Categories
Berita Semasa

Israel meluluskan 6000 penempatan haram di Tebing Barat.

Selasa , 06-08-2019 – Rabu lalu Kabinet Keselamatan Israel telah meluluskan pelan  untuk membina 6,000 unit perumahan di kawasan penempatan Israel di Tebing Barat.

Dalam konteks berkaitan, Kabinet Keselamatan telah memutuskan untuk membenarkan pihak Palestin untuk membina 715 unit perumahan di Kawasan C, yang merangkumi 60% dari seluruh keluasan Tebing Barat dan ditadbir sepenuhnya oleh pihak Israel.

Sumber media Israel berkata bahawa keputusan ini dibuat beberapa hari sebelum menjelangnya lawatan penasihat kanan Presiden Amerika, Jared Kushner, ke Israel dan beberapa negara Arab yang lain.

Semenjak beberapa tahun kebelakangan ini Israel telah mempertingkatkan aktiviti pembinaan penempatan di Kawasan C. Dalam masa yang sama, berpuluh-puluh kediaman dan bangunan milik warga Palestin telah dimusnahkan di bawah alasan tidak berlesen. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

Hamas: Israel akan Mendapat Balasan atas Perlakuannya terhadap Baitulmaqdis dan Rakyatnya

Selasa , 06-08-2019 – Pergerakan Hamas mengatakan bahawa negara haram Israel akan mendapat balasan setimpal terhadap serangan ganas ke atas Baitulmaqdis dan penduduknya.

Dalam satu kenyataan pada Rabu lalu, Hamas mengatakan bahawa sokongan yang tidak pernah wujud oleh pentadbiran Amerika terhadap Israel, kesunyian antarabangsa terhadap pelanggaran dan gelombang normalisasi di rantau Arab telah membangkitkan usaha Israel untuk melaksanakan pembunuhan beramai-ramai di Sur Bandar Baher dan menyasarkan daerah Issawiya dan rakyatnya setiap hari.

Gerakan Hamas mendesak dunia Arab dan Islam untuk menguatkan sokongan kepada Baitulmaqdis dan rakyatnya serta tidak meninggalkan mereka bersendirian dalam menghadapi serangan Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Kanak-kanak 6 Tahun Menjadi Buruan Israel


Khamis , 01-08-2019 - Tidak peduli bahawa tindakannya telah melanggar undang-undang, norma dan peraturan antarabangsa, Israel terus melakukan pelanggaran berat hak asasi manusia terhadap kanak-kanak Palestin. Pihak Otoriti penjajah Israel di al-Quds memburu seorang kanak-kanak berusia 6 tahun, setelah sebelumnya pelanggaran yang sama terjadi pada kanak-kanak berusia 4 tahun, dengan melayangkan surat panggilan untuk disoal siasat melalui keluarganya.

Menurut sumber tempatan di kota Issawiya, di al-Quds, pasukan penjajah Israel menghantar surat panggilan rasmi kepada kanak-kanak Palestin bernama Qais Ubaid melalui keluarganya untuk datang ke pusat soal siasat Israel di al-Quds pada hari Rabu (31/7/2019) jam 8 pagi. Melalui laman web, warga media sosial media menyatakan kecaman terhadap kezaliman pihak Israel kepada kanak-kanak termasuk dipenjara dan dibunuh.

Sebelumnya, pada Isnin (29/7/2019) malam, pasukan penjajah Israel dalam jumlah besar menyerbu kota Issawiya di al-Quds yang diduduki penjajah Israel, dengan target untuk memburu seorang kanak-kanak bernama Mohammed Rabia Alyan, yang usianya tidak lebih dari empat tahun.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman
Categories
Berita Semasa

Polis Israel memanggil kanak-kanak berusia 4 tahun untuk siasatan

Khamis , 01-08-2019 – Polis rejim Israel cuba menculik seorang kanak-kanak berusia 4 tahun di Baitulmuqaddis dan mengarahkan keluarganya menyerahkan beliau untuk disoalsiasat.

Menurut sumber tempatan, sejumlah besar polis rejim menyerbu daerah Issawiya di timur Baitulmuqaddis untuk menangkap kanak-kanak Palestin, Mohamed Aliyan.

Polis rejim mengejar kanak-kanak tersebut dan apabila keluarganya muncul, mereka menyerahkan arahan untuk membawanya ke balai polis di kota suci itu pada Isnin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Gaza: Tiada bekalan ubat bagi pesakit yang menghidap penyakit berkaitan darah.

Khamis , 01-08-2019 – Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza memberi amaran akan bahaya yang boleh mengancam nyawa ramai penghidap Thalassemia dan Hemophilia disebabkan ketiadaan beberapa jenis ubat bagi merawat penyakit tersebut.

Semasa sidang media yang diadakan di European Hospital di Khan Younis, pegawai kesihatan kementerian itu, Hani Ayyash yang merupakan seorang pakar penyakit darah merayu kepada semua pihak berkaitan dan sesiapa yang mahu membantu Gaza supaya dapat menghulur bantuan dengan membekalkan ubat-ubatan yang pesakit seperti mereka itu perlukan dan bagi membolehkan mereka terus hidup.

Beliau menjelaskan bahawa kekurangan bekalan ubat-ubatan untuk penghidap barah darah boleh menyebabkan mereka mengalami komplikasi kesihatan yang serius dan juga membawa maut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin



Categories
Berita Semasa

Israel merancang untuk 6000 unit penempatan haram.

Khamis , 01-08-2019 – Kabinet Keselamatan Israel sedang membincangkan pelan penempatan baru yang dicadangkan oleh Perdana Menteri Benjamin Netanyahu untuk “Kawasan C” di Tebing Barat .

Hari Selasa lalu akhbar Haaretz melaporkan bahawa mengikut pelan cadangan Netanyahu, sebanyak 6,000 unit perumahan akan dibina di kawasan penempatan Israel.  

Perbincangan ini diadakan menjelang lawatan ke Israel daripada penasihat kanan Presiden Amerika, Jared Kushner, yang dijadualkan berlangsung dalam beberapa hari lagi.

Kushner juga bertanggung jawab untuk melaksanakan apa yang digelar “Perjanjian Abad Ini” (“Deal of the Century”), yang didakwa pihak Amerika akan menyelesaikan kemelut konflik Palestin-Israel. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul



Categories
Berita Semasa

Muhjat al-Quds : Para tahanan Ramon menderita akibat tindakan kejam rejim

Rabu , 31-07-2019 – Yayasan Muhjat al-Quds untuk Syuhada dan Tahanan berkata yang tahanan Palestin di Bahagian 1 penjara Ramon baru-baru ini diserbu berulang kali di penjara mereka serta turut menerima denda kewangan.

Ini dinyatakan dalam surat oleh tahanan daripada Gerakan Jihad Islam dan dibuat salinan yang diperolehi oleh Muhjat al-Quds.

Menurut surat tersebut, sel-sel di bahagian 1 penjara itu telah digeledah berulangkali oleh rejim Isrel sejak pentadbiran penjara melanggar janji untuk menyediakan telefon awam kepada para tahanan di setiap bahagian.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati


Categories
Berita Semasa

Rejim zionis Israel halau 5 warga Palestin dari Isawiya.

Rabu , 31-07-2019 – Rejim zionis Israel mengarahkan 5 warga Palestin untuk tidak berada di bandar kelahiran mereka di al-Isawiyah, Baitulmuqaddis selama dua minggu.

Menurut Wadi Hilweh Information Center, pihak rejim telah memerintahkan Ahmad Zomorrod, Ahmad al- Khadour, Wadi’ Elyan, Malek Mustafa dan Nayef Obeid supaya menjauhi al-Isawiya untuk tempoh 14 hari.

Wadi Hilweh melaporkan bahawa pihak Israel baru-baru ini telah menghalau berpuluh pemuda Palestin dari al-Isawiya sebagai salah satu dari langkah kolektif menghukum penduduk bandar tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Pendatang Israel Bakal Mendirikan Penempatan Baru Berhampiran Lembah Jordan

Rabu , 31-07-2019 – Penduduk Israel telah memasang beberapa karavan di tanah milik Palestin di Utara Lembah Jordan.

Aktivis, Aref Daraghmeh berkata bahawa pendatang Israel baru-baru ini telah membawa beberapa rumah mudah alih ke kawasan al-Mermala di Utara Lembah Jordan.

Beliau menambah bahawa Rejim Zionis kira-kira sebulan lalu telah membuka jalan baru di kawasan itu dan sudah dijangkakan bahawa sebuah penempatan baru akan ditubuhkan di sana.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Delegasi negara Arab, Teluk akan lawat Israel.

Isnin  , 29-07-2019 – Satu delegasi wartawan dan aktivis media sosial dari negara-negara Arab dan Teluk akan ke Israel tidak berapa lama lagi atas jemputan Kementerian Luar, Israel.

Delegasi yang terdiri dari kalangan pemberita dari Arab Saudi, Bahrain, United Arab Bersatu, Iraq dan Mesir akan masuki Israel melalui Jambatan Allenby bagi tujuan mengadakan beberapa siri pertemuan dan menghadiri upacara rasmi dengan pegawai dan ahli parlimen negara tersebut.
“Anggota delegasi akan melawat Yad Vashem, Dewan Parlimen Knesset dan Tapak Suci Baitulmuqaddis,” demikian menurut satu kenyataan yang dibacakan pihak Kementerian Luar Israel. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Para pendatang dan rabbi menceroboh secara besar-besaran ke atas Masjid Aqsa

Selasa  , 23-07-2019 – Sejumlah besar pendatang Yahudi yang diketuai oleh para rabbi telah mencemarkan dataran Masjid Aqsa dengan perlindungan polis pada pagi Ahad.

Para pendatang memasuki masjid secara berkumpulan diketuai oleh para rabbi pelampau termasuk Eliyahu Weber dan Yoel Elitzur.Pencerobohan tersebut merupakan reaksi terhadap seruan baru-baru ini yang dibuat oleh kumpulan-kumpulan kuil agar berarak secara beramai-ramai ke kawasan suci itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Pejuang Palestin Tidak Akan Biarkan Deal of Century Terlaksana


Selasa  , 23-07-2019 - Wakil Ketua Biro Politik Gerakan Hamas, Saleh Arouri, menegaskan bahawa gerakan pejuang Palestin tidak akan membiarkan rancangan Amerika dalam bentuk 'deal of century' (kesepakatan abad ini) terlaksana, meskipun dikenakan sekatan kewangan, politik dan militan. Hal tersebut disampaikan Arouri dalam pertemuan dengan Ketua Badan Hubungan Strategik Iran, Kamal Kharazi, di Teheran, Ahad (21/7/2019).

Beliau mengatakan, "Tujuan Trump melalui 'deal of century' ini adalah untuk menjamin kepentingan entiti penjajah Zionis dan Amerika serta negara-negara regional yang berusaha mengorbankan Palestin dan aspirasi rakyat tempatan. Pemimpin nombor dua Hamas ini mengatakan, "Kami berada di jalur perjuangan menghadapi entiti penjajah Zionis dan mereka yang sombong. Dengan iman dan keyakinan pada janji ilahi, kami telah mempersembahkan ribuan syahid untuk pembebasan al-Quds. "

Sepanjang pertemuan itu, kedua belah pihak membahas secara mendalam perkembangan Isu Palestin, khususnya berkaitan 'deal of century' dan kesannya. Mereka turut membahaskan isu-isu yang berkaitan dengan situasi regional dan antarabangsa. Dipaparkan juga serangan Zionis yang berlanjutan di kota al-Quds dan serangan yang mensasar warga dan tempat-tempat suci. Delegasi gerakan menegaskan komitmennya untuk perpegang teguh pada hak-hak rakyat Palestin dan menolak untuk melepaskan hak-hak rakyat rakyat walau apa pun tekanan dan tentangannya.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman
Categories
Berita Semasa

Tentera rejim Israel dikerah musnahkan kawasan Badwi di Lembah Jordan.

Selasa  , 23-07-2019 – Tentera rejim zionis Israel bertindak melakukan kerja-kerja meroboh beberapa struktur bangunan pertanian dan memusnahkan khemah tempat tinggal penduduk Badwi di al-Hadidiya, utara Lembah Jordan.

Seorang pegawai tempatan, Mu’taz Bisharat berkata, tentera rejim meroboh struktur bangunan pertanian milik penduduk tempatan, Najeh Ka’abneh dan merampas khemah kepunyaan dua keluarga di lokasi sama.
Tambah Bisharat lagi, tentera Israel bakal menjalankan lebih banyak operasi meroboh dan membuang khemah di kawasan tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin


Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Menahan 102 Pekerja Palestin

Selasa  , 23-07-2019 – Rejim Zionis telah menahan 102 orang pekerja Palestin yang didakwa tidak mempunyai permit bekerja di 1948 wilayah Palestin.

Sumber media Israel mengatakan bahawa Rejim Zionis menahan 102 pekerja Palestin di pusat pemeriksaan al-Dahiriya, selatan al-Khalil, sewaktu mereka cuba memasuki wilayah Palestin untuk bekerja tanpa mempunyai lesen.

Rakyat Palestin di Tebing Barat yang bekerja pada tahun 1948 menduduki wilayah Palestin selalu menghadapi risiko ditembak atau ditangkap oleh tentera Israel dengan alasan ketiadaan permit kerja yang Israel sendiri jarang keluarkannya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Haneya gesa Lubnan batal sekatan ke atas rakyat Palestin.


Isnin  , 22-07-2019 – Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haneya menyatakan rasa kesal dan kecewa beliau terhadap langkah terbaharu yang diambil pihak Kementerian Buruh Lubanan ke atas pekerja dan ahli perniagaan Palestin serta meminta agar peraturan itu dibatalkan.

Berikutan itu, Haneya telah menghantar surat kepada Presiden Lubanan, Michel Aoun dan Perdana Menteri, Saad Eddin al-Hariri serta Speaker Dewan, Nabih Berri. Demikian menurut siaran media yang dikeluarkan laman web pertubuhan tersebut.
Secara rasmi, Hamas berharap agar kerajaan Lubnan membatalkan peraturan perundangan dan kewangan yang dikenakan kepada pekerja dan majikan negara itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin