Categories
Berita Semasa

14 kematian dan 411 kes H1N1 di Palestin

Jumaat , 11-01-2013 – Kementerian Kesihatan Palestin menyatakan jumlah kes H1N1 yang dikenali sebagai “selesema babi” telah meningkat kepada 411 kes.

Kementerian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari Selasa melaporkan kadar kematian kerana virus itu masih kekal sehingga kini iaitu 14 kematian bagi semua daerah di negara ini manakala bilangan kecederaan telah meningkat kepada 411 kes selepas penemuan 7 kes baru di Semenanjung Gaza baru-baru ini.

As’ad Al-Ramlawi, Ketua Pengarah Penjagaan Kesihatan Primer mengesahkan kementerian itu telah menyediakan vaksin untuk 25 ribu rakyat Palestin yang diklasifikasikan sebagai mempunyai kekurangan imuniti .

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Bardawil: Pertemuan Misyal dengan Presiden Mursi Bincang Isu Perpaduan

Jumaat , 11-01-2013 – Pemimpin Gerakan Pejuang Islam Hamas, Dr. Shaleh Bardawil menegaskan bahawa kedatangan delegasi Hamas yang dipimpin Ketua Biro Politik Hamas Khaled Misy’al ke Kaherah, Selasa (8/1), adalah untuk membahas isu perpaduan dengan Presiden Mesir Dr. Muhammad Mursi.

Bardawil mengatakan, delegasi Hamas yang dipimpin Khlaed Misy’al akan bertemu Presiden Mesir untuk membahaskan isu perpaduan. Beliau akan membincangkan semua perkara yang tercakup dalam masalah tersebut, termasuk tindakan otoriti Palestin (di antaranya adalah penangkapan yang terus berlanjutan di Tebing Barat) dan penyimpangan kesepakatan-kesepakatan serta cara mengatasinya sebagai satu pakej.

Mengenai kemungkinan pertemuan dengan Presiden Otoriti Palestin Mahmud Abbas yang akan berkunjung ke Kaherah hari ini, Bardawil mengatakan, “Sehingga kini tidak ada jadual atau makluman pertemuan. Apa yang disampaikan media massa hanyalah jangkaan semata-mata.”

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Haneyya menyeru Maghribi agar meneruskan peranannya membela Baitulmuqaddis

Rabu , 09-01-2013 – Perdana Menteri Palestin , Haneyya menyeru Maghribi agar terus memainkan peranan untuk mempertahankan Baitulmuqaddis dan menubuhkan jawatankuasa dipengerusikan Raja Mohamed VI untuk mempersiapkan langkah-langkah menghadapi bahaya Zionis yang mengancam kota suci.

Ini disuarakannya ketika mesyuarat dengan delegasi Maghribi yang diketuai oleh Abdul-Jalil Al-Jaseni, pemimpin gerakan Al-Tawhid and Al-Islah. Perdana menteri Haneyya memperakui sokongan Maghribi ke atas Palestin dan Baitulmuqaddis sebelum ini.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Hamas memanjangkan ucapan takziah ke atas pemergian Qazi Hussein

Rabu , 09-01-2013 – Gerakan Penentangan Islam, Hamas, telah melanjutkan ucapan takziah kepada rakyat dan kerajaan Pakistan dan Jamaat-e-Islam atas kematian yang menyedihkan bekas pemimpin Qazi Hussein Ahmed.

Qazi Hussein, 74, telah diisytiharkan meninggal dunia di Pakistan pada hari Ahad berikutan serangan jantung. Hamas menegaskan bahawa Allayarham telah menghabiskan hidupnya dalam memperjuangkan Islam dan Arab serta Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : Norsyuhada

Categories
Berita Semasa

Penduduk Khader membantah penubuhan pelopor baru

Rabu , 09-01-2013 – Penduduk bandar Khader, selatan Betlehem, membantah pembinaan bangunan oleh peneroka Yahudi di atas tanah penempatan mereka.

Mereka berkata bahawa peneroka Yahudi telah memulakan pembinaan di antara perkampungan mereka dan Gush Etzion, walaupun hakikatnya mahkamah tinggi Israel telah meluluskan keputusan sementara yang melarang mana-mana pembinaan disitu.

Penduduk tempatan berkata bahawa peneroka Yahudi telah membina jalan yang menghubungkan beberapa lot tanah di perkampungan mereka serta
memasang empat rumah mudah alih dikawasan berhampiran.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Komandan Militan Zionis: Hamas Pimpin Tebing Barat Menuju Intifadah 3

Rabu , 09-01-2013 – Komandan militan zionis menyatakan, Intifadah Palestin 3 mulai dirasai di Tebing Barat. Menurutnya, rakyat Palestin menyokong gerakan Hamas dan mulai meninggalkan perundingan damai.

Komandan militan zionis, Kolonel Yaniv Aluv menjangkakan pertembungan antara kekuatan Palestin dan kekuatan zionis akan meningkat. Kita bukan lagi berada di gerbang Intifadah 3, tetapi memang sudah berlangsung, kami menjangkakan pertembungan akan semakin sengit berlaku dari sekarang.

Aluv menganggap proses perundingan yang digerakkan Presiden Palestin Mahmud Abbas telah berakhir dan bertukar kepada dokongan terhadap gerakan perjuangan Islam “Hamas”. Beliau menyebutkan bahawa Abbas berusaha menghidupkan perubahan Arab namun jalan perundingan telah berakhir.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Hari Mogok Lapar Sedunia Bagi Menyokong Banduan Palestin

Rabu , 09-01-2013 – Rangkaian pembelaan banduan Palestin Eropah (UFree) menyatakan sokongan dan penyertaannya dalam hari mogok lapar sedunia bagi menunjukkan sokongan terhadap tahanan Palestin dalam penjara Israel.

UFree mengeluarkan kenyataan bagi menggesa masyarakat dunia supaya sama-sama menyokong rakyat Palestin, Samer Al-Issawi yang melancarkan mogok lapar dan banduan-banduan Palestin lain yang menuntut pembebasan.

Ia juga bertujuan untuk menamatkan dasar Israel yang sewenang-wenangnya menahan rakyat Palestin untuk dijadikan tahanan pentadbiran mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : huda

Categories
Berita Semasa

Resheq bidas IOA kerana robohkan rumah abang Issawi

Selasa , 08-01-2013 – Anggota biro Politik Hamas, Ezzet Al-Resheq mengutuk tentera Zionis Israel (IOA) kerana merobohkan rumah Rafat Al-Issawi, abang tahanan yang sedang mogok lapar, Samer Al-Issawi di Baitulmuqaddis yang diduduki.

Beliau meminta pertubuhan antarabangsa dan masyarakat dunia mengutuk jenayah tersebut dan memberi tekanan kepada IOA bangi menamatkan pencerobohan terhadap rakyat Palestin.

Resheq, dalam satu kenyataan akhbar Selasa lalu membidas IOA kerana merobohkan rumah Rafat, sambil menekankan saudaranya Samer telah melancarkan mogok lapar di penjara Israel selama lebih daripada lima bulan kerana memprotes pentadbiran penjara dan menuntut pembebasannya dengan segera.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Kerajaan Israel mengurniakan pingat kehormatan kepada tenteranya yang membunuh Salaymeh

Selasa , 08-01-2013 – Ketua Polis pendudukan Israel, Yohanan Danino, menganugerahkan pingat kehormatan kepada tenteranya yang telah membunuh seorang belia, Muhammad Salaymeh. Askar Israel tersebut telah menembak Salaymeh Martyr, 17, pada pertengahan Disember tahun lalu selepas beliau
tidak menyahut panggilan tentera itu kerana mengalami gangguan pendengaran.

Yohanan Danino memuji keupayaan askar itu kerana “berjaya” berurusan dengan keadaan, menurut dakwaan beliau.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis telah menangkap 880 kanak-kanak Palestin dalam tahun 2012

Selasa , 08-01-2013 – Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan, jumlah tangkapan terhadap kanak-kanak Palestin oleh Regim Zionis Izrael telah meningkat sebanyak 26% pada 2012 berbanding tahun sebelumnya 2011.

Laporan itu menunjukkan bahawa Regim Zionis Israel telah menahan 880 kanak-kanak Palestin pada tahun 2012, dengan purata 73 kes tangkap sebulan yang mana boleh dipertimbangkan sebagai “penunjuk serius dan membimbangkan”, jelas mensasarkan kanak-kanak dan menahan mereka dalam penjara dalam keadaan yang sukar, dan jelas melakukan pencabulan serius terhadap mereka.

Regim Zionis Israel masih menguasai penjara dan pusat tahanan yang menempatkan kira-kira 190 kanak-kanak di bawah umur 18 tahun. Semua kanak-kanak itu dilucutkan hak-hak mereka walaupun yang paling asas.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Ahrar Kecam Penghargaan Zionis Terhadap Pembunuh Salayimah

Selasa , 08-01-2013 – Gerakan pembebasan Palestin Al-Ahrar menganggap pemberian penghargaan terhadap tentera wanita Zionis yang telah membunuh Muhammad Salayimah di Hebron merupakan tindakan untuk meningkatkan kejahatan mereka dalam menghancurkan hak-hak warga Palestin.

Menurut wakil gerakan ini yang disiarkan pusat informasi Palestin, Selasa (1/1) mengatakan, tindakan jahat Israel akan terus berlanjutan dengan pemberian hadiah atau penghargaan yang dilakukan pemerintah Zionis terhadap tenteranya yang berjaya melakukan tindakan zalim terhadap warga Palestin.

Sebelumnya, pemerintah Zionis memberikan penghargaan kepada tentera wanita Israel yang telah membunuh Muhammad Salyimah secara sadis. Tindakan ini menjadi bukti kuat sejauhmana penglibatan para elit Zionis dalam setiap tindakan kejam warga Israel terhadap penduduk Palestin.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

13 kader Briged Salah al-Din terbunuh sepanjang tahun 2012

Selasa , 08-01-2013 – Briged Salah al-Din, sayap ketenteraan pihak pejuang mengumumkan bahawa 13 kader meninggal pada tahun 2012.

Briged itu berkata dalam kenyataannya pada Selasa bahawa 13 pejuang kebanyakkannya dari bahagian senjata telah terbunuh dalam pertelingkahan dengan rejim Israel.

Antara yang syahid ialah Setiausaha Agungnya, Sheikh Zuhari al-Qaisi yang telah dibunuh oleh pesawat rejim Israel pada 9 Mac lalu bersama salah seorang pemimpin pejuang, Muhammad Hanani.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Kesihatan pemogok lapar semakin teruk

Rabu , 02-01-2013 – Kesihatan pemogok lapar Jafar Ezzuddin semakin banyak merosot di jajahan Israel. Um Hamza isterinya memberitahu wartawan PIC di kampung halamannya Arrabe, Jenin pada hari Selasa.

Beliau berkata bahawa suaminya telah kehilangan 12 kilogram berat badannya setakat ini dan telah mengalami tekanan darah yang tidak stabil dan lemah sehingga tidak dapat bergerak dengan sendiri.

Isteri memetik peguam sebagai berkata bahawa keadaan Jafar semakin teruk setiap hari tetapi dia berkeras berterusan dalam mogok lapar beliau sehingga keputusan tahanan pentadbiran Israel terhadapnya digugurkan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Keputusan Akhir Referendum Mesir, 63,8 % Sokong Perlembagaan Baru

Rabu , 02-01-2013 – Jawatankuasa Tertinggi Pemilihan Umum Mesir mengeluarkan keputusan akhir referendum berkait perlembagaan baru negara tersebut. Sebanyak 63.8 % rakyat Mesir menyatakan sokongan terhadap perlembagaan baru dan hanya 36.2 % menolaknya, sebagaimana diumumkan jawatankuasa tersebut Ahad lalu.

Samir Abu Maathi, ketua jawatankuasa tertinggi pilihanraya umum Mesir mengatakan, jumlah peserta refendum mencapai 51.919.067 orang. Yang menyatakan “ya” untuk perlembagaan baru adalah seramai 10,693,911 orang atau sekitar 63,8 %. Sementara yang menyatakan “tidak” mencapai 6,061,101 orang atau 36,2 %. Dengan demikian pihak jawatankuasa menyatakan jumlah kiraan undi sebelum jam 11 dinyatakan tidak sah walau hanya beza setengah jam.

Dalam sidang akhbarnya Selasa (25/12) Abu Maathi membantah keraguan yang menyatakan tidak adanya pangawasan dari pihak hakim di sejumlah tempat mengundi. Beliau mengatakan, referendum dilaksanakan dengan pengawasan dari pihak kehakiman. Semua tempat mengundi dipimpin oleh seorang hakim anggota dari pihak judisari.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Netanyahu memperbaharui sumpah beliau untuk meneruskan aktiviti penyelesaian

Rabu , 02-01-2013 – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memperbaharui sumpahnya untuk terus menyokong pengembangan dan pembinaan penempatan di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis.

“Dengan bantuan Tuhan kita akan terus hidup dan membina penempatan di Jerusalem, yang akan terus berdiri tidak berbelah bahagi di bawah kedaulatan Israel,” Netanyahu berkata pada acara yang diadakan bagi pelancaran pakatan pilihanraya Likud-Beiteinu.

“Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kami telah melakukan banyak aktiviti untuk memberi penempatan dan akan terus berbuat demikian,” tegas beliau lagi.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nurul