Categories
Berita Semasa

Lebih 70 orang pendatang cemarkan Masjid Aqsa

Khamis, 09-02-2023 – Puluhan pendatang pelampau Yahudi mencemarkan Masjid Aqsa di Baitulmuqaddis pada pagi Selasa dan kemudian pada petangnya.

Menurut sumber tempatan, sekurang-kurangnya 71 pendatang memasuki masjid secara berkumpulan melalui pintu Maghariba dan berkeliaran di dataran dengan perlindungan polis rejim. Ketika mereka berada di situ, mereka mendengar ceramah yang disampaikan oleh para rabbi tentang kuil dan kebanyakan mereka sedang menunaikan ritual Talmudic di sudut timur masjid.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Hamas ratapi kematian Ashqar, beri amaran kedegilan Israel di atas jenayahnya

Khamis, 09-02-2023 – Pergerakan Hamas meratapi kematian seorang pemuda Palestin Hamza al-Ashqar, 17, dan memberi amaran kepada negara penceroboh Israel tentang kegigihan dalam jenayahnya di Tebing Barat.

“Darah Palestin adalah berharga. Jadi kami memberi amaran kepada Israel yang berterusan melakukan jenayahnya,” kata Hamas dalam satu kenyataan pada hari Selasa.

“Jenayah Israel yang berterusan dan semakin meningkat tidak akan menghalang rakyat kita berjuang dan menentang Israel untuk kebebasan mereka, tanah yang dirampas dan tapak suci itu,” tambah pergerakan itu.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Bunuh Remaja Palestin Ketika Serangan di Bandar Nablus

Khamis, 09-02-2023 – Seorang remaja Palestin terbunuh pada awal pagi Selasa selepas Rejim Zionis menyerbu Bandar Nablus dan melepaskan peluru hidup ke arah pemuda tempatan.

Menurut sumber setempat, Hamza al-Ashqar, 17 tahun, terbunuh akibat kecederaan peluru di kepalanya ketika pertempuran antara pemuda Palestin dan tentera Israel di kejiranan al-Masaken ash-Shabiyah di timur bandar Nablus. Tiga rakyat Palestin dilaporkan diculik oleh rejim dari kawasan kejiranan itu.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Pihak IOA merampas ratusan ekar tanah di Baitul Laham

Rabu, 08-02-2023 – Pasukan Penaklukan rejim Zionis Israel  (IOA)  mengarahkan rampasan ratusan lot tanah kawasan pertanian Palestin, di Barat Daya Baitul Laham.

Aktivis tempatan Hassan Brijieh menyatakan pihak IOA memaklumkan perampasan 490 lot tanah di Nahalin dan al-Jabaa dalam meluaskan lagi kawasan penempatan haram Alon Shvut dan Geva’ot .

Polisi penempatan rejim Zionis Israel melanggar hak-hak asasi manusia di bawah undang-undang antarabangsa termasuk resolusi ke Empat Konvensyen Geneva dan melanggar resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul

Categories
Berita Semasa

Haneyya menyampaikan takziah atas peristiwa gempa bumi

Rabu, 08-02-2023 – Ketua biro politik Hamas Ismail Haneyya menyampaikan ucapan takziah kepada presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan atas kejadian gempa bumi yang menimpa negara itu pada Isnin.

“Kami, di Gerakan Hamas, menyampaikan ucapan takziah dan simpati terhadap Republik Türkiye atas kejadian gempa bumi yang mengakibatkan kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda,” Haneyya berkata.

Semoga Allah mencucurkan rahmatNya, memberi kesembuhan segera dan melindungi Türkiye dari marabahaya, ketua Hamas itu menambah.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Hamas Ratapi Lima Syahid di Jericho

Rabu, 08-02-2023 – Gerakan Hamas meratapi kematian lima pemuda Palestin yang terbunuh dalam pertempuran bersenjata pada subuh Isnin dengan Rejim Zionis di bandar Jericho, Tebing Barat.

“Rakyat Palestin akan terus menentang penjajahan Israel dan tidak akan dihalang oleh jenayahnya,” kata Gerakan itu sambil memuji keberanian pejuang penentangan Palestin di Tebing Barat, terutama di Jericho.

Rejim Zionis telah membunuh lima pejuang penentang Palestin di kem pelarian Aqabat Jabr, barat daya Jericho, dan mencederakan dua yang lain selepas menyerbu sebuah bangunan di kem tersebut.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Operasi Zaatara ‘Tindak Balas Jenayah Dan Pencerobohan Israel’: Hamas

Selasa, 07-02-2023 – Jurucakap Hamas, Abdul-Latif al-Qanu memuji operasi rempuhan kereta di pusat pemeriksaan Zaatara, Nablus pada Selasa petang.

Beliau menyifatkan ia sebagai ‘heroik’ dan ‘tindak balas terhadap jenayah pendudukan Israel dan pencerobohan terhadap Palestin dan tanah suci mereka’.

Dalam kenyataan akhbar, Qanu menegaskan operasi ini bertepatan dengan pencerobohan Israel terhadap tahanan Palestin, selain mencerminkan keupayaan bertindak balas untuk menentang dan bersedia mempertahankan para tahanan.

“Kami jamin, para tahanan yang heroik, bahawa ini adalah penentangan bersama melawan institusi penjara dan tidak akan pernah menyerah untuk mempertahankan mereka,” ujar jurucakap itu.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Huzaifah AJ

Categories
Berita Semasa

Wakil Hamas bertemu Duta Indonesia di Lebanon. 

Selasa, 07-02-2023 – Wakil Hamas di Lebanon , Ahmed Abdul-Hadi bertemu pada hari Selasa lepas dengan Duta Indonesia Hajriyanto Thohari di pejabat Kedutaan di Beirut dan berbincang tentang beberapa perkembangan berkaitan perjuangan Palestin.

Dalam satu kenyataan media Hamas melalaui pejabat mereka di Lebanon, mesyuarat yang dihadiri oleh Pengarah Media dan Politik  Pergerakan Hamas, Abdul-Majid al-Awad, mengetengahkan isu keadaan  perlarian Palestin di Lebanon. Kedua pihak berbincang tentang perkembangan terbaru Palestin terutama selepas penubuhan kerajaan haram haluan kanan Israel.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul

Categories
Berita Semasa

Knesset Lulus Rang Undang-undang Batal Kewarganeraan Tahanan Palestin

Khamis, 02-02-2023 – Knesset Israel pada Isnin malam meluluskan bacaan pertama rang undang-undang yang akan membatalkan kewarganegaraan atau permit pemastautin tahanan Palestin yang menerima dana daripada Pihak Berkuasa Palestin.

Rang undang-undang tersebut meraih 89 sokongan undi yang meluas daripada pihak gabungan dan pembangkang, dengan lapan lagi membangkang.

Berdasarkan rang undang-undang itu, sesiapa yang dijatuhi hukuman penjara kerana terlibat dalam ‘aktiviti permusuhan’ dan menerima dana daripada Pihak Berkuasa Palestin, boleh dibatalkan kewarganegaraan dan akan dibuang negeri ke Tebing Barat atau Jalur Gaza.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Huzaifah AJ

Categories
Berita Semasa

Warga Baitulmuqaddis mogok bagi menyelar polisi Israel memusnahkan rumah

Khamis, 02-02-2023 – Warga Palestin di Baitulmuqaddis mogok pada Selasa bagi membantah polisi pemusnahan rumah oleh Israel.

Manakala, puluhan pemuda Palestin berhadapan dengan jentolak Israel yang menyerbu bandar Jabal Al-Mukabir, selatan Baitulmuqaddis, sebelum memusnahkan beberapa rumah termasuk rumah keluarga Bashir.

Jentolak-jentolak Israel memulakan proses memusnahkan 14 rumah Palestin di Baitulmuqaddis, bagi melaksanakan arahan kabinet Israel.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Hamas menuduh rejim Zionis bertanggungjawab dalam serangan peneroka haram di Tebing Barat.

Rabu, 01-02-2023 – Pergerakan Hamas meletakkan kerajaan rejim Zionis sebagai pihak yang bertanggungjawab ke atas keganasan dan jenayah yang dilakukan oleh peneroka haram Yahudi yang menentang warga Palestin in Tebing Barat.

Dalam satu kenyataan pada hari ahad , pergerakan Hamas melaporkan kepen berterusan dilancarkan oleh gerombolan peneroka Yahudi yang dilindungi penjajah rejim Zionis, mensasarkan kenderaan dan hartabenda warga Palestin tidak akan mematahkan semangat warga Palestin.Pergerakan

Hamas memberi amaran ke atas kerajaan rejim Zionis Israel , jenayah sedemikiran akan ditentang dan memanggil pemuda Palestin untuk bersatu menentang rejim Zionis Israel.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul

Categories
Berita Semasa

Polis rejim zionis menutup rumah syahid Khairy Alqam di Baitulmuqaddis

Rabu, 01-02-2023 – Polis rejim zionis menutup rumah warga Palestin di kejiranan at-Tur pada subuh Ahad di kota lama Baitulmuqaddis. Rumah itu dimiliki oleh keluarga syahid Khairy Alqam. Ia ditutup sebagai persediaan untuk memusnahkannya.

Tindakan Israel itu berlaku beberapa jam setelah kerajaan sayap kanan rejim mengambil keputusan untuk menutup dan memusnahkan rumah syahid Alqam, yang melakukan operasi tembakan yang membunuh sekurang-kurangnya tujuh pendatang Yahudi dan mencederakan yang lain di penempatan haram Neve Yaakov pada malam Jumaat.

Sejumlah besar polis rejim merampas rumah Alqam pada Sabtu setelah menahan ahli keluarganya. 

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Dasar Perobohan Rumah Israel Tidak Ada Keabsahan: Hamas

Rabu, 01-02-2023 – Gerakan Hamas menegaskan, amalan dasar perobohan Israel terhadap kediaman penduduk Palestin tidak akan memberi keselamatan atau keabsahan Israel dan peneroka Yahudi.

Dalam kenyataan akhbar pada Ahad, jurucakap Hamas untuk Jerusalem, Muhammad Hamadeh berkata, amalan perkauman Israel tidak akan mematahkan azam rakyat Palestin untuk mempertahankan tanah air dan tanah suci mereka.

Gerakan itu menganggap Israel bertanggungjawab atas akibat jenayah mereka, bertegas bahawa rakyat Palestin akan terus menentang pendudukan Israel hingga mendapat semula hak dan tanah mereka.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Huzaifah AJ

Categories
Berita Semasa

7 lagi warga Palestin diculik

Rabu, 01-02-2023 – Regim Zionis Israel (IOF) menculik pada pagi Ahad tujuh warga Palestin dari Baitulmaqdis dan seorang lagi dari al-Khalil.

Menurut sumber tempatan, pasukan polis Israel menculik tujuh rakyat Palestin dari rumah mereka semasa serbuan di kawasan berbeza di Baitulmaqdis yang Diduduki.Di al-Khalil, seorang warga muda telah ditawan berikutan serbuan IOF di rumahnya di bandar Beit Ummar. Pemuda yang sama telah dibebaskan dua bulan lalu selepas menjalani dua tahun di penjara Israel.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Norshuhada Samudin

Categories
Berita Semasa

IOF bunuh kanak-kanak Palestin di kem Shuafat

Isnin, 30-01-2023 –Seorang kanak-kanak Palestin disahkan meninggal dunia pada petang Rabu akibat cedera ditembak tentera rejim zionis (IOF) di kem pelarian Shuafat timur Baitulmuqaddis.

Sumber tempatan dan perubatan menyatakan, Mohamed Ali yang berusia 16 tahun menderita cedera teruk akibat ditembak ketika IOF menyerbu kem Shuafat.

Rakaman yang tersebar di internet menunjukkan tentera rejim menyerang kanak-kanak itu dan mengoyakkan bajunya ketika beliau dalam keadaan berdarah sebelum penduduk tempatan berjaya memindahkan beliau ke pusat perubatan Anata.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati