Categories
Berita Semasa

Wartawan Antarabangsa Gagal Memenuhi Kehendak Netanyahu


Selasa , 12-08-2014 –
Wartawan asing yang berada di Gaza menolak tuduhan Netanyahu tentang laporan mereka yang dikatakan ‘tidak adil’ dan ‘berat’ ke arah Palestin kerana tekanan yang dikenakan oleh Hamas.

Netanyahu mengadakan perjumpaan dengan wartawan pada petang khamis dan menyatakan, “apabila mereka (wartawan) meninggalkan Gaza, mereka tidak lagi berada di bawah kawalan dan ancaman Hamas”. Netanyahu kemudiannya menambah: “Saya akan melihat laporan dan dokumen tentang (pengganas) yang berselindung di belakang orang awam”.
Menurut Agensi Media Palestin Al-Ray, wartawan yang baru sahaja meninggalkan Gaza berkata bahawa Netanyahu menipu, sambil menekankan bahawa mereka tidak menerima ancaman daripada Hamas dan tidak pernah bertemu dengan sesiapapun yang berkaitan dengan Hamas ketika mereka berada di Gaza.

Jurucakap Kementerian Luar Israel, Yigal Palmor menyatakan: “Saya tidak percaya bahawa tidak ada seorang pun fotografer veteran yang berjaya merakam walaupun satu gambar roket dilancarkan atau seorang pejuang daripada Hamas”. Hampir kesemua wartawan mengesahkan dan bersetuju tentang satu perkara: bahawa mereka TIDAK MENYAKSIKAN walau satu situasi yang mampu membuktikan tuduhan Netanyahu.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

72 jam gencatan senjata tidak memuaskan, Rejim Zionis gagal

Selasa , 12-08-2014 – Gencatan senjata 72 jam berakhir dengan tidak memuaskan, dengan Israel gagal untuk memenuhi permintaan yang dikemukakan oleh perunding di Kaherah, askar Palestin di Gaza telah melepaskan beberapa roket ke Israel dalam beberapa minit dari tamat tempoh gencatan senjata ini.

Menurut tentera Israel, sekurang-kurangnya lima roket telah dilepaskan.”Satu Roket dipintas di Ashkelon,” tertulis di satu kenyataan. “Roket tambahan dilepaskan dikawasan terbuka di selatan Israel.” Al-Quds Briged, sayap bersenjata Jihad Islam, telah mengambil tanggungjawab untuk tiga roket yang ditembak ke arah Ashkelon. Pasukan ini juga dilaporkan telah menyasar Eshkol dengan empat peluru berpandu, dan Kisufim dengan lima roket 107.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Israel bertindak untuk mengatasi tuntutan Jenayah Perang

Isnin , 11-08-2014 – Khuatir dengan peningkatan permintaan antarabangsa supaya pegawai Israel didakwa untuk jenayah-jenayah perang yang dilakukan dalam serangan terakhir ke atas Semenanjung Gaza, angkatan tentera telah mengarahkan satu siasatan dalaman terperinci terhadap tindakan tentera semasa Operasi Protective Edge.

‘Kami tidak bekerjasama dengan laporan Goldstone dan akhirnya, ia hilang dari dunia ini’ – Israel PM Netanyahu Perdana Menteri Binyamin Netanyahu juga telah merayu ahli majlis undangan Amerika Syarikat untuk membantu Israel menghadapi tuduhan-tuduhan terhadap kepimpinan tentera dan politik Israel atas jenayah perang yang dilakukan dalam serangan Israel ke atas Gaza.

Menurut The New York Post, dalam satu mesyuarat pada hari Rabu dengan anggota Kongres yang membuat lawatan ke atas Israel sebagai tetamu AIPAC, Netanyahu menggesa wakil Amerika Syarikat untuk membantu pegawai-pegawai Israel untuk mengelakkan perbicaraan oleh International Criminal Court di The Hague.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : nur syarira

Categories
Berita Semasa

Terkini: Keluarga Jordan: “Israel mendera anak kami hingga mati”.

Isnin , 11-08-2014 – Sebuah keluarga dari Jordan menyalahkan Israel kerana menahan dan mendera anak mereka hingga mati setelah ditahan dalam protes di Tel Aviv menyokong rakyat Palestin di Gaza.

Keluarga di Ein Abous in Zarqa – Jordan itu memberitahu Agensi Berita Balad di Jordan yang Wa’el Salim Mustafa, 39, telah ditahan oleh polis Israel dan meninggal akibat penderaan yang teruk.

Keluarga beliau dimaklumkan tentang kematiannya 3 hari selepas ia berlaku. Sebahagian laporan dalam bahasa Arab menyatakan beliau diculik ketika protes terhadap Perang Israel di Gaza.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Setelah 25 Tahun Menanti Anak Sulung, Sekeluarga Dibunuh oleh Misil Israel

Isnin , 11-08-2014 – “Kamu mengandung Suheila, benarkah?” tanya suami kepada isterinya dengan gembira. 25 tahun Ahmad al-Nairab, 67 dan isterinya Suheila berjumpa dengan doktor, menjalani ujian makmal sehinggalah mereka mendapat anak pertama yang memberikan kegembiraan dan keseronokan dalam keluarga.

“25 tahun, 25 tahun. Kami akan menyayangi anak ini lebih daripada kehidupan sendiri,” kata Ahmad ketika Mohammad dilahirkan. Masa berlalu dan Mohammad mula membesar dan belajar di sekolah.

Ibu kemudiannya mengandung dan bersalin anak kedua, Mahmoud dan anak yang ketiga, Mo’men.

Tiga anak itu, bersama ibu dan bapa mereka membentuk keluarga yang sempurna, bahagia dengan gelak dan tawa kehidupan. Mereka membesar dalam belaian dan kasih sayang ibu bapa mereka, dan menghargai kehidupan. Ibu bapa mereka menyayangi mereka lebih daripada segala-galanya.

Tiap tahun, keluarga itu menyambut ulang tahun kelahiran anak mereka. 13 untuk Mohammad, 10 dan 7 tahun masing-masing untuk Mahmoud dan Mo’men.

Kini, gelak tawa mereka, keluarga yang bahagia dan saling menyayangi telah hilang selamanya.

Sebuah misil Israel menghentam rumah mereka, dan menjadikan keluarga itu mayat yang hampir musnah; pada hari ke-27 serangan ke atas rumah milik rakyat Palestin di Gaza.

Sambil menunjuk ke arah kesan runtuhan rumah itu, jiran mereka bertanya, “apa salah mereka? Rumah ini tempat yang gembira, dipenuhi dengan gelak dan kegembiraan. Apa yang dilakukan Israel sangat mengejutkan, tidak dapat dibayangkan. Pembunuhan, pembersihan etnik yang melibatkan seluruh keluarga”.

Setakat 8/8/14, Kementerian Kesihatan Gaza menyebut bahawa IDF telah membunuh 432 kanak-kanak, 243 wanita, 21 orang pasukan perubatan, dan 85 orang warga tua Palestin. 2979 kanak-kanan, 1903 wanita dan 374 warga tua yang lain pula cedera.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis terus melakukan pencerobohan walaupun gencatan senjata berlangsung

Isnin , 11-08-2014 – Pertahanan Palestin berterusan pada pagi hari jumaat (8/8) melawan entiti zionis selepas sahaja tamat gencatan senjata sementara pada pukul lapan pagi.

Entiti Zionis mengancam untuk memulakan pencerobohan di Gaza hari ini, memandangkan kekaburan hasil rundingan di Kaherah antara delegasi Palestin dan Israel yang diusahakan oleh Mesir.

Jurucakap Hamas Sami Abu Zuhri berkata dalam satu kenyataan ringkas beliau bahawa pihak Palestin tidak bersetuju atas pengecaman gencatan senjata sementara tetapi rundingan sedang berjalan di Kaherah.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : siti zunaidah

Categories
Berita Semasa

Sebulan Serangan Zionis Ke Gaza: 1867 Syahid dan 9563 Cedera

Jumaat, 08-08-2014 – Kementerian Kesihatan Palestin di Semenanjung Gaza hari ini, Selasa (5/8/2014), mengumumkan bahawa tempoh sebulan serangan penjajah Zionis terhadap Gaza telah mengorbankan seramai 1867 penduduk dan 9563 tercedera.

Dalam laporan harian yang diterbitkan hari ini, Kementerian Kesihatan Palestin di Semenanjung Gaza mengatakan bahawa di antara korban yang gugur adalah 429 kanak-kanak, 243 wanita dan 79 orang warga emas.

Sementara itu mangsa yang cedera ada 2877 kanak-kanak, 1853 wanita dan 374 warga emas. Kementerian Kesihatan Palestin menyatakan bahawa seramai 153 mangsa cedera parah sedang dirawat di unit rawatan intensif (ICU), dijangkakan mangsa korban akan terus bertambah.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Meletusnya Penyakit Berjangkit di Gaza Ancam Kesihatan Awam.

Jumaat, 08-08-2014 – Penduduk Gaza menghadapi rintangan besar untuk mengakses penjagaan asas kesihatan, dengan hanya 10 daripada 56 klinik Penjagaan Kesihatan utama kerajaan beroperasi, lapan daripada UNRWA ini 22 klinik masih dibuka dan kebanyakan klinik NGO ditutup.

Sebahagian besar mangsa tidak mempunyai akses langsung kepada perkhidmatan penjagaan asas kesihatan. Ini adalah pada keadaan apabila terdapat masalah kesihatan awam yang genting yang timbul daripada serangan Israel yangmengancam kesihatan seluruh penduduk.

Pemusnahan satu-satunya loji janakuasa Gaza menjadikan sistem kumbahan tidak berfungsi. Ketiadaan elektrik digabungkan dengan kemusnahan sekurang-kurangnya 16 telaga air telah meninggalkan 1.8 juta orang tanpa akses kepada air, menurut laporan terbaru OCHA .

sumber : IMEMC News
penterjemah : nur diana

Categories
Berita Semasa

Rakyat Palestin dan Israel Terbunuh Dalam Insiden di Jerusalem

Jumaat, 08-08-2014 – Seorang rakyat Palestin telah ditembak mati oleh tentera Zionis di Jerusalem. Mereka mendakwa bahawa rakyat Palestin tersebut merancang untuk menyerang bas Israel dan sebuah kereta dengan menggunakan sebuah jentera pengorek industri yang dipandu olehnya.

Rakyat Palestin yang ditembak oleh tentera Zionis dikenalpasti sebagai Mohammad Nayef Ja’abeess. Israeli Daily Haarets melaporkan bahawa penjalan kaki yang tercedera dalam insiden tersebut telah meninggal dunia kerana kecederaan yang dialami. Lima orang lagi cedera ringan.

sumber : IMEMC News
penterjemah : huda

Categories
Berita Semasa

Hospital Rafah Tidak dapat Menangani Peningkatan Bilangan Kematiani dan Kecederaan.

Jumaat, 08-08-2014 – Kementerian Kesihatan Gaza mendapat laporan yang keluar dari Rafah, menurut Agensi Media Al Ray Palestin bahawa ramai orang telah terbunuh dan cedera, hari ini, yang mana 10 orang mati dan lebih 30 cedera dalam satu lagi serangan ke atas sebuah sekolah UNRWA – Sekolah Persediaan Anas Ibn Malik yang telah menjadi tempat berlindung ribuan orang yang telah dipindahkan secara paksa.

Sekumpulan wanita, kanak-kanak dan warga tua yang duduk di tepi dinding di pintu masuk sekolah, sebagai tempat berteduh dari matahari
semasa diserang oleh tentera Israel. Al Ray melaporkan serangan peluru berpandu dan mortar berterusan di Rafah. Ini meletakkan tekanan yang besar ke atas Hospital Bersalin 20 katil Kuwait, yang kini dipenuhi dengan mayat dan orang yang cedera.

sumber : IMEMC News
penterjemah : sham

Categories
Berita Semasa

7 Diculik Di Tebing Barat, Baitul Maqdis

Jumaat, 08-08-2014 – Menurut laporan daripada sumber tempatan dan keselamatan, tentera Israel telah menculik 5 warga Palestin di al-Khalil (Hebron) dan Baitul Laham, serta menculik dua orang yang lain di Baitul Maqdis, Tebing Barat yang dijajah.

Tentera penjajah itu menculik seorang warga Palestin berumur 43 tahun di al-Khalil ketika beliau sedang melepasi pusat pemeriksaan Israel di Selatan Baitul Maqdis.

Sementara itu, menurut laporan WAFA, sepasukan tentera Israel memasuki bandar Bait Umar, utara al-Khalil ketika Subuh apabila mereka menyerbu dan menggeledah beberapa buah rumah, melepaskan bom stun dan gas pemedih mata terhadap penghuni rumah itu.

Dua orang remaja Palestin berumur 21 dan 23 tahun telah ditahan ketika pertempuran itu.

Di perkampungan Nahalin, barat Baitul Maqdis, tentera penjajah menculik dua remaja berumur 17 dan 18 tahun selepas menyerbu dan menggeledah rumah mereka. Selain itu, tentera penjajah mengeluarkan perintah kepada remaja berumur 25 tahun supaya menghadirkan dirinya ke kem tentera berdekatan untuk disoal siasat.

Dua orang penduduk Baitul Maqdis yang lain telah ditahan oleh Polis ISrael berikutan serbuan yang lebih kurang sama. Mereka telah dibawa untuk disoal siasat di pusat tahanan berhampiran.

Bethlehem and Hebron are a part of the Palestinian territories which have been illegally occupied by Israel since 1967.

Baitul Laham dan al-Khalil merupakan sebahagian tanah Palestin yang telah dijajah secara haram oleh Israel sejak 1967.

Lebih daripada 550,000 rakyat Israel dan rakyat Israel yang memiliki dua kewarganegaraan kini tinggal di penempatan haram meliputi timur Baitul Maqdis, di antara dan mengelilingi perkampungan Palestin.

Selain itu, lebih daripada 800,000 rakyat Palestin telah ditahan oleh Israel sejak 1967.

sumber : IMEMC News
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

10 Terbunuh, Berpuluh Tercedera, pada Awal Isnin

Jumaat, 08-08-2014 – Pada seawal pagi Isnin, sumber perubatan Palestin melaporkan bahawa sekurang-kurangnya sepuluh Palestin telah dibunuh, selepas tentera udara dan pasukan Israel melepaskan peluru berpandu ke dalam rumah, dan kawasan-kawasan awam, di bahagian yang berlainan di Semenanjung Gaza. Puluhan telah cedera.

Seorang kanak-kanak Palestin yang dikenali sebagai Raghd Mas’oud, 7, dari Rafah, terbunuh dan empat ahli keluarga mengalami sederhana hingga teruk kecederaan, selepas peluru berpandu Israel melanda rumah mereka di kejiranan al-Barazil dalam Rafah. Mereka telah dipindahkan ke Hospital Kuwait di Rafah.

Pada awalnya, tentera telah mengebom rumah milik ‘Ayed al-‘Abadla, di al-Qarara, timur Khan Younis, di bahagian selatan Semenanjung Gaza, menyebabkan sekurang-kurangnya satu kecederaan.

sumber : IMEMC News
penterjemah : fauzan

Categories
Berita Semasa

MoH: Demi kemanusiaan, hentikan penyembelihan oleh Israel terhadap mereka yang tidak bersalah di Gaza

Jumaat, 08-08-2014 – Kementerian Kesihatan Gaza menyelar sekeras-kerasnya ­pelanggaran gencatan senjata dalam pembunuhan keluarga Al-Bakri di kem pelarian Al-Shaati di barat bandar Gaza, membunuh seorang kanak-kanak berusia 8 tahun dan mencederakan 30 orang yang lain, kebanyakkannya wanita dan kanak-kanak.

Serangan terhadap kediaman yang berada di kawasan paling padat penduduk beberapa minit selepas pelancaran gencatan senjata ternyata suatu tindakan yang telah dirancang dan disengajakan ke atas orang awam. Serangan itu merupakan tindakan biasa yang dilakukan Israel setiap kali perjanjian ditandatangani, sama ada gencatan sejata, perjanjian damai mahupun persidangan antarabangsa. Ia melanggar semua undang-undang kemanusiaan yang mana boleh dilihat sebagai kebencian sebenar oleh rejim Israel .

sumber : IMEMC News
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Rakyat Palestin Protes untuk Gaza

Jumaat, 08-08-2014 – Rakyat Palestin di Bethlehem menunjukkan kemarahan mereka terhadap pembunuhan beramai-ramai oleh Israel ke atas Gaza. Dianggarkan 3,000-5,000 orang mengadakan bantahan termasuk lelaki, wanita, dan kanak-kanak. Penunjuk perasaan berarak ke pusat pemeriksaan, di mana mereka berhadapan dengan pengawal Israel.

Kira-kira 20 askar Israel keluar dan menembak gas pemedih mata ke arah orang ramai. Sesetengahnya telah mengalami kecederaan teruk, dan beberapa lagi terpaksa dibawa ke hospital berikutan daripada sedutan gas pemedih mata.

sumber : IMEMC News
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel culik sepuluh rakyat Palestin di Tebing Barat

Jumaat, 08-08-2014 – Tentera Israel menceroboh bandar Beit Ummar di utara bandar Hebron Tebing Barat selatan dan menculik enam orang rakyat Palestin. Tentera Israel juga menceroboh Hebron dan menculik tiga orang adik-beradik lelaki manakala dua orang telah diculik berdekatan Bethlehem.

Menurut Mohammad Awad, penyelaras Popular Committee Againts the Wall and Settlements di Beit Ummar, tentera-tentera tersebut memecah masuk dan menggeledah beberapa rumah di kawasan Thaher yang berdekatan dengan penempatan tidak sah Israel lalu menculik tiga adik-beradik lelaki yang dikenalpasti sebagai Kifah Ahmad Younis Bahar, 31, Mohammad, 30 dan Younis, 25.Tentera Israel juga memecah masuk kawasan Khallet al-Ein dan menculik Majdi Abdul-Fattah Bahar, 30, Yousef Khalil Sabarna, 20 dan Fathi Khader Sabarna, 21.

sumber : IMEMC News
penterjemah : nur syarira