Rabu, 19-02-2020 – Tentera rejim Israel berterusan untuk hari keenam mengenakan sekatan keselamatan yang ketat terhadap pergerakan warga Palestin di jalan-jalan dekat perkampungan dan bandar di barat laut Ramallah.
Menurut sumber
tempatan, IOF menutup jalan menuju ke barat laut Ramallah, membina pusat
pemeriksaan dan menghalang pergerakan warga Palestin dan kenderaan mereka.
Sekatan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya yang teruk, terutamanya ketika warga Palestin pergi dan balik dari tempat kerja dan sekolah.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nor idawati
Selasa, 18-02-2020 – Syarikat e-dagang Amerika Syarikat Amazon telah dikecam kerana menawarkan penghantaran percuma ke penempatan haram di Tebing Barat Terjajah, tetapi tidak kepada rakyat Palestin.
Menurut Financial Times, pelanggan yang tinggal di Wilayah Palestin
boleh menerima penghantaran percuma hanya apabila mereka meletakkan Israel
sebagai alamat mereka.
The Financial Times berkata, penemuan hasil siasatan yang dijalankan di
Tebing Barat mendapati bahawa Amazon menawarkan penghantaran percuma jika
alamat pelanggan berada di Israel dan jumlah pesanan adalah melebihi $49.
Walau bagaimanapun, pelanggan Palestin yang meletakkan alamat mereka
sebagai “Wilayah Palestin” terpaksa membayar yuran penghantaran
bermula dari $24.
Jurucakap Amazon Nick Caplin berkata, “Jika pelanggan di Wilayah
Palestin memasukkan alamat mereka dan memilih Israel sebagai negara mereka,
mereka boleh menerima penghantaran percuma melalui promosi yang sama.”
Banyak organisasi hak asasi manusia mengkritik dasar Amazon. Seorang peguam hak asasi antarabangsa menuduh Amazon mengamalkan “diskriminasi secara terang-terangan antara bakal pelanggan berdasarkan kewarganegaraan mereka”.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : ezatul& nur idawati
Selasa, 18-02-2020 – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan pada hari Sabtu mengatakan bahawa rancangan “perdamaian” AS untuk Timur Tengah, yang dikenali sebagai “perjanjian abad ini”, adalah satu ancaman kepada keamanan serantau.
“Kami mengharapkan Pertubuhan Kerjasama Negara Islam (OIC) menggesa semua anggotanya untuk mengambil pendirian jelas terhadap pelan ini,” katanya dalam kenyataan yang dilaporkan oleh Anadolu Agency.
“Sama ada Kesatuan Eropah mahupun Afrika tidak menerima rancangan perdamaian ini,” katanya, menjangkakan bahawa Turki akan mendapat sokongan yang baik di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Erdogan menekankan bahawa Turki tidak akan membenarkan “kebenaran pencerobohan, perampasan dan pemusnahan”.
Pada 28 Januari 2019, Presiden AS Donald Trump mengumumkan “rancangan damai” untuk Timur Tengah di Washington dengan kehadiran Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu yang bakal dikeluarkan.
Trump mencadangkan sebuah negara Palestin yang bebas tetapi dengan pengiktirafan kedaulatan Israel ke atas Tebing Barat dan Jerusalem sebagai “ibu negara tidak berbelah bahagi” Israel.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : ameen
Selasa, 18-02-2020 – Jet tempur rejim Israel melancarkan serangan udara ke atas kubu pejuang Palestin di wilayah tengah Semenanjug Gaza, pagi Ahad semalam.
Wartawan PIC berkata, jet rejim mengebom lokasi kubu pejuang yang terletak di selatan Bandar Deir al-Balah, kawasan tengah Semenanjung Gaza.
Sementara itu, tentera darat rejim bertindak membakar kawasan timur berhampiran pagar sempadan, berdekatan kem pelarian al-Bureji.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : zainudin
Selasa, 18-02-2020 – Penganalisis Penempatan di Al-Quds, Khalil Tafkaji menegaskan bahawa fasa penerapan Deal of Century gagasan Trump dengan peta baru merupakan visi Israel yang disetujui Amerika.
Tafkaji menganggap jawatankuasa khusus yang bertugas membuat peta, merupakan langkah sepihak Israel yang disetujui dan dilindungi Amerika untuk mendapatkan kesahan antarabangsa.
Peta yang diusulkan dalam Deal of Century merupakan bahagian dari projek yang telah dimulai pada tahun 1970 dan berakhir pada projek Sharon tahun 1990 dan ketika ini sedang diusahakan di peringkat lapangan.
Peta yang diusulkan pihak Israel merupakan tindakan politik yang tidak menghendaki kewujudan negara Palestin yang memiliki geografi.
Menurut visi Israel, pendirian negara Palestin tidak masuk dalam usul, bahkan dalam perundingan terdahulu, sama ada Camp David, Oslo dan lainnya, semuanya tidak menyetujui kewujudan negara Palestin. Mereka hanya mengizinkan keberadaan otoriti Palestin di bawah kendalian Israel secara penuh.Para pemimpin Israel berusaha agar negara Palestin bukan di Tebing Barat tetapi di tempat lain, ujar Tafkaji.
Israel memanfaatkan perundingan dan kelemahan dunia Arab serta perpecahan Palestin untuk mengetengahkan visinya dengan mendapatkan sokongan penuh Amerika untuk mengambil kekuasaan diwilayah Palestin dan Lembah Jordan sehingga keluar dan masuk sempadan perlu mendapat keizinan Israel.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : osman
Isnin, 17-02-2020 – Pejabat Hak Asasi Manusia PBB menyiarkan senarai lebih 100 syarikat yang dikatakan bersalah melanggar hak asasi kemanusian dengan menjalankan operasi mereka di penempatan haram Yahudi di Baitulmaqdis yang dikuasai Israel.
Tindakan PBB itu difahamkan sebagai yang pertama kali di peringkat antarabangsa, cuba menama dan memalukan perniagaan yang ada hubungkait dengan aktiviti penempatan haram Yahudi di wilayah Palestin.
Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi, Michelle Bachelet menyiarkan satu kenyataan bersama laporan dan berkata bahawa beliau “sedar dengan isu ini yang telah dan akan menimbulkan perbalahan yang lebih hebat lagi.”
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : zainudin
Isnin, 17-02-2020 – Tahanan Palestin Alaa al-Hems, dari Semenanjung Gaza menderita masalah kesihatan yang serius akibat tidak dirawat di penjara Israel.
Menurut Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan
dan bekas Tahanan Palestin, Hems tiada masalah kesihatan serius sebelum ditahan
tetapi keadaannya mejadi semakin teruk ketika ditahan di penjara Israel.
Beliau telah lama menderita akibat tuberculosis yang kemudiannya mengakibatkan masalah paru-paru setelah beliau mengambil ubat yang diberikan oleh doktor Israel.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nor idawati
Isnin, 17-02-2020 – Rejim Zionis IOF telah menculik lapan warga Palestin dari rumah mereka di Tebing Barat dan Baitulmaqdis di waktu subuh Khamis lalu.
Menurut sumber-sumber tempatan di Tebing Barat, IOF telah menyerbu kem
pelarian al-Deheisheh di selatan Bethlehem dan menculik tiga warga Palestin
dari rumah mereka. Mereka dikenali sebagai Bilal al-Debs, Muhanad al-Debs dan
Wajdi Daraghmeh.
Di bandar Ramallah, IOF menyerbu beberapa rumah di kawasan kejiranan
Taira dan merampas rakaman kamera keselamatan, lantas menimbulkan pergaduhan
dengan belia tempatan.
Tiga pemuda Palestin cedera akibat peluru getah manakala sebilangan
yang lain terdedah terhadap kesan gas pemedih mata semasa pertempuran di
kejiranan di Taira.
Pertembungan serupa juga berlaku di bandar Beitunia dekat Ramallah, di
mana IOF telah menculik seorang belia lelaki bernama Ahmed al-Malehi.
IOF juga menyerbu rumah di kampung Beit Sira, barat Ramallah, dan
menculik seorang pemuda yang dikenali sebagai Abdullah Abu Safiya.
Di timur Baitulmaqdis, pasukan polis Israel menculik tiga belia Palestin selepas menyerang mereka secara fizikal. Mereka dibawa ke pusat tahanan di Jalan Salahuddin dan dijadualkan dibicarakan semalam.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : ezatul
Jumaat, 14-02-2020 – Sekurang-kurangnya 14 orang warga Palestin cedera pada Selasa ketika pertelingkahan dengan tentera rejim Israel (IOF) rentetan demonstrasi menentang Deal of the Century dekat kota al-Bireh.
Persatuan
Bulan Sabit Merah Palestin berkata 14 warga Palestin dirawat kerana cedera yang
diakibatkan oleh peluru besi bersalut getah dan gas pemedih mata yang ditembak
oleh IOF.
Sumber tempatan menyatakan yang pertelingkahan tercetus di antara tentera IOF dan pemuda Palestin yang menyertai perarakan menentang “deal of the century” di kemasukan utara Kota al-Bireh.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nor idawati
Jumaat, 14-02-2020 – Beratus pendatang haram Yahudi menceroboh masuk ke dalam Masjidil al-Aqsa dengan kawalan dan kehadiran ramai anggota polis rejim, sebaliknya sekatan semakin ketat dikenakan ke atas penduduk Islam Palestin yang ingin menunaikan ibadat di masjid tersebut..
Jabatan Wakaf Islam Baitulmaqdis berkata, polis rejim membenarkan 123 pendatang Yahudi menceroboh masuk masjid Aqsa pagi tadi.
Pendatang Yahudi itu melakukan ibadat mengikut ajaran Talmud dan berkeliaran di halaman masjid Aqsa sambil diberi penerangan mengenai dakwaan di situ letaknya “Kuil Suci Yahudi”.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : zainudin
Jumaat, 14-02-2020 – Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) telah menyeru rakyat semua negara Islam untuk menganjurkan secara besar-besaran dan mengambil bahagian secara aktif dalam kempen dan perhimpunan untuk menyokong rakyat Palestin, serta meningkatkan ketabahan mereka dalam menghadapi perjanjian abad ini dari Amerika Syarikat.
Dalam satu kenyataan pada hari Isnin, jurucakap Hamas Abdul-Latif Qanua
memuji tindakan rakyat semua negara bebas dan perhimpunan-perhimpunan ramai di
seluruh dunia yang telah menzahirkan perpaduan mereka dengan rakyat Palestin
dan penolakan rancangan perdamaian yang diperkenalkan baru-baru ini oleh
pentadbiran Amerika Syarikat.
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengumumkan rancangan damai
pro-Israel ketika sebuah majlis di Rumah Putih bulan lepas bersama Perdana
Menteri Israel Benjamin Netanyahu di hadapan beberapa para pegawai dari negara-negara
Teluk.
Pelan ini telah dikutuk masyarakat antarabangsa, dunia Arab dan negara-negara
Islam, walaupun ada segelintir rejim Arab dari Arab Saudi dan UAE yang telah
menyuarakan sokongan mereka terhadap rancangan berkenaan dan dipercayai menjadi
antara dalang utama pelan tersebut.
Masyarakat antaraangsa telah lama mengecam pendekatan Rumah Putih yang membawa kepada pelan tersebut kerana memberikan Israel jalan mudah sambil mengorbankan hak hakiki rakyat Palestin dan aspirasi mereka untuk negara Palestin yang bebas dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : ezatul
Jumaat, 14-02-2020 – Puluhan tentera Israel memecah masuk ke Masjid Ibrahimi di al-Khalil dengan kasut mereka.
Sumber tempatan mengatakan bahawa segerombolan
tentera Israel itu menyerbu Masjid Ibrahimi dan mengganggu jemaah Palestin di
dalamnya.
Serangan itu berlaku sehari selepas Knesset yang dipanggil Hal Ehwal Luar Negeri dan Jawatankuasa Pertahanan mengadakan mesyuarat malam Isnin untuk menetapkan tarikh pelaksanaan projek pengembangan baru di Masjid Ibrahimi.
http://english.palinfo.com penterjemah : nor syuhada
Jumaat, 14-02-2020 – Militan penjajah Israel pada Selasa malam (11/2/2020), mengumumkan bahawa sebuah roket telah meletup di kawasan terbuka dalam wilayah penempatan Yahudi “Sha’ir Hanegev” yang terletak di timur Semenanjung Gaza.
Saluran televisyen penjajah Israel “Channel 13”, memetik daripada jurucakap militan Israel yang mengatakan, “Telah kelihatan peluncuran roket dari Gaza semalam ke arah penempatan Israel, namun tidak menyebabkan kematian.”
Jurucakap militan penjajah Israel menyatakan bahawa peluncuran roket ini merupakan aktiviti aplikasi kumpulan pejuang Palestin di salah satu daerah terbuka di pinggir Semenanjung Gaza.
Sejak Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan rancangan damai di Timur Tengah, yang dikenal dengan “Kesepakatan Abad Ini” (deal of century) pada 28 Januari 2020 lalu, kerap terjadi peluncuran roket dari Semenanjung Gaza. Sementara itu intensiti dan kekerapan peluncuran belon api dari Semenanjung Gaza menuju daerah penempatan Israel yang berada di pinggir Semenanjung Gaza telah meningkat.
Pasukan penjajah Israel telah melancarkan serangkaian serangan ke Semenanjung Gaza, tidak lama setiap kali mengumumkan adanya peluncuran roket dari Semenanjung Gaza ketika ancaman untuk melancarkan serangan yang lebih luas.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : osman
Rabu, 12-02-2020 – Pihak berkuasa rejim zionis (IOA) pada Ahad mengarahkan satu keluarga Palestin di kejiranan Jabal al-Mukabber di Baitulmuqaddis agar memusnahkan rumah mereka.
Sumber tempatan
menyatakan yang IOA mengarahkan keluarga al-Dibs agar memusnahkan rumah mereka
atas dakwaan ia tidak berlesen. Ataupun IOA akan memusnahkan rumah mereka
tetapi mereka perlu membayar sejumlah denda yang banyak.
Rumah itu yang dibina empat tahun lalu dihuni satu keluarga yang terdiri daripada lima orang.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nur idawati
Rabu, 12-02-2020 – Tentera rejim Israel menahan seorang warga Palestin dari bandar Isawiya, utara Kota Baitulmaqdis.
Saksi berkata bahawa tentera rejim mengeledah kawasan perumahan Obeid di bandar Isawiya dan menahan Mohammed Tutanji.
Tentera rejim ketika ini meningkatkan tindakan geledah dan operasi tangkap di wilayah Baitulmaqdis dan Tebing Barat susulan serangan penduduk Palestin selepas pengumuman “deal of the century.”
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : zainudin