Categories
Berita Semasa

Tahanan Palestin Dihantar ke Hospital dalam Keadaan Teruk

Ahad, 24/07/2011 – Pengurusan Penjara Askalan Israel menghantar tahanan Palestin, Atef Wreidat ke Hospital Penjara Ramle dengan kedua tangan dan kakinya bergari selepas keadaan kesihatannya bertambah teruk.

Persatuan Tahanan Palestin menyebut dalam satu kenyataan pada Selasa bahawa Wreidat, 45, berada dalam mogok lapar sejak 12 Jun untuk memprotes keadaan perubatan yang teruk dan tekanan ke atasnya sejak dia berada dalam tahanan sepuluh tahun lepas.

Juga disebut bahawa Wreidat menderita penyakit yang serius seperti diabetes, darah tinggi dan penyakit jantung, dan perlukan pembedahan jantung sejak setahun lepas.

Persatuan itu meletakkan Perkhidmatan Penjara Israel (IPS) bertanggungjawab ke atas kesihatan Wreidat, dan menekan bahawa pegabaian kesihatan Wreidat menunjukkan polisi IPS yang mahu membunuh tahanan yang sakit.

Pengurusan Penjara Askalan melakukan banyak tindakan yang teruk ke atas tahanan termasuk meletakkannnya dalam tahanan yang berasingan, walaupun megnetahui keadaan kesihatannya yang teruk.

Wreidat, seorang kader Fatah ditangkap oleh Israel pada 1982 yang mana ketika itu berumur 16 tahun dan dhukum penjara 11 tahun. Dia dibebaskan pada 1993 dan kemudian ditahan semula ketika Intifada Aqsa selepas diburu selama dua tahun dan dihukum penjara selama 11 tahun dan 3 bulan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Barkah Desak Lebanon Hapus Darurat Militan Di Kem Nahrul Barid

Ahad, 24/07/2011 – Wakil Hamas di Lebanon, Ali Barkah menerima delegasi warga dari kem Nahrul Barid yang diketuai oleh Muhammad Sayid, salah seorang pemimpin di kem tersebut.

Pihak delegasi menjelaskan situasi penderitaan yang dialami warga kem akibat kemusnahan kem empat tahun lalu. Para penghuni kem masih terusir, sementara pemerintah Lebanon tidak memperlihatkan komitmennya sehingga kini, demikian juga UNRWA gagal melakukan pembaikan dan bantuan kemanusiaan.

Barkah menegaskan bahawa Hamas mendukung tuntutan warga kem dan berjanji akan menghubungi pemerintah Lebanon dan pihak ketenteraan untuk merealisasikan tuntutan warga kem, melakukan pembaikan dan mengembalikan warga ke kem, mengembalikan sejumlah tanah kepada pemiliknya, terutama yang telah mereka miliki sebelum diluluskan undang-undang kepemilikan tahun 2001.

Barkah turut mendesak pemerintah Lebanon menarik kembali darurat ketenteran dan memudahkan proses pembaikan semula serta menjamin bajet yang diperuntukan untuk pembangunan.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Erdogan mengesahkan lawatannya ke Gaza

Ahad, 24/07/2011 – Perdana Menteri Turki, Recep Erdogan mengesahkan niatnya untuk mengunjungi Semenanjung Gaza pada hujung bulan ini. Media Turki menyebut Erdogan telah memberitahu pemberita sebelum meninggalkan lawatan ke Northern Cyprus dimana jika keadaan sesuai, beliau akan mempertimbangkan untuk melawat Gaza.

Beliau berkata bahawa Kementerian Luar Turki kini sedang bersiap sedia untuk lawatan itu dan lawatan itu akan bergantung kepada persediaan itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Jet Zionis serang sekolah di As-Syujaiyah dekat Timur Gaza

Ahad, 24/07/2011 – Jet perang Zionis lewat petang Selasa (19 Julai) melancarkan serangan udara terhadap Gaza. Saksi kejadian melaporkan bahawa jet perang Zionis dari jenis F-16 pada lewat petang Selasa membedil menggunakan bom yang dijatuhkan di kawasan berdekatan Sekolah ‘Umar bin Abdel Aziz, di Timur Hayy As-Syujaiyah dari arah timur Gaza.

Saksi tersebut turut menambah bahawa letupan yang memekakkan telinga dapat didengari dari tempat tersebut sehingga ke tempat lain yang agak jauh dari Bandar Gaza, dan menyebabkan kemusnahan sekolah dan perumahan di sekelilingnya.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Hamas mengutuk tindakan Israel sebagai ‘lanun antarabangsa’

Ahad, 24/07/2011 – Hamas mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ‘lanun antarabangsa’ ke atas aktivis pro Palestin di atas bot Al-Karama yang cuba memasuki Semenanjung Gaza.

Seorang jurucakap tentera Israel mengumumkan bahawa tentera laut Israel memintas ketika bot tersebut menghampiri pantai Gaza pada Selasa. Tentera Israel mendakwa terdapat senjata di atas bot tersebut, namun
dinafikan oleh para penumpang.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Zionis berniat halang Dignity ke Gaza

Rabu, 20/07/2011 – Sumber politik Zionis mengumumkan bahawa tentera laut Zionis tidak akan membenarkan kapal Perancis, Dignitiy, untuk berlayar ke Gaza, melalui perairan Gaza, dan pada waktu yang sama menggesa rangkaian NGO Palestin untuk memberhentikan perjalanan kapal itu secepat mungkin.

Sumber itu berkata, dalam kenyataan yang disiarkan oleh radio Hebrew pada hari Isnin (18 Julai) : “ahli kapal Dignity Perancis mahu menceroboh masuk ke kawasan perairan untuk sampai ke Gaza, dan mereka ingin berhadapan dengan ketenteraan kita. Oleh itu kita, Israel, akan menghalang kapal Perancis ini daripada tiba ke Gaza.”

Kapal Dignity yang memulakan perlayaran kelmarin dari pelabuhan Greek menjangkakan bahawa kapalnya akan tiba di Gaza selepas Zohor hari Selasa, dan memuatkan beberapa sukarelawan Perancis dan bangsa lain.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Mahkamah Israel melanjutkan tahanan pentadbiran rakyat Palestin untuk kali ke 4

Rabu, 20/07/2011 – Sebuah mahkamah Israel melanjutkan tempoh penahanan pentadbiran banduan Palestin Ihab al-Qawasimi selama empat bulan lagi untuk kali kelima sejak dia mula-mula ditangkap.

Qawasimi ditahan ketika cuba menyeberangi sempadan ke Jordan pada bulan Ogos 2009 kerana dia mahu menghadiri pengebumian bapa saudaranya. Penangkapan dibuat ketika Israel berkempen untuk menahan rakyat Palestin selepas gagal meletak dakwaan ke atas mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Peneroka Haram Yahudi Meratakan Tanah Palestin

Rabu, 20/07/2011 – Peneroka haram Yahudi meranapkan tanah Palestin di kampung Sa’eer, utara bandar Al-Khalil, pada hari Ahad di bawah perlindungan tentera Zionis Israel, kata sumber-sumber tempatan.

Pusat penyelidikan di bandar ini berkata dalam satu kenyataan pada hari Isnin bahawa peneroka haram ini datang dari penempatan haram berhampiran dan meranapkan kawasan tanah pertanian yang besar.

Pemilik tanah itu berkata bahawa jentolak meranapkan tanah mereka tanpa notis terlebih dahulu, dan peneroka haram menarik diri dari kawasan itu apabila rakyat mula berkumpul berhampiran mereka.

Beliau menggesa media dan kumpulan hak asasi manusia untuk hadir bersama apabila peneroka haram dijangka kembali pada pagi Isnin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Dua Pejuang al-Qassam Cedera dalam Serangan Udara Israel

Rabu, 20/07/2011 – Dua pejuang dalam bridget al-Qassam, sayap ketenteraan HAMAS cedera pada pagi Isnin dalam satu serangan udara Israel di timur Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza.

Jurucakap perkhidmatan kesihatan, Adham Abu Salmiya memberitahu Pusat Info Palestin bahawa salah seorang yang cedera berada dalam keadaan yang serius, dan mereka berdua dibawa ke Hospital Eropah di bandar Khan Younis. Sumber tempatan memberitahu bahawa pesawat tanpa pemandu Israel mengebom pusat pemerhatian pejuang Qassam dan mencederakan dua daripada mereka.

Tiga rakyat Palestin cedera dan lebih daripada dua puluh cedera dalam serangan udara Israel ke atas Semenanjung Gaza dalam beberapa hari yang lepas.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Gesaan campur tangan antarabangsa dengan segera berikutan tindakan terbaru rejim Zionis ke atas Gaza

Rabu, 20/07/2011 – Pusat Hak Asasi Manusia Palestin (PCHR) menggesa campu tangan antarabangsa ketika rejim Zionis memperhebatkan serangan ke atas Gaza.

Dalam satu kenyataan yang dibuat pada Ahad lalu, PCHR memaklumkan bahawa rejim Zionis mensasarkan orang awam dan harta benda awam di beberapa lokasi di Gaza. Dalam tempoh beberapa hari lalu, 8 serangan udara dilakukan sehingga menyebabkan seorang terbunuh dan mencederakan 20 orang termasuk 5 kanak-kanak.

Serangan udara tersebut juga mengenai 3 kawasan latihan pejuang Palestin serta reban binatang dan memusnahkan sama sekali sebuah rumah, selain menyebabkan beberapa kerosakan terhadap rumah-rumah dan struktur lain. Serangan yang terbaru berlaku pada pagi Ahad lalu di Beit Hanoun yang mana sebuah perigi milik persendirian musnah serta mencederakan 9 orang awam Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Kebakaran besar berlaku di Baitulmuqaddis

Rabu, 20/07/2011 – Satu kebakaran besar hutan telah berlaku di barat Baitulmuqaddis sehingga lebih daripada 50 anggota bomba daripada 33 unit termasuk pesawat dipanggil bagi memadamkan kebakaran. Api merebak sehingga mengancam pinggir bandar. Polis Israel masih menutup jalan-jalan berdekatan disebabkan kesan bahan pemadam api yang digunakan. Pembakaran yang disengajakan disyaki sebagai pnca api merebak di lokasi yang berasingan pada satu masa, kata pasukan penyelamat.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Haneyya gesa Erdogan bantu pemulihan Gaza

Rabu, 20/07/2011 – Perdana Menteri Palestin di Gaza, Ismail Haneyya telah menggesa rakan sejawatannya di Turki, Recep Erdogan untuk menyumbang kepada pemulihan Gaza serta berusaha untuk mengangkat sekatan di kawasan berhampiran pantai.

Dalam satu mesej daripada delegasi kerajaan Palestin ke Ankara, Haneyya menyeru kerajaan Turki memberi sokongan kepada rakyat Palestin. Perdana Menteri itu juga berharap agar Erdogan akan mengenengahkan isu Baitulmuqaddis di arena antarabangsa.

Haneyya berkata, Hamas telah memulakan rundingan dengan Fatah untuk memperkukuhkan kedudukan Palestin serta ingin mengumpulkan dunia Arab, Islam dan sokongan antarabangsa demi Baitulmuqaddis. Namun, campur tangan asing telah membantutkan usaha tersebut. Haneyya mendakwa campur tangan itu bertujuan memastikan Gaza terus diceroboh.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Israel Ancam Kapal Karamah Perancis

Rabu, 20/07/2011 – Sumber politik Israel menyebutkan bahawa pihak marin Israel tidak akan mengizinkan kapal Perancis mendarat di pantai Gaza. Pihak gabungan organisasi tempatan Palestin menuntut masyarakat antarabangsa segera bertindak untuk melindungi kapal tersebut.

Sumber menyatakan dalam siaran radio Israel, Isnin (18/7) “Penumpang kapal Karamah Perancis berusaha menembusi sekatan laut yang dilakukan mereka terhadap Gaza dan hendak melakukan konfrontasi dengan tentera kita, Israel akan mencegah kapal Perancis ini daripada menghampiri pantai Gaza,” ungkapnya.

Penyelenggara kapal Karamah mengumumkan bahawa kapal telah berlayar kelmarin dari salah sebuah pelabuhan di Greece dan akan tiba di Gaza pada Selasa, kapal ini membawa sejumlah aktivis Perancis dan relawan asing.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Foto/Video/Muzik

OST Lambaian Marmara – Isandra Palestina

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis kenakan denda $900,000 ke atas kanak-kanak Baitulmaqdis dalam masa 10 bulan

Selasa, 19/07/2011 – Pihak berkuasa rejim Zionis telah mengenakan denda berjumlah $900 ribu ke atas kanak-kanak Palestin di Silwan yang terletak di Baitulmaqdis atas kesalahan membaling batu ke arah kenderaan-kenderaan tentera rejim Zionis serta pendatang haram Yahudi sejak 10 bulan lepas.

Fakhri Abu Diab, salah seorang ahli jawatankuasa pertahanan hartanah Silwan berkata dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pada Rabu lalu, bahawa Mahkamah rejim Zionis telah melakukan penganiayaan ke atas penduduk Silwan dengan mengenakan denda yang melampau ke atas kanak-kanak mereka kerana pihak rejim tahu ahli keluarga kanak-kanak terbabit terpaksa membayar denda tersebut dengan apa cara sekalipun jika mahu anak-anak mereka dibebaskan.

Menurut Fakhri, ramai penduduk Baitulmaqdis terpaksa meminjam wang yang banyak untuk membebaskan anak-anak mereka sementara mereka yang tidak berkemampuan, anak-anak mereka terus dipenjarakan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa