Categories
Berita Semasa

Netanyahu-Blair bincang supaya deklarasi Palestin gagal dilaksanakan

Jumaat, 17/06/2011 – Media hari ini melaporkan bahawa pertemuan PM Israel Benjamin Netanyahu dan Tony Blair adalah berkaitan perbincangan bagaimana untuk merancang supaya deklarasi negara Palestin akan gagal dilaksanakan pada sidang umum PBB bulan September akan datang. Netanyahu begitu yakin bahawa Amerika akan menggunakan kuasa vetonya.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Menteri German lawat Gaza, puji rundingan

Jumaat, 17/06/2011 – Menteri Pembangunan German Dirk Niebel berkata perjanjian perdamaian Fatah-Hamas merupakan langkah penting dan mampu memainkan peranan utama dalam melaksanakan penyelesaian dua negeri itu.

Niebel bercakap dalam sidang akhbar di ibu pejabat UNRWA (Agensi Bantuan Keamanan PBB) di kota Gaza pada Selasa, bahawa tidak akan ada kemajuan tanpa penyelesaian politik. Beliau menambah, sewajarnya terdapat rundingan yang kekal untuk mengakhiri konflik di Gaza. Beliau menyeru Israel untuk menghentikan sekatan di Gaza agar pembangunan semula dapat dijalankan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Tindakan Menekan Semakin Meningkat Terhadap Tawanan Palestin

Jumaat, 17/06/2011 – Pihak penjara Israel secara ganas memindahkan para tawanan Palestin ke beberapa penjara tanpa diketahui sebabnya.

Fuad Khafas, Ketua Peneliti Ahrar, menyatakan bahawa pasukan khas dan terlatih Israel menyerbu segenap ruang penjara Holkdar yang terletak di Selatan Palestin dan memaksa keluar para tawanan dalam keadaan sehelai sepinggang dan kemudian menempatkan mereka di beberapa penjara.

Khafas menyebutkan, terdapat lebih kurang 120 tawanan Palestin, majoriti yang ditahan beberapa tahun dan seumur hidup. Proses pemindahan dilakukan dengan keras yang menimbulkan tentangan daripada para tawanan yang menolak pada awalnya, mereka meminta penjelasan dan meminta membawa keperluan pribadi mereka, namun pihak penjara menolak dan memindahkan mereka dengan cepat.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Warga Palestin dinafikan pemilikan pasport di Gaza

Rabu, 15/06/2011 – Warga Palestin di Semenanjung Gaza yang dinafikan untuk memperbaharui pasport mereka oleh pihak berkuasa di Ramallah mengadakan tunjuk perasaan pada hari Isnin di depan pejabat PBB di kota Gaza.

Mereka membawa poster-poster mencela keputusan itu yang menurut mereka, ia adalah berdasarkan pada sekutu politik. Mereka meminta PBB untuk campur tangan dan menamatkan penderitaan mereka, khususnya ketika terdapat mereka yang sakit dan perlu perjalanan untuk rawatan.

Sebuah jawatankuasa dari warga Palestin mengatakan bahawa tunjuk perasaan ini adalah sebagai sebahagian daripada siri tunjuk perasaan untuk memprotes keadaan mereka dan untuk mengesahkan hak-hak setiap warga negara untuk mendapatkan pasport.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Presiden Parlimen Eropah di Gaza

Rabu, 15/06/2011 – Presiden Parlimen Eropah Jerzy Buzek tiba di Jalur Gaza pada hari Isnin untuk melihat sendiri keadaan di sana.

Buzek dijadualkan untuk melawat masyarakat untuk orang pekak, pusat persediaan UNRWA, dan sekolah dalam pembinaan di barat bandar Gaza. Beliau juga dijadualkan untuk bertemu dengan pengusaha dan wakil masyarakat awam kemudian mengadakan pertemuan dengan pesuruhjaya UNRWA Awam,Filippo Grandi.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Israel cari alternatif gas asli di luar pantai Gaza

Rabu, 15/06/2011 – Kementerian infrastruktur Israel Isnin lalu mengumumkan keputusan untuk mula terlibat dalam lapangan gas asli di luar pantai Semenanjung Gaza.

Langkah ini merupakan usaha untuk mencari alternatif sumber gas asli yang diimport dari Mesir yang terganggu berikutan beberapa siri letupan semasa revolusi yang melanda negara terbabit. Kementerian Infrastruktur telah mengarahkan syarikat Amerika, Noble Energy memulakan pembangunan lapangan gas asli di Utara Noa , dekat pantai Semenanjung Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Zionis-Israel terokai gas di pantai Gaza

Rabu, 15/06/2011 – Kementerian Infrastruktur Israel telah memutuskan untuk memulakan eksplorasi sumber gas yang baru di perairan Gaza. Ini berikutan kebimbangan Israel yang tidak akan dapat meneruskan import gas dari Mesir. , Senin (13/6) memutuskan untuk mulai mengekplorasi gas di salah satu ladang gas yang terletak di pantai Jalur Gaza. Kawasan yang dikenali sebagai Jurf Qari itu dianggarkan mempunyai sebanyak 1.2 bilion meter kubik simpanan gas.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ateed

Categories
Berita Semasa

Fayyad menyatakan Fischer adalah orang terbaik untuk memimpin IMF

Rabu, 15/06/2011 – Perdana Menteri Palestin di Ramallah, Salam Fayyad menyatakan sokongannya kepada pengarah Bank Israel iaitu Stanley Fischer untuk memimpin Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Beliau mengatakan bahawa “Stanley adalah seorang manusia yang hebat dan akan menjadi pengarah urusan yang hebat” setelah Fischer mengumumkan rancangannya untuk mencalonkan diri sendiri sebagai ketua IMF. Beliau juga menyatakan bahawa “sukar untuk mencari seseorang yang lebih berkualiti daripadanya”.

Menurut sumber, Fayyad pernah bekerja bersama dengan Fischer semasa bertugas sebagai pegawai senior di IMF, di mana mereka merupakan teman rapat.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Hamas: Serangan ke atas Mansour menyebabkan usaha rundingan tergugat

Rabu, 15/06/2011 – Hamas mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas ahli parlimen Palestin Mona Mansour apabila perkhidmatan keselamatan Tebing Barat menggunakan kekerasan untuk menjejaskan perjumpaan aman menentang polisi penangkapan politik.

“Tindakan ini adalah perlanggaran terhadap imuniti para ahli parlimen serta serangan kepada kebebasan berekspresi dan menyuarakan pendapat serta protes aman yang merupakan hak asasi warga Palestin,” Hamas berkata dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin.

Seorang pegawai Hamas mengulas insiden tersebut, “tindakan tersebut telah menjadi batu penghalang yang baru kepada rundingan damai kebangsaan yang ditandatangani di Kaherah pada bulan Mei”.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis tahan gadis Palestin di sekatan jalan, 3 yang lain di Tebing Barat

Selasa, 14/06/2011 – Tentera rejim Zionis (IOF) menahan seorang gadis Palestin ketika sekatan jalan di Um al-Rihan, yang terletak di barat Bandar Jenin pada pagi Ahad lepas, kata saksi.

Menurut saksi, Kifah Emad Zeid, 20, sedang melalui sekatan itu bersama bapanya menju ke wilayah Palestin yang dijajah sejak 1948. IOF memberhentikan mereka selama 1 jam dan kemudiannya memberitahu bapa Kifah bahawa anaknya ditahan kerana kertas pengenalan dirinya adalah palsu. Walaubagaimanapun, bapanya menafikan perkara itu.

Dalam masa yang sama, beberapa anggota IOF meronda lorong-lorong di 3 buah kampung di barat Jenin. Tiada penangkapan dilaporkan di sini. Dalam kejadian yang lain, 2 orang rakyat Palestin ditahan oleh IOF di Bandar Baitullaham dan di sebuah
kampung yang terletak di timur Baitullaham. Seorang lagi pula ditahan di Beit Ummar yang terletak di utara Bandar Al-Khalil.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

UNRWA: May merekodkan angka tertinggi kanak-kanak yang menjadi pelarian dalam pemusnahanTebing Barat

Selasa, 14/06/2011 – Sebuah laporan bulanan oleh Badan PBB mengenai Pelarian Palestin (UNRWA) menunjukkan rekod tertinggi jumlah pelarian kanak-kanak semasa aktiviti pemusnahan rumah Tebing Barat.

“Penghapusan rumah melihat seramai 67 kanak-kanak menjadi pelarian di negara sendiri dipindahkan pada bulan Mei. Ini merupakan angka bulanan tertinggi sepanjang tahun ini,” kata juru bicara UNRWA, Chris Gunness. Dia menambah lagi, ia terdiri daripada 64 orang di Daerah C dan 3 orang di Jerusalem Timur.

Laporan itu mengatakan bahawa kesulitan dalam mendapatkan lesen untuk membina bangunan telah memaksa rakyat Palestin untuk membina rumah tanpa kebenaran. Undang-undang zon hanya membolehkan pribumi Palestin membina hanya satu peratus daripada kawasan C di Tebing Barat dan 13 peratus daripada Baitulmuqaddis Timur.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Delegasi Britain akan menilai pembinaan penempatan dan pemisah Tebing Barat

Selasa, 14/06/2011 – Satu delegasi yang terdiri daripada ahli parlimen Britain dan organisasi – organisasi komuniti awam tiba pada Ahad di kawasan Qalqilya, Tebing Barat untuk mengumpul data tentang kesan pembinaan tembok pemisah dan penempatan terhadap warga tempatan Palestin.

Tugasan itu dilaksanakan setelah Perancis, German dan UK memberikan undi sokongan terhadap keputusan menentang aktiviti penempatan di Tebing Barat. Sejak ketibaan delegasi, mereka berkata telah memperolehi maklumat yang tidak diketahui sebelum ini. Mereka telah bertemu dengan beberapa pegawai tempatan serta para petani dalam satu perjumpaan yang diadakan di Organisasi Pemasaran Pertanian Qalqilya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Keluarga Jenin tahanan Rayuan untuk rawatan perubatan mendesak

Selasa, 14/06/2011 – Anggota keluarga tahanan Palestin, Ahmed Abul Rub berkata anak mereka yang ditahan di penjara Askalan, Israel berada dalam keadaan kesihatan yang sangat buruk dan boleh mati bila-bila masa.

Sabria Abul Rub , ibu tahanan dalam satu kenyataan akhbar berkata anaknya berumur 33 tahun itu tidak boleh berjalan lagi menggunakan kakinya dan sedang berjalan dengan bantuan tongkat. Ketika dia pertama kali ditahan, kesihatannya sangat baik dan tidak mengeluh dengan sebarang penyakit.

Dia berkata keadaannya mula semakin teruk setelah perkhidmatan penjara Israel menolak untuk memberikan rawatan yang sesuai sehingga dia mencapai tahap separa lumpuh.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Bencana kesihatan di Gaza, kabinet potong gaji untuk biaya keperluan

Isnin, 13/06/2011 – Kerajaan Palestin di Gaza telah memutuskan pada Rabu lepas untuk memotong 5% gaji kakitangan kerajaan bagi membeli keperluan perubatan yang sangat –sangat diperlukan di Gaza.

Satu laporan rasmi mesyuarat mingguan ada menyebut bahawa hospital-hospital di Gaza berhadapan dengan masalah serius kerana pihak berkuasa Palestin di Ramallah tidak menghantar bekalan perubatan ke Gaza.

Menteri kesihatan di Gaza, Dr. Basem Naim memberitahu wakil-wakil institusi penderma negara Arab dan antarabangsa serta kumpulan-kumpulan hak asasi manusia dalam satu perjumpaan tergempar yang diadakan pada Selasa lalu, bahawa separuh daripada
gudang simpanan kementeriannya telah kosong. Menurutnya lagi, sebanyak 178 jenis ubat dan 190 jenis ubat yang boleh dimakan telah tiada lagi dalam simpanan kementeriannya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Hamas mengutuk pencerobohan provokatif Aqsa

Isnin, 13/06/2011 – Hamas telah mengutuk langkah-langkah provokatif oleh pelampau Yahudi yang menyerbu Masjid Al-Aqsa pada hari Selasa. Mereka bukan sahaja minum minuman keras di situ malahan memecahkan botol minuman keras itu di sekitar halaman tempat suci itu.

Kumpulan itu mengatakan dalam sebuah pernyataan baru bahawa pencerobohan dilakukan di bawah perlindungan tentera Israel. Tentera Israel turut mengancam untuk menangkap jamaah muslim yang melawan serangan itu. “Pasukan dan penceroboh itu adalah dalam rantai konspirasi melawan Baitulmuqaddis dan Masjid Al-Aqsa dan mereka akan dikecewakan oleh Allah dan sokongan dari ketekunan orang-orang kita yang ditempatkan [di sana] dan dengan sokongan daripada saudara-saudara kita dari Arab dan dunia Muslim.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada