Categories
Berita Semasa

Seruan kepada PBB agar menjalankan misi mencari fakta ke Gaza

Rabu , 18-04-2018 – Jawatankuasa Penyelaras Perarakan Untuk Kembali telah menghantar surat kepada Suruhanjaya Tinggi PBB, Zeid bin Ra’ad agar menjalankan misi antarabangsa mencari fakta tentang protes di Gaza.

Ketua jawatankuasa menyatakan yang surat itu menyampaikan tentang rejim Israel yang terus-terusan menyerang para pembantah yang tidak bersenjata dekat sempadan Gaza walaupun mereka membantah secara aman sejak dari hari pertama.

Birawi menjelaskan yang 32 orang warga Palestin telah dibunuh, dua daripadanya ditahan oleh tentera rejim dan lebih daripada 2850 orang cedera akibat tindakan melampau rejim ke atas para pembantah aman yang menuntut hak untuk kembali.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Lebih separuh penduduk Gaza tinggal di bawah paras kemiskinan

Rabu , 18-04-2018 – Biro Statistik Palestin menyatakan bahawa lebih separuh dari penududuk Gaza tinggal di bawah paras kemiskinan untuk tahun 2017. Laporan tersebut menunjukkan 53% warga Palestin di Gaza dan 13.9% warga Palestin di Tebing Barat tinggal dibawah paras kemiskininan. Secara purata 29.2% warga Palestin di kedua-dua kawasan kini tinggal dibawah paras kemiskinan. Bilangan yang tinggi ini adalah disebabkan sekatan berterusan oleh rejim Zionis ke atas semenanjung Gaza sejak 2007.

Agensi itu membandingkan jumlah kemiskinan pada tahun 2011 dan tahun 2017. Keputusan menunjukkan bahawa jumlah penduduk yang tinggal di bawah paras kemiskinan meningkat kepada 30.2% berbanding 13.2% pada tahun 2011. UN menyatakan bahawa semenanjung Gaza akan menjadi kawasan tidak sesuai untuk diduduki pada tahun 2020 kerana kekurangan sumber air bersih, manakala pada tahun 2017, 80% penduduk Gaza tinggal dengan bantuan kemanusiaan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : wea

Categories
Berita Semasa

3 Warga Palestin Cedera di Hari ke-17 “March of Return”

Rabu , 18-04-2018 – Sekurang-kurangnya tiga orang rakyat Palestin telah ditembak dan cedera didalam serangan yang dilakukan oleh tentera Israel ketika Rejim Zionis(IOF) menghalang perarakan besar-besaran yang berlangsung selama 17 hari berturut-turut di timur Semenanjung Gaza.

Wartawan PIC mengatakan bahawa seorang warga Palestin telah ditembak di kakinya selepas tentera Rejim Zionis mensasarkan serangan ke arah sekumpulan pemuda Palestin berhampiran kem al-Awada di Khuzaa, timur Khan Younis. Dua lagi cedera di timur Gaza dan Jabalya, katanya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Penganjur himpunan Return of March: Bantahan akan diteruskan.

Isnin , 16-04-2018 – Jawatankuasa peringkat kebangsaan yang menganjurkan himpunan Great March of Return mengesahkan bahawa bantahan aman yang diadakan di sempadan timur Gaza itu akan diteruskan dan seterusnya menyatakan bahawa aktiviti utama dalam demonstrasi pada hari Jumaat depan adalah menaikkan bendera Palestin dan membakar bendera Israel.

Menurut jawatankuasa itu, dalam mesyuarat biasa yang mereka adakan di Gaza telah memutuskan bahawa Great March of Return adalah satu perhimpunan aman dan merupakan suatu perjuangan rakyat Palestin dengan matlamat utamanya: menamatkan penjajahan Israel, mendirikan sebuah negara Palestin yang merdeka dengan menjadikan Baitulmuqaddis sebagai ibu negara dan memastikan penduduk Palestin yang menjadi pelarian dapat kembali semula ke negara asal mereka.

Pihak jawatankuasa menyeru seluruh warga Palestin samada yang berada di dalam atau di luar wilayah Palestin supaya turut serta dalam aktiviti March of Return pada hari Jumaat depan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Ketua Hamas : Demontran Palestin melakar sejarah

Isnin , 16-04-2018 – Ketua Biro Politik Hamas; Ismail Haneyya memuji warga Palestin yang menyertai demonstrasi aman bagi mengembalikan hak mereka untuk kembali pulang ke tanah air mereka.

Dalam perarakan yang diadakan di timur Khan Younis, Haneyya berkata bahawa warga Palestin ketika ini sedang menulis sejarah baru dalam peradaban manusia dan mereka pada masa akan datang bakal diberikan hak untuk menunaikan solat dengan bebas di Masjid Al-Aqsa.

Haneyya juga mengambil kesempatan untuk melawat keluarga warga Palestin yang dibunuh tentera Israel ketika menyertai protes bagi menuntuk hak mereka dikembalikan dan sekatan ke atas Gaza ditamatkan.

“Kami akan selamanya berdiri teguh dengan darah para syuhada’. Tidak sesekali kami akan memberikan walau seinci tanah Palestin dan mengiktiraf negara haram Israel” Berkata ketua pergerakan Hamas tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : wea

Categories
Berita Semasa

Wartawan Tanpa Sempadan kutuk tindakan Israel sengaja bunuh wartawan.

Rabu , 11-04-2018 – Kumpulan Wartawan Tanpa Sempadan atau Reporters Without Borders (RSF) menuduh rejim Israel sebagai “sengaja menembak” wartawan selepas seorang jurugambar, Yasir Murtaja terbunuh ketika menjalankan tugas semasa rusuhan di sempadan Gaza.

“Jurugambar warga Palestin itu memakai baju tertera perkataan “Press”: Jelas sekali beliau telah menjadi mangsa tembakan yang disengajakan,” demikian tulis Christophe Deloire, Setiausaha Agung RSF di Twitter. Tambahnya lagi, “RSF benar-benar mengutuk tindakan tentera Israel menembak dengan sengaja pemberita tersebut.”

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Sekumpulan pendatang mencemarkan Masjid Aqsa

Rabu , 11-04-2018 – Sekumpulan pendatang Yahudi pada pagi Ahad mencemarkan Masjid Aqsa dengan kawalan ketat polis. Sumber tempatan memberitahu Pusat Maklumat Palestin yang sekumpulan 16 orang pendatang diiringi oleh polis ke Masjid Aqsa dan meninjau datarannya, sekaligus mengesahkan lebih ramai pendatang akan datang ke kawasan suci itu. Mereka menambah yang polis rejim mempertingkatkan keberadaan mereka di dataran Masjid Aqsa.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Rejim Israel roboh 9 rumah, sebuah perkampungan Palestin.

Isnin ,09-04-2018 – Rejim Israel dilaporkan telah meroboh 9 buah rumah dan sebuah perkampungan, tindakan yang dilihat sebagai amaran kepada berpuluh yang lain, demikian lapor Pusat Kajian Israel-Palestin Baitulmuqaddis.

Menurut pusat kajian itu, pihak rejim terus kekal mengamalkan dasar perkauman terhadap warga Palestin dan harta benda mereka.
Sepanjang bulan lepas sahaja, sembilan buah kediaman milik penduduk Palestin dan sebuah perkampungan badawi al-Araqib telah dimusnahkan rejim Israel, lapor pusat itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Rejim Israel menculik seorang guru Palestin di utara al-Khalil

Isnin ,09-04-2018 – Tentera rejim Israel (IOF) pada Isnin menculik seorang guru Palestin dari bandar Halhul di utara al-Khalil, demikian menurut keluarga beliau yang menerima satu panggilan telefon dari perisikan dalaman rejim.

Guru tersebut Jihad Abu Zalata, hilang dua hari lepas setelah beliau meninggalkan sekolah, demikian yang diberitahu keluarga beliau kepada Pusat Maklumat Palestin (PIC).

Pada petang Selasa, IOF membina satu pos pemeriksaan di kawasan Nabi Younis di Halhul, di mana para tentera rejim membuat sekatan kepada pergerakan kenderaan warga Palestin dan menggeledah para penumpang.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Mangsa korban demostrasi March of Return meningkat menjadi 18 orang.

Rabu ,04-04-2018 – Seorang pemuda Palestin terkorban setelah cedera parah semasa menyertai demonstrasi aman terbesar di timur Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza yang bermula pada hari Jumaat lepas dan menjadikan angka korban akibat ditembak tentera rejim Israel sepanjang tempoh perhimpunan March of Return meningkat menjadi 18 orang.

Menurut kenyataan jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza, Ashraf al-Qudra mangsa terbaru dikenali sebagai Faris al-Raqib, 29 tahun meninggal dunia setelah berada dalam keadaan kritikal sejak hari Jumaat lalu selepas ditembak di bahagian perut oleh penembak tepat tentera rejim.

Dianggarkan seramai 1,500 penduduk Palestin yang hadir di perhimpunan yang diadakan di sempadan Gaza dengan Israel itu cedera dan jumlah itu menyebabkan Kesatuan Eropah menuntut diadakan inquri bebas serta turut menarik perhatian Setiausaha Agong PBB, Antonio Guterres.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Malaysia menyelar serangan Israel ke atas penduduk Palestin

Rabu ,04-04-2018 – Malaysia pada Isnin lepas menyelar serangan Israel keatas penduduk Palestin yang tidak bersenjata di semenanjung Gaza. Kementerian Luar Malaysia mengeluarkan kenyataan menggesa masyarakat antarabangsa untuk bertindak pantas dan tegas bagi mengelakkan lebih ramai penduduk Palestin menjadi mangsa keganasan Israel.

“Malaysia menyelar sekeras-kerasnya tindakan keganasan terhadap penduduk Palestin yang menyertai perarakan aman pada 30 Mac 2018”.
Jumaat lepas, tentera Israel membunuh 18 warga Palestin dan mencederakan 1,500 yang lain ketika demonstrasi aman bagi mendesak Israel memulangkan tanah yang dijajah. Tindakan keganasan Israel menyebabkan jawatankuasa khas ditubuhkan UN dan EU bagi menyiasat tindakan keganasan Israel tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : wea

Categories
Berita Semasa

Rakyat Palestin ditangkap kerana merancang serangan

Selasa ,04-04-2018 – Polis Israel telah menangkap seorang pemuda Palestin di Beersheba, ke selatan Israel, kerana didakwa merancang untuk melakukan serangan ke atas sasaran Israel. Sumber media Israel mendakwa seorang lelaki ditahan kerana merancang serangan terhadap tentera Israel manakala lelaki kedua ditangkap kerana membantu suspek pertama.

Terdahulu, polis Israel menyekat pintu masuk dan keluar ke bandar Arab dan menyatakan keadaan amaran selepas menerima maklumat mengenai “penyerang yang berpotensi.”

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Mahkamah rejim Israel enggan membebaskan Sheikh Raed Salah

Selasa ,04-04-2018 – Mahkamah Israel enggan memberikan pembebasan bersyarat kepada Sheikh Raed Salah, ketua Cawangan Utara Gerakan Islam di Israel.

Menurut peguam Khaled Zabarqah, Mahkamah Daerah Haifa enggan membebaskan Sheikh Salah setelah Pendakwa Israel merayu terhadap keputusn pembebasan bersyarat beliau. Arahan mahkamah itu adalah rentetan daripada seruan Menteri Keselamatan Dalaman rejim Israel Gilad Erdan’s agar tetap memenjarakan Sheikh Salah, demikian menurut peguamnya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Kerjasama rahsia Israel-Arab rancang halang perarakan Land Day.

Jumaat ,30-03-2018 – Sumber media Israel mendedahkan bahawa rejim Israel telah menjalin kerjasama dengan pihak Berkuasa Palestin (PA), Jordan dan pihak keselamatan Mesir bagi merancang untuk menghalang perarakan match of return yang akan diadakan sempena sambutan ulang tahun ke 42 Land Day pada hari Jumaat ini.

Menurut laporan akhbar Israel Hayom, ” Israel, Mesir, Jordan dan PA berkongsi kebimbangan dan kekhuatiran mereka yang perarakan bantahan tersebut boleh bertukar menjadi ganas dan akan mencetuskan kekacauan di seluruh wilayah berjiran itu.”

“Pihak PA menyatakan bahawa mereka juga bimbang berlakunya huru-hara dan keganasan di Gaza yang boleh merebak ke Tebing Barat pula. Kerajaan Jordan pula khuatir rusuhan di Tebing Barat itu berjangkit ke wilayahnya. Manakala Mesir pula takut kekacauan tersebut akan menyeberang ke negara itu kerana Mesir berkongsi sempadan dengan Semenanjung Gaza dan ada kemungkinan penduduk Palestin beramai-ramai memasuki ke negaranya.”

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Polis rejim bersiap sedia untuk kemungkinan serbuan di al-Aqsa

Jumaat ,30-03-2018 – Laman web Walla menyatakan yang ratusan polis rejim memulakan latihan ketenteraan pada Selasa bagi tujuan menyerbu Masjid al-Aqsa dan menukarkan kota suci Baitulmuqaddis kepada zon ketenteraan tertutup.

Laman web akhbar Hebrew itu menyatakan yang latihan yang diadakan di pusat pengawal sempadan disertai 700 orang polis bagi menguji persediaan polis rejim bagi menghadapi scenario ‘pelampau’ termasuk menyerbu Masjid al-Aqsa.

Latihan itu diadakan berikutan ketegangan yang berlaku akhir-akhir ini di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza bagi persediaan Jumaat depan di mana ramai warga Palestin akan berarak untuk memperingati Hari Tanahair.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati