Categories
Berita Semasa

Mesh’al bertemu Menteri Luar Turki di Istanbul

Selasa, 28/06/2011 – Khaled Mesh’al, Pengerusi Biro Politik Hamas semasa lawatannya ke Turki pada hari Rabu (22 Jun) sempat bertemu dengan beberapa orang pimpinan Turki yang membincangkan pembangunan semula Palestin dan persetujuan rekonsiliasi antara Fatah dan Hamas.

Mesh’al yang tiba di Istanbula pada hari Rabu disambut oleh Menteri Luar Turki, Ahmet Davutoglu, dan barisan pegawai di kementerian dan berdialog tentang isu Palestin, persoalan untuk menyatukan barisan-barisan Palestin dan hubungan serantau negara terjajah itu.

Menurut stesen televisyen NTV, kehadiran Mesh’al adalah bertembung waktunya dengan kedatangan Presiden Fatah di Ramallah, Mahmoud Abbas ke Ankara. Namun para diplomat Turki mengesahkan bahawa, “tiada sebarang temu janji untuk berjumpa di antara Mesh’al dan Abbas.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Polis Israel tangkap 4 penduduk Baitulmuqaddis dalam pertempuran ganas

Selasa, 28/06/2011 – Polis Israel telah menembak dan mencederakan seorang rakyat Palestin serta menahannya bersama tiga yang lain dalam pertempuran ganas di pinggir bandar Isawiye di Baitulmuqaddis yang diduduki Rabu lalu.

Saksi berkata, penduduk yang cedera dengan peluru di kakinya telah ditembak dengan tepat oleh salah seorang askar Israel ke arahnya . Media Yahudi berkata pertempuran berlaku selepas polis Israel dan polis sempadan menyuraikan penduduk yang berarak membantah rampasan tanah dan rumah mereka serta membaling batu ke arah pasukan polis.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Waed menyeru Merkel, Sarkozy untuk memastikan pembebasan 7000 rakyat Palestin berjalan dengan adil

Selasa, 28/06/2011 – Persatuan Tahanan Waed di Gaza telah menyeru Canseler Jerman, Angela Merkel dan Presiden Perancis Nicolas Sarkozy agar membantu memantau proses pembebasan 7000 tahanan Palestin oleh Israel seperti seruan-seruan yang berulangkali terhadap Gaza agar membebaskan tentera Israel Gilad Shalit.

Merkel dan Sarkozy telah menggesa agar membebaskan Shalit ketika persidangan krisis kewangan Greece, sekaligus memainkan peranan dalam rundingan pertukaran dengan Hamas. Shalit yang ditahan 5 tahun lalu, merupakan warganegara Israel dan Perancis. Jerman pula merupakan penasihat dalam cadangan terkini tentang pertukaran tahanan antara Israel dan pejuang Gaza.

Persatuan Waed menyalahkan para ahli politik Eropah kerana bersikap tidak adil dan prejudis serta gagal mengambilkira penderitaan lebih daripada 7000 tahanan perang dan politik Palestin yang termasuk wanita dan kanak-kanak.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis hancurkan rumah-rumah di perkampungan Al-Khalil

Khamis, 23/06/2011 – Sepasukan pasukan Rejim Zionis (IOF) mengiringi jentolak mereka yang meranapkan khemah-khemah dan rumah-rumah di Kampung Bir Al-Ad yang terletak di timur Bandar Yatta dan selatan Bandar Al-Khalil pada Isnin lalu.

Sumber tempatan berkata jentolak-jentolak IOF meranapkan rumah-rumah serta khemah-khemah yang dihuni 3 keluarga besar sehingga menyebabkan puluhan mereka kehilangan tempat berteduh. Kata sumber itu lagi, pasukan IOF sering mensasarkan kawasan penduduk Palestin yang terletak di timur Yatta dan setakat beberapa bulan kebelakangan ini telah meranapkan berpuluh-puluh buah rumah serta infrastruktur mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

IOA serah notis pemusnahan kepada penduduk Lembah Jordan

Khamis, 23/06/2011 – Pada Ahad lalu pihak berkuasa rejim Zionis (IOA) telah memberi notis pemusnahan kepada penduduk Palestin yang menetap di utara Lembah Jordan, kata sumber tempatan. Menurut sumber itu lagi, IOA telah memberi amaran kepada 4 keluarga yang tinggal di kawasan Hadidiya bahawa mereka mesti merobohkan sendiri khemah dan rumah (yang diperbuat daripada tin) masing-masing dalam masa 1 ½ bulan. Kemudian, mereka mesti meninggalkan kawasan tersebut atas alasan bahawa kawasan tersebut termasuk dalam padang latihan tentera rejim Zionis.

Kira-kira 110 orang penduduk Palestin mendiami kawasan tersebut dalam keadaan yang tersangat daif terutamanya selepas penempatan haram Yahudi dibina di atas tanah penduuduk Palestin itu. Hanya 35 orang menghuni penempatan haram Yahudi itu.

Para pendatang haram berkenaan telah menyekat jalan yang menghala ke Hadidiya serta menghalang penduduk Palestin di situ melalui pagar yang dibina pendatang haram Yahudi berkenaan dengan tujuan untuk memisahkan penempatan haram mereka dengan Bandar Tobas dan Tamon yang didiami penduduk Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Abu Zuhri : Kenyataan Abbas berlebih-lebihan tidak berasas

Khamis, 23/06/2011 – Dr. Sami Abu Zuhri, jurucakap Hamas menyifatkan kenyataan Presiden Fatah, Mahmoud Abbas, yang terbaru sebagai “memperbesar-besarkan media dan tidak berasas.”

Abu Zuhri berkata dalam laporan khas untuk Pusat Informasi Palestin petang Isnin (20 Jun) : “sesungguhnya kenyataan Abbas adalah tuduhan palsu yang tidak berasas, selain memberi kesan buruk kepada pembaikan negara dan usaha rekonsiliasi.” Jurucakap Hamas itu menyeru agar Kaherah mengabaikan kenyataan ini yang akan memudharatkan usaha keras ke arah mencapai rekonsiliasi.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Tadhamon Kutuk Pencabulan Berterusan Israel ke atas Tapak Suci Islam

Khamis, 23/06/2011 – Kumpulan Hak Asasi Manusia antarabangsa Tadhamon telah mengutuk pembersihan rangka dari tanah perkuburan Islam Al-Qishla berhampiran Masjid Besar di Jaffa untuk memberi laluan kepada pembinaan sebuah hotel pelancongan disitu .

Kumpulan hak asasi berkata tindakan biadap yang dijalankan oleh Pihak Berkuasa Antik Israel dan syarikat swasta, mencabuli undang-undang Tuhan serta undang-undang antarabangsa dan . Layanan tehadap tanah perkuburan Islam dan menukar ciri-cirinya adalah satu pelanggaran terang-terangan kesucian tanah perkuburan dan si mati di sana, kata peguam Tadhamon dan penyelidik Ahmed Toubasi, sambil menambah bahawa mereka juga tidak sensitif kepada sentimen orang Islam. Beliau berkata Jabatan Antik Israel tidak mempunyai hak untuk melanggar tanah perkuburan Islam dan tapak suci di wilayah Palestin.

“Ia bukan pelanggaran pertama atau terakhir,” Toubasi berkata, alasan pelanggaran sebelumnya di tanah perkuburan Ma’manullah, perkuburan Muslim terbesar Jerusalem, dan beberapa kubur lain yang telah dipindahkan dan dijadikan taman dan muzium.

Pada bulan ini, majlis perbandaran Baitulmuqaddis Israel meluluskan rancangan mendirikan Muzium Toleransi di bahagian tanah perkuburan Ma’manullah itu. Pihak berkuasa Israel juga memutuskan untuk mengubah perkuburan Bab al-Rahma menjadi taman dan mengharamkan perkuburan umat Islam di sana. Tanah perkuburan tersebut telah didirikan semasa penaklukan Islam di Palestin berhampiran Masjid al-Aqsa, dan menyimpan jasad kepada beberapa kubur tokoh Islam.

Toubasi seterusnya berkata bahawa laman kubur adalah khazanah Islam dan tidak akan terhenti begitu hanya kerana menukar tempat atau laluan masa. Dia menuduh kerajaan Israel bertanggungjawab atas jenayah yang telah dilakukan terhadap kawasan perkuburan Islam dan tempat suci dan menyeru masyarakat dunia untuk campur tangan dan menekan Israel untuk menghentikan pencabulan ke atas tapak suci umat Islam yang di wilayah Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Aktivis Amerika Syarikat (AS) melawat pegawai-pegawai Baitulmuqaddis yang diancam untuk dihalau

Khamis, 23/06/2011 – Ahli akademik AS dari pelbagai universiti dan aktivis hak asasi manusia melawat para pegawai awam pada Isnin di khemah Persatuan Palang Merah.

Kumpulan tersebut terdiri daripada aktivis anti-perkauman yang pernah ditahan kerana menuntut kebebasan dan persamaan serta menyokong pihak tertindas. Lawatan itu dianjurkan oleh Dr. Rabab Ibrahim dan Barbara Ranspa.

Para pegawai Palestin tersebut yang diancam untuk dibuang dari tanah kelahiran mereka oleh penjajah Israel, termasuk dua ahli parlimen, Mohammed Toutah, Ahmed Attoun dan mantan perdana menteri Khalid Abu Arafeh. Mereka turut menerima satu lagi delegasi asing yang terdiri daripada aktivis Norway, Switzerland, Hong Kong dan United Kingdom.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Anggota Militan Berkurang, Israel Resah

Khamis, 23/06/2011 – Seorang pegawai militan Israel menyatakan masalah yang akan dihadapi pasukan militannya pada masa akan datang dimana jumlah warga Israel yang ingin menjadi anggota militan berkurang.

Sebelumnya, beberapa laporan media menyiarkan keresahan pegawai militan Israel karena kemungkinan mereka menghadapi penurunan jumlah individu yang menyertai militan Israel secara wajib di masa mendatang. Ketua bahagian sumber manusia militan Israel, Jeneral Avi Zamir menegaskan bahawa kurang dari 50% warga Israel yang berada di usia wajib menyertai tentera (18-45) bersedia menjalankan tugas ketenteraan ketika ini, namun dari jumlah itu, mereka yang menarik diri dari tugas tidak lebih dari 20%.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Tentera rejim Zionis tentera menembak seorang pemuda dan menangkapnya

Khamis, 23/06/2011 –Tentera rejim Zionis  (IOF) telah menembak seorang lelaki Palestin di pintu masuk ke timur bandar Qalqilia dan menangkapnya selepas dia mengalami kecederaan, kata sumber-sumber tempatan.

Mereka berkata bahawa Mahdi Amer, 22, mengalami kecederaan tahap sederhana. Menurut sumber itu lagi tentera mendakwa pemuda itu cuba menyerang mereka di pintu masuk lokasi tentera di mana pejabat perhubungan Palestin dan Israel terletak.

Sumber IOF berkata seorang pemuda menghayun pisau dan cuba menyerang tentera wanita sambil melaungkan Allahu Akbar, menyebabkan tentera kepada menembaknya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Haniyyeh : Komited bekerja untuk mencapai rekonsiliasi

Selasa, 21/06/2011 – Ismael Haniyyeh, Perdana Menteri Kerajaan Palestin, menegaskan komitmen Hamas untuk mencapai rekonsiliasi dan usaha untuk mencapainya, meskipun terdapat permintaan daripada pihak Fatah untuk menangguhkan mesyuarat yang pada mulanya dipersetujui untuk diadakan pada hari Selasa depan yang akan dihadiri oleh Pengerusi Biro Politik Hamas, Khaled Mesh’al dan Presiden Fatah, Mahmoud Abbas.

Ismael Haniyyeh dalam ucapannya sewaktu majlis perasmian beberapa projek khidmat masyarakat di bandar Gaza petang Ahad (19 Jun) berkata : “kami akan terus komited dengan usaha rekonsiliasi dan terus mara ke hadapan untuk merealisasikannya demi tanah Al-Quds dan para pelarian meskipun terpaksa menghadapi pelbagai cabaran dan risiko.”

Beliau menambah lagi “Fatah meminta untuk menangguhkan mesyuarat yang dijadualkan di Kaherah, yang ditaja oleh Mesir, dan kami telah bersedia untuk mesyuarat ini, di mana kami ingin membentangkan segala perkara berbangkit berkenaan kerajaan konsensus ini.. Namun, kami menegaskan bahawa kami akan terus komited dalam usaha menemui rekonsiliasi ini.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Haneyya: Lebih banyak rundingan diperlukan sebelum membentuk kerajaan perpaduan

Selasa, 21/06/2011 – Perdana Menteri Gaza, Ismail Haneyya mengumumkan pada Ahad bahawa pertemuan hari Selasa antara orang-orang penting dari Hamas dan Fatah telah ditangguhkan. Beliau mengisyaratkan pertemuan itu sebagai tanda usaha ke arah perbincangan serius untuk rundingan.

“Terdapat kemungkinan penangguhan pertemuan antara Presiden Mahmoud Abbas dan En. Khalid Mishaal,” Haneyya berkata ketika majilis pengharagaan jawatankuasa tertinggi Hari Nakba, serta menambah bahawa perkembangan itu menjejaskan pembentukan kerajaan baru. “Hal ini perlu dikaji dan dibincangkan dengan lebih teliti,” beliau berkata serta menyuarakan harapan agar perjanjian perpaduan Palestin yang ditandatangani baru-baru ini dilaksanakan dengan praktikal.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Pejuang Qassam adakan mogok lapar selama lapan hari

Selasa, 21/06/2011 – Islam Hamed dan Atef al-Salihi telah mengadakan mogok lapar hari lapan selama yang dibuat bagi membantah pemindahan mereka ke penjara jenayah dan tidak berperikemanusiaan, lapor sumber dekat dengan tahanan politik itu.

Mereka dari Silwad, timur laut Ramallah sedang menjalani hukuman penjara tiga tahun atas tuduhan mengambil bahagian dalam satu operasi di Romanim di mana dua rakyat Israel cedera. Pihak polis telah mengasingkan mereka yang merupakan pejuang Briged Qassam, sayap bersenjata Hamas di dalam sel sebesar kurang daripada dua meter persegi dengan kebocoran sisa kumbahan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Gaza Siap Menyambut Kedatangan Konvoi “Miles of Smiles 3″

Selasa, 21/06/2011 – Ahad (19/6) selepas zohor, konvoi kemanusiaan “Miles of Smiles 3″ bertolak menuju pintu masuk Rafah setelah menyelesaikan proses muat turun dari kapal yang membawa bahan bantuan di pelabuhan al Arish, Mesir.

Koordinator “Miles of Smiles 3″, Isham Mustafa, menegaskan konvoi telah menuju pintu masuk Rafah dalam perjalanan ke Semenanjung Gaza setelah menyelesaikan proses muat turun dan mendapatkan kelulusan dari pihak pentadbiran pelabuhan.

Mustafa menyatakan bahawa sambutan rasmi diadakan untuk para sukarelawan ini dengan dihadiri gabenor al Arish dan sejumlah pegawai di daerah tersebut. Dalam majlis tersebut gabenor memuji misi kemanusiaan konvoi dan usaha yang dilakukan para aktivis yang menyelenggarakan konvoi tersebut.

Mustafa menjelaskan bahawa gabernor al Arish sendiri akan mengiringi konvoi ini sampai di pintu masuk Rafah sebagai tanda sokongan terhadap para peserta konvoi yang mendokong erti kemanusiaan yang besar.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Peneroka Yahudi membakar pokok zaitun di Barat Ramallah

Selasa, 21/06/2011 – Peneroka Yahudi membakar berpuluh-puluh pokok zaitun milik orang Palestin di tanah kampung Bilin di belakang tembok pemisah barat bandar Ramallah, kata jawatankuasa anti tembok pemisah dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam kenyataan itu, kebakaran telah bermula pada malam tadi berhampiran penempatan Yahudi, yang telah dibina di atas tanah kampung Bilin. Ia menunjukkan bahawa kuasa-kuasa penjajah Israel sengaja ditempatkan di pintu pagar tembok untuk menyekat kemasukan pasukan bomba untuk memadamkan api. Ia menyebabkan api marak ke kawasan lain dengan begitu cepat.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada