Categories
Berita Semasa

Israel lancarkan 150 serangan ke atas Gaza

Rabu , 08-05-2019 – Tentera rejim israel (IOF) melancarkan 150 serangan di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam, membunuh tujuh warga Palestin termasuk seorang wanita hamil dan bayinya serta mencederakan 50 yang lain, seterusnya mengakibatkan kemusnahan besar.

Pejabat media kerajaan Palestin berkata dalam kenyataannya pada Ahad yang IOF melancarkan serangan udara dan melepaskan tembakan yang memusnahkan 200 fasiliti dan infrastruktur orang awam.Kenyataan itu menjelaskan yang tujuh bangunan telah musnah manakala empat yang lain ditembak peluru berpandu. Ratusan rumah yang lain pula mengalami kerosakan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati


Categories
Berita Semasa

Hamas menyelar serangan Zionis terhadap pejabat media Gaza.

Selasa , 07-05-2019 – Ketua Hamas, Raafat Murra pada ahad lalu mendakwa bahawa askar penceroboh dari negara haram Israel telah mensasarkan serangan keatas pejabat-pejabat media didalam pencerobohan di semenanjung Gaza. 

Murra telah mengutuk serangan askar negara haram Israel terhadap pejabat agensi Anadolu dan menegaskan bahawa serangan tersebut adalah keganasan dan disengajakan.

Beliau juga menegaskan bahawa Hamas menyokong sepenuhnya kesemua media berita Palestin, negara-negara Arab dan media antarabangsa yang sentiasa melaporkan kejadian yang berlaku di Palestin secara objektif dan profesional. 

Pesawat perang dari negara haram Israel telah melakukan pengeboman menggunakan peluru berpandu terhadap pejabat agensi media Anadolu dan pejabat media tahanan Palestin semasa serangan udara besar-besaran terhadap Gaza pada hari sabtu yang lepas. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : hanafi

Categories
Berita Semasa

Angka korban di Gaza meningkat 25 orang.

Selasa , 07-05-2019 – Kementerian Kesihatan Gaza mengumumkan, 25 orang penduduk awam Palestin terbunuh dan lebih 1500 lagi cedera berikutan serangan ganas berterusan tentera rejim zionis Israel ke atas bumi Gaza yang terkepung itu.

Pesawat tempur dan bot perang Israel menyerang beberapa sasaran dan kediaman di Semenanjung Gaza pada hari Ahad kelmarin. Sementara itu, pihak penjuang Islam Palestin menyerang balas dengan menembak berpuluh peluru roket ke arah petempatan haram Yahudi di seberang tembok sempadan kawasan Israel.

Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, warga yang terkorban termasuk dua wanita mengandung dan tiga bayi.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Penduduk Palestin diburu kerana kes baling batu.

Selasa , 07-05-2019 – Pada Khamis yang lalu, Rejim Zionis telah melancarkan pencarian terhadap seorang pemuda Palestin di atas kesalahan membaling batu kepada puak pemisah sehingga menyebabkan kecederaan kepada salah seorang dari mereka di bandar Nablus, selatan semenanjung Gaza. 

Saksi kejadian melaporkan, mereka melihat seorang pemuda Palestin telah membaling batu kearah kereta puak pemisah tersebut di jalan utama berdekatan kawasan pusat bandar Huwara, utara Nablus. 

Mereka juga berkata, pemuda tersebut membawa sebilah pisau tetapi tidak menggunakannya dan beliau telah meninggalkan kawasan tersebut sejurus selepas ketibaan askar negara haram Israel. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : hanafi

Categories
Berita Semasa

Penjara Ashkelon diserbu rejim Zionis.

Selasa , 07-05-2019 – Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin pada Isnin lalu berkata, penguatkuasa penjara negara haram Israel telah menyerbu beberapa penjara dan tahanan di dalamnya pada waktu tengahari ni penjara Ashkelon.

Suruhanjaya tersebut menambah, penjaga penjara tersebut telah memaksa beberapa tahanan Palestin untuk keluar dari bilik penjara mereka dan menyerang mereka tanpa belas kasihan. Serbuan berkenaan berlangsung selama beberapa jam semasa penguatkuasa negara haram Israel membuat kekecohan keatas barangan peribadi tahanan tersebut. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : hanafi

Categories
Berita Semasa

Tentera rejim lancarkan serangan ke atas para petani di Gaza.

Isnin , 06-05-2019 – Tentera rejim pada pagi Rabu menyerang Gaza dan meratakan tanah-tanah warga Palestin. Wartawan PIC menyatakan yang 8 jentolak Israel meratakan kawasan seluas ratusan meter di Juhor ad Dik, timur kota Gaza dan memusnahkan kawasan pertanian sepanjang sempadan.

Sumber tempatan menyatakan yang operasi itu disertai tembakan peluru hidup dan gas pemedih mata ke arah para petani. Tiada kecederaan dilaporkan.

Categories
Berita Semasa

Mahathir: Israel “punca penyebab ketidakstabilan dunia.”

Isnin , 06-05-2019 – Perdana Menteri Mahathir Mohamed menjelaskan bahawa Israel sebuah adalah negara pengganas dan menjadi punca ketidakstabilan dunia hari ini.

Berucap di hadapan golongan belia di Persidangan Tahunan Al Sharq 2019 di Kuala Lumpur, pemimpin Malaysia itu menegaskan bahawa masanya telah tiba untuk masyarakat antarabangsa bersatu dan menamatkan segera penjajahan rejim zionis Israel di Palestin.

“Aparteid, penghapusan kaum, jenayah kemanusiaan, pencerobohan dan segala kejahatan terhadap umat manusia lainnya kini sedang berlaku di Palestin- ia hasil perbuatan tidak berperikemanusiaan, angkuh dan negara pengganas bernama Israel.”

sumber : http://english.palinfo.co
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Serangan udara waktu subuh menyasarkan pos rintangan di Gaza

Isnin , 06-05-2019 – Pesawat tempur Israel pada waktu subuh hari Khamis melancarkan serangan udara ke atas pos rintangan di utara Semenanjung Gaza.

Seorang wartawan Pusat Maklumat Palestin (PIC) berkata sekurang-kurangnya lima peluru berpandu udara ke permukaan dilepaskan oleh pesawat tempur di sebuah tapak milik Briged al-Qassam Hamas di utara Gaza.

Mujurlah tiada yang terluka dalam serangan udara, yang menyebabkan panik di kalangan penduduk di kawasan itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

3 warga Palestin cedera dalam serangan pendatang dekat Ramallah

Jumaat , 03-05-2019 – 3 warga Palestin cedera pada petang Ahad setelah sekumpulan pendatang Israel menyerang mereka di kampung Ras Karkar, barat Ramallah.

Aktivis Rateb Abu Rahma berkata, yang cedera ialah Mohammed al-Dik, 53, Osama Matar, 49, dan Zahid Eshtayya, 42.

Abu Rahma berkata, sekumpulan pendatang israel menyerang tiga rakyat Palestin ketika mereka bekerja di kawasan Jabal al-Risan serta membaling batu ke arah mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Pengawal penjara Ashkelon gempur bilik tahanan.

Jumaat , 03-05-2019 – Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin berkata, pegawal penjara Ashkelon di Israel mengempur beberapa bilik kurungan di penjara tersebut.

Suruhanjaya itu menyatakan, petugas penjara memaksa berpuluh tahanan warga Palestin keluar dari bilik kurungan dan mengasari mereka.
Kejadian itu berlaku beberapa jam dimana pihak penjara turut menyelongkar barangan milik tahanan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Jentolak Israel merosakkan tanah Palestin, pokok zaitun

Jumaat , 03-05-2019 – Regim zionis Israel (IOF) menggunakan jentolak tentera untuk memusnahkan banyak kawasan tanah Palestin di Beit Jala di sebelah barat Bethlehem pada hari Isnin.

Pemilik tanah Walid Zireina mengatakan bahawa tentera IOF memecah masuk tanah saudaranya dan menumbangkan lot tanah empat buah dunum, dengan menyatakan bahawa pasukan perbandaran Israel berada di dalam pasukan tenteranya.

Beliau menegaskan bahawa bulldozer memusnahkan berpuluh-puluh pokok zaitun, dengan menyatakan bahawa tanah itu termasuk sekurang-kurangnya 200 buah zaitun.


sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Mogok lapar 4 rakyat Palestin diteruskan.

Selasa , 30-04-2019 – Empat orang tahanan Palestin masih meneruskan mogok lapar untuk beberapa hari sebagai protes terhadap penahanan mereka yang seperti tiada penghujung tanpa perbicaraan. 

Mereka yang terlibat didalam mogok lapar tersebut adalah Husam al-Razza dan Mohamed Tabanja dan mereka telah menjalankan mogok tersebut selama 38 hari. Sementara itu, Hasan al-Aweiwi dan Odeh al-Haroub telah mula mogok lapar bersama-sama pada April 2, 2019.

Menurut Persatuan Tahanan Penjara Palestin, empat rakyat Palestin tersebut menerima tekanan yang hebat dari pihak penjara negara haram Israel termasuk penahanan berseorangan dan pemindahan yang terlalu kerap.  Mogok lapar tersebut juga adalah selingan kepada tiada peluang untuk berjumpa dengan keluarga dan dalam keadaan yang amat susah untuk berjumpa dengan peguam mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : hanafi

Categories
Berita Semasa

Persidangan Rakyat Palestin Eropah di Copenhagen pada Sabtu ini

Selasa , 30-04-2019 – Persidangan Rakyat Palestin di Eropah yang ke 17 akan berlangsung pada 27 April 2019 di Copenhagen, Denmark, demikian menurut penganjurnya.

Dalam satu kenyataan ringkas, penganjurnya berkata, persidangan itu akan diadakan dengan slogan “Dengan kesatuan dan kesungguhan, kita akan kembali.” Mereka berkata yang persidangan itu akan diadakan dengan mengambil kira kesukaran dan cabaran dalam mendukung isu Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Hamas kutuk sekatan AS ke atas Iran.

Selasa , 30-04-2019 – Pergerakan Hamas mengecam keras keputusan pihak pentadbiran AS mengenakan sekatan baharu ke atas Iran terutama sektor minyaknya.

Satu kenyataan media yang dikeluarkan pada hari Rabu lalu menyatakan bahawa Hamas berpendapat langkah AS itu hanya membahayakan lagi rakyat, pembangunan dan ekonomi Iran. Ia juga satu ancaman ke atas keselamatan serta kestabilan di wilayah berkenaan dan dunia.

Pergerakan itu juga turut mengingatkan kesungguhan pihak pentadbiran AS mengenakan sekatan yang sewenang-wenangnya itu hanya akan meningkatan lagi konflik dan krisis serantau.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin



Categories
Berita Semasa

Sekatan perjalanan di al Khalil.

Selasa , 30-04-2019 – Pihak berkuasa pendudukan negara haram Israel pada ahad lalu telah menukar sebuah pusat pemeriksaan tentera di Bandar Lama al-Khalil kepada tempat ukur sempadan yang bakal menyukarkan pergerakan rakyat Palestin.

Ketua Pusat Pemulihan al-Khalil, Emad Hamdan menyifatkan langkah negara haram Israel itu sebagai berbahaya kerana ia seolah-olah memberikan lebih tekanan kepada pergerakan penduduk al-Khalil.
Tambahan pula, perkara tersebut telah termasuk didalam rancangan negara haram Israel yang masih samar terhadap penambahan Semenanjung Gaza.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : hanafi