Categories
Berita Semasa

Pihak berhaluan kiri Palestin: Cukai bahan api akan memburukkan krisis tenaga di Gaza

Selasa, 10-05-2016 – Beberapa pihak berhaluan kiri, Palestin memberi amaran bahawa krisis bekalan tenaga elektrik di Semenanjung Gaza akan menjadi bertambah buruk jika pihak Berkuasa Kerajaan Palestin mengekalkan keputusan enggan memberi pengecualian cukai penuh ke atas bekalan minyak untuk bahan api bagi kegunaan loji janakuasa.

Demikian, kenyataan bersama yang dibuat oleh pihak Barisan Popular bagi Pembebasan Palestin, Barisan Demokratik bagi Pembebasan Palestin, Parti Rakyat Palestin, Inisiatif Kebangsaan Palestin dan Kesatuan Demokratik Palestin (FIDA) pada hari Isnin, kelmarin.

Menurut mereka, ” Keputusan kerajaan hanya memberi pengecualian cukai bahan api sebanyak 65 peratus untuk bulan Mei dan 80 peratus untuk bulan Jun bagi loji janakuasa di Gaza, tidak mencukupi dan tidak memenuhi kehendak negara dan rakyat Palestin yang mahu cukai bekalan diesel dihapuskan sepenuhnya termasuk yang dalam proses penghantaran.”

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainuddin

Categories
Berita Semasa

Seorang remaja bawah umur ditahan di al-Khalil dan para pendatang menyerbu Salfit

Selasa, 10-05-2016 – Tentera rejim Israel (IOF) menahan seorang remaja Palestin dan memanggil dua orang lagi setelah memecah masuk al-Khalil di selatan Tebing Barat.

Menurut seorang wartawan PIC, tentera IOF menyerbu kem pelarian Aroub dan menahan remaja lelaki berusia 15 tahun sebelum memecah masuk dan menggeledah kediaman keluarganya. Tentera rejim turut menyerbu bandar Idna dan sebuah kediaman sebelum memanggil tuan rumah tersebut bersama anak lelakinya untuk siasatan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Pengebom Berani Mati al-Quds Disahkan Terkorban

Rabu, 04-05-2016 – Sumber media Zionis menyatakan, pemuda Palestin yang cedera parah dalam aksi pengeboman bas Zionis di Al-Quds telah terkorban.

Saluran TV10 Zionis mengatakan, pemuda Palestin tersebut meninggal dunia akibat cedera parah dalam aksi pengeboman di Jerusalem. Pihak penyiasat Zionis mencurigai pemuda tersebut adalah pengebom berani mati.

Sumber keamanan Zionis menyatakan bahawa pemuda Palestin yang meninggal dunia itu bernama Abdul Hamid Abu Surur, 19 tahun berasal dari kem Ayidah di utara Kota Betlehem, wilayah selatan tepi barat. Nama tersebut yang diumumkan oleh Jabatan Kesihatan Palestin.

sumber : COMES
penterjemah : asyraf arshad

Categories
Berita Semasa

Hamas Mahu OP Henti Memainkan Masalah Palestin

Rabu, 04-05-2016 – Gerakan perlawanan Islam Hamas meminta pihak berkuasa Palestin dan para pimpinan Fatah menghentikan memainkan masalah Palestin tentang penolakan terhadap draf resolusi Dewan Keamanan PBB.

Dalam kenyataan media yang diucap Jubir Hamas, Dr. Sami Abu Zuhri, Selasa (26/4) yang direkod Pusat Info Palestin, “solusi utama dan hakiki atas masalah Palestin saat ini adalah menghentikan penghakiman satu pihak dalam memutuskan masalah Palestin serta menghormati pergolakan dalaman, di samping memenuhi keteguhan politik bangsa untuk berdamai dengan semua bangsa dan tidak berfokus pada Israel sahaja. Sebelum ini, OP undur diri dari keputusan untuk mengutarakan draf keamanan ke Dewan Keamanan PBB yang berkait dengan kependudukan Israel.

sumber : COMES
penterjemah : asyraf arshad

Categories
Berita Semasa

Kumpulan pelajar Islamik berusaha menangi pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Birzeit.

Rabu, 04-05-2016 – Kumpulan Pelajar Islamik di Universiti Birzeit, berusaha sedaya-upaya mereka bagi memenangi pilihan raya tahunan, Majlis Perwakilan Pelajar yang diadakan pada 27 April, 2016.

6 calon yang mewakili kumpulan Pelajar Islamik (WAFA) mencalonkan diri mereka pada pemilihan tahun ini yang turut disertai oleh wakil kumpulan Yasser Arafat dan kumpulan Ikatan Pelajar Universiti Birzeit.

Kumpulan itu telah menghangatkan suasana pemilihan dengan memilih slogan ” Ilmu, Perjuangan dan Kreativiti.” Bagaimana pun, menurut Penyelaras, Majlis Permesyuaratan Perwakilan Pelajar, Universiti Birzeit, Sondus Kurt, WAFA telah terlepas peluang membuat persediaan bagi menghadapi pilihan raya itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainuddin

Categories
Berita Semasa

Abu Marzouk: Pelabuhan dan lapangan terbang tidak akan memisahkan Gaza dengan Tebing Barat

Rabu, 04-05-2016 – Ahli biro politik Hamas Mousa Abu Marzouk berkata pada petang Selasa yang idea untuk membina pelabuhan dan lapangan terbang di Semenanjung Gaza bukan dimulakan oleh gerakan Hamas.

Semenanjung Gaza telah memiliki lapangan terbang sebelum dimusnahkan oleh tentera rejim Israel, beliau menyatakan. Pembinaan lapangan terbang dan pelabuhan tidak akan memisahkan Gaza dari Tebing Barat, Abu Marzouk menekankan penolakan oleh Hamas ke atas sebarang niat penubuhan Gaza sebagai negeri berasingan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

2 nelayan Palestin ditangkap di luar pantai Gaza

Rabu, 04-05-2016 – Tentera laut Israel telah menahan dua nelayan Palestin di luar pantai Beit Lahya di utara Semenanjung Gaza , manakala bot nelayan menjadi sasaran tentera zionis itu ketika belayar di kem pelarian Nuseirat di tengah Gaza.

Sumber-sumber media Palestin mengenal pasti dua nelayan ditahan sebagai Aahed dan Munis Zayid. Tentera Israel turut merampas bot nelayan mereka sebelum membawa mereka ke lokasi yang tidak diketahui , kata sumber itu. Sementara itu , bot nelayan Palestin telah ditembak ketika sedang belayar di luar pantai Nuseirat kem pelarian di tengah Semenanjung Gaza.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

PFLP: Kenyataan Abbas dalam majalah Jerman satu provokasi pada rakyat Palestin.

Rabu, 27-04-2016 – Mahmoud Abbas, selaku Eksekutif dalam Jawatankuasa, Barisan Popular bagi Pembebasan Palestin ( PFPL nama baru bagi Pertubuhan Pembebasan Palestin atau PLO ) yang juga memegang jawatan sebagai Pengerusi, Pihak Berkuasa Kerajaan Palestin, nantinya akan dipertanggungjawabkan atas ketidakjujuran beliau yang secara berterusan mengkhianati rakyat Palestin dan perjuangan mereka.

Mengulas satu kenyataan terbaru Abbas dalam akhbar Jerman, Der Spiegel pula, PFLP menyatakan bahawa kenyataan Abbas dan dasar berkerjasama dalam soal keselamatan dengan pihak rejim penjajah Israel yang beliau banggakan itu, merupakan satu provokasi terhadap rakyat Palestin dan ia sangat bertentangan dengan pendapat umum rakyat Palestin yang kini lebih yakin bahawa pendekatan yang beliau ambil itu akan menjadi sia-sia dan menyerlahkan lagi kegagalan pihak PA.

Sebenarnya, pihak PFLP turut mengecam tindakan Abbas mengutuk perjuangan rakyat Palestin dan langkah kerjasama keselamatan dengan Israel yang beliau banggakan itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainuddin

Categories
Berita Semasa

Pertelingkahan tercetus di Qalqilia

Rabu, 27-04-2016 – Tentera rejim Israel (IOF) menyerbu bandar Azzoun di selatan Qalqilia pada Rabu dan menyebabkan pertelingkahan tercetus.

Sumber tempatan memberitahu wartawan PIC yang IOF menutup pintu utama ke bandar Azzoun sebelum memecah masuk ke kejiranan dan melepaskan banyak tembakan gas pemedih mata. Beberapa kedai turut diserbu manakala orang awam yang lalu lalang ditahan dan disiasat, tambah sumber itu. Para pemuda tempatan kemudiannya membalas dengan membaling batu dan botol kosong ke arah tentera rejim.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Israel Halau 4 Warga al-Quds dar al-Aqsa

Rabu, 27-04-2016 – Pengadilan Zionis di Al-Quds Barat, Ahad(17/4), memutuskan untuk mengusir 4 warga Palestin berasal dari Al-Quds dari Masjid Al-Aqsha selama 15 hari, sebagai syarat pembebasan orang-orang tua tersebut setelah ditahan selama 6 hari.

Pengacara dan Persatuan Tawanan Palestin, Mufid al-Haj, mengatakan bahawa pengadilan penajajh Zionis telah menghukum empat orang lanjut usia: Marwan Hashlamon (60), Anwar al-Qaq(63), Jamal Netsha(42) dan Jamal Akawi, sebagai tahanan rumah selama 7 hari dan membayar denda sebanyak 500 Shekel, serta menandatangani kertas jaminan bernilai 5000 Shekel (100 Ringgit Malaysia bersamaan 98 Shekel)

Dia mengatakan bahawa pengadilan Zionis menuduh keempat-empat warga al-Quds tersebut bersekongkol dengan kelompok orang-orang yang siap sedia di Masjid al-Aqsha, yang dilabel penjajah Zionis sebagai kelompok ‘pendatang.’

sumber : COMES
penterjemah : asyraf arshad

Categories
Berita Semasa

Protes di hadapan ibu pejabat Perisikan Ramallah, minta 5 tahanan dibebaskan.

Khamis, 21-04-2016 – Ahli keluarga kelima-lima tahanan perisik turut serta bersama para aktivis dalam satu protes yang diadakan di hadapan ibu pejabat perisikan ,di Ramallah – pusat Tebing Barat – menuntut pembebasan terhadap para tahanan petang Ahad lalu.

Sumber tempatan mengatakan bahawa perhimpunan tersebut tercetus selepas ibu bapa para tahanan menerima berita bahawa anak-anak mereka dikenakan seksaan dalam sel-sel perisikan, dua minggu selepas mereka ditangkap. Badan perisikan telah menahan reman tiga orang pemuda di pergunungan kampung Aaroura berhampiran Ramallah selepas menyembunyikan mereka selama sepuluh hari. Mereka adalah; Basil A’raj berusia 33 tahun, Mohammed Abdullah Harb 23 tahun, Haitham Siyaj 19 tahun. Sementara dua lagi pemuda yaitu Mohammed Salamin 19 tahun, serta Ali Dar Al Sheikh 22 tahun ditahan atas tuduhan mempunyai perkaitan dengan ketiga-tiga pemuda tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : silmi

Categories
Berita Semasa

Hamas seru sokongan buat Baitulmaqdis, akhiri kepungan di Gaza

Khamis, 21-04-2016 – Pergerakan Hamas menyeru Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dan pemimpin Islam untuk menyokong serta melindungi Baitulmaqdis daripada pengyahudian Israel,sekali gus mengambil langkah-langkah praktikal untuk mengakhiri pengepungan tidak adil ke atas Gaza.

Susulan pemimpin negara-negara Islam kini berkumpul di Istanbul, Ahad lalu Pergerakan Hamas telah menghantar surat kepada mereka.  Surat itu menekankan keperluan mendesak membuka Rafah untuk orang ramai dan barangan serta mewujudkan pelabuhan dan lapangan terbang di Semenanjung Gaza.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Anna Suhana

Categories
Berita Semasa

Pertelingkahan tercetus ketika pengebumian seorang warga Palestin

Khamis, 21-04-2016 – Pertelingkahan ganas tercetus pada petang Ahad di kem pelarian Aroub di utara al-Khalil ketika pengebumian Ibrahim Baradiya yang terbunuh akibat tembakan oleh Israel pada Khamis.

Ribuan warga Palestin berarak pada pengebumian bekas tahanan yang berusia 54 tahun itu, manakala puluhan lagi berkumpul di pintu masuk kem dan membaling batu ke arah tentera rejim.

Pasukan sokongan tentera rejim dikejarkan ke kawasan itu. Mereka melepaskan tembakan ke arah para pemuda yang kemudinnya membalas dengan menutup jalan menggunakan tayar-tayar yang dibakar.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Abu Zuhri: Penolakan Fatah terhadap pelabuhan Gaza menunjukkan sokongan beliau ke atas pengepungan Israel

Khamis, 21-04-2016 – Jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri menyifatkan dakwaan terkini Fatah mengenai perbincangan yang sedang berlangsung antara pendudukan Israel dan kumpulannya sebagai “tuduhan tidak masuk akal”.

Dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan petang Ahad, Abu Zuhri menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Fatah bahawa kumpulannya telah menjalankan rundingan dengan pihak berkuasa Israel berkenaan penubuhan pelabuhan di Semenanjung Gaza.
Dakwa Abu Zuhri lagi, penolakan Fatah terhadap pelabuhan Gaza mencerminkan sokongannya terhadap pengepungan berterusan Israel ke atas Gaza.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zaina

Categories
Berita Semasa

Al Qassem: Tahanan akan bebas setelah rundingan pertukaran dibuat.

Khamis, 21-04-2016 – Brigade al- Qassem, sayap tentera Pergerakan Hamas dalam satu kenyatan yang disiaran melalui televisyen pada hari Ahad kelmarin, berikrar akan membebaskan semua tahanan warga Palestin samada yang dipenjara atau ditahan di penjara Israel.

Sempena sambutan Hari Pembebasan Tahanan, Jurucakap Brigade itu, Abu Obeida menjelaskan bahawa rundingan pertukaran tawanan yang baru dengan pihak Israel akan dijalankan. Tambah beliau lagi, ” Kami akan menunaikan apa yang telah kami janjikan pada mereka (Para tahanan) walau apa pun yang berlaku. ” Sambung beliau lagi, ” Kami harap dengan apa yang kami ada, rundingan yang lebih bermaruah akan dapat dicapai dan seterusnya akan memuaskan bangsa dan negara kami.”

Abu Obeida menegaskan bahawa, ” Pemimpin rejim Israel perlu tahu bahawa tahanan tersebut dilindungi oleh kami yang berani.” Beliau juga telah memberi amaran bahawa pihak rejim Israel akan menanggung akibat dari setiap jenayah yang mereka lakukan. Pada masa ini, 7200 warga Palestin ditahan di penjara Israel di mana 450 adalah kanak-kanak manakala 69, perempuan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainuddin