Khamis , 04-07-2019 - Pasukan penjajah Israel pada Isnin (1/7/2016) malam menangkap dua pemuda Al-Quds setelah memukul mereka di depan kubur Mohammed Obaid di kota Issawiya. Sementara itu dua orang kanak-kanak ditahan di kem pelarian Shu'fat di al-Quds ketika berlaku pertempuran yang mengakibatkan sejumlah mangsa mengalami sesak nafas akibat terkena tembak gas beracun dan gas air mata.
Menurut sumber tempatan, pasukan penjajah Israel pada Isnin malam, kembali menyerbu kota Issawiya, di mana puluhan pemuda menghadang mereka dengan lemparan batu dan botol kosong. Sementara itu pasukan penjajah Israel menembak mereka dengan meriam bunyi dan api serta dengan gas pemedih mata dan peluru getah. Dalam waktu yang sama, pasukan penyamar penjajah Israel menangkap dua kanak-kanak dari kem Shu'fat, dan membawa mereka ke lokasi yang belum diketahui.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : osman
Khamis , 04-07-2019 – Jumlah tahanan Palestin yang membuat mogok lapar di penjara Israel sebagai tanda protes di penahanan pentadbiran mereka telah meningkat kepada 11 orang.
Tahanan dan Bekas Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan mengatakan bahawa beberapa tahanan Mohammed Abu Akar, Mohammed al-Hasanat dan Huthaifa Halabiya telah memulakan mogok lapar secara terbuka di penjara Negev sebagai protes terhadap penahanan mereka tanpa pertuduhan atau perbicaraan.
Ehsan Othamn, 21, dan Ja’far Izz el-Din, 48, telah melakukan mogok makan selama 17 hari.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nurul
Rabu , 03-07-2019 – Tentera rejim zionis menculik menteri hal ehwal Baitulmuqaddis Palestin, Fadi al-Hadmi dari rumahnya di kota suci itu pada Ahad.
Menurut sumber tempatan, polis rejim memecah masuk dan menggeledah kediaman beliau pada waktu subuh dan merampas telefon bimbit sebelum menahan beliau.
Lagi 10 warga turut ditahan dalam kempen polis rejim di daerah Issawiya, timur Baitulmuqaddis.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nor idawati
Isnin , 01-07-2019 – Sejumlah pendatang haram Yahudi didapati telah mencemar kesucian Masjid al-Aqsa secara berkumpulan dengan diiringi anggota polis rejim Israel.
Menurut sumber tempatan, berpuluh pendatang Yahudi dengan diiringi anggota polis Israel dilihat memasuki masjid tersebut secara berkumpulan dan menijau sekitar kawasan masjid.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : zainudin
Jumaat , 28-06-2019 – Dana berjumlah lebih AS$110 juta berjaya dikutip pada satu sesi persidangan yang berjanji untuk membantu UNRWA, agensi PBB yang sedang bergelut menghadapi masalah berikutan tindakan Amerika Syarikat memotong bantuan kewangannya kepada agensi tersebut.
Pesuruhjaya Jeneral UNRWA, Pierre Krahenbuhl berkata, sumbangan itu bagi membolehkan agensi tersebut menyediakan perkhidmatan untuk sektor pendidikan dan kesihatan kepada penduduk Palestin, membayar segala kos bulan mendatang dan bagi mengelak krisis belanjawan berlaku. Sebanyak 35 buah negara mengambil bahagian dalam persidangan itu dengan kebanyakannya datang dari negara-negara Eropah dan Arab dimana sumbangan terbesar ialah dari negara anggota Kesatuan Eropah, Jerman dan Britain.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : zainudin
Jumaat , 28-06-2019 – Lebih daripada $ 110 juta dikutip pada persidangan sokongan terhadap UNRWA, yang bergelut dengan masalah kewangan sejak Amerika Syarikat menarik diri sebagai penyumbang. Pesuruhjaya UNRWA, Pierre Krahenbuhl berkata, pembiayaan itu akan membolehkan agensi tersebut menyediakan perkhidmatan pendidikan dan kesihatan kepada rakyat Palestin, dan menampung kos untuk bulan-bulan mendatang serta mengelakkan krisis belanjawan.
Sekitar 35 negara mengambil bahagian dalam persidangan itu, kebanyakannya negara-negara Eropah dan Arab, dengan sumbangan terbesar datang dari Kesatuan Eropah, Jerman dan Britain.
Persidangan tersebut diadakan pada hari yang sama dengan rancangan perdamaian Timur Tengah (perjanjian abad ini) yang diperkenalkan oleh pentadbiran Presiden Donald Trump, di Bahrain yang telah diboikot oleh Palestin.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : syed ahmad muhsin
Jumaat , 28-06-2019 – Rejim Zionis telah merobohkan sebuah stesen gas milik rakyat Palestin yang sedang dibina di Pekan Anata timur laut BaitulMaqdis.
Datuk Bandar Anata, Taha Ni’man, berkata tiga jentolak milik Israel, disertai oleh angkatan bersenjata telah menghancurkan sebuah stesen gas milik warga Palestin, Mohammed Hilweh.
Rejim Zionis mendakwa kemudahan itu sedang dibina di Kawasan C, iaitu sebuah kawasan yang didakwa hanya ditadbir oleh Israel sahaja.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nurul
Khamis , 27-06-2019 – Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu telah mengulangi kenyataan mereka bahawa konflik Palestin-Israel tidak boleh diselesaikan dengan hanya langkah-langkah ekonomi.
Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh jurucakap PBB, Farhan Haq ketika beliau bercakap mengenai Bengkel Ekonomi Bahrain dan beliau juga berkata, PBB telah menyatakan sokongan mereka ketika Nickolay yang memegang jawatan Khas PBB bagi menyelesaikan proses keamanan di timur tengah dan ini juga telah disebut oleh Majlis Keselamatan pada minggu lepas.
“Sokongan kemanusiaan dan ekonomi kepada populasi adalah penting untuk menghasilkan persekitaran yang kondusif demi rundingan yang berhasil. Walaubagaimanapun, saya juga menekankan bahawa konflik tersebut tidak boleh diselesaikan dengan hanya langkah-langkah ekonomi,” kata Nickolay pada Khamis yang lalu.
“Langkah-langkah tersebut hanyalah sebagai pelengkap bagi proses politik yang sah untuk mengakhiri pendudukan Israel dan menyelesaikan kemelut tersebut dengan resolusi PBB yang relevan.,” tambah beliau.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : hanafi
Khamis , 27-06-2019 – Timbalan Speaker, Dewan Perundangan Palestin (PLC), Ahmed Bahar mensifatkan bengkel ekonomi yang adakan di Bahrin sebagai satu persidangan konspirasi dan hasutan.
Menerusi kenyataan medianya, beliau menyatakan bahawa sidang itu merupakan satu mesyuarat berkait “politik, moral dan jenayah kemanusiaan”.
Beliau meminta negara-negara Arab yang terlibat supaya menghormati kemahuan rakyat Palestin dan tidak menerima nasihat undang-undang berbentuk perkauman dari pihak pentadbiran AS yang boleh menjejaskan hak dan ketetapan rakyat Palestin.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : zainudin
Khamis , 27-06-2019 – Krew perbandaran Israel di Baitulmaqdis, disertai oleh angkatan bersenjata telah meruntuhkan khemah yang diduduki oleh keluarga Palestin di Silwan sebagai tanda protes atas arahan untuk di robohkan rumah yang mereka terima.
Perbandaran Israel telah mengeluarkan perintah yang mengancam untuk menghancurkan khemah tersebut dalam masa beberapa jam.
Berpuluh-puluh keluarga Palestin di kejiranan Yasul di Silwan terancam dengan paksaan untuk berpindah kerana pihak berkuasa Israel merancang untuk merobohkan rumah mereka kerana didakwa diduduki tanpa izin.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nurul
Khamis , 27-06-2019 - Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyah, Selasa (25/6/2019) malam, mengatakan bahawa "Palestinat bukan untuk dijual. Juga bukan untuk penawaran kesepakatan dan persidangan yang membahaskan penambahan pendudukan penjajah Israel di tanah Palestin." Hal teresbut disampaikan Haniyah dalam Persidangan Nasional Palestin Untuk Melawan Persidangan Bahrain.
Beliau mengatakan, "Kami katakan dengan jelas dan terang: Palestin bukan untuk dijual atau untuk transaksi kesepakatan dan persidangan." Beliau menegaskan bahawa "rakyat Palestin ketika ini berdiri di satu parit dan dalam satu bingkai dalam melawan kesepakatan-kesepakatan tersebut." Haniyah mengatakan, "Rakyat Palestin hari ini menentang Persidangan Bahrain sebagai bentuk intifadhah baru dan revolusi politik.
Ini Kerana mereka merasakan adanya ancaman strategi yang belum pernah terjadi sebelumnya terhadap isu perjuangan Palestin. " Beliau menyatakan, "Rakyat Palestin tidak pernah mendelegasikan kepada sesiapa pun yang berkompromi dan melepaskan hak-haknya. Tanah ini milik kami, Al-Quds milik kami, kita dan Allah dengan kekuatan-Nya bersama kami." Dia menyatakan bahawa Persidangan Bahrain adalah persidangan bermotifkan politik dan ekonomi. Amerika tidak akan berjaya menjayakan kesepakatan-kesepakatan ini.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : osman
Khamis , 27-06-2019 – Rejim Zionis telah menangkap 9 rakyat Palestin di Tebing Barat. Sumber tempatan melaporkan, IOF telah menculik 9 orang penduduk Palestin dari rumah mereka di Nablus, Bethlehem, Ramallah dan Yerusalem.
Pertempuran telah berlaku antara warga Palestin dan tentara IOF semasa serangan ke atas kem pelarian Qalandiya dan Jenin. Sementara itu, IOF memecah masuk rumah Ahli Parlimen Hamas, Nayef Rjoub di al-Khalil dan mengeluarkan perintah untuk hadir ke Pusat Risikan Israel bagi disoal siasat.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : syed ahmad muhsin
Khamis , 27-06-2019 – 10 orang tahanan Palestin di penjara Israel telah mogok lapar di lokap Israel pada waktu yang berlainan demi protes keadaan penahanan mereka yang teruk.
Persatuan Banduan Palestin mengeluarkan kenyataan bahawa Ihsan Othman, 21, dan Ja’far Izz el-Din, 48, memulakan mogok lapar 9 hari yang lalu untuk memprotes penahanan mereka.
2 beradik Nour el-Din dan Mohyee el-Din Shahrouri telah melakukan mogok tersebut selama 9 hari dan berselang 2 hari terhadap keadaan penahanan mereka yang teruk. Manakal 6 yang lain pula iaitu Mahmoud al-Fasfous, 29, Kayed al0Fasfous, 30, Ghadanfar Abu Atwan, 26, Abdul-Aziz Sweiti, 30, Saed al-Nammoura, 27, dan Wael Rabei, 30, memulakan mogok lapar tanpa penghujung semalam.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : hanafi
Khamis , 27-06-2019 – Pendatang haram Yahudi membuat grafit guna semburan cat kata-kata dan lukisan perkauman dan memancitkan tayar kenderaan milik penduduk Palestin di perkampungan Sinjil, utara Ramallah.
Datuk Bandar, Mutaz Tawafsheh berkata, sekumpulan pendatang Yahudi memasuki perkampungan itu dan memancitkan tayar 10 buah kenderaan serta menyembur cat tulisan berbau perkauman di dinding-dinding tembok.
Kampung Sinjil sering dimasuki pendatang Yahudi, dimana sepanjang lima tahun ini, mereka mencuba untuk membakar rumah warga Palestin dengan melontar bom botol Molotov Cocktail, bagaimana pun penduduk tempatan sempat memadamkan api dan menyelamatkannya dari terbakar.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : zainudin
Rabu , 26-06-2019 – Peguam Palestin Muhannad Karrajah mendedahkan yang tahanan politik Alaa al-Basheer menderita akibat trauma psikologi dan lemah fizikal yang teruk.
“Saya melawat dan bertemu Alaa di penjara dan mendapati beliau menderita kemurungan dan trauma akibat penahanan berterusan,” Karrajah memberitahu Pusat Maklumat Palestin (PIC).
Karrajah, seorang peguam yang aktif dalam membela para tahanan politik berkata, penahanan Alaa untuk kali kedua ialah perlanggaran ke atas keputusan yang telah membebaskan beliau.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nor idawati