuan untuk menahan rakyat Palestin dan menyerbu rumah-rumah dan menyerang keluarga penduduk Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : hanafi

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis culik 14 penduduk Palestin di Tebing Barat, Palestin.

Isnin , 13-05-2019 – Pada hari selasa yang lepas, Rejim Zionis telah menahan 14 orang penduduk Palestin didalam serbuan di beberapa kawasan di Tebing Barat.  Persatuan Banduan Palestin telah mengesahkan seramai 4 orang ditahan semasa serbuan rumah ke rumah di Tulkarem.

Penahanan di kawasan yang lain adalah termasuk di Ramallah, al-Khalil dan Baitulmaqdis, mengikut laporan tempatan. Rejim Zionis melaporkan bahawa mereka telah menahan seramai 14 orang penduduk Palestin di Tebing Barat pada hari Isnin lepas diatas kesalahan menyasarkan serangan terhadap rakyat negara haram Israel. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : hanafi

Categories
Berita Semasa

Israel Izinkan Kembali Kemasukan Bahan Bakar Ke Semenanjung Gaza


Jumaat , 10-05-2019 - Pihak Otoriti penjajah Israel hari Selasa (7/5/2019) memutuskan untuk mengizinkan kembali kemasukan bahan bakar ke Semenanjung Gaza setelah beberapa hari yang lalu, selama serangan Israel terbaru ke Semenanjung Gaza, melarang kemasukan bahan bakar ke Semenanjung Gaza.

Radio Israel melaporkan bahawa pihak Otoriti penjajah Israel telah memutuskan untuk mengizinkan kemasukan semula bahan bakar ke Semenanjung Gaza melalui pintu masuk Kerem Abu Salem yang terletak di tenggara Semenanjung Gaza, walaupun pintu masuk ini tetap ditutup sehingga hari Ahad depan.

Tentara penjajah Israel telah mengumumkan kelmarin, mengenai tindakan penutupan wilayah Palestin dimulai hari Isnin lalu hingga Ahad datang. Keputusan ini dilakukan dengan alasan adanya perayaan hari "Kemerdekaan Israel" atau ulang tahun Nakba (peristiwa pengusiran) Palestin tahun 1948.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman
Categories
Berita Semasa

Gaza: 830 rumah musnah, rosak dalam serangan terbaharu rejim Israel.

Jumaat , 10-05-2019 – Sekurang-kurangnya 830 buah rumah musnah sàma sekali atau rosak teruk dalam pencerobohan terbaharu rejim zionis Israel ke atas Semenanjung Gaza, demikian laporan awal yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerja Raya, Gaza.

Menurut laporan tersebut, terdapat 130 buah rumah runtuh terus manakala 700 buah yang lainnya rosak sebahagian.

Bagaimana pun, kakitangan pihak kementerian yang berada di lapangan masih giat mengumpul maklumat kemungkinan terdapat lebih banyak lagi rumah yang musnah atau rosak sepenuhnya sebelum angka sebenar dapat dikeluarkan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

QB: Unit roket kami Berjaya mengatasi Iron Dome

Jumaat , 10-05-2019 – Briged Al-Qassam, unit bersenjata Hamas, berkata, unit roketnya berjaya mengelirukan dan mengatasi Iron Dome ketika pertempuran baru-baru ini.

Dalam kenyataan di Telegram, jurucakap Briged Abu Obeida mengesahkan yang Briged al-Qassam Berjaya mengatasi system anti roket bergelar Iron Dome dengan menggunakan taktik melepaskan tembakan puluhan roket pada masa sama.

Sebagai tindakbalas terhadap serangan Israel ke atas Gaza, pejuang Palestin menjalankan serangan roket besar-besaran ke arah sasaran ketenteraan dan penempatan sejak dua hari lepas.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Angka korban capai 27: Dua mayat ditemui di Utara Gaza.

Rabu , 08-05-2019 – Kakitangan perubatan Palestin membawa keluar dua mayat yang terbunuh akibat serangan udara rejim zionis Israel di bandar Beit Lahia , utara Semenanjung Gaza.

Kementerian Kesihatan Gaza berkata, mayat pasangan suami isteri Talal Abu al-Jedian dan Raghda Abu al-Jedian ditemui di bawah runtuhan apartmen yang musnah dibom pesawat udara Israel Ahad kelmarin.
Penemuan itu menjadikan angka korban serangan ke atas Gaza meningkat kepada 27 orang, termasuk dua wanita hamil dan tiga bayi sementara sekurang-kurangnya 170 orang awam cedera.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Komandan Lapangan Al-Qassam Gugur Syahid


Rabu , 08-05-2019 - Brigade Izzuddin al-Qassam, sayap ketenteraan gerakan perjuang Islam Hamas, Isnin petang (6/5) mengumumkan syahidnya komandan Al-Qassam Hamid Ahmed al-Khudari yang terbunuh semalam akibat dihujani roket Zionis.

Al-Khudari gugur syahid akibat serangan pesawat tempur Zionis semalam dalam rangkaian serangan tentera Israel yang mensasarkan para pemimpin pejuang termasuk Al-Qossam di Kota Gaza. Beliau gugur syahid ketika berada dalam kenderaannya di sebuah jalan di Gaza.

Israel mendakwa al-Khudari (34 tahun) bertanggungjawab dalam membawa dana kepada Hamas dan Jihad Islam dari Iran. Dalam tempoh dua hari terakhir, 27 warga Palestin, termasuk empat wanita, dua anak-anak serta satu bayi terbunuh syahid dalam agresi Israel ke Jalur Gaza.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman
Categories
Berita Semasa

Dua warga Palestin terbunuh dalam serangan udara israel ke atas Gaza.

Rabu , 08-05-2019 – Dua warga Palestin telah dibunuh pada petang Ahad dalam serangan udara terbaru oleh Israel yang menimpa kawasan timur bandar Gaza. Kementerian Kesihatan Gaza berkata dalam kenyataan ringkas yang para syuhada itu ialah Belal al-Banna dan Abdullah Abu al-Ata.

Saksi mata menyatakan yang pesawat perang israel melepaskan tembakan peluru berpandu ke arah sekumpulan pemuda Palestin di timur kejiranan Shuja’iyya timur kota Gaza, sekaligus membunuh dua orang daripada mereka.

Jumlah orang awam Palestin yang dibunuh sejak kekejaman Israel yang bermula pada Sabtu itu meningkat kepada 9 orang. Sekurang-kurangnya 50 orang telah cedera.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Israel lancarkan 150 serangan ke atas Gaza

Rabu , 08-05-2019 – Tentera rejim israel (IOF) melancarkan 150 serangan di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam, membunuh tujuh warga Palestin termasuk seorang wanita hamil dan bayinya serta mencederakan 50 yang lain, seterusnya mengakibatkan kemusnahan besar.

Pejabat media kerajaan Palestin berkata dalam kenyataannya pada Ahad yang IOF melancarkan serangan udara dan melepaskan tembakan yang memusnahkan 200 fasiliti dan infrastruktur orang awam.Kenyataan itu menjelaskan yang tujuh bangunan telah musnah manakala empat yang lain ditembak peluru berpandu. Ratusan rumah yang lain pula mengalami kerosakan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati


Categories
Berita Semasa

Hamas menyelar serangan Zionis terhadap pejabat media Gaza.

Selasa , 07-05-2019 – Ketua Hamas, Raafat Murra pada ahad lalu mendakwa bahawa askar penceroboh dari negara haram Israel telah mensasarkan serangan keatas pejabat-pejabat media didalam pencerobohan di semenanjung Gaza. 

Murra telah mengutuk serangan askar negara haram Israel terhadap pejabat agensi Anadolu dan menegaskan bahawa serangan tersebut adalah keganasan dan disengajakan.

Beliau juga menegaskan bahawa Hamas menyokong sepenuhnya kesemua media berita Palestin, negara-negara Arab dan media antarabangsa yang sentiasa melaporkan kejadian yang berlaku di Palestin secara objektif dan profesional. 

Pesawat perang dari negara haram Israel telah melakukan pengeboman menggunakan peluru berpandu terhadap pejabat agensi media Anadolu dan pejabat media tahanan Palestin semasa serangan udara besar-besaran terhadap Gaza pada hari sabtu yang lepas. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : hanafi

Categories
Berita Semasa

Angka korban di Gaza meningkat 25 orang.

Selasa , 07-05-2019 – Kementerian Kesihatan Gaza mengumumkan, 25 orang penduduk awam Palestin terbunuh dan lebih 1500 lagi cedera berikutan serangan ganas berterusan tentera rejim zionis Israel ke atas bumi Gaza yang terkepung itu.

Pesawat tempur dan bot perang Israel menyerang beberapa sasaran dan kediaman di Semenanjung Gaza pada hari Ahad kelmarin. Sementara itu, pihak penjuang Islam Palestin menyerang balas dengan menembak berpuluh peluru roket ke arah petempatan haram Yahudi di seberang tembok sempadan kawasan Israel.

Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, warga yang terkorban termasuk dua wanita mengandung dan tiga bayi.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Penduduk Palestin diburu kerana kes baling batu.

Selasa , 07-05-2019 – Pada Khamis yang lalu, Rejim Zionis telah melancarkan pencarian terhadap seorang pemuda Palestin di atas kesalahan membaling batu kepada puak pemisah sehingga menyebabkan kecederaan kepada salah seorang dari mereka di bandar Nablus, selatan semenanjung Gaza. 

Saksi kejadian melaporkan, mereka melihat seorang pemuda Palestin telah membaling batu kearah kereta puak pemisah tersebut di jalan utama berdekatan kawasan pusat bandar Huwara, utara Nablus. 

Mereka juga berkata, pemuda tersebut membawa sebilah pisau tetapi tidak menggunakannya dan beliau telah meninggalkan kawasan tersebut sejurus selepas ketibaan askar negara haram Israel. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : hanafi