Categories
Berita Semasa

Walau Diisytihar Gencatan Senjata; Israel Mengebom Beberapa Kawasan di Gaza

Rabu, 02/11/2011 – Walaupun gencatan senjata yang disaksikan oleh Mesir di antara pihak pertahanan Semenanjung Gaza dan Israel telah dimeterai, tentera Israel mengebom beberapa kawasan Semenanjung Gaza, pada waktu dinihari, Ahad lepas.

Sumber media di Gaza melaporkan tentera Israel melancarkan sekurang-kurangnya 10 serangan udara selepas gencatan senjata yang disaksikan Mesir, diumum.

Gencatan senjata telah disepakati selepas sehari serangan berdarah yang membawa kematian 9 pejuang Palestin dan seorang rakyat Israel. Turut dilapor, sejumlah besar yang mengalami kecederaan.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : blindstep

Categories
Berita Semasa

Kumpulan berempat antarabangsa: PA dan Negara haram Israel akan buat kertas cadangan sebelum perbincangan permulaan

Selasa , 01/11/2011 – Kumpulan Berempat Antarabangsa berkaitan timur tengah berkata pada malam tadi bahawa pihak berkuasa Palestin (PA) dan rejim Zionis bersetuju untuk menghantar kertas cadangan bersama (bilateral) berhubung isu persempadanan dan tanah sebelum mereka mengadakan perbincangan selama 3 bulan.

Berdasarkan laporan media, wakil bagi kedua-dua pihak akan kerap mengadakan perjumpaan dalam masa 3 bulan akan datang untuk mengambil kata sepakat berkaitan formula politik yang menyentuh isu persempadanan dan tanah, sebagai mukadimah kepada perbincangan secara langsung nanti. Dalam kenyataan yang mereka keluarkan, kumpulan berempat tersebut menggesa PA dan rejim Zionis memulakan perbincangan kea rah perdamaian secara langsung tanpa bertangguh dan tiada syarat awal.

Sementara itu, wakil Perdana Menteri Negara haram Israel, Yitzhak Molcho berkata bahawa kerajaannya ‘sudah bersedia’ untuk mengadakan perbincangan secara langsung dengan PA tanpa sebarang syarat. Manakala pegawai PA, Saeb Erekat menegaskan bahawa pihaknya tetap mempertahankan syarat yang telah ditetapkan sebelum memulakan semula perbincangan kea rah perdamaian tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Anggota Majlis Kiryat Arba dipanggil atas pembunuhan banduan yang dibebaskan

Selasa , 01/11/2011 – Anggota Majlis Kiryat Arba, Bentzi Goffstein telah dipanggil atas pembunuhan banduan Palestin yang dibebaskan di Al-Khalil, yang baru-baru ini telah dibebaskan dalam perjanjian pertukaran tahanan antara Hamas dan Israel.

Peneroka Yahudi, dari bangunan Kiryat Arba di bandar Al-Khalil, baru-baru ini telah mengedarkan satu kenyataan di Al-Khalil dalam bahasa Arab dan Ibrani untuk membunuh Hani Jaber, yang telah dibebaskan selepas 18 tahun di dalam penjara,bersama gambar yang dilampirkan.

Goffstein berkata Jaber yang tidak akan menikmati kehidupan yang stabil dalam masa terdekat.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Pengembala Palestin Cedera Ditembak Tentera Zionis

Selasa , 01/11/2011 – Seorang gembala Palestin cedera pada petang Khamis apabila tentera penjajah Israel (IOF) melepaskan tembakan kke arahnya di timur Rafah selatan Semenanjung Gaza.

Sumber-sumber tempatan dan perubatan memberitahu PIC bahawa pengembala yang berusia 32 tahun sedang membawa kambing biri-biri untuk meragut rumput apabila tentera IOF yang melepaskan tembakan ke arahnya mencederakan beliau di tangan dan kakinya. Mereka berkata bahawa pengembala, Ermaylat Mustafa, telah dibawa ke hospital di Rafah, di mana keadaan beliau dilaporkan dalam keadaan stabil.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Israel Tangkap Nelayan Palestin di Luar Pantai Gaza

Selasa , 01/11/2011 – Angkatan Laut Israel, Khamis (27/10), menangkap dua nelayan Palestin di luar pantai Semenanjung Gaza. Ketua Nelayan Gaza, Nizar Ayash, kepada pihak berita Quds Press mengatakan kapal laut Israel menembak perahu yang terdapat 2 orang nelayan Palestin. Perahu dan kedua nelayan tersebut dibawa ke pelabuhan Israel Asdod di sebelah utara Semenanjung Gaza.

Ayash menambah, serangan Zionis Israel terhadap para nelayan Palestin terus berlanjutan. Tidak ada yang dapat menghentikan pasukan Zionis Israel sama ada menangkap para nelayan Palestin mahupun melarang para nelayan untuk menangkap ikan di tengah laut.

Pasukan Israel melarang para nelayan Palestin untuk ke laut lebih dari 3 kilometer dari pantai meskipun perjanjian Oslo mengizinkan mereka ke laut hingga sejauh 7 kilometer. Dalam beberapa tahun terakhir ini pasukan Zionis Israel telah membunuh, mencederakan dan menangkap puluhan nelayan Palestin ketika mereka ke laut menangkap ikan.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Seorang bayi perempuan Palestin lumpuh akibat tembakan Israel

Selasa , 01/11/2011 – Seorang kanak-kanak Palestin berusia 4 tahun lumpuh seumur hidup akibat tembakan peluru Israel pada lehernya Rabu ini.

Professor Samy Hussein, pakar bedah saraf di Hospital Maqased Baitulmuqaddis berkata, kumpulan perubatan telah menjalankan pembedahan ke atas Aseel Ara’ra dan beliau sedang berada di dalam unit rawatan rapi.

Beliau berkata, peluru Israel itu menembusi lehernya dari sebelah kiri dan keluar daripada bahu kanannya dan menyebabkan kecederaan yang tidak boleh dirawat pada saraf tunjangnya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Raja Abdullah : “Netanyahu cuba menjatuhkan Kerajaan tersebut”

Isnin, 31/10/2011 – Sumber media melaporkan bahawa Raja Abdullah dari Jordan telah memberi kenyataan bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netahyahu, cuba menjatuhkan Kerajaan Hashemite dengan mengubahnya menjadi negara alternatif bagi rakyat Palestin. Raja Abdullah menambah, Netanyahu sememangnya tidak percaya dengan penyelesaian dua negara bersama dengan rakyat Palestin.

Didalam kenyataannya , dua hari lepas, semasa temubual dengan Washington Post, dia juga telah menyatakan bahawa Netanyahu dan kerajaannya telah membantah rancangan penyelesaian antara dua negara, serta tiada rancangan politik yang jelas untuk menyelesaikan konflik tersebut.

“ Ianya jelas bahawa kerajaan ini mahu menyebabkan keruntuhan bagi proses keamanan dalam wilayah ini:’ Raja Abdullah kemudian menambah, “ Kami percaya bahawa Netanyahu dan kerajaannya cuba untuk menghukum Jordan dalam usaha untuk menjadikannya tanah air bagi rakyat Palestin”.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : solomon

Categories
Berita Semasa

Pegawai Rasmi Fateh: Ugutan Israel membunuh Abbas serius

Isnin, 31/10/2011 – Faisal Abu Shahala, ahli Majlis Revolusi Fatah, merayu Rabu lepas kepada komuniti antarabangsa untuk mengakhiri apa yang dianggapnya keganasan Israel. Beliau menggambarkan ugutan Israel baru-baru ini untuk membunuh Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, sebagai sangat serius, dan menambah ugutan tersebut adalah salah satu bentuk keganasan kepada rakyat Palestin, lapor agensi akhbar Palestin, Ma’an Rabu lalu.

Abu Shahala menegaskan kenyataan Menteri Luar Israel Avigdor Lieberman (dari Parti Berhaluan Kanan Yisrael Beiteinu) bukanlah satu “omong kosong” seperti didakwa pegawai lain, tetapi sebagai tanda polisi dan amalan pentadbiran semasa Israel, menggambarkan pemikiran Israel berdasarkan keganasan dan pembunuhan.

Abu Shahala menegaskan bahawa ugutan Israel untuk membunuh pemimpin Palestin telah terlaksana sebelum ini dengan kematian Presiden Yasser Arafat sebagai salah seorang mangsa (walaupun Arafat meninggal dunia di Perancis akibat penyakit, ramai rakyat Palestin percaya beliau diracun walaupun ini tidak pernah dibuktikan). Beliau memberi amaran kepada pemimpin-pemimpin Palestin supaya berhati-hati dengan ancaman ini.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : blindstep

Categories
Berita Semasa

Totah dan A’rafah:Peningkatan hisreria selepas perjanjian pertukaran tidak akan menakutkan Baitulmaqdis.

Isnin, 31/10/2011 – Naib presiden Mohammad Totah Maqdisi dan bekas menteri Bitulmaqdis Khaled Abu Arafa menengaskan,itu merupakan peningkatan histeria ZIONIS di bandar dan terhadap penduduk Baitulmaqdis dan tempat yang suci-terutama sejak pelaksanaan perjanjian pertukaran banduan.-“Baitulmaqdis tidak akan menakutkan”.

Mereka berkata dalam satu kenyataan akhbar bersama,menerima satu salinan dari ‘Pusat maklumat Palestin”.
“Sesiapa yang telah mengikuti kursus peningkatan Israel terhadap kota Jerusalem,manusia,pokok-pokok dan tapak suci,mendapati seorang kanak-kanak yang dalam bahaya dan dalam dasar pencerobohan dan pelanggaran dan tidak akan mengalami kecederaan (Aciyl Mahmod Araarh) dari bandar Anata utara bandar,telah ditembak di leher pagi Khamis,serangan terakhir dimana pihak berkuasa penduduk bandar arab dan penduduk pribumi sebagai tujuan dan maksud mestilah diambil kira dan mereka telah keluar bandar.

Ahli parlimen Totah dan bekas menteri Arafa menambah,”walaupun bayi Aseel telah ditembak oleh tentera Israel semasa kem latihan tentera mereka “Anatot” terletak di wilayah bandar dan bersebelahan dengan rumah yang disebabkan oleh kelumpuhan,nota statistik terbaru yang dikeluarkan oleh pertubuhan-pertubuhan hak asasi manusia yang menyatakan bahawa daripada 127 serangan oleh peneroka terhadap rakyat Palestin dan masjid mereka dan harta mereka,pendakwaan Zionisme bukan sahaja menyediakan dakwaan dan hanaya satu seluruh fail ditutup,walau[un terbukti panggilan untuk mereka adalah kebencian dan ahsutan untuk membunuh dan tidak menfailkan yang terbaru oleh ahli-ahli organisasi pengganas mengumumkan pembayaran 100,000 dolar bagi setiap pembunuh.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : jannatul makwa

Categories
Berita Semasa

Khan Younis di bom lagi.

Isnin, 31/10/2011 – Tentera Udara Israel mengebom empat kawasan di Khan Younis, di bahagian selatan Semenanjung Gaza , tiada kecederaan dilaporkan. Serangan tersebut terjadi selepas roket Grad dilepaskan kearah kawasan berdekatan dengan Ashold. Salah satu daripada kawasan sasaran itu dipercayai sebagai salah satu pusat latihan untuk krew Al- Qassam, sayap bersenjata Hamas. Sasaran lain pula adalah kawasan barat Khan Younis yang tidak terhalang, dilaporkan oleh sumber-sumber tempatan.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : rahimah

Categories
Berita Semasa

Tel Aviv merasa risau mengenai niat warga Mesir dan Jordan untuk membenarkan Hamas untuk membuka pejabat di Amman dan Cairo.

Isnin, 31/10/2011 – Pegawai tinggi sumber keselamatan Israel berkata bahawa Tel Aviv merasa risau mengenai niat warga Mesir dan Jordan untuk membenarkan Hamas untuk membuka pejabat di Amman dan Cairo, dan mempertimbangkan tindakan tersebut sebagai tindakan yang ‘ mengizinkan keamanan kepada kekacauan ‘ berlaku.

Sumber tersebut mengatakan bahawa Washington dan Tel Aviv merasa risau akan bertambahnya kuasa saudara Muslim di Tanah Arab , dan mereka mengakui bahawa saudara Muslim tersebut mencabar Rejim Arab dan menonjolkan diri mereka sebagai kumpulan alternatif.

Laman sesawang berita Arab48 melaporkan bahawa Israel mempertimbangkan pemindahan tersebut sebagai faktor negatif ‘ terutamanya sejak Cairo dan Amman mengakui akan pertambahan kuasa kumpulan- kumpulan Islam di kawasan tersebut, pengakuan oleh warga Amerika kepada saudara Muslim di Mesir’

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : rahimah

Categories
Berita Semasa

Mahkamah Israel memperbaharui penahanan Saadat beberapa tahun tambahan

Isnin, 31/10/2011 – Persatuan Pelindung Tahanan dan Hak Asasi Manusia, Ad-Dameer, menyatakan bahawa Mahkamah Daerah Israel di Be’er Shiva mengarahkan lanjutan tahanan berkurung selama satu tahun bersyarat kepada Setiausaha Agung Popular Front bagi Pembebasan Palestin (PFLP), Ahmad Saadat.

Mahkamah menyatakan bahawa, “ia berdasarkan kepada pemerintah mengenai fail rahsia yang disediakan oleh Shabak Israel pada Ogos, 8, 2011” .

Setiausaha Agung PFLP telah dihantar ke mahkamah tanpa iringan peguam, yang tidak menerima sebarang notis mengenai sesi mahkamah ini.

Ad-Dameer menyatakan bahawa dengan menjatuhkan lanjutan tahanan berkurung selama satu tahun, mahkamah telah melanggar sumpah kepada Pentadbiran Penjara Israel untuk menamatkan dasar kurungan dan untuk melaksanakan tuntutan-tuntutan tahanan untuk menerima layanan yang mematuhi undang-undang Antarabangsa. Sumpah tersebut berlaku selepas tahanan-tahanan membuat mogok lapar yang dijalankan selama 22 hari.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : ayyas

Categories
Berita Semasa

Penculikan Tiga Penduduk Beit Ummar Oleh Rejim Zionis

Isnin, 31/10/2011 – Tentera Israel telah menceroboh perkampungan Beit Ummar, berdekatan dengan bahagian selatan kawasan Tebing Barat Bandar Hebron, dengan memecah masuk dan memeriksa beberapa buah rumah, disamping turut menculik tiga remaja Palestin pada hari Khamis di waktu subuh.

Jurucakap Jawatankuasa Popular yang menentang Penempatan dan Penggabungan Tembok, Mohammad ‘Awad, menyatakan bahawa pihak tentera telah menculik Ayman Sabarneh, 17, Mohammad Sabarneh, 17, dan Marwan Sabarneh, 19. Kesemua mereka telah dipindahkan ke sebuah tempat yang tidak dinyatakan lokasinya.

Beit Ummar merupakan kesan kepada tindakan Israel yang terus-menerus melakukan pecerobohan dan melancarkan serangan.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : amsyar

Categories
Berita Semasa

Kanak-kanak Mengalami Quadriplegia Selepas Ditembak Di Leher

Isnin, 31/10/2011 – Ketua Jabatan Neurologi Hospital Al Maqassed , di Jerusalem Timur, Prof. Sami Hussein, menyatakan yang doktor-doktor bedah yang membedah Aseel Ara’ra, 4, susulan kecederaan tembakan di leher , dia kini masih dirawat di Unit Rawatan Rapi. Dia juga menambah kecederaanAseel menyebabkan “Quadriplegia”

Hussein menyatakan yang peluru memasuki lehernya pada sebelah kiri dan memecahkan vertebra keempat spinanya sebelum tembus melalui bahu kanannya. Keluarganya turut berkata yang dia telah ditembak oleh askar Israel semasa latihan berdekatan pangkalan tentera.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : nasir bravo

Categories
Berita Semasa

Anggota keselamatan PA menangkap penyokong 7 Hamas

Isnin, 31/10/2011 – Pihak KeselamatanPA menahan 7 penyokong Hamas di Nablus dan al-Khalil, selepas lima daripada mereka dibebaskan dari penjara Junaid di Nablus.

Di daerah Nablus, Keselamatan Pencegahan PA telah menangkap tawanan Zahi Kusa yang telah dibebaskan sebelum itu selepas menyerang rumahnya malam tadi. Beliau telah menghabiskan masa yang panjang dalam penjara.

Dalam langkah untuk memintas keputusan mahkamah yang menetapkan pembebasan beberapa tahanan politik, keselamatan pencegahan PA menangkap mereka semula pada hari Sabtu. Darwish Saqer, Rami Isa dan Ahmad Mar’i serta-merta ditangkap selepas mereka dilepaskan dari penjara Junaid di Nablus.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada