Categories
Berita Semasa

13 tahanan Palestin mengadakan mogok lapar

Rabu, 11-08-2021 – Kelab Tawanan Palestin mengesahkan bahawa 13 tahanan meneruskan mogok lapar di penjara Israel. Salem Zaidat dari bandar Bani Naim di al-Khalil adalah yang pertama melakukan mogok lapar dan telah mogok selama 28 hari.

Kelab itu mengatakan dalam satu kenyataan media bahawa dua tahanan, Muhammad Abu Sale dan Ahmed Abu Sal dari kem pelarian al-Aroub menangguhkan mogok lapar mereka setelah mereka mencapai kesepakatan untuk menetapkan tempoh penahanan mereka.

Tahanan yang sedang mogok lapar menghadapi keadaan kesihatan yang bertambah buruk dari semasa ke semasa kerana keengganan pihak berkuasa mengikuti permintaan mereka untuk mengakhiri penahanan mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Dr Nurul

Categories
Berita Semasa

Peneroka Serang Kenderaan Penduduk

Rabu, 11-08-2021 – Puluhan peneroka Yahudi menyerang kenderaan para penduduk berdekatan pusat pemeriksaan ketenteraan di Tayseer, timur Tubas pada petang Sabtu.

Pegawai Lembah Jordan di Tubas, Moataz Basharat berkata, peneroka terbabit bertindak memecahkan cermin dua kenderaan penduduk ketika melintasi kawasan berkenaan.

Para peneroka sedang berusaha mendirikan pos baharu bagi kem tentera Israel atas tanah Palestin di kawasan Biarat Saud, timur Tubas.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Huzaifah Abd Jamil

Categories
Berita Semasa

Penceroboh Yahudi serbu al-Aqsa

Rabu, 11-08-2021 – Penceroboh Yahudi meneruskan kedatangan mereka di halaman masjid al-Aqsa pada hari Ahad dari pintu Magharabi di bawah perlindungan polis Israel. 

Sumber Baitulmuqaddis melaporkan bahawa berpuluh penceroboh mencemar masjid al-Aqsa, melakukan lawatan bersifat provokatif di halamannya dan melaksanakan ritual Talmud.

Sejak 2003, polis Israel telah membenarkan penceroboh masuk ke dalam masjid suci itu melalui pintu Magharabi di tembok barat masjid al-Aqsa sementara pada masa yang sama, mengenakan sekatan masuk ke masjid itu ke atas warga Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Jawatankuasa Susulan menyeru hentikan pengasingan Sheikh Salah

Isnin, 09-08-2021 – Jawatankuasa Tinggi Susulan untuk warga Arab di Israel telah menyeru rejim agar menamatkan penderaan dan hukuman ke atas Sheikh Ra’ed Salah, dan mendakwa rejim bertanggungjawab di atas sebarang kemudharatan yang menimpa beliau.

Dalam satu kenyataan, jawatankuasa itu menyelar, terutamanya pengasingan Sheikh Salah, ketua Gerakan Islam di Israel dan menyifatkan tindakan itu sebagai dendam politik.

“Sheikh Salah telah diasingkan secara bersendirian sejak beliau masuk penjara pada Disember tahun lepas bagi menjalani hukuman yang tidak adil dijatuhkan ke atasnya,” jawatankuasa itu menyatakan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Kesucian Masjidil Aqsa dicemari ratusan peneroka Yahudi

Isnin, 09-08-2021 – Ratusan peneroka Yahudi telah menceroboh dan mencemari Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis di bawah kawalan pihak polis pada Khamis lalu.

Menurut sumber tempatan, sekurang-kurangnya seramai 145 orang peneroka Yahudi telah memasuki kawasan masjid secara berkumpulan melalui pintu Maghariba sejak awal pagi lagi.

Mereka turut mendapati bahawa sejumlah peneroka menunaikan solat Talmud di kawasan Masjidil Aqsa yang suci terutamanya di bahagian timur masjid yang berhampiran dengan ruangan solat di Pintu al-Rahma .

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Shuhada Sayuti

Categories
Berita Semasa

Pesawat Tempur Israel Serang Sempadan Lubnan

Isnin, 09-08-2021 – Tentera Israel telah meningkatkan tindak balasnya terhadap serangan semalam dengan melancarkan serangan udara pertama di Lebanon dalam tempoh tujuh tahun. Tentera Israel dalam satu kenyataan berkata jet pejuang telah menyerang tempat pelancaran peluru yang ditembak pada hari sebelumnya, dan juga sasaran tambahan yang digunakan untuk menyerang Israel sebelum ini.

Mereka berkata Lubnan perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap tembakan di wilayah Israel dan memberi amaran terhadap tindakan seterusnya untuk menyerang sempadan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Delegasi tertinggi Hamas tiba di Iran untuk upacara perlantikan Raisi

Isnin, 09-08-2021 – Delegasi pegawai tinggi pergerakan Hamas pada waktu subuh hari Khamis tiba di ibu negara Iran, Tehran, bagi menghadiri upacara perlantikan presiden yang dipilih, Ibrahim Raisi.

“Dengan jemputan oleh Republik Islam Iran, delegasi tertinggi daripada kepimpinan Pergerakan Penentang Islam, Hamas, diketuai oleh Ismail Haneyya tiba (di Tehran) untuk menyertai upacara perlantikan presiden Iran, Ibrahim Raisi”, dinyatakan Hamas pada laman sesawangnya. Ketua hakim konservatif Ibrahim Raisi dipilih sebagai presiden Iran kelapan pada 19 Jun.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Paksa Penduduk Baitulmaqdis Robohkan Kediaman Sendiri di Silwan

Jumaat, 06-08-2021 – Pihak berkuasa rejim Zionis pada hari Isnin lalu telah memberikan notis kepada seorang penduduk Baitulmaqdis dan memerintahkannya untuk merobohkan rumah tiga tingkatnya sendiri di kejiranan al-Bustan di daerah Silwan, di selatan Masjid Al-Aqsa.

Pemilik rumah berkenaan, Yaqoub Al-Rajabi, diberikan masa hingga 15 Ogos untuk merobohkan rumah tersebut untuk mengelakkan daripada membayar denda dan perbelanjaan meroboh kepada majlis perbandaran Israel.

Rejim Zionis mendakwa rumah itu, yang terdiri daripada dua pangsapuri dan tiga kedai, telah dibina tanpa lesen.

Sebilangan besar warga Baitulmaqdis harus mematuhi perintah perobohan oleh Israel untuk mengelakkan membayar denda yang melampau tingginya kepada Rejim Zionis.

Penduduk Baitulmaqdis tidak mempunyai pilihan selain membina tanpa lesen kerana tidak ada pelan struktur yang selari dengan peningkatan semula jadi dalam jumlah penduduk, maka oleh sebab itu, mereka tidak diberikan permit untuk membina rumah.

Rejim Zionis juga mengenakan sekatan pembangunan bagi penduduk tempatan Palestin di Baitulmaqdis dan menyukarkan mereka untuk mendapatkan lesen pembinaan.

Perobohan kediaman Palestin secara sistematik oleh pihak Israel di Baitulmaqdis Yang Diduduki dipercayai bertujuan untuk menyerang kaum keluarga di Baitulmaqdis secara psikologi dalam usaha untuk memaksa mereka untuk berpindah dari kota suci berkenaan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

PBB tegaskan semula penolakannya terhadap pelan petempatan Israel di Baitulmuqaddis

Jumaat, 06-08-2021 – Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sekali lagi mengulangi penolakannya ke atas niat Israel untuk mengusir penduduk awam Palestin dari rumah mereka di dalam wilayah yang diduduki.

Dalam satu taklimat akhbar pada hari Isnin, jurucakap setiausaha agung PBB Stephane Dujarric menegaskan bahawa semua aktiviti petempatan termasuk pengusiran dan perobohan adalah haram mengikut undang-undang antarabangsa.

Jurucakap tersebut membuat kenyataannya sebagai respon kepada satu soalan tentang pendirian setiausaha agung itu berkenaan satu sesi mahkamah Israel ke atas keluarga-keluarga di Sheikh Jarrah yang berdepan dengan rancangan Israel untuk mengusir mereka dari rumah mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Lagi 78 Peneroka Cemari Masjid Aqsa

Jumaat, 06-08-2021 – Puluhan peneroka Yahudi cemari Masjid Aqsa di Jerusalem pada Selasa pagi dengan perlindungan polis. Menurut Jabatan Waqaf Islam, sekurang-kurangnya 78 peneroka memasuki masjid secara berkumpulan melalui Gerbang Maghariba dan melawati kawasan sekitar.

Sebahagian daripada mereka turut mengerjakan ritual Talmud dalam lawatan ke tempat suci umat Islam itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Huzaifah Abd Jamil

Categories
Berita Semasa

Tahanan di Penjara Ofer menutup seluruh bahagian penjara.

Jumaat, 06-08-2021 – Suruhanjaya Tahanan dan Bekas Tahanan Palestine melaporkan pada Selasa, bahawa para tahanan telah menutup bahagian penjara Ofer Israel sebagai tanda protes terhadap kekejaman, serangan serta penganiayaan yang dilakukan oleh pasukan penjara Israel di seksyen N.16 terhadap tahanan.

Pihak berkuasa telah menyatakan dalam satu kenyataan bahawa para pemimpin tahanan dan wakil-wakil mereka di Penjara Ofer akan menutup semua jabatan dan enggan meninggalkan bilik mereka semenjak Isnin lalu. Tambahnya lagi, Langkah-langkah protes ini akan berterusan sehingga serangan terhadap tahanan ini dihentikan.

Ia menunjukkan apabila tahanan kanak-kanak juga turut diserang dan dipukul ketika ketibaan mereka di penjara tersebut. Menurut sumber, seramai 8 orang daripada tahanan kanak-kanak ini telah dipindahkan dari Penjara Megiddo ke Penjara Ofer.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Shuhada Sayuti

Categories
Berita Semasa

Persidangan Diaspora Palestin Tuntut Usir Israel Dalam Kesatuan Afrika

Jumaat, 06-08-2021 – Persidangan Diaspora Palestin, Selasa (4/8) menyeru agar Kesatuan Afrika untuk menilai semula keputusan mereka menerima penjajah Israel sebagai anggota pengawas dan menyebut keputusan tersebut sebagai langkah tercela.

Persidangan Diaspora Palestin yang berpusat di Beirut, dalam pernyataannya seperti dikeluarkan Quds Press, berkait perasaan terkejut dan tidak puas atas keputusan Kesatuan Afrika mengizinan entiti Israel penjajah rasis sebagai anggota pengawas Kesatuan Afrika.

Penerimaan terhadap Israel sebagai anggota di Kesatuan Afrika merupakan langkah tercela yang menyinggung Kesatuan Afrika dan negara anggotanya dan sama sekali tidak membawa manfaat terhadap kepentingan Afrika, selain menghina perjuangan benua Afrika dan mengabaikan perjuangan generasinya untuk meraih kemerdekaan dari penjajahan rasis.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

181 Pesakit COVID-19 di Palestin Dalam Tempoh 24 Jam

Jumaat, 06-08-2021 – Kementerian Kesihatan Palestin melaporkan 181 kes positif baru berkaitan COVID-19 (coronavirus) dan 140 kes pemulihan dari virus itu di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza, tanpa kematian baru dalam tempoh 24 jam.

Menurut laporan harian kementerian, 35 pesakit sedang menerima rawatan perubatan di hospital dan pusat rawatan khas, dan 13 daripadanya telah dimasukkan ke unit rawatan intensif.

Berdasarkan data yang dikemas kini oleh kementerian itu 98.5 peratus daripada keseluruhan kes telah pulih dari virus ini, sementara kadar kes aktif telah mencapai 0.4 peratus dan kadar kematian adalah 1.1 peratus.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Hamas suarakan kesatuan dengan Turki dalam menangani kebakaran hutan

Jumaat, 06-08-2021 – Gerakan Hamas pada Isnin menyuarakan kesatuan dengan Turki dalam menghadapi kebakaran hutan yang dahsyat di pelbagai kawasan seluruh negara dan mendoakan keselamatan serta kestabilan rakyat Turki.

Ezzet al-Resheq, ahli biro politik Gerakan itu dan juga ketua jabatan hubungan Arab dan Islam, menyampaikan ucapan takziah Hamas kepada presiden Turki, kerajaan dan rakyat serta keluarga mangsa, dan mendoakan kesembuhan segera.

Kebakaran hutan telah melanda kawasan selatan Turki sejak beberapa hari lalu, membunuh enam warga dan mencederakan puluhan yang lainnya. Pihak berkuasa Turki berjaya memadamkan sebahagian besar kebakaran itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

QB: Israel patut membayar harga maklumat tentang tentera di Gaza

Jumaat, 06-08-2021 – Briged Al-Qassam, sayap bersenjata Hamas, menekankan yang rejim Israel tidak akan mendapat satu maklumat pun tentang nasib tentera yang ditahan tanpa membayar harganya.

Dalam kenyataan di laman sesawangnya, Briged al-Qassam menyatakan bahawa tentera rejim itu, dengan kemampuan teknikal dan perisikannya, telah mencuba selama tujuh tahun untuk mendapatkan maklumat tentang nasib tenteranya.

Briged al-Qassam menekankan bahawa maklumat tersebut adalah mustahil diperolegi tanpa membayar harga tertentu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati