
Jumaat, 06/03/2009 – Sayap bersenjata Pergerakan Jihad Islami, Briged Al-Quds mengumumkan berita pembunuhan salah seorang komander mereka. Khaled Sha’lan, 24 tahun di Wilayah Utara Gaza pada malam Rabu lepas. Beliau cedera di dalam satu serangan hendap yang dilancarkan oleh pihak Yahudi laknatullah. Khaled telah meninggal dunia disebabkan oleh kecederaan parah yang dihidapinya.













