Categories
Berita Semasa

Tentera rejim Israel (IOF) musnahkan kediaman di Jenin dan ancam untuk musnahkan lagi 5 di Silwan

Isnin , 02/01/2012 – Jentolak Israel memusnahkan sebuah bangunan warga Palestin dan kandang binatang di kampung Barta’a ke arah barat Jenin pada pagi Rabu, sumber tempatan memberitahu.

Mereka berkata, IOF mengepung kawasan itu dan menolak untuk membenarkan para penduduk mengeluarkan harta benda mereka serta meruntuhkan bangunan dengan perabot masih di dalamnya. Sumber-sumber turut menyebut bahawa bangunan dan kandang binatang yang dimiliki oleh dua beradik mengalami kerugian ribuan dollar.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Zionis Menjalankan Kempen Tangkapan Di Tebing Barat.

Isnin , 02/01/2012 – Tentera Zionis menangkap lima rakyat Palestin di Ramallah dan Tulkarm pada pagi Khamis dan semalam (29-12-2011). Radio Yahudi melaporkan bahawa pasukan tentera menahan tiga rakyat Palestin di Ramallah dan Tulkarm dengan alasan bahawa mereka terlibat dalam serangan terhadap penduduk Zionis,dan tawanan telah dipindahkan ke pusat untuk siasatan. Penjajahan kuasa-kuasa Zionis menahan dua remaja Palestin dari sebuah kereta di jalan raya dekat Betlehem,Hebron dimana sumber-sumber mengatakan bahawa tentera menghentikan kenderaan mereka yang dalam perjalanan dari Hebron kee Betlehem.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : jannatul makwa

Categories
Berita Semasa

Kerajaan Israel Lulus Penambahan 130 Unit Penempatan Baru di Kawasan Bethlehem.

Isnin  , 02/01/2012 – Susulan daripada kelulusan pembinaan 1000 buah bangunan penempatan baru di Tebing Barat dan 650 di Timur Jerusalem, kerajaan perbandaran Israel bagi Bandar Jerusalem telah meluluskan pembinaan 130 unit tambahan di penempatan Gilo, berdekatan Bethlehem pada hari Rabu.

Kelulusan ke atas unit-unit tersebut termasuklah 3 bangunan apartment dua belas tingkat di penempatan haram Israel di Gilo, dan juga pusat pelancong di kawasan kejiranan Silwan di Timur Jerusalem, dimana penduduk-penduduk Palestin telah berhadapan dengan kempen pengusiran secara paksa sejak dua tahun yang lalu.

Penempatan Gilo telah dibina di atas tanah milik rakyat Palestin yang dicuri, terletak di atas bukit di Beit Jala, yang merupakan sebahagian daripada kawasan perbandaran Bethlehem. Namun, pihak berkuasa Israel menganggap penempatan tersebut merupakan sebahagian daripada kawasan perbandaran Jerusalem. Ianya terletak di penghujung lingkungan bahagian selatan kawasan penempatan yang bertujuan untuk memperluaskan lagi sempadan-sempadan di timur Jerusalem dan untuk melenyapkan terus kawasan rakyat Palestin dari bandar Jerusalem.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : amsyar

Categories
Berita Semasa

Perdana Menteri Palestin Minta Sokongan Negara Arab Pada Ulang Tahun Serangan Israel Ke atas Gaza

Isnin , 02/01/2012 – Disaat rakyat Palestin memperingati ulang tahun ketiga pencerobohan besar-besaran Israel ke atas Semenanjung Gaza, Perdana Menteri Palestin di Gaza, Ismail Haniyeh, menggesa negara-negara Liga Arab untuk menunjukkan sokongan kepada penduduk Gaza dan mendesak bagi menamatkan pengepungan yang berlarutan selama lima tahun yang telah memusnahkan ekonomi Gaza.

Haniyeh memberi reaksi beliau terhadap ancaman serangan baru keatas Gaza oleh Pegawai-pegawai Israel yang bersumpah akan ” menyakitkan” penduduk Gaza. Dalam serangan 2008-9 yang berakhir sebelum perlantikan Presiden Amerika, Barack Obama, tentera Israel telah membunuh hampir 1400 rakyat Palestin, termasuk lebih 300 orang kanak-kanak. Sembilan askar Israel dan 5 orang penduduk juga terkorban dalam peperangan tersebut.

Perdana Menteri Palestin yang ahli parti Hamas dipilih pada tahun 2006 tetapi tidak diiktiraf oleh Israel mahupun Amerika Syarikat, berucap tentang kepentingan bandar Baitulmaqdis terhadap orang Arab dan juga orang Muslim, serta menggalakkan pemimpin arab untuk memberi pendedahan kepada rakyat masing-masing tentang sejarah dan juga kesan agama bandar tersebut.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : solomon

Categories
Berita Semasa

Penduduk Beit Shemesh Tentang Ekstrimis Agama dan Pengasingan Jantina

Isnin , 02/01/2012 – Beribu-ribu penduduk tempatan berkumpul di perkampungan Israel, Beit Shemesh, membantah perubahan radikal demografi bandar mereka oleh komuniti ultra-Ortodoks. Kumpulan tersebut tidak berhati-hati semasa menguatkuasakan nilai-nilai mereka terhadap golongan majoriti sekular dan kesederhanaan dalam beragama, dengan menyerang pelajar sekolah yang berpakaian kurang senonoh, dan cuba menguatkuasakan pengasingan jantina di kawasan awam.

Bandar moden Beit Shemesh, dibina pada 1950, adalah asalnya perkampungan sekular yang melambangkan sebuah ‘bandar pembangunan’ di atas jalan di antara Tel Aviv dan Baitulmaqdis. Pada era 90-an, kejiranan ortodoks Haredi dibina dan membesarkan saiz bandar (pada masa ini terdapat populasi 100,000) dan menegangkan hubungan antara kumpulan beragama dan sekular.

Puak kesederhanaan dalam agama dan sekular sekarang merangkumi 65% bandar tersebut, dan berubah menurun dengan cepat oleh kerana kelahiran tinggi Yahudi Haredi, dan penghijrahan pesat dan juga pengambil-alihan bandar. Daripada 30,000 unit rumah baru dibina, dianggarkan hanya 2,000 unit untuk keluarga puak kesederhanaan beragama dan sekular.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : blindstep

Categories
Berita Semasa

IOF serahkan notis pemusnahan, tangkap lebih ramai penduduk Tebing Barat

Isnin , 02/01/2012 – Tentera rejim Zionis (IOF) telah mennyerahkan 5 notis pemusnahan rumah kepada pemilik-pemilik rumah yang terbabit di Al-Khalil dan Baitulaham pada Selasa lalu, kata sumber tempatan. Menurut mereka lagi, IOF telah menyerahkan notis pemusnahan itu kepada 2 orang pemilik rumah di bahagian barat Kampung Dura, iaitu di selatan Bandar Al-Khalil. Alasan pemusnahan yang dicatatkan adalah kerana rumah-rumah mereka dibina di atas kawasan tentera.

Manakala pasukan IOF daripada unit-unit lain telah menghantar notis yang sama kepada 3 orang pemilik rumah di Kampung Nahalin, barat Baitulaham. 2 daripada 3 rumah terbabit masih dalam proses pembinaan.

Selain itu, IOF turut menangkap 4 orang rakyat Palestin di kampung-kampung yang sama di Bandar Al-Khalil dan Baitulaham menjelang waktu Subuh hari selasa lalu selepas memecah masuk banyak rumah dan mencari mangsa, lapor akhbar harian berbahasa Hebrew, Yediot Arhonot.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Tadamoun: Sheikh Adnan mogok lapar selama sepuluh hari

Isnin , 02/01/2012 – Sheikh Adnan Khader, seorang pemimpin Jihad Islam, telah mogok lapar dalam pusat tahanan Israel, Jalama sejak penangkapan beliau sepuluh hari yang lalu.

Ahmed Al-Beitawi, seorang penyelidik dari Tadamoun menyebut bahawa isteri Sheikh memberitahu yang suaminya telah dibawa dari rumahnya di Arrabe, daerah Jenin pada 17 Disember ke Jalama. Beliau berkata bahawa Sheikh dilayan secara kejam sejak beliau ditangkap seperti mengetatkan gari di kedua-dua kaki dan tangan beliau sebagai tambahan kepada penghinaan terhadapnya malah menentang Tuhan, yang mendorong beliau untuk mogok lapar.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Seorang pemuda Palestin terbunuh, 10 yang lain cedera dalam serangan udara Israel

Isnin , 02/01/2012 – Pada ulang tahun ketiga serangan kilat pendudukan Israel ke atas Semenanjung Gaza, pesawat Israel membunuh seorang pemuda Palestin dan mencederakan sepuluh yang lain dalam dua serangan udara pada malam Selasa.

Perkhidmatan jawatankuasa kecemasan berkata bahawa Abdullah al-Telbani (22 tahun) telah terbunuh dan dua yang lain cedera dalam serangan udara di utara Semenanjung Gaza. Mereka telah dibawa ke Hospital Kamal Adwan.

Sumber-sumber tempatan memberitahu PIC bahawa pesawat pendudukan Israel mengebom kenderaan yang membawa beberapa orang-orang yang berhampiran Bulatan Sharkh Abu di utara Semenanjung Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Duwek dan Al-Ahmad Akan Bertemu Bahas Mekanisme Aktifkan Parlimen

Isnin , 02/01/2012 – Sumber dari parlimen Palestin menyatakan akan diadakan pertemuan dalam waktu terdekat ini antara ketua parlimen, Aziz Duwek dengan ketua fraksi Fatah, Azam Al-Ahmad untuk membincangkan usaha mengaktifkan semula parlimen Palestin.

Menurut sumber tersebut, pertemuan antara Duwek dan Al-Ahmad untuk membahas pemberdayaan parlimen dan menerapkan isu ini sesuai dengan kesepakatan yang telah ditanda tangani pada pertemuan Kaherah.

Pertemuan ini dirancangkan ketika pertemuan Duwek dengan Mahmud Abbas. Beliau mengatakan, pertemuan tersebut berdasarkan permintaan dari Abbas yang menyatakan pertemuan itu sangat positif dan penting untuk membahas sejumlah masalah yang masih diperselisihkan.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Rakyat Palestin Terbunuh, 11 Cedera Dalam Kejadian Pengeboman di Tebing Gaza oleh Tentera Israel

Isnin , 02/01/2012 – Sumber perubatan Palestin di Gaza melaporkan, seorang rakyat Palestin telah terbunuh dan sebelah lagi cedera dalam dua serangan oleh Tentera Udara Israel dalam masa satu jam, yang menyasarkan Bandar Gaza.

Sumber tersebut menyatakan, lapan rakyat Palestin cedera, dua daripadanya cedera parah apabila tentera Israel melepaskan peluru berpandu yang menyasarkan kenderaan seorang rakyat Palestin, berdekatan dengan stesen minyak di kejiranan Al Jala’ di Bandar Gaza.

Seorang rakyat Palestin terbunuh dan tiga lagi tercedera di dalam serangan yang menyasarkan penduduk Palestin yang menunggang motorsikal di Jabalia, dekat bahagian selatan tebing Gaza.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : solomon

Categories
Berita Semasa

10 Terbunuh Dan Cedera Keatas Serangan di Utara Gaza.

Isnin , 02/01/2012 – Rakyat Palestin terbunuh dan 2 yang lain cedera selepas satu serbuan oleh pesawat perang Zionis,Selasa malam (27-12-2011),mensasarkan kenderaan rakyat Palestin yang mengembara di Utara Semenanjung Gaza.

Telah berkata Ahli Jawatankuasa Tertinggi kepada Pusat Maklumat Palestin untuk ambulans dan kecemasan di Semenanjung Gaza bahawa hasil daripada serbuan awal Zionis yang terbunuh adalah Abdullah Talbani 22 tahun dan dua lagi cedera telah diambil oleh Hospital Kamal Adwan di utara Gaza.

Menurut sumber tempatan untuk wartawan kami bahawa pesawat pejuang IOF mengebom “Touktouk” sejenis kendereran kecil yang membawa beberapa orang berhampiran bulatan Abi Syarak dari semenanjung Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : jannatul makwa

Categories
Berita Semasa

Kanak-Kanak Cedera Terkena Tembakan Tentera di Pusat Bandar Gaza

Isnin , 02/01/2012 – Sumber perubatan Palestin di Semenanjung Gaza melaporkan seorang kanak-kanak berusia 13 tahun telah tercedera pada tengah hari Selasa, selepas ditembak melalui tembakan hidup yang disasarkan tentera Israel yang menyerang pusat bandar Gaza. Kanak-kanak tersebut, Mohammad At-Tilbani, ditembak di kaki, dan telah dipindahkan ke Hospital Syahid Al-Aqsa.

Awal hari Selasa, Briged Salah Ed-Deen, sayap bersenjata Jawatankuasa Pertahanan Popular, menyatakan pejuang mereka berbalas tembakan dengan tentera Israel yang menyerang kawasan tersebut, bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : blindstep

Categories
Berita Semasa

Penduduk Serang Kanak-kanak di Al-Quds, Pertempuran Tercetus

Isnin , 02/01/2012 – Saksi-saksi yang berada ditempat kejadian, di Timur Baitulmaqis melaporkan bahawa kumpulan peneroka yang juga pengganas Israel telah menyerang kanak-kanak Palestin di kejiranan al-Wad, dekat Old City, menyebabkan keganasan tercetus dikalangan penduduk dan juga peneroka. Didalam kejadian tersebut, dilaporkan terdapat kecederaan dan beberapa tangkapan telah dibuat.

Saksi menyatakan, tentera Israel menyebelahi peneroka dan melepaskan beberapa das tembakan ke udara sebelum menyerang penduduk menggunakan kayu dan baton, menyebabkan kecederaan kepada penduduk.

Salah seorang penduduk yang cedera yang dapat dikenalpasti adalah seorang kanak-kanak, Alaa’ az-Zghayyer, 16 tahun. Dia telah dipindahkan ke hospital tempatan disebabkan patah hidung dan juga beberapa lebam di tubuhnya.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah :  solomon

Categories
Berita Semasa

Negara Ahli Majlis Keselamatan Kutuk Penyelesaian Perumahan Israel

Isnin , 02/01/2012 – Dalam surat dihantar Selasa, 4 negara Eropah ahli Majlis Keselamatan PBB (UNSC), Britain, Perancis, Jerman, dan Portugal mengutuk pengumuman terbaru Israel mengenai keputusan kerajaan Israel meluluskan 1,000 unit rumah kediaman baru di Tebing Barat dan Timur Baitulmaqdis. Beberapa buah negara lain juga turut mengutuk keputusan tersebut termasuk Afrika Selatan, India, dan Brazil.

4 negara Eropah menegaskan penyelesaian perumahan di tanah yang diduduki oleh warga Palestin itu menyalahi undang-undang antarabangsa, dan menyatakan keputusan Israel membesarkan perumahan itu adalah “pembangunan negatif” dan akan menghalang kembali sebarang rundingan.

Dalam surat mereka, jurucakap berkata, “Daya maju negara Palestin yang kami mahu lihat dan penyelesaian 2 negara yang penting untuk keselamatan jangka panjang Israel telah diancam oleh pengembangan perumahan yang sistematik dan disengajakan itu,” sambil menambah, “Kami mengutuk maklumbalas yang ganas dari pihak pemaju, termasuk pembakaran masjid-masjid di Tebing Barat dan Baitulmaqdis…Ia adalah nyata serangan provokasi yang disengajakan ke atas tempat ibadat untuk mencetus ketegangan.”

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : blindstep

Categories
Berita Semasa

Abu Obaida: “Kami Telah Membebaskan 20% tahanan”

Khamis , 29/12/2011 – Abu Obaida, jurucakap kepada Briged al-Qassam, sayap bersenjata kumpulan Hamas, menyatakan pihak pertahanan Palestin telah berjaya membebaskan 20% tahanan yang ditahan pihak Israel, dan akan kekal komited untuk membebaskan kesemua tahanan.

Kenyataan beliau pada hari Ahad selepas Israel membebaskan 550 tahanan semasa fasa kedua dan terakhir perjanjian pertukaran-tahanan yang membebaskan tentera Israel, Gilad Shalit, sebagai ganti kepada lebih 1,000 orang tahanan. Fasa pertama telah dilaksanakan pada 18 Oktober semasa pihak pertahanan menghantar Shalit ke Mesir dan Israel membebaskan 477 tahanan Palestin.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : blindstep