Categories
Berita Semasa

Ibu lapan anak kehilangan rumah apabila IOA memusnahkan rumah mereka di Baitulmuqaddis

Jumaat, 12-06-2020 – Rejim Zionis  (IOA) pada Selasa mengusir satu keluarga Palestin setelah memusnahkan kediaman mereka di Baitulmuqaddis atas alasan pembinaannya tidak berlesen.

Menurut sumber tempatan seorang kru perbandaran rejim diiringi oleh rejim Israel menyerbu kejiranan daerah Silwan, timur Baitulmuqaddis, menggunakan jentolak dan mrobohkan rumah yang didiami seorang ibu dan anak-anaknya.

Rumah itu dibina  6 tahun lepas dan dimiliki oleh Aisha Hijazi, yang menyara enam orang anak.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Israel rampas tanah di Qaqilya, bina jalan baru ke petempatan haram Yahudi di Lembah Jordan.

Jumaat, 12-06-2020 – Rejim zionis Israel mengedarkan notis bagi merampas tanah berkeluasan lebih 160 dunum (ekar) milik warga Palestin di Qalqilya, Tebing Barat. Sementara itu, jentolak rejim mula menjalankan kerja-kerja meratakan tanah kepunyaan penduduk Palestin untuk membina jalan baru menuju penempatan haram Yahudi di Lembah Jordan.

Sumber tempatan berkata, rejim Israel mengedarkan 166 notis kepada penduduk Palestin bagi merampas tanah seluas 160 dunum di Qalqilya.

Pemilik tanah warga Palestin turut terkejut dengan tindakan sesuka hati pihak rejim tersebut  terutamanya kerana kebanyakkan tanah itu terletak di dalam kawasan  Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Pemusnahan Tanah Perkuburan Islam di Israel Cetus Keganasan Baru di Jaffa

Jumaat, 12-06-2020 – Berpuluh-puluh penunjuk perasaan Palestin turun ke jalanan di Jaffa pada hari Rabu lalu, dan bertempur dengan pasukan polis Israel pada malam kedua demonstrasi menentang rancangan untuk membina tempat perlindungan bagi gelandangan Yahudi di tanah perkuburan Islam lama.

Menurut media Ibrani, para penunjuk perasaan yang marah dilaporkan membakar tong sampah dan melemparkan batu ke arah petugas, yang telah menahan empat orang.

Sebuah video yang disiarkan oleh saluran satelit Israel menunjukkan sebuah bas bandar Tel Aviv dengan tingkap yang pecah berhenti di tepi jalan, dan pasukan polis melepaskan bom pegun dan gas pemedih mata untuk meleraikan penunjuk perasaan yang marah berdekatan menara jam terkenal Jaffa.

Beberapa laporan mengatakan kejadian ganas itu bermula ketika pegawai polis menyekat perarakan tersebut dan menggunakan kekerasan untuk meleraikan mereka.

Pada malam Isnin lalu, jentolak yang dikawal oleh pasukan polis mula menggali kubur di tanah perkuburan, yang dikenali oleh penduduk tempatan sebagai kuburan “Is’aaf”. Ia telah wujud sejak zaman Uthmaniyyah.

Sebelum pendudukan Israel di tanah bersejarah Palestin, Jaffa adalah kota Palestin yang kebanyakannya diduduki oleh orang Arab.

Sebilangan besar penduduk Palestin diusir secara paksa oleh militan Zionis ketika (malapetaka) 1948 Nakba ketika gerakan Zionis yang disokong oleh Britain memulakan penjajahannya di Palestin.

Hari ini, sekitar 16,000 penduduk asal Palestin, yang memiliki kewarganegaraan Israel, masih tinggal di Jaffa, yang hari ini mempunyai sekitar 30,000 penduduk Yahudi.

Jaffa ditambah ke Tel Aviv oleh Israel pada tahun 1950. Seperti kebanyakan tanah wakaf, tanah perkuburan Is’aaf diletakkan di bawah kawalan pihak berkuasa tanah Israel dan orang-orang Palestin di Israel tidak dapat mendapatkan kembali tanah-tanah wakaf yang telah diambil alih oleh pemerintahan Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

Berpuluh adakan tunjuk perasaan atas kematian Eyad al-Hallaq.

Khamis, 11-06-2020 – Berpuluh-puluh pekerja institusi bagi orang berkeperluan khas Palestin mengadakan tunjuk perasaan di Kota Lama Baitulmaqdis menuntut keadilan untuk Eyad al-Hallaq, pemuda autism yang dibunuh polis rejim Israel minggu lepas.

Penunjuk perasaan membawa kain rentang mengutuk atas perbuatan jenayah pihak Israel, membunuh luar batas undang-undang dan mencabul hak rakyat Palestin berkeperluan khas.

Peguam Haitham al-Khatib dalam satu kenyataan berkata bahawa tunjuk perasaan itu diadalan bagi mengutuk kematian Eyad al-Hallaq, seorang yang tidak mungkin mampu mengancam nyawa orang lain dan menuntut keadilan bagi pihak mangsa.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Israel mencemarkan tanah perkuburan Muslim di Jaffa untuk membina kediaman bagi kaum Yahudi

Khamis, 11-06-2020 – Perbandaran Israel pada Isnin mula memusnahkan perkuburan Muslim yang sudah ada sejak abad ke 18 bagi melaksanakan rancangan membina satu kediaman bagi warga Yahudi gelandangan dan satu ruang komersil di kawasan itu.

Menurut laman web Haaretz, lebih kurang 20 pembantah pergi ke kawasan pembinaan dan cuba menghentikan kerja tersebut tetapi sejumlah besar polis rejim telah berada di situ untuk mengawal aktiviti pemusnahan tersebut.

Residen Arab yang membantah itu menayangkan tanda besar menyatakan: “Datuk Bandar Ron Huldai mencemarkan perkuburan Muslim.”

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Polis Israel mengeluarkan larangan memasuki bandar ke atas warga Baitulmaqdis

Khamis, 11-06-2020 – Polis Israel telah mengeluarkan perintah mengusir seorang warga Baitulmaqdis dari Baitulmaqdis selama beberapa bulan.

Menurut sumber tempatan, polis Israel telah memanggil Annan Najeeb, bekas tahanan Baitulmaqdis, untuk disoal siasat berkali-kali selama beberapa hari sebelum mereka memutuskan pada hari ini untuk melarang kemasukannya ke kota suci itu selama enam bulan.

Polis membenarkan tindakan sewenang-wenangnya terhadap Najeeb dengan mendakwa bahawa dia sedang mencetuskan perkara yang boleh menimbulkan ancaman keselamatan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Haniyah Seru Tindakan Segera Hadapi Rancangan Aneksasi Israel

Khamis, 11-06-2020 – Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyah menyeru kepada seluruh pimpinan Negara Arab dan Islam untuk melakukan tindakan segera menghadapi rancangan aneksasi (penggabungan) Israel di Tebing Barat, Al-Quds dan Lembah Jordan.

Dalam surat yang dikirimkannya kepada lebih daripada 40 ketua Negara Arab dan Islam, Haniyah menyampaikan bahawa rancangan aneksasi Israel merupakan serangan baru di samping kejahatan dan pembantaian yang dilakukan Israel di sepanjang sejarah kelamnya terhadap hak bangsa Palestin dan bangsa-bangsa lain dan menjadi ancaman nyata terhadap masa depan Palestin, bangsa Arab dan dunia Islam secara menyeluruh.

Haniyah meminta seluruh pimpinan Negara Islam  untuk memberi sokongan terhadap Palestin bersatu serta menolak semua projek penempatan dan proses Yahudinisasi di Tebing Barat dan Al-Quds selain rancangan melenyapkan isu Palestin yang didukung Amerika dan menciptakan jalur aman politik, diplomasi, ekonomi dan media untuk melindungi perjuangan nasional Palestin dalam meraih kemerdekaan dan kebebasan dengan mendirikan negara berdaulat dengan ibukota Al-Quds.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Rejim Israel musnahkan bangunan, barang niaga di Qalandiya.

Rabu, 10-06-2020 – Rejim zionis Israel bertindak ganas memusnahkan bangunan dan pondok niaga milik peniaga dan penjaja tepi jalan warga Palestin yang terletak berdekatan laluan tentera rejim di Qalandiya dan jalan menuju ke bandar al-Ram, Baitulmaqdis

Kata saksi, sebuah jentolak memasuki kawasan berhampiran jalan masuk ke bandar Qalandiya dan laluan kegunaan tentera tanpa memberi notis awal, sebaliknya terus bertindak ke atas bangunan dan pondok niaga.

Tambah saksi itu lagi, anggota tentera rejim berkasar dengan peniaga dan penjaja dengan menangkap salah seorang dari mereka sehingga berlaku pergaduhan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Hamas: Rancangan Israel untuk merampas akan mencetuskan kebangkitan rakyat Palestin

Rabu, 10-06-2020 – Gerakan Hamas memberi amaran yang niat rejim Israel untuk merampas sebahagian besar Tebing Barat dan Lembah Jordan serta plot ke atas Masjid Aqsa akan mencetuskan kebangkitan besar-besaran.

“Baitulmuqaddis akan terus menjadi kota Palestin, Arab dan Islam dan ibu negara Palestin selama-lamanya, dan semua kuasa di bumi ini tidak akan mampu mengubah identiti dan sejarahnya,” Pejabat Hal Ehwal Baitulmuqaddis Hamas menyatakan dalam satu kenyataan akhbar.

“Rejim dan rancangannya akan gagal dan konspirasinya tidak akan bertemu masa depan di tanah Palestin,” Hamas menambah.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Gadis Palestin cedera di mata akibat serangan peneroka Yahudi

Rabu, 10-06-2020 – Seorang kanak-kanak perempuan Palestin mengalami kecederaan di matanya setelah seorang peneroka Yahudi menyerangnya di Kota Lama Baitulmaqdis.

Menurut sumber tempatan, Mariam Najeeb yang berusia 11 tahun bermain dengan skuter berdekatan rumahnya di jalan al-Wad, Kota Lama ketika seorang peneroka menolaknya
dengan kasar ke tanah lalu melarikan diri ke arah plaza tembok barat Masjidil Aqsa.

Gadis kecil itu mengalami kecederaan di mata kirinya dan dikejarkan oleh keluarganya ke Hospital Shaare Zedek di Baitulmaqdis.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

21 rakyat Palestin diculik rejim Zionis dalam serangan Subuh.

Selasa, 09-06-2020 – 21 warga Palestin dilaporkan diculik oleh pasukan pendudukan Israel dalam serangan subuh pada hari Khamis di beberapa kawasan di Tebing Barat.

Menurut sumber tempatan, tentera yang menaiki lebih dari 10 kenderaan tentera menyerbu bandar Arura di Ramalllah utara dan menculik dua pemuda yang dikenali sebagai Ayman al-Atshan (pelajar Universiti Birzeit) dan Aysar al-Aruri setelah menerobos dan menggeledah kediaman mereka. 
Sebuah drone terbang di atas bandar semasa serangan tersebut.

Rejim Zionis juga menyerbu kampung Qibya, barat laut Ramallah dan menculik dua beradik lelaki yang dilkenali sebagai Ahmed dan Jameel Nassar setelah kediaman mereka digeledah. 

Manakala di bandar Tulkarem pula, rejim Zionis menyerbu kawasan perkampungan Kitabah dan Dinabeh dan Tulkarem seterusnya menculik tiga pemuda Palestin.  14 warga juga ditahan semasa siri serangan rejim Zionis di kawasan yang lain di Tebing Barat yang kebanyakkanya di wilayah al-khalil.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : hanafi

Categories
Berita Semasa

UNRWA Beri Kemudahan Bantuan Kepada Pelarian Palestin di Lebanon

Selasa, 09-06-2020 – UNRWA membuka proses pendaftaran online kepada para pelarian Palestin di Lebanon untuk mengagihkan dalam dana bantuan dari UNRWA pada Khamis (4/6).

Dalam sidang akhbar UNRWA menyebutkan, para penerima bantuan yang belum menerima nombor pengiriman wang bantuan bagi mereka, agar mengakses tautan https://gfoportal.unrwa.org/lforssp) dan mendaftarkan maklumat tentang bantuan ini pada tengah malam 3 Jun 2020 hingga tengah malam 7 Jun 2020.

Beliau menambah, para penerima bantuan tidak akan dapat mendaftar setelah tengah malam 7 Jun 2020, jadi harap patuhi tempoh yang ditentukan di atas, untuk mencatat maklumat dalam tautan.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Tidakkah kita belajar dari Israel ?

Oleh William A. Cook

Ke hadapan Datuk Bandar,

Usia anda separuh usia saya. Itu adalah rahmat bagi anda dan Minneapolis, juga sejujurnya untuk Amerika Syarikat. Tetapi usia juga adalah satu kebaikan, apa yang anda saksikan sekarang, kami yang membantah pada tahun 1960an juga mengalami nasib yang sama.

Abang saya Jack terpaksa berhadapan dengan perintah mewajibkan guru-guru muda agar masuk tentera. Beliau enggan dan mengakibatkan beliau ditahan di penjara.

Ketika saya melihat anda mengutuk pembunuhan oleh polis secara terang-terangan, kemarahan komuniti anda yang menular ke seluruh Amerika Syarikat, sebagai seorang yang pernah menyaksikan masa lalu Amerika, saya sedar ia berakar daripada eksploitasi, penaklukan, penindasan dan kerakusan oleh mereka yang berkuasa di Eropah seterusnya berubah menjadi kempen American Dream bagi golongan miskin dari Lithuania, Poland, Russia. Ataupun berakar daripada kononnya penerokaan bagi membawa keamanan ke tanah tidak didiami orang. Propaganda sedemikian telah membenarkan mereka yang berkuasa untuk terus berkuasa di bandar, kota, dan negeri-negeri sejak dari Perang Saudara hingga sekarang.

…sambung artikel penuh di https://english.palinfo.com/articles/2020/6/1/Don-t-Learn-from-Israel

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Aktivis Gesa Umat Islam Untuk Tingkatkan Kehadiran di Aqsa Pada Hari Jumaat

Jumaat, 5-6-2020 – Aktivis media sosial Baitulmaqdis menggesa para jemaah Muslim untuk mempertingkatkan kehadiran mereka di Masjidil Aqsa pada hari Jumaat ini, terutama untuk solat Subuh dan solat Jumaat.

Para aktivis menggesa semua warga di Baitulmaqdis dan sesiapa sahaja yang dapat memasuki kota tersebut untuk menuju ke Masjidil Aqsa bersama keluarga mereka menjelang waktu subuh hari Jumaat untuk memperbaharui tekad untuk melindungi tempat suci berkenaan daripada rancangan berterusan Israel untuk mengawal kawasan berkenaan serta menjadikan kawasan tersebut kawasan Yahudi.

Mereka mengatakan bahawa kehadiran ramai para jamaah Muslim untuk solat Subuh di Masjid tersebut akan mencerminkan kemuliaan negara Islam berkenaan dan kesetiaan kepada tempat suci mereka.

Pada subuh Ahad lalu, pihak berkuasa Awqaf Islam di Baitulmaqdis Terjajah telah membuka kembali pintu Masjidil Aqsa kepada ribuan jemaah Muslim untuk menunaikan solat Subuh, setelah ditutup selama kira-kira dua setengah bulan sebagai langkah pencegahan terhadap koronavirus.

Pada waktu itu, pengarah Masjidil Aqsa Sheikh Omar al-Kiswani, telah meminta semua jemaah Muslim untuk mematuhi langkah-langkah anti-koronavirus dan arahan kesihatan dan bekerjasama dengan pekerja Masjid demi keselamatan mereka sendiri.

“Harus ada kesedaran agar kita dapat hidup bersama-sama dengan virus tersebut dan memastikan agar  al-Aqsa sentiasa dapat dibuka kepada para jemaah,” katanya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

Lima Kes Baru COVID-19 Dilaporkan di Gaza

Khamis, 04-06-2020 – Kementerian Kesihatan di Semenanjung Gaza pada hari Rabu lalu mengumumkan bahawa lima kes COVID-19 (coronavirus) telah dikesan di kawasan berkenaan.

Kementerian Kesihatan mengatakan dalam satu kenyataan ringkas bahawa lima orang warga Palestin, yang baru-baru ini kembali ke Semenanjung Gaza dari luar negara dan masih berada dalam kuarantin, diuji positif untuk COVID-19.

Jumlah kes COVID-19 di Gaza telah meningkat kepada 66 sejak Mac lalu. Menurut Kementerian Kesihatan, 18 kes telah pulih, sementara 47 pesakit masih menerima rawatan di pusat-pusat kuarantin.

Semenanjung Gaza telah mencatatkan satu kematian berkaitan COVID-19 yang melibatkan seorang wanita dalam lingkungan usia tujuh puluhan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul