Categories
Berita Semasa

Polis Israel menyerang umat Islam di Masjid Al-Aqsa, Sepuluh Cedera

Jumaat, 08-08-2014 – Sumber dari perubatan Palestin di jajahan Baitulmuqaddis melaporkan bahawa sekurang-kurangnya sepuluh rakyat Palestin cedera pada hari Isnin, semasa pertempuran yang berlaku selepas pegawai polis Israel menyerbu kawasan di masjid al-Aqsa.

Polis menyerang rakyat Palestin dimana berpuluh-puluh rakyat Israel yang fanatik berhimpun di masjid dan cuba untuk menyerang, terutamanya kerana mereka akan menandakan apa yang mereka panggil sebagai “kemusnahan kuil”, Selasa. Yayasan al-Aqsa bagi Endowmen dan Warisan telah melaporkan bahawa polis melepaskan bom tangan, bom gas, dan peluru logam bersalut getah terhadap rakyat Palestin dan turut mencederakan sepuluh daripada mereka.

sumber : IMEMC News
penterjemah : mardhiah

Categories
Berita Semasa

Satu lagi sekolah UN diserang serangan udara Israel , kali ini di Rafah.

Mangsa bom di sekolah kelolaan UN di Rafah (foto oleh Rosa Schiano)

Selasa, 05-08-2014 – Satu serangan udara oleh tentera Israel pada pagi Ahad telah mensasarkan sebuah sekolah Negara-negara Bersekutu di mana orang awam Palestin mencari perlindungan , mengakibatkan kematian 10 orang dan mencederakan lebih 30 orang , merujuk kepada Kementerian Kesihatan Palestin.

Mangsa yang kebanyakannya terdiri daripada kanak – kanak telah dibawa ke Hospital Kuwaiti di Rafah, yang mana telah dipenuhi dengan ratusan orang yang cedera akibat serangan tentera Israel di Rafah yang bermula sejak hari Jumaat dengan pengeboman pasar yang sesak ketika gencatan senjata berlangsung.

Jason Burke memberitahu kepada akhbar Guardian, ” Saya berada di Rafah di selatan Gaza di Sekolah Persediaan Lelaki, sebuah tempat perlindungan UN. Oeang di sini memberitahu saya sekitar jam 10.30 pagi ini terdapat letupan di luar pagar sekolah.

sumber : IMEMC News
penterjemah : farida

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel Berundur daripada Bandar Gaza, Berkumpul di Sempadan

Selasa, 05-08-2014 – Sungguhpun masih jauh daripada mengumumkan tamatnya serangan ketenteraan ke atas penduduk Gaza, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata pada Sabtu bahawa pasukan tentera Israel telah berundur daripada bandar Gaza.

Menurut Agensi Berita Ma’an, Netenyahu berkata menerusi TV bahawa Hamas akan membayar harga yang mahal jika mereka meneruskan serangan roket ke atas Israel, sambil menambah walaupun tentera Israel diletakkan di sempadan, mereka tetap bersedia untuk menyerang.

Media Israel melaporkan bahawa tentera Israel berundur daripada bandar Gaza menuju ke sempadan, dan melihat kepada kenyataan Netanyahu, serangan darat ke atas bandar Gaza tidak akan berakhir.

Hamas berkata mereka akan terus mempertahan Gaza, sambil menekankan bahawa Israel akan membayar harga di atas jenayah mereka tanpa mengira sama ada mereka meneruskan operasi, berundur atau kembali ke meja rundingan.

sumber : IMEMC News
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Serangan Bertali Arus, Ramai Penduduk Palestin Terbunuh Di Gaza

antara yang syahid di Rafah.

Selasa, 05-08-2014 – Berikutan serangan berterusan Israel ke atas Semenanjung Gaza dan penduduk awam sehingga hari ke-28 berturut-turut, peluru berpandu dan tembakan Israel telah membunuh ramai rakyat Palestin Ahad lalu manakala berpuluh-puluh yang lain mengalami kecederaan.

Saksi berkata, tentera terus membedil rumah-rumah dan kemudahan awam termasuk hospital, klinik, ambulans, pasukan perubatan dan wartawan di lokasi berbeza di Semenanjung Gaza.

Sumber perubatan berkata seorang penduduk Palestin terbunuh di Rafah, bahagian selatan Semenanjung Gaza sebelum subuh Ahad lau dan sekurang-kurangnya empat yang lain cedera selepas tentera melepaskan tembakan peluru berpandu ke rumah mereka.

sumber : IMEMC News
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Hamas: Serangan Zionis Terhadap Sekolah UNRWA Di Rafah Adalah Jenayah Perang

Selasa, 05-08-2014 – Hamas menyatakan, serangan terhadap sekolah milik UNRWA di Rafah, Ahad (3/8) pagi merupakan jenayah perang dan meremehkan pihak antarabangsa.

Jurucakap, Sami Abu Zuhri menyebutkan, Setiausaha Agung PBB, Ban Ki Moon terlibat dalam serangan ini, kerana sikap berdiam diri dan empatinya kepada tentera Zionis yang terbunuh serta mengabaikan darah warga sivil Palestin.

Sekitar 10 warga sivil meninggal dunia dan puluhan lainnya tercedera dalam serangan terbaru yang dilakukan pasukan Zionis terhadap para pelarian di sekolah Anas al Wazir, milik badan PBB UNRWA, di kota Rafah.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

19 ahli perubatan dibunuh, 17 hospital dibom oleh rejim Israel sejak 8 Julai

Keadaan ambulan dibom rejim Zionis pada July 21, 2014 (imej oleh Saleh Hijazi)

Selasa, 05-08-2014 – Sejak rejim Israel memulakan serangan ke atas Semenanjung Gaza pada 8 Julai, rejim Israel berulang kali menyasarkan ahli perubatan dan pusat perubatan yang bekerja keras merawat lebih 9,000 orang yang cedera.

Sejak 8 Julai, pasukan perubatan dan penyelamat telah diserang menerusi serangan udara dan roket sebanyak 102 kali. 19 ahli perubatan dibunuh dan ramai lagi cedera. Malah, 44 daripada 55 pusat penjagaan kecemasan telah ditutup akibat serangan Israel. 17 hospital, kerajaan dan swasta telah menjadi sasaran oleh tentera rejim Israel.

sumber : IMEMC News
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Lapan terbunuh oleh peluru berpandu Israel, ramai tercedera

Children Injured In Gaza – Ya Balad News

Selasa, 05-08-2014 – Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza melaporkan sekurang-kurangnya lapan orang rakyat Palestin terbunuh pada waktu subuh hari Ahad manakala ramai yang tercedera, sebahagiannya mengalami kecederaan serius dalam satu serangan berterusan Israel ke atas rumah-rumah orang Palestin di Semenanjung Gaza.

Dilaporkan sekurang-kurangnya lima orang rakyat Palestin, termasuk dua kanak-kanak dan ibu mereka telah dibunuh dan 25 lagi mengalami kecederaan selepas tentera Israel melepaskan tembakan peluru berpandu ke arah rumah yang dimiliki oleh Abu Jazar dan Sha’e r di Rafah di selatan Semenanjung Gaza.

Mereka telah dikenalpasti sebagai:

1. Fares Abu Jazar, 2, Rafah
2. Maria Abu Jazar, 2, Rafah
3. Amani Abu Jazar, 23, Rafah
4. Issa Sha’er, Rafah
5. Saed Mahmoud al-Lahwani, Rafah

Dua lagi rakyat Palestin telah terbunuh apabila tentera Israel menyerang rumah mereka di Jabalia di utara Gaza, manakala ramai tercedera, kesemua mangsa telah dipindahkan ke hospital Kamal Adwan dan Kuwaiti.

Mangsa yang terbunuh telah dikenalpasti sebagai:

1. Hater Abdul-Rahman Wahdan, 50, Jabalia
2. Seniora Wahdan, 27, Jabalia

sumber : IMEMC News
penterjemah : nur syarira

Categories
Berita Semasa

Kenyataan rasmi AIC ke atas Dua Kematian Palestin di Tebing Barat

Lebih 30,000 rakyat Palestin mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan perpaduan Gaza di bandar Tebing Barat Hebron pada hari Jumaat / Foto: Bassam Shweiki, Jawatankuasa Pertahanan Hebron.

Selasa, 05-08-2014 – Dengan seluruh perhatian diberikan kepada gencatan senjata Gaza yang tidak menjadi, dilaporkan dua rakyat Palestin terbunuh dan lebih 120 cedera dalam tunjuk perasaan besar-besaran di Tebing Barat.

Tamer Sammour, 22, ditembak di bahagian dada dengan peluru hidup semasa protes di pusat pemeriksaan berhampiran bandar Tulkarem. Sammour telah diisytiharkan mati di tempat kejadian. Seramai 14 rakyat Palestin cedera oleh peluru hidup dan keluli bersalut getah yang ditembak oleh tentera Israel, yang bertindak untuk menghalang protes tersebut. Lebih 3,000 rakyat Palestin yang mengambil bahagian dalam demonstrasi itu, yang dipanggil oleh pihak-pihak negara dan Islam Palestin, untuk menyokong Gaza dan membantah pembunuhan beramai-ramai Israel.

Odai Nafez Jaber, 19, tercedera dengan tiga peluru hidup semasa protes berhampiran bandar Ramallah-kawasan berhampiran Saffa. Jaber meninggal dunia di hospital tersebut petang ini.

sumber : IMEMC News
penterjemah : fauzan

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel Musnahkan Masjid Gaza, Dedikasi Letupan Kepada Komrad yang Terkorban

Selasa, 05-08-2014 – Tentera Israel yang disyaki daripada pasukan Givati telah mendedikasikan kemusnahan masjid kepada komrad mereka yang telah terkorban dan bersorak menyaksikan satu letupan yang memusnahkan masjid tersebut.

“Hidup Negara Israel!’ Satu suara bersorak.Berdasarkan satu rakaman oleh seorang juruvideo, letupan itu berlaku pada 30 Julai di Khuzaa, dekat timur Khan Younis di Selatan Tebing Gaza.

sumber : IMEMC News
penterjemah : huda

Categories
Berita Semasa

Oxfam : Krisis Gaza Semakin di Luar Kawalan

Selasa, 05-08-2014 – Oxfam memberi amaran bahawa krisis di Gaza yang semakin di luar kawalan dengan bekalan air yang sangat sedikit bakal mencetuskan krisis kesihatan penduduk. Kegagalan gencatan senjata yang baru diumumkan membayangkan banyak lagi nyawa berada dalam keadaan berisiko.

Keadaan semakin terdesak dengan kesesakan di sekolah-sekolah dan bangunan-bangunan yang memberi perlindungan kepada hampir 450,000 orang penduduk. Ramai penduduk yang hanya mendapat 3 liter bekalan air bersih sehari, jauh daripada standard kecemasan antarabangsa yang ditetapkan. Kemusnahan yang teruk terhadap bekalan air, sistem pembentungan dan elektrik telah mengurangkan bekalan air kepada keseluruhan 1.8 juta penduduk Gaza. Tumpahan sisa kumbahan bakal mencemarkan punca bekalan air dan ancaman penyakit berjangkit semakin meningkat. Sudah terdapat 30 kes meningitis, penyakit kulit di kalangan kanak-kanak dan gastroenteritis yang sudah dilaporkan.

Pihak Oxfam dan rakan setempat sedang bekerja keras untuk membekalkan bekalan air bersih 70,000 penduduk, namun begitu kemusnahan teruk infrastruktur dan pengeboman yang berterusan dari Israel mengganggu tugasan petugas misi memberi bantuan, mereka perlu berusaha untuk memenuhi sekurang-kurangnya keperluan asas.

sumber : IMEMC News
penterjemah : zihan

Categories
Berita Semasa

Empat Terbunuh Oleh Regim Zionis Israel yang Mensasarkan Hospital Al-Aqsa

Khamis , 24-07-2014 – Kementerian Kesihatan berkata, tentera melepaskan tembakan peluru berpandu ke Hospital Al-Aqsa, di Central Gaza. Serangan kejam itu membunuh empat rakyat Palestin, dan mencederakan 40 yang lain. Ambulans juga terpaksa melalui kawasan yang diserang regim zionis itu ketika cuba untuk memindahkan pesakit ke pusat perubatan Shifa.

Laporan awal menunjukkan rakyat Palestin yang terbunuh adalah seorang pesakit dan tiga saudara-mara pesakit yang dimasukkan ke hospital itu. Serangan yang memusnahkan unit pengeluaran oksigen, wad bersalin, unit penjagaan segera dan wad pembedahan mengakibatkan semua perlatan itu tidak boleh berfungsi lagi akibat pengeboman Israel yang mensasarkan hospital.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : norsyuhada

Categories
Berita Semasa

Warga emas terbunuh dan 4 cedera dalam letupan utara Gaza

Khamis , 24-07-2014 – Seorang warga emas Palestin terbunuh Sabtu lalu (19.7) dan 4 orang cedera dalam pengeboman jet Zionis ke atas tumah penduduk Utara Gaza.

Sumber memberitahu, jet Zionis melepaskan bom ke arah rumah keluarga Abu Saadah di daerah Bani Suhaila, timur Khan Yunis di utara Gaza sehingga warga emas turut terbunuh dan mencederakan 4 yang lain.

Dan sumber hospital Palestin memaklumkan bahawa mangsa yang terbunuh ialah Salim Ali Abu Saadah yang sudah memasuki usia 70-an, dan empat yang cedera sudahpun dibawa ke hospital untuk rawatan.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : asyraf

Categories
Berita Semasa

Angkatan Israel Lepaskan Tembakan di Hebron .

Khamis , 24-07-2014 – Berpuluh-puluh orang telah cedera selepas tentera Israel melepaskan tembakan secara rambang semasa penduduk Hebron meraikan penahanan seorang askar Israel di Gaza dan mengadakan bantahan pengepungan wilayah Palestin yang menyaksikan sekurang-kurangnya 100 dibunuh oleh tentera Israel pada Ahad lalu. Hamas telah mengesahkan bahawa 10 pejuangnya telah terbunuh baru-baru ini.

Abdallah al-Qawasemi, pengarah Hospital Hebron berkata 20 pemuda telah dikearkan ke hospital berikutan kejadian itu, menurut Ma’an. Perhimpunan juga berlaku di Halhoul, kem pelarian al-Arroub dan al-Fawwar, Ramallah, dan bandar-bandar lain di seluruh Tebing Barat dan Timur Baitulmuqaddis sebagai tindak balas atas kekejaman Zionis.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Zionis memusnahkan 25 institut kesihatan semasa pencerobohan

Khamis , 24-07-2014 – Kementerian Kesihatan berkata bahawa penjajah Zionis telah memusnahkan 25 Institut Kesihatan. Mereka kini mensasarkan Hospital Beit Hanoun di utara Semenanjung Gaza sejak pencerobohan dilancarkan bagi hari ke-13 berturut-turut.

Wakil Kementerian, Yusuf Abo al-Rish di dalam satu kenyataan akhbar petang sabtu berkata bahawa keperluan bulanan sektor kesihatan ialah 5.6 milion dolar. Namun, jumlah ini tidak mencukupi sehingga kini. Ini menyebabkan sektor kesihatan berada dalam keadaan yang susah.

Beliau menegaskan bahawa gangguan kuasa elektrik dalam tempoh yang lama telah menyekat keupayaan penjanaan untuk meneruskan kerja-kerja yang menggunakan sejumlah besar bahan api. Ini kerana 50% daripada loji rawatan air sisa telah rosak akibat ancaman bencana alam.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nadhirah

Categories
Berita Semasa

Rakyat Palestin Dibunuh Berdekatan Ramallah

Khamis , 24-07-2014 – Sumber perubatan Palestin melaporkan bahawa seorang pemuda Palestin telah ditembak dan terbunuh oleh pendatang Israel di pintu masuk bandar ar-Ram, selatan bandar Tebing Barat tengah Ramallah.

Menurut sumber itu, Mahmoud Hatem Shawamra, 21 telah ditembak oleh empat peluru hidup di dada, perut, belakang, dan paha. Saksi berkata, pendatang Israel menembak Shawamra dari jarak yang sangat dekat. Tentera Israel telah menghubungi ambulan tentera Israel, namun Shawamra telah meninggal disebabkan luka berhampiran sekatan jalan Israel di Hezma.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : fauzan