Categories
Berita Semasa

Shalah: Penjara Syurga Bagiku

Selasa, 14/12/2010 – Syaikh Raed Shalah, ketua gerakan Islam di wilayah Palestin Jajahan 48 akhirnya bebas dari penjara Israel di Ramallah Ahad (12/12). Beliau mengatakan, penjara adalah tempat terbaik dalam hidupnya.

Syaikh Shalah menggambarkan, penjara yang telah mengurungnya selama lima bulan lebih, bagaikan syurga, beliau dapat berkhalwat (menyendiri) bersama Allah. Penjara adalah tempat terbaik dalam hidupku. Ia dapat menghabiskan waktu-waktunya dengan solat, berpuasa, solat malam dan membaca Al-Quran.

Bahkan beliau berjaya menulis tiga buah buku sepanjang berada dalam penjara. Beliau meminta tawanan yang bebas dari penjara Zionis adalah tawanan perang.

Berkaitan dengan pengadilan Zionis yang sedang menunggunya, Syaikh Shalah mengatakan, jalan kami tidak akan pernah berubah, harga diri kami serta kemuliaan kami yang dirampas, akan kami ambil kembali bersama kembalinya Al-Quds dan Al-Aqsa ke pangkuan kaum muslimin. Beliau mengatakan, beliau masuk ke dalam penjara dalam keadaan kuat dan keluar dengan lebih kuat lagi dengan keimanan dan keyakinannya untuk berkorban demi Al-Aqsa. Saya akan selalu katakan, dengan nyawa dan darah kami berkorban untukmu Al-Aqsa, tegasnya.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Hamas ucap tahniah pada Sheikh Raed Salah atas pembebasannya.

Selasa, 14/12/2010 – Pengerusi Biro Politik Hamas, Khaled Mesh’al mengucapkan tahniah kepada Syeikh Ra’ed Salah (Syeikh Al-Aqsa) atas pembebasannya pagi Ahad (12 Disember) daripada penjara Zionis selepas dipenjara 5 bulan dengan tidak adil.

Dalam kenyataan yang diterima daripada Pejabat Informasi Hamas, “Pengerusi Biro Politik, saudara Khaled Mesh’al dan rakan-rakan pimpinan Hamas, pejuang-pejuang dan para penyokong Hamas, seluruh warga Palestin, bangsa Arab dan seluruh kaum Muslimin mengucapkan tahniah kepada Syeikh Ra’ed Salah, “Syeikh Al-Aqsa”, atas pembebasannya daripada penjara Zionis.”

Kita semua berdoa dengan merendah diri, “Semoga Allah Ta’ala menganugerahi beliau dengan kesihatan dan kesejahteraan, dan membantu beliau terus berjuang untuk Al-Quds dan Masjidil Aqsa, dan kesemua kawasan suci yang sedang dicerobohi dan diYahudikan oleh Zionis dan pendatang haram mereka.” Ameen.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

LPS: Masjid al-Aqsa Hampir Runtuh

Selasa, 14/12/2010 – Liga Ulama Palestin (The League of Palestinian Scholars: LPS) telah memberi amaran kepada Arab dan Negara Islam tentang aktiviti Israel tentang pemusnahan, penempatan haram, dan judaisasi di kawasan Jurusalem yang dijajah terutamanya di al-Aqsa.

Mereka berkata dalam satu kenyataan pada Sabtu bahawa Pegawai Penjajah Israel telah membuat skema pemusnahan al-Aqsa dan kawasan sekelilingnya.

Aran dan negara Islam seharusnya sedar sebelum ia sudah terlambat, kata LPS.

Liga itu juga memberi amaran bahawa Masjid al-Aqsa hampir runtuh, dan mempersoalkan bilakah Umat Islam akan bangun membantah jika kemusnahan al-Aqsa tidak langsung membangkitkan semangat.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Mogok lapar tahanan penjara wanita Palestin masuk hari ke-7

Isnin , 13/12/2010 – Pada Khamis lepas, tahanan penjara, Linan Abu Ghulma telah memasuki hari ketujuh melakukan mogok lapar bagi menuntut pihak rejim Zionis memindahkannya dari Penjara Hasharon ke Penjara Sharon supaya dia dapat bersama dengan adik perempuannya.

Linan yang berasal dari Perkampungan Beit Forik di Nablus memberitahu seorang peguam yang mewakili Pertubuhan Tahanan Penjara Palestin, bahawa dia tidak akan berhenti melakukan mogok lapar sehinggalah dia dipindahkan ke Penjara Sharon supaya dapat bersama dengan adik perempuannya, Taghrid yang juga merupakan tahanan penjara.

Pihak pentadbiran rejim Zionis di Penjara Hasharon telah mengasingkan dua orang tahanan yang berasal dari Jerusalem iaitu Nada Dirbas dan Shireen al-Eisawi kerana mereka bersatu-hati dengan Linan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah :  salwa

Categories
Berita Semasa

Abu Sha’ar menyelar General Electric atas tindakan mereka menyokong peluasan penempatan haram

Isnin , 13/12/2010 – Menteri Urusan Agama Palestin Dr Taleb Abu Sha’ar mengecam hebat syarikat Amerika General Electric kerana menyokong dan menyertai dalam projek penempatan haram di Abu Ghunaim Gunung antara Baitulmuqaddis dan Betlehem.

Dr Abu Sha’ar dalam siaran media pada hari Khamis mengatakan bahawa syarikat itu bekerja sama dengan syarikat Ligon yang turut mengambil bahagian dalam pembentukan kemudahan pemprosesan air kumbahan di kawasan Ghunaim Abu dengan kos sekitar 30 juta shekel.

Menteri itu menyatakan perasaan kecewa yang teramat atas apa yang digambarkan sebagai perlanggaran Zio-Amerika, menekankan bahawa syarikat itu melanggar undang-undang antarabangsa ketika mengambil langkah tersebut dan mencerminkan permusuhan mereka terhadap Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Muhammad Daud Masuki Tahun Ke 24 Di Penjara Israel

Isnin , 13/12/2010 – Jawatankuasa Pembela Tawanan melaporkan bahawa Muhammad Adil Hasan Daud, Abu Ghazi (46) yang berasal dari kota Qalqilia Tebing Barat memasuki tahun ke 24 di penjara Israel secara terus menerus, terperosok di sel penjara Gilboa.

Pengarah Jawatankuasa tersebut, Riyad Asyqar dalam pernyataannya Khamis (9/12) menjelaskan bahawa Daud di tawan sejak 8/12/1987 dengan hukuman penjara seumur hidup, semalam beliau menghabiskan tahun ke 23 di penjara Israel. Kedua orang tuanya telah meninggal dunia ketika beliau dalam penjara. Israel tidak mengizinkan pihak keluarganya untuk mengunjunginya kecuali seorang adik kandungnya.

Sementara itu seorang lagi tahanan, Abdul Halim Sakib Umar Balbisi (41) berasal dari Utara Gaza menghabiskan tahun ke 15 dan memasuki tahun ke 16 di penjara Israel, beliau ditawan sejak 6/12/1995.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Abu Marzouk : Fattah sekutu Zionis, PA semakin terabai.

Isnin , 13/12/2010 – Dr. Mousa Abu Marzouk, Timbalan Pengerusi Politik Hamas menyatakan bahawa tapak kaki Mahmoud Abbas terhadap PA semakin menjauh, dan Fattah sebenarnya adalah sekutu Zionis.

Abu Marzouk berkata dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh stesen media “Al-Jazeera” petang Khamis (9 Disember), “Fattah semakin berlepas tangan, ini adalah kerana ianya sejak dari mula lagi berkhidmat untuk kepentingan Israel sebelum berkhidmat untuk kepentingan Palestin.”

Beliau menambah, “kami berhadapan dengan pilihan yang sukar, dan pilihan yang mahu dibuat mesti praktikal, dan saya percaya pilihan terbaik adalah untuk menghentikan segala “operasi keamanan” dan kehendak penduduk haram Zionis, memutuskan segala perbincangan bersama mereka, dan kembali kepada pilihan asal Hamas, di samping perlu adanya sokongan padu negara-negara Arab terhadap warga Palestin.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Hantaran Bantuan Asia Dalam Perjalanan ke Gaza

Isnin , 13/12/2010 – Sebuah konvoi dari Asia yang dipenuhi dengan bantuan kemanusiaan untuk Gaza yang dikepung telah tiba di bandar Zaidan, Iran selepas melebihi banyak bandar untuk menambahkan bantuan dalam perjalanan itu.

125 Institusi bantuan yang terdiri daripada India, Pakistan, Iran, Malaysia, Indonesia, Turkey dan negara Asia lain telah menyumbang kepada konvoi itu yang membawa bantuan perubatan dan kemanusiaan dan dijangka akan menuju ke Turki daripada Iran.

Pengurus konvoi itu membeli bahan bantuan dan perubatan sebelum menghantar bahan itu ke syiria, yang akan menjadi persinggahan terakhir kepada konvoi itu sebelum bergerak ke al-Arish di mesir dan seterusnya ke Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Zahar menggesa Fatah untuk menghentikan proses perdamaian yang tidak membawa hasil

Isnin , 13/12/2010 – Tokoh pemimpin Hamas, Mahmoud Zahar menyeru semua rakyat Palestin daripada pelbagai pihak termasuk Fatah supaya menarik diri daripada proses perdamaian dengan Israel, sebaliknya menentang Israel.

“Penentangan bersenjata secara berterusan merupakan satu-satunya cara untuk memerdekakan Palestin,” kata seorang pemimpin Islam veteran sewaktu majlis meraikan ulangtahun penubuhan Hamas yang ke 23.

Hamas telah ditubuhkan pada 1987 di Semenanjung Gaza sebagai reaksi ke atas keganasan Israel yang semakin meningkat terhadap rakyat Palestin dalam usaha Israel untuk memaksa mereka berhijrah keluar dan member laluan kepada Yahudi Zionis.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah :  idawati

Categories
Berita Semasa

Anggotan militia Abbas culik 28 penyokong Hamas

Isnin , 13/12/2010 – Pasukan militia PA yang setia kepada Presiden Mahmoud Abbas telah menculik 28 penyokong Hamas dalam 24 jam terakhir di daerah Al-Khalil, Nablus, Bethlehem, Tulkarem, Salfit, dan Jenin, menurut sumber tempatan Khamis lalu.

Mereka menyatakan antara yang diculik di Al-Khalil adalah pemimpin berusia 60 tahun dan seorang wartawan manakala di Nablus, aktivis hak asasi manusia di antara lima puluhan tahanan yang ditangkap bersama-sama dengan mahasiswa. Kebanyakan dari mereka yang diculik adalah bekas tahanan di penjara-penjara pendudukan Israel, kata sumber itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Keluarga tahanan di Penjara Jericho merayu agar nyawa anak mereka diselamatkan

Jumaat , 10/12/2010 – Keluarga kepada 6 orang tahanan penjara warga Palestin yang ditahan di Penjara Jericho merayu organisasi-organisasi kemanusiaan antarabangsa untuk menyelamatkan nyawa anak-anak mereka daripada menemui ajal secara perlahan-lahan akibat diseksa dengan teruk oleh para penyoal siasat daripada pihak berkuasa Palestin (PA).

“Bahagian keselamatan PA di Tebing Barat telah menahan anak-anak kami sejak tahun 2008 dan mereka masih ditahan tanpa sebarang kesalahan ataupun dikenakan sebarang tuduhan ke atas mereka. Pihak PA juga menggunakan seksaan yang paling dahsyat dari segi fizikal dan psikologi serta menafikan tahanan daripada menerima hak-hak yang asas sebagai seorang manusia,”
kata keluarga tahanan tersebut dalam satu kenyataan media bersama yang dikeluarkan pada hari Sabtu.

“Dalam satu tindakan yang jelas mencabuli undang-undang, bahagian keselamatan PA itu menolak keputusan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tertinggi iaitu Mahkamah Tinggi Keadilan yang mengarahkan supaya para tahanan itu dibebaskan segera,” kata keluarga tahanan itu lagi. Tambah mereka lagi, keputusan mahkamah itu telah didokumenkan oleh organisasi-organisasi kemanusiaan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Pendatang Israel akan membina 130 unit rumah baru di O. Baitulmuqaddis

Jumaat , 10/12/2010 – Beberapa jam selepas pihak berkuasa pendudukan haram Israel (tentera penjajah Israel) menyatakan keinginannya untuk membina lebih daripada 652 unit perumahan di penempatan Ze’ev Pisgat di bahagian timur Baitulmuqaddis yang diduduki minggu lepas, kini mereka menyetujui pula rancangan untuk membina 130 unit lain di penempatan Gilo.

Ia dilaporkan dalam kegiatan penempatan Israel dan pelanggaran di Jerusalem dan Tebing Barat yang dikeluarkan oleh biro nasional untuk membela tanah dan menolak penempatan haram.

Laporan itu juga mengatakan bahawa tentera penjajah Israel yang menghancurkan tiga rumah Palestin di Baitulmuqaddis minggu lalu dan memaksa warga Palestin untuk meruntuhkan rumahnya sendiri.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Israel Mengkritik Brazil Kerana Mengiktiraf Negara Palestin

Jumaat , 10/12/2010 – Israel pada Sabtu mengkritik presiden Brazil Luiz Inácio Lula da Silva kerana mengiktiraf negara Palestin dengan persempadanan 1967 dalam mesej yang disiarkan pada Jumaat.

Jurucakap Kementerian Luar Israel berkata bahawa kerajaannya sedih dengan tindakan itu dan menyatakan kekesalan terhadap tindakan Presiden itu yang akan melepaskan jawatannya kepada presiden baru dalam masa sebulan.

Mesej dari pihak Brazil menyatakan bahawa pengiktirafan itu akibat daripada rayuan peribadi de facto Presiden Palestin, Mahmoud Abbas pada 24 November lepas.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Kerugian kebakaran Carmel berjumlah 454 juta dollar

Jumaat , 10/12/2010 – Kerugian harta benda disebabkan kebakaran hutan yang melanda pergunungan Carmel berdekatan Haifa boleh mencapai 454 juta dollar, media Israel melaporkan pada Ahad.

Akhbar harian Hebrew berkata jumlah tersebut tidak merangkumi kesemua kerosakan secara langsung dan tidak langsung. Kejadian ini mendedahkan kelemahan Home Front dalam berhadapan dengan kebakaran besar yang telah berlaku sejak 4 hari lalu di Haifa, utara Palestin.

Tabung Kebangsaan Yahudi melaporkan bahawa kebakaran yang telah memusnahkan 12,000 ekar hutan, sejumlah 5 juta pokok, lebih kurang separuh daripada keseluruhan hutan simpan Carmel. Pegawai JNF berkata, proses pemulihan boleh mengambil masa berdekad-dekad.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Erdogan : Israel mesti meminta maaf sebelum dimaafkan

Jumaat , 10/12/2010 – Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan mengumumkan pada hari Ahad (5 Disember) lalu, bahawa hubungan Turki tidak akan berbaik dengan Zionis selagi entiti itu belum, “membersihkan Laut Mediterranean daripada darah 9 Turki” yang syahid dalam serangan Zionis ke atas Freedom Flotilla dalam perjalanan ke Gaza.

Erdogan berkata : “Turki mahu Israel meminta maaf dan mengganti rugi atas apa yang telah berlaku pada 31 Mei lepas.”

Tambah Erdogan dalam ucapannya di tengah bandar Sivas : “kita akan menyelak lembaran baru, tetapi itu tidak bermakna mereka tidak perlu meminta maaf dan membayar ganti.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen