Categories
Berita Semasa

Militia Keselamatan PA Lindung Penempatan Haram Daripada Protes

Selasa , 05/04/2011 – Militia Keselamatan Palestin (PA) menumpaskan penunjuk perasaan Palestin berhampiran penempatan Beit El Israel, PA terus menawarkan perkhidmatan keselamatan untuk Israel.

Puluhan menuju keluar menuju daerah berhampiran penempatan Beit El berhampiran Ramallah, tetapi militia menghentikan mereka sebelum menyeberang ke daerah tersebut walaupun mereka berteriakan menyeru perpaduan nasional dan menekankan hak-hak Palestin.

PA berpendapat sebarang pencerobohan ke atas penempatan haram adalah pencerobohan kepentingan rakyat Palestin dan phak berkuasa Palestin, serta mereka telah meletakkan tuduhan terhadap pejuang yang menembak penduduk Yahudi beberapa hari lalu memanggil insiden tersebut pencerobohan terhadap keselamatan PA.

Dalam insiden berasingan, kaki pukul parti Fatah dengan perlindungan militia keselamatan PA telah menyerang penunjuk perasaan yang berkhemah sejak 15 Mac di Ramallah .

Para penyerang merobek khemah dan buku-buku dibakar, kata penunjuk perasaan 15 Mac itu. Segera pertengkaran pecah antara para pengunjuk rasa, para peyerang dan pihak keselamatan PA. Para kaki pukul itu menyerang mereka di bawah perlindungan polis PA yang berada di daerah tersebut. Polis tidak melakukan campur tangan sampai selepas selesai serangan dengan cara yang sama yang dilakukan oleh tentera Israel dengan serangan penduduk di Palestin, kata saksi.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Belia Palestin terbunuh dalam kemalangan langgar lari

Selasa , 05/04/2011 – Sebuah kereta warga Israel melanggar seorang belia Palestin dengan sengaja, seterusnya mengakibatkan kematian di tempat kejadian.

Sumber tempatan mengatakan, lelaki berusia lingkungan 30 an itu dilanggar dengan sengaja dan identitinya belum dikenalpasti. Penduduk Baitulmuqaddis sering dijadikan sasaran para pendatang Yahudi fanatik, yang terbaru ialah Husam Al-Ruweidi, 24 yang dibunuh dengan pisau dalam perjalanan ke tempat kerja.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Israel menyediakan peruntukan kewangan untuk membina hotel di OJ

Selasa , 05/04/2011 – Kementerian Pelancongan Israel mengumumkan niatnya untuk memperuntukkan sejumlah besar wang untuk membina hotel baru di Baitulmuqaddis yang diduduki secara haram.

Stas Misezhnikov, menteri pelancongan Israel, berkata pada hari Rabu bahawa dia turut mengambil bahagian dalam persidangan pelancongan antarabangsa. Dia juga merancang untuk merestrukturisasi perkhidmatannya.

Dia mengatakan bahawa di antara rencananya adalah memperuntukkan sejumlah wang demi membina hotel-hotel dan untuk pembangunan laman pelancongan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Resheq: Hubungan Hamas dengan Mesir semakin baik

Selasa , 05/04/2011 – Seorang anggota Biro Politik Hamas, Izzat al-Resheq mengumumkan bahawa hubungan pergerakannya dengan kerajaan Mesir adalah baik dan terus menunjukkan tanda-tanda positif lanjutan daripada kunjungan-kunjungan
politik yang dilakukan Hamas ke Mesir.

Satu delegasi daripada Hamas yang diketuai oleh Mahmoud Zahar telah bertemu dengan Menteri Luar Mesir pada Selasa lepas dan dijangka akan bertemu pula dengan Majlis Tertinggi Tentera Bersenjata pada hari Rabu, yang telah diambil-alih kuasa selepas Hosni Mubarak dijatuhkan.

“Hubungan antara Hamas dengan Kaherah terus bertambah baik selepas berlakunya revolusi Mesir yang terkenal baru-baru ini,” kata Resheq. “..dan hari ini ini Mesir semakin hampir menguasai jalan-jalan Arab secara umumnya dan Palestin secara khususnya . Kuasa Mesir dalam dunia Arab semakin meningkat hari ini. Hubungannya pula dengan Hamas adalah baik dan terus menampakkan tanda-tanda positif.”

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Sejumlah warga Britain memprotes kedatangan Peres ke England

Jumaat , 01/04/2011 – Sejumlah rakyat Britain berkumpul di luar Rumah Chatham (Institut Diraja Hal-Ehwal Antarabangsa) di London untuk menentang penerimaan kedatangan Presiden Israel Simon Peres sebagai meraikan 60 tahun hubungan diplomatik Israel – Britain.

Para pemprotes meneriakkan seruan pro-Palestin dan mengutuk polisi Israel berkaitan rakyat Palestin dan menggelar Peres sebagai penjenayah perang. Mereka juga menuntut agar Peres ditahan.

Zahir Beirawi, jurucakap forum Palestin di Britain yang merupakan salah satu organisasi yang terlibat dengan demonstrasi itu berkata, protes itu bertujuan menentang penjenayah perang dibenarkan masuk ke ibu negara England dan menyelar jemputan Rumah Chatham terhadap Peres untuk berceramah tentang hubungan Israel dan UK.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Demostrasi bantah lawatan Perez ke London

Jumaat , 01/04/2011 – Puluhan para aktivis rakyat Britain dan Palestin menjalankan demostrasi di hadapan Chatham House milik Royal Institute of International Affair untuk membantah kedatangan Presiden Israel, Shimon Perez, ke ibu negara Britain sempena sambutan ulangtahun ke-60 kerjasama Britain-Israel atas jemputan institut tersebut.

Para aktivis melaungkan slogan mempertahankan Palestin dan mengingatkan kekejaman yang dilakukan Zionis terhadap rakyat Palestin. Perez disifatkan sebagai penjenayah perang yang sepatutnya ditangkap berbanding dijemput untuk ke London. Para pendemonstrasi juga menyeru agar kepungan Gaza dihancurkan dan Palestin dibebaskan.

Zaher Al-Beirawi, jurucakap Forum Palestin di Britain, salah satu organisasi yang menyertai demostrasi ini, berkata bahawa, “demonstrasi ini datang untuk menghalang penjenayah perang (Perez) itu daripada menjejakkan kaki ke ibu kota Britain, dan mengutuk jemputan yang dikeluarkan oleh Royal Institute of International Affairs Chatham House ini supaya beliau memberikan penerangan berkenaan dengan hubungan Zionis-Britain.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Dewan Tinggi ketenteraan Mesir Sambut Delegasi Hamas

Jumaat , 01/04/2011 – Sumber militan Mesir menyatakan bahawa delegasi Hamas dipimpin Dr. Mahmud Zehar akan bertemu dengan Dewan Tinggi Militan Mesir yang dipimpin Musyir Thantawi.

Sumber tersebut pada Rabu (30/3) menyatakan bahawa kedua-dua pihak akan membahas perkembangan urusan Palestin, termasuk persoalan perbatasan Rafah, rekonsiliasi dan isu serangan Israel terhadap Gaza.

Menurut sumber tersebut penundaan pertemuan oleh pihak Dewan Militan disebabkan kesibukan Dewan yang baru mengumumkan undang-undang baru Mesir. Disebutkan bahawa beberapa hari lalu Mesir berusaha mencegah serangan baru Israel terhadap Gaza.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Facebook “Intifadah Ketiga” Ditutup

Jumaat , 01/04/2011 – Pengendali laman sosial Facebook telah mengikut telunjuk dan arahan ZIonis-Israel dengan menutup terus laman “Intifadah Ketiga”. Kerajaan rejim Zionis telah menghubungi Mark Zuckerberg dan mengarahkan agar laman “Intifadah Ketiga” itu ditutp serta merta. Zionis-Israel menyatakan laman Facebook itu telah banyak mendatangkan masalah kepada rakyat Zionis.

Sebelum daripada itu, laman Facebook “Kemerdekaan Bagi Palestin” juga telah menerima nasib yang sama. Laman itu telah ditutup tanpa ada penjelasan. Jumlah ahli yang mengikuti seramai 21600.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Pada hari ulang tahun tanahair, Hamas memperbaharui sumpah untuk membela tanah dan hak-hak rakyat

Jumaat , 01/04/2011 – Gerakan Hamas memperbaharui sumpah untuk mempertahankan tanah, kehormatan, tempat-tempat suci, dan hak-hak tanahair, terutama hak pelarian Palestin untuk kembali ke rumah mereka yang diusir oleh pendudukan Israel.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada ulang tahun ke-35 hari tanahair pada Rabu lalu, Hamas menyatakan “kesempatan ini datang hari ini sebagai rakyat Palestin, meskipun semua skim yahudisasi, telah berakar di tanah mereka, lebih patuh terhadap undang-undang mereka dan lebih bersedia untuk berkorban dalam menghadapi pencerobohan Zionis dan keganasan. ”

“Palestin akan pertahankan dari laut hingga ke sungai sebagai tanah air kami yang berharga, Baitulmuqaddis akan tetap menjadi hak kami, kami akan tetap patuh pada identiti dan tempat-tempat suci kami, dan segala bentuk projek tidak akan pernah berhasil dalam merosakkan ketabahan dan kekentalan kami sehingga Palestin dibebaskan dan kembalinya pelarian ke tanah air sendiri,” janji Hamas.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Mahkamah rejim Zionis secara haram lanjutkan penahanan seorang peguam dan abangnya

Jumaat , 01/04/2011 – Pada Isnin lalu, Mahkamah Tinggi Keadilan rejim Zionis di kawasan milik Palestin yang dijajah, Baitulmaqdis telah membenarkan permohonan pihak pendakwaraya rejim Zionis bagi melanjutkan penahanan seorang peguam wanita, Shirin Al-Issawi serta saudara lelakinya, Medhat dan Ra’fat.

Mahkamah terbabit sepatutnya memberi keputusan akhir berhubungan kes mereka dalam masa seminggu.

Ketua Institut Mandela untuk Hak-hak Kemanusiaan, Buthaina Duqmaq yang juga merupakan seorang peguam berkata keputusan itu adalah tidak munasabah dan merupakan sesuatu yang amat kejam dari segi kebiasaan mahupun undang-undang kerana penahanan mereka tiada asas yang sah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Kumpulan Hak Asasi Buat Petisyen Tangkap Peres di Switzerland

Jumaat , 01/04/2011 – Sebuah kumpulan hak asasi Switzerland memohon kepada mahkamah tempatan untuk mengeluarkan surat perintah tangkap terhadap Shimon Peres Presiden Israel yang tiba Isnin untuk lawatan ke negara itu.

Kumpulan Hak untuk Semua telah memfailkan dakwaan dengan Peguam Negara Switzerland untuk menangkap Peres kerana jenayah perang yang dilakukan selama perang Israel terbaru di Gaza pada 2008-2009.

“Undang-undang kemanusiaan [Switzerland] mewajibkan untuk [menangkapnya],” ketua kumpulan Hak untuk Semua Anwar al-Gharbi berkata Isnin. “Terutama sejak laporan Goldstone PBB tentang perang Israel di Jalur Gaza menuduh Tel Aviv dan pemimpinnya melakukan jenayah perang dan kejahatan kemanusiaan di belakang pembunuhan lebih dari 1450 warga Palestin, kebanyakan dari mereka anak-anak dan perempuan dalam 22 hari.”

Lebih daripada 20 kumpulan hak asasi telah mengadakan demonstrasi Isnin dekat pejabat kerajaan di Geneva untuk memprotes lawatan Peres ke Switzerland.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Zahar : Polisi baru Mesir untuk Palestin

Khamis , 31/03/2011 – Delegasi Hamas pada hari Selasa (29 Mac) telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Mesri, Dr. Nabil Arabi, untuk membincangkan peranan Mesir ke dalam landasan yang betul berkaitan isu Palestin, sempadan Rafah dan fail rekonsiliasi.

Delegasi itu memuji berkenaan pendirian kementerian Arab terhadap serangan Zionis ke atas Gaza, dan kerajaan baru yang strategik dari peringkat nasional, Arab dan Islam. Semasa lawatan ke Kaherah ini, mereka dapat mengesan semangat dan polisi baru yang bakal muncul beberapa hari lagi.

Dr. Mahmoud Zahar, ahli badan politik Hamas, dan Dr. Khalil El-Hayyah, selepas pertemuan mereka dengan Menteri Luar Mesir berkata : “kami meletakkan janji-janji yang banyak bahawa Kerajaan Mesir akan meneliti dan menangani isu Palestin, rekonsiliasi dan rakyatnya. Kami juga bersetuju dalam banyak perkara, termasuklah tindakan yang akan dikenakan ke atas PA Fatah dan badan Palestin di Ramallah, agar kita dapat mencapai rekonsiliasi.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Peserta Mogok Lapar Semakin Teruk

Khamis , 31/03/2011 – Yayasan Antarabangsa Solidariti untuk Hak Asasi Manusia berkata bahawa keadaan kesihatan seorang tahanan, Abbas Assayed yang kini telah berada dalam mogok lapar selama 22 hari telah semakin teruk di Hospital Penjara Ramle.

Penyiasat untuk yayasan itu, Ahmed al-Betawi berkata bahawa seorang doktor Isreal memberi Assayed tiga unit glukos kerana kandungan gula yang sangat rendah di dalam darahnya.

Berdasarkan Betawi, pemogok lapar itu juga diberikan pil vitamin dan segelas susu, sewaktu perutnya kosong dan menyebabkan tahanan itu berasa pening dan muntah dengan teruk. Matanya juga bergerak dengan laju.

Walaupun keadaan kesihatannya semakin teruk, moral Assayed masih tinggi dan dia sangat kuat untuk meneruskan mogok laparnya sehingga semua tuntutan tahanan dipenuhi, kata penyiasat itu.

Pejuang hak asasi manusia menyeru agar organisasi hak asasi manusia bergerak dengan pantas untuk menghentikan penderitaan semua tahanan Palestin di penjara Israel, terutamanya Abbas Assayed.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Hamas: serangan Israel terhadap rakyat kami tidak akan melemahkan mereka

Khamis , 31/03/2011 – Gerakan Hamas mengecam keras pihak berkuasa pendudukan haram Israel (tentera penjajah Israel) untuk menghancurkan sepuluh rumah dan menahan banyak warga Palestin di kampung Neir Um di Al-Khalil pada subuh Selasa.

Ini menggambarkan tindakan tersebut sebagai “kejahatan rasis” yang bertujuan memaksa rakyat Palestin untuk berpindah dan meninggalkan tanah mereka.

Gerakan ini menegaskan, bagaimanapun, bahawa kejahatan tentera penjajah Israel tidak akan melemahkan keteguhan rakyat Palestin dalam mempertahankan tanah mereka.

Hamas menyeru kepada rakyat Palestin untuk bersatu dalam menghadapi dasar tentera penjajah Israel yang berbau perkauman, dan meminta kumpulan hak asasi manusia untuk segera campur tangan dalam melindungi rakyat Palestin menghadapi tekanan tentera penjajah Israel dan menghentikan kejahatan rasis tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Abu Sabh: undang- undang baru Israel akan menyebabkan penculik Shalit menambah tuntutan

Khamis , 31/03/2011 – Menteri Hal-Ehwal Tahanan Palestin, Attallah Abu Sabh telah menyeru masyarakat dunia agar campur tangan kerana Israel Knesset dijangka akan meluluskan undang-undang yang yang semakin ketat ke atas tahanan perang Palestin.

Beliau menekankan bahawa undang-undang baru itu bertentangan dengan Konvensyen Geneva Keempat.

Ahli-ahli Knesset merangka empat undang-undang yang mengenakan syarat-syarat lebih ketat terhadap rakyat Palestin yang ditahan di penjara Israel. Ia telah dibincangkan oleh jawatankuasa dalaman yang mengambil keputusan untuk menyatukannya kepada satu draf undang-undang yang akan diundi di dalam sesi Knesset seterusnya.

Undang-undang itu dirangka sempena pembebasan tentera Israel Gilad Shalit yang ditangkap pihak pejuang di Gaza tiga tahun lalu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati