Categories
Berita Semasa

Delegasi tertinggi Hamas mengakhiri lawatan 6 hari ke Malaysia

Jumaat, 31-01-2020 – Satu delegasi tertinggi Gerakan Hamas yang diketuai oleh ketua biro politiknya Ismail Haneyya mengakhiri lawatan 6 hari ke Malaysia pada Isnin.

Delegasi Hamas itu tiba di Malaysia pada Selasa lepas, 21 Januari dan bertemu dengan perdana menteri Malaysia Mahathir Mohamed serta pegawai-pegawai kanan kerajaan yang lain.

Delegasi itu turut mengadakan mesyuarat dengan para ahli politik, ahli parlimen dan pegawai perkhidmatan awam.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis cederakan berpuluh2 penduduk Gaza yang membantah “Perjanjian Abad Ini”.

Jumaat, 31-01-2020 – Puluhan penduduk Palestin cedera pada hari Selasa disebabkan peluru dan bom Israel ketika rejim Zionis (IOF) menyerang sebuah demonstrasi yang mengutuk “perjanjian abad ini” di utara Semenanjung Gaza.

Sumber-sumber tempatan berkata bahawa rakyat Palestin berarak dekat Beit Hanoun menyeberangi utara Semenanjung Gaza dengan menolak “perjanjian abad ini”.

Seorang pemuda Palestin dicederakan oleh peluru hidup dan berpuluh-puluh yang lain mengalami kesukaran bernafas akibat terhidu gas pemedih mata, menurut sumber perubatan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

Hamas: Perjuangan Dengan Segala Cara Mampu Lindungi Hak Palestin

Jumaat, 31-01-2020 – Hamas menyatakan bahawa perjuangan dengan segala cara, terutama perlawanan bersenjata mampu untuk melindungi hak Palestin di tengah tindakan Amerika yang berusaha menghapuskan konstitusi nasional Palestin di Al-Quds, hak kembali pelarian serta mendirikan negara Palestin berdaulat.

Anggota biro politik Hamas, Husam Bandran menyatakan penolakan terhadap ‘Deal of Century’ dan menegaskan penglibatan dalam kempen Jumaat Emosi di semua tempat sebagai tanda kesetiaan kepada Palestin dan Al-Quds yang tetap menjadi ibukota negara Palestin berdaulat dan Masjidil Aqsa yang murni menjadi milik kaum muslimin.

Menurut Badran, ketika berhadapan waktu bersejarah ini, dimana Amerika berusaha menghapuskan persoalan Palestin dan menghilangkan hak-hak bangsa Palestin kita memerlukan sikap nasional yang bersatu dari segenap elemen bangsa untuk menolak setiap rancangan yang mengurangi hak-hak Palestin. Oleh itu, sangat penting untuk terlibat dalam usaha menolak ‘Deal of Century’ dan kempen Jumaat Emosi yang dimulakan dengan Jumaat Subuh Akbar.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Haneya menyeru mesyuarat nasional bagi menghadapi rancangan Amerika

Jumaat, 31-01-2020 – Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haneyya telah menegaskan bahasa Gerakkan beliau akan menolak “Kesepakatan Abad Ini” oleh Washington yang akan diumumkan kelak dan memberi bayangan bahawa ini adalah “pertempuran yang mewajibkan rakyat Palestin untuk berjuang”

” Palestin adalah tanahair kita dan permata berharga buat negara yang tidak boleh dijual beli,” kata beliau dalam kenyataan akhbar pada ahad lalu. 

Pegawai Hamas menjemput semua pecahan rakyat Palestin termasuk Fatah untuk mengadakan perjumpaan di Kaherah bagi meyertai pasukan pertahanan di Palestin, Baitulmaqdis dan tempat-tempat suci. 
“Kami dengan tegas mengisytiharkan bahawa ‘Perjanjian abad ini’ tidak akan terlepas dan plot kolonial yang baru menyasarkan kearah Palestin ditimpa kegagalan,” tegas beliau.  

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah :
hanafi

Categories
Berita Semasa

Pegawai Hamas memuji sokongan Malaysia terhadap warga Palestin

Jumaat, 31-01-2020 – Pegawai Kanan Hamas Ezzat al-Resheq memuji kerajaan Malaysia dan rakyatnya atas peranan mereka menyokong perjuangan Palestin menentang penindasan oleh Israel.

Dalam satu kenyataannya kepada PIC, al-Resheq berkata yang delegasi Hamas ke Malaysia, yang diketuai oleh Ismail Haneyya, menerima sambutan hangat dan mengadakan mesyuarat dengan Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamed dan timbalannya Wan Azizah serta pegawai-pegawai tertinggi lain.

Al-Resheq berkata, rakyat, kerajaan dan semua parti politik di Malaysia sepakat menyokong hak-hak rakyat Palestin dan menyelar jenayah rejim Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Rejim Israel rampas jentera berat dari tapak pembinaan dekat al-Khalil.

Rabu, 29-01-2020 – Tentera rejim Israel merampas jentera berat yang sedang digunakan untuk kerja-kerja membaikpulih di sebuah sekolah untuk penduduk Palestin yang terletak di perkampungan Susya, selatan al-Khalil.

Ketua Majlis Kampung Susya, Jehad al-Nawaj’a berkata bahawa tentera rejim menyerbu sekolah Susya, merampas sebuah jentolak dan sebuah jenkaut serta membawa jentera tersebut ke tempat yang tidak dinyatakan.

Tentera rejim turut memaksa kerja-kerja baikpulih yang sedang dijalankan di tapak permainan di kawasan sekolah itu dihentikan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis gempur Sebastia, bertembung dengan penduduk Palestin.

Rabu, 29-01-2020 – Pertembungan ganas tercetus pada hari Isnin apabila pasukan rejim Zionis (IOF) menyerbu bandar Sebastia di utara bandar Nablus di Tebing Barat.

Datuk Bandar Sebastia Mohammed Azem berkata ketegangan berlaku di Sebastia selepas berpuluh-puluh askar IOF, yang disertai oleh anggota Knesset, menyerbu bandar itu.

Azem mengatakan bahawa pertempuran ganas berlaku di mana penduduk Palestin dari Sebastia diserang oleh IOF dengan peluru logam bersalut getah serta gas pemedih mata.Tiada kecederaan dilaporkan, kata Azem.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

PBB seru penamatan sengketa di Gaza.

Selasa, 28-01-2020 – PBB telah menyeru bagi mengangkat sekatan di Jalur Gaza dan mencari penyelesaian bagi penderitaan penduduk Palestin di Tebing Barat dan Baitulmaqdis.

Kenyataan tersebut datang dari sidang akhbar yang berlangsung pada selasa yang lalu oleh jurucakap PBB, Stephane Dujarric di ibu pejabat antarabangsa di New York.

Dujarric berkata, seruan bagi mengangkat persengketaan di Gaza telah dibuat oleh Penolong Setiausaha PBB bagi Hal Ehwal Kemanusiaan dan Timbalan Penyelia Bantuan Kecemasan, Ursula Mueller berikutan lawatan beliau selama 6 hari di Wilayah Palestin yang diduduki.

“Sehingga ada penyelesaian politik yang adil, ia adalah penting bagi masyarat antarabangsa agar terus memberi sokongan yang berterusan dan berkekalan bagi memenuhi keperlluan rakyat Palestin yang paling lemah,” jurucakap PBB memetik kenyataan Mueller.

“Negara anggota mestilah terus menyokong bantuan kemanusiaan di Gaza dan Tebing barat. Pada masa yang sama, mereka haruslah berusaha untuk menghidupkan dialog politik dan menggalakkan penyelesaian jangkamasa panjang bagi menangani krisis tersebut,” tambah Muller. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : hanafi

Categories
Berita Semasa

Palestin seru boikot ekspo Dubai.

Selasa, 28-01-2020 – Kempen Boikot – Palestin (BCP) mengecam Emiriah Arab Bersatu (UAE) kerana membenarkan rejim Israel mengambil bahagian dalam Ekspo 2020 di Dubai, Oktober depan.

Israel telah mula membuat persiapan dan mempromosikan kehadiran mereka di acara tersebut. 

BCP mengulangi seruan pihaknya kepada semua negara dan pihak-pihak yang berhasrat untuk menyertai acara itu agar memboikot dan menarik diri acara itu sebagai tanda membantah penyertaan rejim penjajah tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Haneya ketuai delegasi Hamas ke KL

Selasa, 28-01-2020 – Satu perwakilan dari Gerakan Pembela Islam, Hamas, yang diketuai oleh ketua biro politik gerakan tersebut Ismail Haneyya, tiba pada hari Selasa di Kuala Lumpur untuk bertemu dengan pegawai-pegawai Malaysia.

Hamas berkata dalam satu kenyataan rasmi bahawa kunjungan itu adalah sebahagian daripada usaha politik yang dilakukan oleh gerakan itu untuk menggerakkan semua bentuk sokongan untuk rakyat Palestin, dan untuk menghadapi cabaran yang dihadapi oleh Palestin.

Haneyya dan pegawai Hamas yang lain telah berbulan-bulan dalam lawatan serantau yang termasuk lawatan dan mesyuarat di Mesir, Turki, Oman, Qatar dan Iran.

Mesyuarat-mesyuarat berkenaan tertumpu kepada hubungan dua hala serta perkembangan terbaharu dalam perjuangan Palestin, terutama yang berkaitan dengan Baitulmaqdis, penempatan haram, pengepungan Gaza, pelarian dan pilihan raya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

Penduduk Haram Israel Cemar Masjid Aqsa

Rabu, 22-01-2020 – Puluhan peneroka haram Yahudi pada hari Ahad pagi mencemari Masjid Aqsa di bawah perlindungan polis yang ketat.

Menurut sumber media tempatan, kira-kira 130 peneroka haram memasuki Masjid melalui pintu al-Maghariba dan melawat halamannya diiringi polis.

32 pelajar institusi agama dan universiti adalah di antara mereka.Beberapa peneroka dilihat melakukan ritual Talmud di kawasan timur Masjid.

Masjid Aqsa terdedah kepada penindasan setiap hari oleh peneroka haram Yahudi dan pasukan polis pada setiap hari waktu pagi dan petang kecuali pada hari Jumaat dan Sabtu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

4 warga Palestin diculik rejim Zionis di Tebing Barat dan Baitul Maqdis.

Rabu, 22-01-2020 – Rejim Zionis (IOF) pada awal pagi Ahad lalu telah menculik sekurang-kurangnya 14 warga Palestin, termasuk seorang guru wanita, kebanyakannya dari rumah mereka di Tebing Barat dan Baitulmaqdis.

Menurut sumber tempatan, IOF menculik empat belia lelaki yang dikenal pasti sebagai Amr Abu Haneyya, Nidhal Saleem, Mansour Saleem, dan Husam Suwaidan di pusat pemeriksaan tentera antara Nablus dan Qalqilya. Kesemua mereka berasal dari bandar Azzun di Qalqilya.

Dua belia lelaki juga diculik oleh IOF di kem pelarian al-Arroub di al-Khalil dan Osamah Nakhla di bandar Ramallah.

Di Betlehem, IOF telah menculik lima bekas tahanan dari rumah mereka di bandar Beit Fajjar. Mereka dikenali sebagai Anas Dairiya, Awni Taqatiqa, Ahmed Thawabteh, Yousef Dairiya dan Ragheb Dairiya.

Seorang wanita yang dikenali sebagai Rawan Qabbajah turut ditahan semasa serangan IOF di rumah beliau di bandar Tarqumiyah di barat al-Khalil. Beliau adalah seorang guru sekolah dan ibu kepada empat anak.

Di Baitulmaqdis, pasukan polis Israel menculik Arafat Najeeb dan Ameen Saddam, kedua-duanya bekerja sebagai pengawal Masjid Aqsa, dari rumah mereka di bandar suci tersebut.

IOF juga telah menyerbu kediaman-kediaman lain di beberapa kawasan yang berbeza di Tebing Barat, namun tidak membuat sebarang tangkapan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

Untuk kali ketiga dalam satu minggu, Israel menyebabkan kawasan pertanian Gaza banjir

Rabu, 22-01-2020 – Untuk kali ketiga berturut-turut dalam satu minggu, rejim Israel (IOA) pada pagi Sabtu membanjiri tanah yang diusahakan dengan air hujan di timur Semenanjung Gaza setelah empangan dibuka.

Menurut kementerian pertanian Palestin, IOA sengaja membuka empangan menyebabkan air hujan membanjiri kawasan pertanian di kejiranan Shuja’iyya di timur Kota Gaza.

Ia mengakibatkan lebih 1,000 dunums tanah yang ditanam dengan  gandum, barli, kacang, kobis dan bunga kobis telah dibanjiri dan musnah.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor
idawati

Categories
Berita Semasa

Israel Robohkan 4 Rumah Penduduk Palestin Di Al-Quds

Rabu, 22-01-2020 – Pihak Mahkamah Israel mengeluarkan keputusan merobohkan 4 buah rumah penduduk Palestin di kawasan Wadhi Hims kota Shurbaher, Al-Quds Tenggara.

Mahkamah Israel menyetujui perobohan rumah milik warga Palestin, Naim Aliyah, Usamah Hamad, Muhammad Abu Thair dan sebuah kedai 3 tingkat milik Naim Athras.

Pada 22 Julai tahun lalu, pasukan Israel merobohkan 22 bangunan terdiri dari 70 flat di kawasan yang sama.

Gabernor al-Quds, Adnan Ghaits mengatakan, runtuhan tanah yang berlaku kepada beberapa bangunan di gerbang Silsilah diakibatkan oleh penggalian dan kerosakan yang dilakukan oleh pihak Yahudi untuk merealisasikan proses yahudinisasi Al-Quds dan mengusir penduduk asal Palestin.

Runtuhan dan gelongsoran tanah di kawasan ini sangat berbahaya, ia mengusir paksa warga Palestin dari Al-Quds yang bertentangan dengan semua norma dan resolusi antarabangsa.

Menurut salah seorang warga, Rashid Zahida, sebanyak 22 keluarga Palestin terancam pengusiran dari penempatan mereka dan 7 keluarga menerima arahan pengosongan rumah segera.

Penggalian yang dilakukan Israel di kawasan gerbang Silsilah kawasan Masjidil Aqsa telah mengancam sekitar 200 warga Al-Quds terusir dari rumah mereka. Sebab utamanya adalah penggalian di bawah rumah-rumah mereka, sebagai langkah baru untuk mengusir warga dari kawasan penempatan mereka.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Pendatang Asing Membanjiri Aqsa, Rakyat Palestin Terus Disekat

Isnin, 20-01-2020 – Puluhan warga Yahudi memasuki Masjid al-Aqsa dan dikawal ketat oleh pengawal keselamatan, sedangkan kemasukan rakyat Palestin disekat dan semakin diperketatkan sekatan tersebut.

Jabatan Awqaf Islam, Baitulmuqdis berkata bahawa 148 warga Israel, termasuk 7 pegawai risikan, memecah masuk Masjid al-Aqsa pada awal pagi.

Para penceroboh tersebut melakukan ritual Talmud dan menjelajah tempat itu sambil mendengar penerangan mengenai “Kuil Gunung”.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul