Selasa, 27-08-2019 - Pesawat tempur Israel mengebom sejumlah lokasi milik pejuang Palestin di Gaza Utara, Isnin pagi (26/8).
Menurut sumber tempatan, helikopter tempur Israel mengebom sebuah lokasi milik pejuang Palestin di perkampungan Umm Nasher, Gaza Utara menggunakan empat buah roket, namun belum ada maklumat berkenaan mangsa korban akibat serangan tersebut.
Sehari sebelumnya, radio Israel mengeluarkan maklumat berkenaan jatuhnya 4 roket ke penempatan Zionis di sekitar Gaza, dan menyatakan 4 buah roket telah ditembak dari Gaza yang jatuh di sejumlah lokasi lapangan terbuka.
Dalam sebulan ini, pasukan Israel menyatakan terjadi 3 serangan roket dari Gaza menuju sejumlah penempatan Zionis di kawasan sekitar Gaza.
Sehingga berita ini dikeluarkan, belum ada pihak Palestin yang menyatakan bertanggungjawab atas serangan tersebut.
Namun sebelumnya pihak fraksi pejuang Palestin mengeluarkan ancaman serangan balik atas meningkatnya kejahatan Israel terhadap Gaza iaitu seramai 9 warga Gaza meninggal dalam tempoh sebulan ini.
Gaza terus menjadi sasaran kejahatan Israel, bukan sahaja sekatan darat, laut dan udara sejak 13 tahun lalu, tetapi serangan terhadap para demonstran setiap Jumaat terus berlanjutan, yang menyebabkan ratusan meninggal dan ribuan cedera.
sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman
Selasa, 27-08-2019 – Regim Zionis Israel (IOF) pada pagi Ahad mendakwa ia kecewa percubaan seorang remaja Palestin untuk melakukan serangan tikaman berhampiran Ramallah di Tebing Barat.
IOF berkata ia mencari seorang remaja Palestin berusia 14 tahun di jalan antara penempatan Tebing Barat dan Kochav Ya’akov dan mendapati sebuah pisau bersamanya.
Menurut laman web Ibrani 0404, para askar menginterogasi anak lelaki tersebut dan mendapati bahawa dia berniat untuk melakukan serangan tikaman.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nor syuhada
Selasa, 27-08-2019 – Tahanan Palestin Tareq Qa’dan, yang sedang melancarkan mogok lapar tanpa penghujung semenjak 26 hari lalu, terus menolak untuk minum untuk hari yang kelima berturut-turut, sebagai membantah penahanan pentadbiran beliau di penjara Israel.
Qa’dan, yang pernah sebelum ini meringkuk di dalam penjara Israel selama 15 tahun keseluruhannya, telah diculik oleh askar Israel Februari lalu. Mahkamah tentera Israel kemudiannya telah mengarahkan penahanan pentadbiran ke atas Qa’dan untuk tempoh enam bulan, dengan pilihan untuk dilanjutkan, tanpa perbicaraan mahu pun pendakwaan.
Lapan tahanan lain juga telah melancarkan mogok lapar di dalam tempoh yang berbeza-beza sebagai bantahan terhadap penahanan pentadbiran mereka masing-masing.
Dalam perkembangan lain, tahanan Anas Awwad dan Iyad Bazigh juga masih bermogok lapar untuk hari ke-17 di dalam sel tahanan asing mereka.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : ezatul
Isnin, 26-08-2019 – Sebuah kapal terbang perang Israel pada pagi Subuh melancarkan dua serangan udara ke atas pos pejuang Palestin di barat kota Gaza, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Sumber tempatan memberitahu wartawan Pusat Maklumat Palestin PIC yang satu helikopter tentera mengebom kawasan pejuang di barat Gaza dan beberapa minit kemudian menyasarkan tempat yang sama.Terdahulu pada hari yang sama, tentera rejim Israel mendakwa yang dua roket Palestin dari Gaza mendarat di kawasan terbuka di Negev.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nor idawati
Isnin, 26-08-2019 - Gerakan Pejuang Islam Hamas mengutuk keputusan Presiden Republik Paraguay yang menyebut gerakan Hamas sebagai gerakan teroris antarabangsa.
Dalam pernyataan akhbar hari ini (22/8) Hamas menyebutkan, selain melanggar Undang-undang Antarabangsa yang menjamin hak rakyat untuk melawan penjajahan dan pencerobohan dengan segala cara yang ada, termasuk perjuangan bersenjata. Ia ditegaskan PBB dalam resolusi A/RES/37./43, kenyataan seperti itu telah mengganggu keamanan, stabiliti kawasan dan dunia. Bahkan merosak hubungan baik antara kedua-dua bangsa.
Hamas menekankan, keputusan seperti itu akan meningkatkan tindakan terorisme yang telah dilakukan Israel selama beberapa dekad terhadap rakyat Palestin. Disamping memberikan perlindungan untuk meneruskan kejahatannya di kawasan.
Dia menjelaskan Gerakan Pejuang Islam Hamas adalah sebuah gerakan perlawanan Palestin yang berjuang untuk kebebasan dan kemerdekaan rakyatnya.
Beliau menegaskan, mereka tidak memusuhi sesiapapun dan bahawa konflik ketika ini dan selamanya hanya dengan Israel saja.
Hamas meminta negara Paraguay untuk segera menarik semula keputusan tersebut dan mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk menyokong perjuangan rakyat kami dalam mencapai kebebasan dan kemerdekaan mereka.
sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman
Isnin, 26-08-2019 – Polis Rejim Zionis telah menculik tujuh warganegara Palestin, termasuk dua orang gadis dan tiga orang kanak-kanak Khamis lalu. Mereka diculik dari kawasan solat Bab al-Rahma di dalam Masjid Aqsa di Baitulmaqdis.
Menurut saksi, anggota polis telah menyerbu kawasan Bab al-Rahma dan menahan seorang pengawal Aqsa, Bader al-Rajmi, bersama-sama dengan tiga orang kanak-kanak, dua orang gadis dan seorang belia lelaki.
Gadis-gadis berkenaan dikenali sebagai Shifa Abu Ghaliya dan Medellin Issa, manakala belia berkenaan dikenali sebagai Habib Abu Shusha. Anggota polis telah menghalang lain-lain warga Palestin daripada mengambil gambar ketika penahanan tersebut.
Beberapa hari lalu, anggota polis telah menculik seorang pengawal Aqsa bernama Amer al-Salfiti. Mahkamah Israel kemudiannya telah melanjutkan tempoh penahanan beliau untuk tujuh hari kerana beliau telah mengambil gambar anggota polis ketika mereka sedang mencuri alatan perabot dari kawasan solat Bab al-Rahma.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : ezatul
Isnin, 26-08-2019 – Pemimpin parti dari pakatan sayap kanan, Yamina, pada Rabu mengumumkan rancangan untuk membina 113,000 unit rumah di penempatan haram Israel di Tebing Barat yang dijajah, menurut media media Ibrani yang berbeza.
Menurut Yamina, rancangan itu – yang akan melihat penduduk peneroka haram meningkat sebanyak setengah juta – merupakan penyelesaian kepada krisis perumahan Israel, yang telah menyaksikan kenaikan harga rumah.
“Kawasan metropolitan Tel Aviv hampir sama ramai seperti Gaza dan mahal seperti New York,” kata ketua menteri dan bekas menteri keadilan Ayelet Shaked pada sidang akhbar yang diadakan untuk melancarkan pelan di penyelesaian Etz Efraim.
“Petua magik yang berbeza yang kita lihat dalam beberapa tahun kebelakangan ini tidak berhasil. Penyelesaiannya adalah mudah: untuk menurunkan harga anda perlu meningkatkan penawaran”, katanya.
Yamina ingin membina rumah peneroka haram ini dalam tempoh lima tahun, yang akan menghubungkan Ariel – jauh di Tepi Barat yang dijajah utara – dengan Rosh Ha’ayin di dalam kawasan Green Line.
Rancangannya bertujuan untuk meningkatkan bilangan peneroka haram Yahudi yang tinggal di Tebing Barat dalam setengah juta orang, yang akan membawa jumlah mereka kepada kira-kira satu juta.
Pakatan sayap kanan mendakwa populasi Israel akan mencapai 10 juta pada tahun 2024, jadi ia mahu satu juta orang tinggal di Tebing Barat.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : ameen
Jumaat, 23-08-2019 – Yayasan Al-Quds Malaysia pada Selasa melancarkan ensiklopedia pertama di dunia tentang Masjid Al-Aqsa “Aqsapedia”.
Majlis pelancaran yang diadakan di Kuala Lumpur itu turut disertai oleh Pengerusi Lembaga Amanah Yayasan Al-Quds Malaysia dan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir, dan sekumpulan tetamu serta kehormat dari beberapa negara Asia Tenggara termasuk Indonesia, Sri Lanka dan Thailand.
“Kita sedang meraikan satu peristiwa penting, bukan hanya untuk umat Islam, tetapi juga untuk setiap manusia yang percayakan hak asasi manusia, menghormati agama dan ketidakadilan. Kita berada di sini untuk Palestin dan Masjid Al-Aqsa,” kata Mukhriz dalam ucapannya.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nor idawati
Jumaat, 23-08-2019 – Rabu lalu sekumpulan penceroboh Israel yang menduduki bumi Palestin telah menceroboh Sebastia, sebuah pekan yang terletak di bahagian utara bandar Nabius di Tebing Barat.
Datuk bandar Sebastia, Mohammed Azem berkata bahawa berpuluh-puluh penceroboh Israel yang ditemani askar bersenjata telah menyerbu tapak arkeologi di kawasan Sebastia.
Askar Israel berkenaan teleh mengepung tapak tersebut dan telah menghalang penduduk Palestin daripada mendekati kawasan berkenaan, tambah beliau.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : ezatul
Jumaat, 23-08-2019 – Pihak berkuasa perbandaran Baitulmuqaddis yang dikuasai Israel memberi notis kepada beberapa penduduk Palestin yang rumah dan bangunan milik mereka akan dirobohkan kerana dibina tanpa lesen.
Pihak rejim tidak mahu warga Palestin meluaskan kawasan mereka di timur Baitulmuqaddis dengan sengaja menolak fail permohonan membina yang dipohon warga tempatan.
Menurut penduduk tempatan, pekerja pihak perbandaran Israel datang dan menampal notis perintah roboh di beberapa buah rumah, bangunan perniagaan dan sebuah dewan yang diguna oleh penduduk bagi mengadakan majlis perjumpaan dan kegiatan kemasyarakatan.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : zainudin
Jumaat, 23-08-2019 – Rejim Zionis (IOF) telah melepaskan tembakan ke arah seorang pemuda Palestin berhampiran persimpangan bandar Jit di utara Tebing Barat
Media Ibrani mengatakan pemuda tersebut direbahkan dan ditangkap selepas ditembak, tanpa menyatakan sama ada dia cedera ataupun tidak, serta mendakwa pemuda itu cuba melakukan serangan.
Sehingga kini masih tiada maklumat mengenai nasib lelaki itu serta identitinya.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nurul
Khamis, 22-08-2019 – Puluhan peneroka haram Yahudi memecah masuk ke Masjid Aqsa di Jerusalem Dijajah pada hari Isnin pagi di sebalik larangan zaiarah yang dikenakan ke atas penduduk Palestin.
Polis Israel menyerbu tapak suci itu dan menghalang para penduduk Palestin dari lawatan terancang para peneroka haram Yahudi yang cuba melakukan ibadah Talmud di Qubbat Sakrah (Dome of the Rock) .
Para pegawai Islam Awkaf mengatakan bahawa peneroka haram melakukan lawatan provokatif ke tempat suci serta anggota polis Israel menghalang kemasukan penduduk Palestin dan mengambil ID mereka sebelum membenarkan mereka masuk.
Pegawai itu mengatakan bahawa seramai 114 peneroka haram menjelajah halaman Aqsa di bawah perlindungan polis yang ramai.
Pusat Maklumat Wadi Hilweh mengatakan bahawa 2233 peneroka Yahudi telah mencemarkan Masjid Aqsa pada bulan Julai.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : ameen
Khamis, 22-08-2019 – Isnin lalu Rejim Zionis telah merampas sebuah karavan pertanian milik warga Palestin di daerah Khirbet Jbara, di selatan bandar Tulkarem.
Ihsan Tahsin , ketua majlis daerah Khirbet Jbara memberitahu bahawa Rejim Ziornis telah mencerobohi daerah berkenaan pada awal pagi dan menggeledah rumah-rumah warga Palestin yang masih di dalam pembinaan.
Tahsin berkata Rejim Zionis telah juga merampas karavan pertanian milik keluarga Dosoki. Daerah Khirbet Jbara seringkali disasar Zionis untuk rampasan tanah dan pemusnahan rumah kediaman.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : ezatul
Khamis, 22-08-2019 – Tentera dan pegawai risikan Zionis Israel telah menyerbu stadium Burj al-Laqlaq pada Ahad lepas, di Kota Lama BaitulMaqdis dan membuang semua sepanduk yang dipasang di dalam bangunan tersebut. Tentera Zionis Israel menyerang rakyat Palestin yang berada di sana sebelum memaksa mereka keluar dari stadium.
Mereka juga menahan belia Palestin yang sepatutnya bermain dalam acara sukan yang telah dijadualkan. Kejadian ini berlaku sehari selepas tentera Israel mengharamkan satu persidangan yang dijadualkan pada hari Sabtu di tempat yang sama untuk membincangkan dasar Israel yang merobohkan rumah sekitar BaitulMaqdis.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : syedahmad muhsin
Selasa, 20-08-2019 – Tentera rejim (IOF) pada pagi Ahad memusnahkan sebuah tangki air besar yang digunakan untuk tujuan pertanian di utara Lembah Jordan.
Wakil tempatan Mu’taaz Bisharat berkata yang IOF memusnahkan tangki yang digunakan oleh warga Palestin untuk pengairan tanah pertanian dekat Kampung Bardala.
Walaupun ia berlesen, tentera rejim mendakwa yang tangki itu dibina tanpa kebenaran, sesuatu yang telah menjadi alasan selama bertahun-tahun untuk menghalang pembangunan Palestin.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nor idawati