Categories
Berita Semasa

21 Organisasi Antarabangsa Menyeru Sekatan Terhadap Gaza Ditamatkan

Khamis, 02/12/2010 – 21 organisasi hak asasi manusia antarabangsa menyeru agar masyarakat antarabangsa bersama-sama mengambil tindakan menamatkan sekatan ke atas Gaza tanpa syarat. Dalam satu laporan yang akan disiarkan pada Selasa, ia menyebut bahawa usaha Israel untuk ‘mengurangkan’ sekatan ke atas Gaza hasil daripada tekanan antarabangsa tidak mengubah apa-apa.

Organisasi bukan kerajaan termasuk Amnesty International dan Majlis Hal-Ehwal Pelarian Norway berkata bahan binaan yang dibenarkan masuk ke Gaza adalah tidak mencukupi. Mereka berkata, hanya perubahan kecil yang dapat dirasakan dalam aspek kebebasan pergerakan orang awam, manakala tiada perkembangan yang baik dalam hal-ehwal keluar masuk barangan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah :  idawati

Categories
Berita Semasa

Wanita muda Palestin dibelasah teruk oleh unit Nahshon rejim Zionis

Khamis, 02/12/2010 – Seorang tahanan wanita rakyat Palestin yang bernama Sumoud Karrajeh, 22 tahun mengalami kecederaan setelah dibelasah dengan teruk oleh pasukan tentera rejim Zionis (IOF) daripada unit penjara Nahshon semasa wanita itu dipindahkan daripada penjara ke mahkamah tentera awal bulan ini.

Karrajeh memberitahu organisasi kemanusiaan bahawa dia telah dipindahkan oleh tentera-tentera dari unit Nahshon pada 8 November lalu dari Penjara Damon ke Penjara Ramle untuk menghadiri hari kedua perbicaraannya di Mahkamah Tentera Ofer. Tetapi semasa proses pemindahan, tentera-tentera ini yang terdiri daripada lelaki dan wanita, merampas barang-barang miliknya dan
ingin membogelkannya untuk melakukan pemeriksaan.

Tambahnya lagi, apabila dia dengan keras membantah pemeriksaan bogel, tentera-tentera wanita terus membelasah seluruh badannya dengan teruk dan menariknya ke atas berkali-kali dengan rantai sehingga menyebabkan wanita muda itu menanggung kesakitan yang teramat sangat dan lebam-lebam di badan. Tentera-tentera itu terus membelasah wanita itu tanpa belas kasihan
sehingga dia hampir pengsan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Tusukan Jarum dan Patahkan Jari Cara Terbaru Penyiksaan Terhadap Pendukung Hamas

Khamis, 02/12/2010 – Bekas tahanan yang bebas dari penjara Abbas di Tebing Barat menerangkan cara penyiksaan baru yang digunakan para penyiasat terhadap pendukung Hamas.

Bekas tahanan yang baru dibebaskan di Ramallah menyatakan kepada Infopalestina bahawa penyiksaan di penjara tentera Abbas sangat memberi kesan buruk terhadap kehidupan mereka, dari segi fizikal mahupun mental. Berita yang tersebar bahawa penyiksaan dihentikan hanyalah dusta dan pembohongan semata.

Bekas tahanan menyatakan bahawa para penyiasat tentera di penjara preventif Beitunia melakukan penyiksaan terhadap salah seorang tawanan secara keras dan ganas, menusuk kepalanya dengan jarum dan benda tajam. Dalam kenyataannya menyebutkan bahawa para penyiasat meletakan pengait besinya di atas kepala, kemudian menekannya dengan kuat sehinga darah mengalir dari kepalanya yang meninggalkan kesakitan dan kecederaan yang sangat teruk.

Para penyiasat juga memukul tahanan secara ganas di bahagian lambung dan menendang dengan keras sehingga darah keluar dari mulutnya. Kemudian diikat secara silang dan dilarang tidur dan solat. Hal ini yang menyebabkan keadaan kesihatannya memburuk dan terpaksa dihantar beberapa kali ke hospital sementara itu pihak keluarga dilarang melawatnya.

Sementara itu salah seoarang tahanan dipaksa berdiri terbalik dengan bersandar pada jari tangannya. Kemudian salah seorang penyiasat bertubuh gempal melompat ke atasnya yang menyebabkan beberapa jari tahanan tersebut patah.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Kerajaan Palestin : Fattah penyebab pemimpinnya dilarang masuk Gaza

Selasa, 30/11/2010 – Tahir An-Nunu, jurucakap Kerajaan Palestin menegaskan bahawa pendirian Fattah yang berdegil untuk terus menahan seorang wanita, Tamam Abu Sa’ud menyebabkan pemimpin mereka dihalang masuk ke Jalur Gaza.

Nunu berkata dalam sidang akhbar pada hari Ahad (28 November) lalu bahawa, “untuk menjelaskan keadaan sebenar yang berlaku semasa lawatan menteri Fattah ke Gaza. Kerajaan di Gaza telah menerima permintaan beberapa hari yang lalu untuk menerima lawatan daripada delegasi Fattah. Fattah telah diberitahu dengan jelas bahawa Gaza membenarkan kemasukan delegasi ini tetapi dengan satu syarat iaitu pembebasan tahanan wanita, Tamam Abu Sa’ud, sebelum kedatangan mereka kerana jika penahanan ini berterusan, ini akan memalukan pihak Fattah sendiri.”

Namun beliau menyatakan bahawa, “kami tidak menerima apa-apa jawapan tentang permintaan ini sehinggalah kami menerima kedatangan dua pemimpin Fattah di sempadan Beit Hanun (Iraz) meskipun tahanan wanita, saudari Tamam Abu Sa’ud masih belum dibebaskan, dan lebih teruk lagi penahanan warga Palestin oleh pihak Fattah makin menjadi-jadi dalam skala yang besar, oleh itu mereka tidak dibenarkan untuk masuk (ke Gaza) dan isu ini adalah perbincangan tahap negara.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Bahar bertemu wakil presiden Sudan

Selasa, 30/11/2010 – Sebuah delegasi parlimen Palestin yang dipimpin oleh wakil ketua pertama dari dewan perundangan Palestin, Dr Ahmed Bahar bertemu wakil presiden Sudan, Ali Othman Taha di Khartoum.

Perbincangan-perbincangan adalah untuk menangani bahaya perpecahan antara rakyat Palestin. Mereka juga membincangkan keadaan rakyat Palestin khususnya di Semenanjung Gaza dan cabaran yang dihadapi Sudan khususnya di Darfur dan selatan Sudan. Bahar, yang sedang menghadiri persidangan perpaduan Afro-Arab, mengucapkan terima kasih kepada Khartoum untuk sokongan yang berterusan terhadap isu Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Hamas: Penipuan Fatah Bertujuan Untuk Melindungi Keselamatan Abbas

Selasa, 30/11/2010 – Hamas menyelar Fatah kerana mengadakan-adakan cerita untuk menyembunyikan tindakan kawalan mereka terhadap gerakan Hamas dan juga pihak pejuang Palestin.

Hamas, dalam satu kenyataan pada Ahad, menyatakan rasa kecewa dengan tuduhan Jawatankuasa Revolusi Fatah terhadap Hamas. Hamas mendakwa, Fatah bermaksud untuk menyukarkan keadaan politik dan keselamatan di Tebing Barat.

Gerakan tersebut mengatakan tuduhan jawatankuasa itu tidak berasas serta sengaja membuat justifikasi untuk terus menyasarkan Hamas serta aktivis dan pemimpinnya. Hamas mendakwa Fatah melakukan semua itu dalam usaha melaksanakan agenda politik antarabangsa yang menguntungkan Zionis.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Anggota Knesset seru isytihar al-Quds menjadi bandar utama Zionis-Yahudi

Selasa, 30/11/2010 – Salah seorang ahli parlimen Zionis-Israel Knesset menyeru agar segera mengisytihar al-Quds(Jerusalem) sebagai ibukota negara haram Israel. Usul yang dibawa Zibolon Orliv itu, akan dibahaskan semula dalam persidangan Knesset buat kali kedua. Orliv mengusulkan cadangan itu ketika PM Zionis-Israel Ehud Olmert.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Haneyya Menerima Aktivis Jalan Harapan di Gaza

Selasa, 30/11/2010 – Perdana Menteri Palestin, Ismail Haneyya menerima peserta daripada konvoi European Road to Hope yang tiba di Semenanjung Gaza pada khamis. Haneyya mengucapkan terima kasih bagi pihak kerajaan dan rakyat Palestin kepada semua ahli konvoi itu kerana berusaha dan bersusah payah untuk tiba di Gaza.

“Kami mengikuti perjalanan konvoi itu, dan ketibaan anda semua di Gaza telah disahkan, dengan mesej bahawa dunia tidak boleh berdiam diri dengan penjajahan yang tidak adil kepada rakyat Palestin,” Haneyya memberitahu aktivis itu sewaktu pertemuan dengan mereka di Ibu pejabat kabinet.

“Kami menganggap konvoi ini bukan sekadar misi kemanusian, tetapi juga sokongan politik kepada penduduk Palestin yang menderita akibat penjajahan selama 63 tahun dan juga permintaan mereka untuk mendirikan negara Palestin yang berdaulat dengan Jerusalem sebagai ibu negara.” tambahnya lagi.

Bagi pihak konvoi bantuan, Ken O’Keefe menyatakan bahawa matlamat konvoi hanyalah kemanusiaan dan menerangkan jerih payah yang dihadapi konvoi itu ketika perjalanan mereka.

Dia juga memberitahu bahawa terdapat dua jenis sekatan di Gaza, sebahagian sekatan di Mesir, dan sekatan menyeluruh Israel dan turut menyatakan terima kasih kepada Algeria dan Maghribi kerana membantu perjalanan mereka melalui sempadan mereka.

Koordinator konvoi, Saeb Sha’ath menyatakan bahawa matlamat konvoi merupakan matlamat politik untuk memecahkan sekatan dan menguatkan semangat penduduk Gaza. “Kami faham bahawa Gaza ialah kubu kuat Palestin kerana jika Gaza mendapat kejayaan, Palestin dan seluruh negaranya akan menerima kemenangan juga. Dan jika Gaza kalah, seluruh negara akan musnah.” tambah Sha’ath.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Israel bina 625 unit penempatan di timur Baitulmuqaddis.

Selasa, 30/11/2010 – Pengarah peta dan pusat kajian di Orient House Khalil Tufakji Ahad lalu mendedahkan Israel mahu membina 625 unit rumah baru di penempatan Ze’ev Pisgat,yang didirikan di tanah Palestin dalam daerah Hezma dan Beit Hanina, Baitulmuqaddis timur.

Tufakji berkata rancangan Israel ini bertujuan untuk meluaskan penempatan ini dan membina penempatan Yahudi yang baru, selain membina taman di atas kawasan seluas 300 dunums selepas mendirikan penempatan ini.

Beliau juga menegaskan yang Israel merancang untuk membina landasan kereta api antara Tel Aviv dan penempatan di Tebing Barat bagi menghubungkan penempatan ini dengan kawasn pantai, memisahkan utara dari selatan Tebing Barat dan melakukan pembersihan etnik di daerah lembah Yordan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel Memukul Kanak-Kanak Palestin Berumur 7 Tahun

Isnin , 27/11/2010 – Polis Israel memukul seorang kanak-kanak Jerusalem di Silwan sehinga cedera teruk, pada malam rabu, sehingga patah di kedua tangan dan kakinya – kata bapa kanak-kanak itu.

Mansour al-Reshaq memberitahu Pusat Meda Quds di Hospital Shaari Tzedek bahawa polis itu mengejar anaknya yang berumur 7 tahun, Adam dan tanpa belas kasihan memukulnya dan kemudian menyeretnya ke tanah sebelum meninggalkannya di jalan dengan keadaan berdarah.

Bagi pihaknya, Fakhri Abu Diab, pengerusi Majlis Mempertahan Tanah Silwan, berkata bahawa kanak-kanak itu menderita beberapa patah tulang dan para doktor masih lagi meneliti keadaannya, sambil memberitahu bahawa Adam masih lagi menjerit menahan kesakitan, yang menunjukkan patah di beberapa bahagian yang lain selain kaki dan tangan.

Dia mengutuk tindakan kejam daripada rejim itu, dan menambah bahawa dia tidak mampu berfikir bagaimana tentera yang lengkap bersenjata itu mengejar dan memukul kanak-kanak yang tidak ada upaya itu dan mengheretnya ke tanah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis menghalau keluar keluarga dari rumah untuk dimusnahkan

Isnin , 27/11/2010 – Pasukan regim Zionis Israel menyerbu Irfaiyya , desa selatan di kota Tebing Barat Yatta, sebelum memaksa Shahda Al-Hareemi dan keluarganya meninggalkan rumah mereka untuk dimusnahkan kononnya didakwa dibina tanpa kebenaran, menurut aktivis anti-tembok pemisah.

Pada hari yang sama empat aktivis ditahan di bandar Al-Khalil Beit Ummar ketika IOF melancarkan kempen penangkapan yang menyasarkan aktivis anti-penempatan haram dan anti-tembok pemisah.

Para tahanan tersebut dikenalpasti sebagai penyelaras jawatankuasa kebangsaan anti-tembok pemisah Beit Ummer; iaitu Mousa Abdel-Hameed Abu Maria, 32 Saddam Kasab Abu Dia, 25, Yousef Abu Maaria, 38, dan Moayyed Mahmoud Hassan Al-Tait, 20.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Rakaman pengakuan dalam keadaan terdesak akan disiarkan oleh Fatah

Isnin , 27/11/2010 – Dalam tindakan maklum balas terhadap pengumuman pihak berkuasa Fatah kepada media bahawa pergerakan itu akan menyiarkan di kaca televisyen rakaman pengakuan para penyokong pergerakan Hamas di Tebing Barat, jawatankuasa ahli keluarga tahanan penjara di Tebing Barat menjelaskan bahawa sekiranya benar terdapat pengakuan seperti yang didakwa Fatah itu, maka ia tentunya dilakukan dalam keadaan paksaan.

“Sejarah telah merekodkan bahawa pihak keselamatan di Tebing Barat terkenal dengan membuat rakaman palsu.”

Jawatankuasa itu merujuk kepada skandal yang berlaku selepas mahkamah milik Fatah mendapati Moayyad Bani Awda tidak bersalah selepas dia membuat pengakuan terlebih dahulu di atas beberapa pertuduhan. Awda kemudiannya ditahan semula oleh pihak militia sejurus selepas dibebaskan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Tentera Rejim Zionis bergerak ke utara Gaza lakukan pengeboman intensif

Isnin , 27/11/2010 – Tentera Zionis Israel (IOF) maju ke utara Semenanjung Gaza dan melakukan pengeboman pada pagi Khamis lalu, menurut saksi yang melaporkan. Mereka berkata tentera IOF dengan sepuluh kenderaan tentera dan tank tiba-tiba memasuki utara bandar Beit Hanun . Tentera mensasarkan pekerja Palestin yang mengumpul kerikil di daerah tersebut namun tidak ada korban yang dilaporkan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Netanyahu rancang bangunkan penjara besar di sempadan Mesir

Isnin , 27/11/2010 – PM Israel Benyamin Netanyahu mengumumkan cadangan untuk membina sebuah pusat tahanan mega di sempadan Israel-Mesir. Tujuannya adalah untuk mengurang tahanan masuk ketika berada dalam tahanan menunggu untuk di hantar pulang. Parlimen Knesset telah mempersetujui rancangan pembinaan ini. Zionis-Israel juga telah memulakan kerja pemasangan pagar elektrik di sempadan.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Erdogan Ancam Israel Jika Serang Gaza atau Lebanon

Isnin , 27/11/2010 – PM Turki Receb Tayyeb Erdogan menegaskan bahawa negaranya tidak akan berdiam diri jika Israel menyerang Lebanon atau semenanjung Gaza.

Dalam pernyataanya, Khamis (25/11) di pertemuan tahunan persatuan bank Arab di Lebanon, Erdogan menegaskan, “Apakah Israel akan memasuki kawasan Lebanon dengan pesawat tempur dan kereta kebal tercanggihnya dan membunuh anak-anak dan wanita, menghancurkan sekolah-sekolah dan hospital, kemudian setelah itu mereka minta kami berdiam diri?”

Di depan para hadirin di antaranya PM Lebanon Sa’d Hariri, beliau menambah, “Apakah Israel akan menggunakan senjata tercanggihnya, bom fosfor, bom cluster dan membunuhi anak-anak di Gaza yang sedang bermain di padang, kemudian mereka minta kami berdiam diri?”

Erdogan turut menegaskan sepanjang kunjungannya di Lebanon bahawa Turki akan terus mendukung dan membela Al-Quds dan kembali meminta Israel minta maaf atas kejahatannya terhadap sukarelawan Turki di kapal Mavi Marmara dan kejahatan Israel yang lainnya di kawasannya. Beliau menegaskan jika terjadi perang di kawasan yang rugi bukan negara kawasan sahaja namun Israel juga akan rugi.

sumber : COMES
penterjemah : osman