Categories
Berita Semasa

Pendudukan menahan anak kapal “UNICEF” selatan Hebron

Khamis , 29-06-2013 – Pasukan pendudukan meneruskan penahanan anak kapal semenjak pagi Selasa, yang dimiliki oleh Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu Kanak-kanak “UNICEF” berhampiran bandar Yatta, Hebron daerah yang terletak di selatan Tebing Barat.

Ratib Jabour, penyelaras “Jawatankuasa Rakyat Menentang permukiman” menyatakan di Bita, bahawa pasukan tentera pendudukan menahan anak kapal daripada tiga orang ahli kakitangan dalam organisasi “UNICEF” di kawasan Bir berdekatan dengan bandar Yatta, selatan Hebron.

Jabour berkata dalam satu temu bual dengan wartawan “Quds Press”, bahawa anak-anak kapal PBB telah merancang untuk pergi ke kawasan Yatta, pada lawatan lapangan untuk melihat keadaan penduduk dan halangan-halangan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar Palestin untuk sampai ke sekolah sebelum bermulanya sesi persekolahan yang baru.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : siti zunaidah

Categories
Berita Semasa

Sheikh Khatib: Apa yang berlaku di Mesir adalah konspirasi terhadap Islam

Khamis , 29-06-2013 – Sheikh Kamal Al-Khatib, timbalan ketua gerakan Islam Palestin melahirkan keyakinan beliau yang Mesir akan memulihkan kestabilan dan menyingkirkan pemerintahan tentera yang zalim sekali lagi akan datang.

Sheikh Khatib memberitahu Quds Press, pembunuhan beramai-ramai yang telah dilakukan terhadap orang awam dan penyokong gerakan Islam di Mesir sudah dijangka kerana pemimpin rampasan kuasa mengetahui pengunduran mereka bermakna rampasan kuasa akan gagal dan dengan sebab itu mereka tidak mempunyai pilihan selain melarikan diri dari Mesir atau dibicarakan.

Sheikh Khatib menambah penunjuk perasaan pro-Morsi pula tahu pengunduran mereka dari jalanraya bermakna kedatangan pemerintahan tentera zalim di Mesir yang sudah berlanjutan selama 60 tahun semenjak zaman Jamal Abdul Naser.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Dua Kapal Terbang Perang Mesir memulakan operasi di Sinai dengan kebenaran Zionis

Khamis , 29-06-2013 – Sumber media Ibrani berkata, tentera zionis membenarkan sekutunya, tentera Mesir membawa masuk 4 kapal terbang askar model “Apache” ke udara semenanjung Sinai, kesan serangan bersenjata yang telah membunuh 25 tentera mesir berdekatan dengan sempadan Rafah semalam, hari Isni 8.20 pagi.

Saluran 10 di television zionis menjelaskan bahawa tentera juga bersetuju untuk mengerakkan batalion pejalan kaki tentera mesir di padang pasir Sinai, utara timur Mesir, ini adalah selepas kerisauan yang meningkat disebabkan peningkatan kaedah proses senjata di Sinai terhadap tentera mesir dan zionis sejak beberapa tempoh yang lepas.

Disebutkan bahawa perjanjian damai yang ditandatangani antara Kaherah dan puak zionis pada Mac 1979 dan dikenali sebagai ”Camp David”, melarang mesir membawa masuk kapal terbang dan senjata berat ke semenanjung Sinai dan daerah yang bersempadan dengan bumi palestin yang dijajah.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nadhirah

Categories
Berita Semasa

Pertemuan antara Hamas dan Fatah membincangkan perihal perdamaian

Khamis ,22-08-2013 – ‘Hamas’ dan ‘Fatah’ mengadakan perjumpaan di Bandar Gaza pada hari Ahad 18/8 untuk membincangkan perihal perdamaian kebangsaan serta menamatkan pertikaian dan api persengketaan.

Dr Sami Abu Zuhri, jurucakap bagi gerakan ‘Hamas’ menjelaskan bahawa pertemuan itu diadakan berikutan permintaan gerakan ‘Fatah’. ‘Fatah’ menekankan keperluan ‘Hamas’ dalam mematuhi pelaksanaan perjanjian damai sebagaimana yang ditandatangani tanpa sebarang pemilihan seperti menarik diri daripada keadaan semasa.

Sementara itu di semenanjung Gaza, jurucakap bagi gerakan ‘Fatah’, Fayez Abu Eita berkata bahawa pertemuan antara dua gerakan itu bermula pada pukul 8 malam hari ini untuk mengenalpasti langkah-langkah melaksanakan perjanjian damai dan kemungkinan mengadakan pilihanraya presiden dan perundangan berikutnya.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Nur Fahana

Categories
Berita Semasa

Zaman Kegemilangan Israel

Khamis ,22-08-2013 – Israel mungkin boleh hidup dalam keadaan keghairahan politik kesan yang berlaku di rantau Arab seperti perpecahan politik dan puak, peristiwa berdarah dan pembunuhan beramai-ramai di kebanyakan negara Arab.

Selepas membunuh tentera Arab, Iraq dan Syria dan hari ini akibat daripada pembunuhan beramai-ramai yang besar di Mesir dan bilangan besar yang mati syahid, mungkin menyebabkan Mesir jatuh ke Jahannam dan tentera-tentera Mesir sama seperti Israel
menambah penderitaan dan perpecahan baru di Mesir, dan seolah-olah tentera Israel, ekonomi Israel, kemanusiaan Israel dan demokrasi Israel akan menjadi contoh terbaik di wilayah ini.

Akan tetapi sampai bila Israel mendapat faedah daripada perpecahan dan kelemahan kita…? dan bagaimana Israel memanfaatkan keadaan Arab?

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nadhirah

Categories
Berita Semasa

Fatah dan pembuli di luar negara

Khamis ,22-08-2013 – Pertumpahan darah yang berterusan di Mesir oleh orang-orang yang tidak mahu kepada kebaikan Mesir dan tidak mahu melihat kestabilan Khamis ,22-08-2013 – Mesir adalah kerana ia bertujuan untuk memelihara apa yang orang fikir, kepentingan peribadi dengan merancang rampasan kuasa dan bertambahnya pertumpahan darah dan pembunuhan. Bahkan ia bukan sahaja akan menjana lebih banyak pertumpahan darah dan keganasan, tetapi ia akan menjadikan Mesir yang bukan hari ini atau esok. Selain itu, rakyat Mesir mencari medium pelbagai yang tidak melibatkan pertumpahan darah bagi menamatkan keadaan yang dingin ini di mana mereka melibatkan diri dengan pencinta kuasa dari kalangan tentera yang mengetuai rampasan kuasa dan telah menumpahkan darah dan membunuh impian rakyat Mesir untuk menikmati kebebasan dan kehendak bebas serta menubuhkan negara yang mempunyai undang-undang bukannya negara tentera dan perikatan samseng.

Benar bahawa proses kelahiran disertai oleh darah, dan kebebasan tidak diberi dengan emas, tetapi ia memerlukan sebuah nilai, dan nilainya ialah darah ilni dan syahid. Betul bahawa dalam kelahiran, kanak-kanak menjerit dan ibu berdarah dan sekelilingnya bergembira dan mungkin ada yang mengucapkan tahniah antara satu sama lain dahulu ke atas keselamatan dan kelahirannya. Begitu juga keadaan di Mesir, sepatutnya kita harus yakin dan optimis, walaupun darah kerana ia adalah harga kebebasan dan kehendak rakyat yang akan menang kerana mereka adalah yang terkuat.

Dalam kejadian yang sama, kami mendapati pencari kesempatan, pengutuk dan penunggu untuk menghancurkan rakyat kerana mereka bersepakat dengan pembunuh besar dalam banyak idealisma dan fahaman. Selain itu, mereka juga mencuba untuk mengupah jenayah ini dan pembunuhan tersebut untuk rakyat bagi mencapai kepentingan diri sendiri. Dari sini, wujud kenyataan beberapa pemimpin Fatah yang mana jika mereka berdiam diri kepada kepimpinan ini akan berlaku musibah besar kerana mereka adalah pengerak dalam gerakan Fatah yang tidak mahu untuk membuka ruang dan sebelumnya rakyat Palestin lebih mengetahui apa yang dimaksudkan mereka hanyalah kepentingan peribadi mereka yang berkenaan walaupun ianya tenggelam dalam darah dan kehancuran.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nur syuhadak

Categories
Berita Semasa

Pendudukan menukarkan jurutera Hatim Amr ke tahanan pentadbiran

Khamis ,22-08-2013 – Pendudukan Zionis telah menukarkan Jurutera Hatim Naji Amr (49 tahun) dari bandar Dura, selatan Hebron ke tahanan pentadbiran di penjara Ofer untuk tempoh (4 bulan).

Osama berkata kepada wartawan “Pusat Maklumat Palestin”, Amr ditahan selepas Mahkamah Tentera Ofer menjatuhkan hukuman ke atas bapanya dengan penahanan pentadbiran bagi tempoh (4) bulan di bawah fail rahsia dan enggan mendedahkan tuduhan terhadapnya. Pasukan tentera Israel telah menangkap Jurutera Amr Khamis lalu (15-8) selepas satu serbuan di rumahnya di bandar Dura.

Dirujuk sebagai Hatem Amr, tahanan bebas dan bekas tahanan kepada penjajah lebih dari satu kali, dan beliau juga merupakan bekas perampas alat keselamatan pihak berkuasa, bekas ahli badan pentadbiran dalam Persatuan Kebajikan Islam di Hebron.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : siti zunaidah

Categories
Berita Semasa

Tentera regim Zionis (IOF) menahan tiga rakyat Palestin di Al-Khalil

Khamis ,22-08-2013 – Tentera regim Zionis (IOF) menahan tiga rakyat Palestin di kampung Al-Khalil pada waktu subuh hari ini.

Sumber tempatan berkata bahawa askar IOF telah menahan Aref Hreibat di kampong Al-Tabaka, sambil menambah bahawa beliau adalah saudara kepada tahanan Adel Hreibat, yang telah melancarkan mogok lapar selama tiga bulan yang lalu.

Mereka berkata bahawa tentera juga menculik Yousef Abu Ras dari kampung yang sama dan membawa kedua-duanya ke pusat tahanan yang tidak diketahui.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Resheq menyelar polis dan tentera Mesir atas pembunuhan kejam orang awam

Khamis ,22-08-2013 – Ahli kanan biro politik Hamas, Ezzat Al-Resheq menyelar sekeras-kerasnya polis dan tentera Israel kerana terus menerus memunuh orang awam Mesir yang tidak bersenjata secara kejam.

Di dalam kenyataan pada laman facebooknya, Resheq berkata tindakan polis dan tentera itu adalah jenayah kemanusiaan. Beliau turut mengkritik media Mesir atas peranan yang meragukan dalam menyokong dan menyembunyikan jenayah yang dilakukan ke atas penyokong Morsi dan menyifatkan beberapa personaliti media sebagai “ahli sihir Firaun” yang memutar belitkan kenyataan bermain kata untuk menipu rakyat.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nuridawati

Categories
Berita Semasa

Puluhan Penduduk Haram Ceroboh Masjid Al-Aqsa

Khamis ,22-08-2013 – Puluhan penduduk haram Yahudi dan pelajar menceroboh masuk ke masjid suci Al-Aqsa di Baitulmuqaddis pada jam awal pagi Isnin.

Sumber tempatan memberitahu wartawan PIC bahawa peneroka haram dan pelajar berjalan-jalan di kawasan al-Aqsa di bawah perlindungan polis yang ramai. Mereka berkata bahawa peneroka melakukan ritual Talmud dan memberi taklimat kepada pelajar pada bahagian masjid dan kawansannya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Mesir tutup sempadan Rafah selama-lamanya

Khamis ,22-08-2013 – Pihak berkuasa Mesir memberitahu pegawai Palestin di Rafah yang terminal itu akan ditutup pada kedua-dua arah sehingga notis selanjutnya diberitahu.

Sumber bertanggungjawab di Gaza memberitahu wartawan PIC pihak berkuasa Mesir mendakwa penutupan itu kerana keadaan keselamatan dan ketegangan yang berlaku di Mesir amnya dan di Semenanjung Sinai khasnya terutama selepas 24 anggota polis Mesir terbunuh dalam serangan ke atas dua buah bas di Mesir Rafah pada pagi Isnin lalu.

Rafah lintasan mengalami hari-hari yang paling buruk sejak akhir Jun lalu selepas tentera Mesir menggulingkan presiden yang dipilih iaitu Mohammed Morsi. Pihak berkuasa Mesir menutup sempadan untuk beberapa hari dan kemudian membukanya untuk beberapa jam bagi kategori orang tertentu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Tiga Tawanan Dari Gaza Memasuki Tahun ke-12 di Penjara Zionis

Khamis ,22-08-2013 – Pusat Kajian Tawanan Palestin menyebutkan seorang tawanan Palestin Basil Imad Subhi (31) dari kampung Ramal di Semenanjung Gaza, kini sudah memasuki tahun ke-12 di dalam penjara Zionis secara berturut-turut. Kini dia mendekam di penjara padang pasir Nafha.

Pengarah Informasi Pusat Kajian Tawanan Palestin, Riyad Asyqar menjelaskan bahawa penjajah Zionis menculik Imad Subhi dari kem pelarian A’mari di Tebing Barat pada tahun 2002 dan dipenjara dua kali seumur hidup ditambah 52 tahun, setelah penjajah Zionis menuduhnya terlibat dalam pembunuhan tiga penduduk Zionis di penempatan Ofer sebagai tindakan balas terhadap rakannya yang syahid Muhannad Halawa di Ramallah.

Asyqar menyatakan bahawa Imad Subhi dilarang dikunjungi keluarganya sejak beberapa tahun lalu dengan alasan faktor keselamatan. Beliau mendapatkan sijil sekolah menengah atas ketika di dalam penjara.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Fatah menyokong tentera Mesir terhadap pembunuhan pro demokrasi Mesir

Khamis ,22-08-2013 – ‘FATAH’, yang diketuai oleh Pengerusi Pihak Berkuasa Palestin, Mahmoud Abbas menegaskan pendirian dan sokongannya terhadap tentera Mesir dalam tragedi pembunuhan penunjuk perasaan secara aman dan para penentang terhadap rampasan kuasa tentera terhadap Presiden Mohamed Morsi di Mesir.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Penerangan dan Kebudayaan, pada hari Sabtu, ‘FATAH’ melahirkan keyakinannya terhadap keupayaan tentera Mesir untuk menumpaskan konspirasi dan komplot rakyat, negeri dan Negara di Mesir.

‘FATAH’ juga mengumumkan tindakan berat sebelahnya dan sokongannya terhadap hak pasukan tentera Mesir dalam mempertahankan keamanan dan kestabilan Mesir dalam menghadapi keganasan, seperti yang beliau sifatkan, serta merujuk kepada para penentang terhadap rampasan kuasa dan penyokong-penyokong yang menginginkan legitimasi.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : siti zunaidah

Categories
Berita Semasa

Penyelesaian Amerika – Zionis

Selasa ,20-08-2013 – Jika semua wilayah Amerika Syarikat dan entiti Zionis memilih lebih daripada apa yang disesuaikan daripada keadaan dan masa untuk mencari penyelesaian isu Palestin, menjadikan lebih hampir untuk mencairkan hingga ke akhir kes ini, apa yang telah disediakan oleh mereka, hingga ke hari ini, lebih baik daripada masa semasa untuk bergerak ke hadapan ke arah penyamaaan atau penyelesaian kepada penapisan isu Palestin, dengan syarat-syarat yang lebih baik dan munasabah dari setiap wilayah Amerika Syarikat dari satu sudut dan entiti Zionis dari satu sudut yang lain, dan dengan perikatan strategik yang sedia ada antara keduanya.

Keadaan politik rakyat Palestin, berada dalam kedudukan yang paling lemah sejak penubuhan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dan gerakan penentangan Palestin bermula pada separuh kedua dari enam puluhan abad yang lalu, bahkan berada dalam kedudukan yang paling lemah sejak berlakunya bencana pada tahun 1948. Rakyat Palestin tinggal di kawasan pada tahun 1948, dengan pembahagian wilayah antara Tebing Barat dan Gaza pada tahun 1967, perpecahan Arab serta keadaan-keadaan politik yang menyedihkan di bawah pukulan kehancuran Iraq, krisis Syria yang dahsyat, dan tarikan Jordan antara kerajaan dan gerakan Ikhwan Muslimin.

Rakyat Palestin kelihatan seperti kehabisan daya hidup, dalam kedua-dua kebangkitan, di mana setiap daripadanya berakhir dengan perangkap yang menambahkan kerosakan bersejarah kepada Palestin dari, dan keadaan hidup rakyatnya dari sudut yang lain.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : siti zunaidah

Categories
Berita Semasa

Anggota PA menangkap 6 penyokong Hamas di West Bank

Selasa ,20-08-2013 – Anggota Pihak Berkuasa Keselamatan telah menahan dalam dua hari lepas 6 sekutu Hamas dan menyaman 12 yang lain di Tebing Barat.

Di Salfit, perkhidmatan perisikan telah menyaman warganegara dari kampung Farkha dan menahan tawanan yang telah dibebaskan Kanaan Shatat dari bandar Bidya selepas menyerbu rumahnya. Keluarganya mengesahkan beliau melancarkan mogok lapar selepas ditangkap.

Perkhidmatan Keselamatan Pencegahan (PSS) di Ramallah memanggil dua pelajar di Universiti Birzeit, yang telah melancarkan mogok lapar selama enam hari yang turut bersama-sama dengan beberapa pemimpin yang telah ditahan dan aktivis dari blok Islam.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : norsyuhada