Rabu,09-06-2021 – Rejim Zionis (IOF) mengumpulkan seorang lelaki Palestin dan anaknya di al-Khalil pada hari Isnin. Sumber tempatan mengatakan bahawa tentera IOF menceroboh masuk rumah Tayseer Abu Sbeih, 52, dan anaknya Mohammed, 32, di kota al-Khalil, menggeledah penempatan mereka dan kemudiannya membawa mereka pergi.
IOF melancarkan serangan setiap hari ke pelbagai kota dan kampung Tebing Barat di mana penangkapan dilakukan setelah penggeledahan yang ganas di rumah warga Palestin.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Dr Nurul
Rabu,09-06-2021 – Israel telah membatalkan perarakan bendera yang dijadualkan pada 10 Jun akan datang di bandar Baitulmuqaddis yang diduduki, menurut akhbar Yahudi Yediot Ahronot pada hari Isnin.
Akhbar berkenaan menyatakan bahawa pesuruhjaya polis Israel memberitahu penganjur perarakan tersebut tidak diluluskan.
Menurut saluran berbahasa Ibrani “Kan”, pengajur perarakan tersebut berkata, “polis Israel memberitahu kami tiada kelulusan diberikan untuk perarakan tersebut pada hari Khamis dan ia telah dibatalkan”.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Amrul Azmi Mizan
Rabu,09-06-2021 – Kira-kira sebanyak 10 buah bangunan kediaman di kawasan Al-Ma’rjat, utara Jericho telah dirobohkan oleh pihak Zionis pada hari Isnin.
Menurut salah seorang aktivis Fares Kaabneh, beliau menyatakan bahawa rejim Zionis turut merobohkan 6 kandang kambing biri-biri dan 4 buah rumah di kawasan Arab al-Kaabneh di al-Ma’rjat tersebut.
Beliau turut menyatakan bahawa kesemua kemudahan dan penempatan ini merupakan milik warga Mahmoud al-Kaabneh dan 3 orang puteranya Odeh, Salem dan Ghaleb. Zionis telah merobohkan bangunan kediaman dan kandang di penempatan ini dengan menggunakan alasan bahawa bangunan tersebut tidak mempunyai lesen.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Shuhada Sayuti
Rabu,09-06-2021 – Pegawai Kanan Hamas, Mustafa Abu Arra yang sedang ditahan tanpa bicara lebih tiga minggu telah dinafikan dari menerima rawatan dan tidak diberi ubat oleh pihak penjara Israel, demikian kata keluarga beliau
Menurut anak lelakinya, Zaid, bapanya yang berumur 60 tahun telah diculik darri rumahnya di bandar Aqqaba yang terletak di utara Tubas pada pagi 12 Mei, berikutan kempen tangkapan besar-besaran yang dilakukan pihak rejim Israel di Tebing Barat ketika pihak rejim melancarkan serangan udara ke Semenanjung Gaza.
Zaid berkata bahawa bapanya menderita pelbagai masalah kesihatan kronik dan perlu mengambil enam jenis ubat setiap hari dan yang paling utama adalah ubat enzim yang sangat diperlukan berbanding ubat lain kerana sebarang penangguhan dari mengambilnya boleh menyebabkan orgàn limpa membengkak dan platelet dalam darah meningkat yang boleh menjadi punca utama kepada keadaan kesihatan bapanya jatuh teruk.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Zainudin
Rabu,09-06-2021 – Peneroka Yahudi telah menyerbu masuk ke Masjid Al-Aqsa pada pagi Ahad melalui gerbang Magharabi di bawah perlindungan polis Israel.
Pusat Maklumat Wadi Al-Hilweh mengatakan dalam satu kenyataan ringkas bahawa seramai 68 orang peneroka Yahudi masuk ke dalam masjid dan melakukan lawatan provokatif di dalam masjid dan kawasan sekitar sebelum meninggalkannya melalui gerbang al-Silsilah.
Rentetan itu, polis Zionis turut mengenakan sekatan kemasukan kepada jamaah Muslim ke dalam masjid Al-Aqsa dan memeriksa kad pengenalan mereka di pintu gerbang utama.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Shuhada Sayuti
Selasa,08-06-2021 – Puluhan warga Palestin telah cedera pada Jumaat akibat tembakan peluru hidup dan peluru besi bersalut getah manakala yang lain mengalami kesukaran bernafas ketika pertelingkahan dengan tentera rejim zionis (IOF) dekat Bukit Sobeih, selatan Nablus.
Ahmed Jibril, pengarah ambulans dan kecemasan Bulan Sabit Merah Palestin di Nablus, menyatakan pasukan perubatan merawat 113 kecederaan.
Jibril menyatakan, kecederaan melibatkan 16 jenis termasuk akibat daripada peluru hidup, 20 oleh peluru besi bersalut getah, empat kesan pukulan oleh tentera IOF, dan 73 susah bernafas.
Selasa,08-06-2021 – Polis Israel telah menahan aktivis Jerusalem, Muna al-Kurd di rumahnya di Sheikh Jarrah pada hari Ahad dan mengarahkan abangnya Mohammed hadir untuk siasatan.
Bapa Muna berkata polis Israel menyerbu rumah mereka dan mengambil anak perempuannya setelah menggeledah rumah untuk mencari abangnya, dan menambah bahawa polis mengancam akan menyerbu sekali lagi sekiranya Mohammed tidak menyerah diri.
Pasukan polis yang lain telah masuk ke rumah pemuda Jerusalem, Iyad Abu Snene dan memanggilnya untuk disoal siasat.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Neina Mukhtar
Selasa,08-06-2021 – Perkhidmatan Penjara Zionis Israel mengembalikan tahanan Palestin dari Rabee Abu Nawas ke Penjara Shatta setelah di letakkan selama 16 bulan dalam tahanan kurungan pengasingan, menurut laporan Persatuan Tahanan Palestin pada petang Sabtu.
Bantahan dari tahanan-tahanan lain telah memaksa pihak IPS menghantarkan kembali ke penjara biasa.Persatuan itu berkata tahanan berusia 32 tahun dari perkampungan Sinjil di Ramallah telah ditahan dalam kurunganan pengasingan kerana menentang terhadap serbuan pihak Zionis Israel ke atas Penjara Ofer pada bulan Februari 2020. Dia telah cedera ketika serbuan itu dan keluarga beliau di halang dari bertemu dengan beliau ketika tempoh tahanan.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Hairul Ahmad
Selasa,08-06-2021 – Puluhan peserta perarakan diusir secara paksa oleh Polis Israel ketika mereka hampir tiba di kejiranan Syeikh Jarrah Dalam masa yang sama, seorang wartawan koresponden TV Al-Jazeera, Givara Budairi, ditahan ketika membuat liputan berkenaan.
Sabtu lalu, satu perarakan dilancarkan sebagai solidariti bersama kejiranan Syeikh Jarrah sempena ulangtahun ke-54 Naksa di mana Israel menduduki Tebing Barat termasuklah Timur Jerusalem, Jalur Gaza, Dataran Tinggi Golan dan Semenanjung Sinai.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Huzaifah Abd Jamil
Selasa,08-06-2021 – Rejim Zionis menahan seorang rakyat Palestin di al-Khalil pada waktu Subuh hari Ahad, kata pusat media tahanan.
Ia menambah bahawa tentera rejim menyerbu rumah Wajdi Jaradat di bandar Sa’eer di timur laut al-Khalil dan menyebabkan kekecohan sebelum membawa dia pergi.
Tebing Barat dan Baitulmuqaddis menyaksikan gerakan penahanan rakyat Palestin pada setiap hari oleh tentera rejim Zionis selepas memecah masuk rumah mereka dan mencederakan penghuni terutamanya wanita dan kanak-kanak.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Amrul Azmi Mizan
Selasa,08-06-2021 – Berpuluh-puluh petani Palestin di bandar Husan, di sebelah barat Bethlehem, telah menyertai tunjuk perasaan pada Sabtu petang lalu sebagai bantahan terhadap tindakan tentera rejim Zionis yang menghalang mereka untuk memasuki kawasan di mana terletaknya tanah pertanian mereka.
Pada awal pagi, pasukan rejim Zionis telah menghalang petani-petani Husan dari memasuki dan mengusahakan tanah mereka, yang terpisah dari kawasan bandar oleh kawasan penempatan haram.
Petani Mohamed Hamamera mengatakan bahawa tanah pertanian miliknya dan milik yang lain-lain terletak di kawasan di dalam penempatan Beitar Illit, yang telah dibina secara haram di atas sebidang tanah yang telah diilhak.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Ezatul
Isnin,07-06-2021 – Berpuluh-puluh ribu warga Palestin pada hari Isnin lalu telah menyertai perarakan yang dianjurkan oleh oleh kesatuan pekerja UNRW di Kota Gaza untuk menuntut pengarah operasi UNRWA Matthias Schmale untuk meletak jawatan.
Para penunjuk perasaan membawa papan sepanduk yang menuntut Schmale untuk meninggalkan Gaza dan meletak jawatan, sebagai bantahan atas komen yang dibuatnya baru-baru ini kepada TV Israel di mana dia menyokong penyasaran orang awam dan kediaman mereka di Gaza, meremehkan angka kehilangan nyawa serta jumlah kemusnahan, serta memuji kemampuan tentera rejim Zionis untuk mengebom sasaran dengan tepat.
Para penunjuk perasaan telah berkumpul di hadapan ibu pejabat UNRWA di Kota Gaza sebelum berarak ke Ansar di sebelah barat kota.
“Kami tidak akan bertenang sehinggalah pengarah operasi UNRWA dan timbalannya mengundur diri kerana kegagalan besar mereka,” kata ketua kesatuan pekerja UNRWA Amir al-Mes’hal semasa tunjuk perasaan tersebut.
Mes’hal menekankan bahawa perarakan itu diadakan untuk menyatakan kemarahan rakyat Palestin terhadap apa yang dikatakan oleh Schmale.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Ezatul
Isnin,07-06-2021 – Rejim Zionis Israel melancarkan kempen besar-besaran tangkapan di beberapa kawasan di Tebing Barat dan Jerusalem pada malam Isnin dan waktu subuh Selasa lepas. Di Ramallah, Rejim Zionis menyerbu bandar Beit Rima di barat Ramallah dan menahan Jadallah Al-Barghouti dan Ali Al-Barghouti. Mereka dibawa ke lokasi penahanan yang tidak diketahui umum. Youssef Allan juga turut ditahan di bandar Beit Ur di barat Ramallah. Rejim Zionis Israel turut menyerbu perkampungan Beit Sira dan menahan lima orang pemuda Palestin.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Hairul Ahmad
Isnin,07-06-2021 – Tentera rejim Israel mengugut akan merobohkan 10 buah rumah milik penduduk Palestin di bandar Ni’lin dan Deir Qaddis, barat Ramallah.
Datuk Bandar Ni’lin, Emad al-Khawaja berkata bahawa pihak rejim Israel telah menceroboh masuk ke dalam bandar Deir Qaddis dan kawasan berhampiran untuk menyerahkan surat arahan roboh ke atas 10 buah rumah.
Tambah beliau lagi, sebenarnya pemilik rumah di situ sudah memiliki permit membina yang dikeluarkan pihak berkuasa Palestin tetapi pihak rejim mendakwa bangunan itu terletak terlalu hampir dengan pagar sempadan yang memisahkan bandar itu dan petempatan haram pendatang Yahudi.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Zainudin
Isnin,07-06-2021 – Ahli biro politik Hamas menyatakan bahawa pejuang Palestin tidak akan berdiam diri jika rejim zionis terus menutup sempadan dan menghalang usaha pembinaan semula.
“Kami masih memegang senjata dan roket kami masih bersedia untuk dilancarkan,” Hammad berkata ketika perayaan yang diadakan pada petang Ahad untuk menghormati para syuhada Palestin yang terbunuh ketika Perang Sword of Jerusalem.
“Pejuang Gaza sentiasa memantau pergerakan musuh iaitu zionis dan para pendatang. Kami sentiasa bersedia,” beliau menambah.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati