Categories
Berita Semasa

Pendatang Israel akan membina 130 unit rumah baru di O. Baitulmuqaddis

Jumaat , 10/12/2010 – Beberapa jam selepas pihak berkuasa pendudukan haram Israel (tentera penjajah Israel) menyatakan keinginannya untuk membina lebih daripada 652 unit perumahan di penempatan Ze’ev Pisgat di bahagian timur Baitulmuqaddis yang diduduki minggu lepas, kini mereka menyetujui pula rancangan untuk membina 130 unit lain di penempatan Gilo.

Ia dilaporkan dalam kegiatan penempatan Israel dan pelanggaran di Jerusalem dan Tebing Barat yang dikeluarkan oleh biro nasional untuk membela tanah dan menolak penempatan haram.

Laporan itu juga mengatakan bahawa tentera penjajah Israel yang menghancurkan tiga rumah Palestin di Baitulmuqaddis minggu lalu dan memaksa warga Palestin untuk meruntuhkan rumahnya sendiri.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Israel Mengkritik Brazil Kerana Mengiktiraf Negara Palestin

Jumaat , 10/12/2010 – Israel pada Sabtu mengkritik presiden Brazil Luiz Inácio Lula da Silva kerana mengiktiraf negara Palestin dengan persempadanan 1967 dalam mesej yang disiarkan pada Jumaat.

Jurucakap Kementerian Luar Israel berkata bahawa kerajaannya sedih dengan tindakan itu dan menyatakan kekesalan terhadap tindakan Presiden itu yang akan melepaskan jawatannya kepada presiden baru dalam masa sebulan.

Mesej dari pihak Brazil menyatakan bahawa pengiktirafan itu akibat daripada rayuan peribadi de facto Presiden Palestin, Mahmoud Abbas pada 24 November lepas.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Kerugian kebakaran Carmel berjumlah 454 juta dollar

Jumaat , 10/12/2010 – Kerugian harta benda disebabkan kebakaran hutan yang melanda pergunungan Carmel berdekatan Haifa boleh mencapai 454 juta dollar, media Israel melaporkan pada Ahad.

Akhbar harian Hebrew berkata jumlah tersebut tidak merangkumi kesemua kerosakan secara langsung dan tidak langsung. Kejadian ini mendedahkan kelemahan Home Front dalam berhadapan dengan kebakaran besar yang telah berlaku sejak 4 hari lalu di Haifa, utara Palestin.

Tabung Kebangsaan Yahudi melaporkan bahawa kebakaran yang telah memusnahkan 12,000 ekar hutan, sejumlah 5 juta pokok, lebih kurang separuh daripada keseluruhan hutan simpan Carmel. Pegawai JNF berkata, proses pemulihan boleh mengambil masa berdekad-dekad.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Erdogan : Israel mesti meminta maaf sebelum dimaafkan

Jumaat , 10/12/2010 – Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan mengumumkan pada hari Ahad (5 Disember) lalu, bahawa hubungan Turki tidak akan berbaik dengan Zionis selagi entiti itu belum, “membersihkan Laut Mediterranean daripada darah 9 Turki” yang syahid dalam serangan Zionis ke atas Freedom Flotilla dalam perjalanan ke Gaza.

Erdogan berkata : “Turki mahu Israel meminta maaf dan mengganti rugi atas apa yang telah berlaku pada 31 Mei lepas.”

Tambah Erdogan dalam ucapannya di tengah bandar Sivas : “kita akan menyelak lembaran baru, tetapi itu tidak bermakna mereka tidak perlu meminta maaf dan membayar ganti.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Zionis-Israel kecam Brazil yang mengakui negara Palestin

Jumaat , 10/12/2010 – Kerajaan Zionis-Israel hari ini mengkritik Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva berikutan Luiz dengan terbuka mengiktiraf negara Palestin. Kementerian luar Zionis-Israel mengecam kenyataan presiden Brazil itu. Luiz membuat kenyataan berikutan permintaan oleh Mahmoud Abbas. Amerika turut menyatakan kekesalan mereka berikutan kenyataan presiden Brazil itu.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Dweik Dan Beberapa MP Hamas Sertai Demo Untuk Tahanan Jericho Yang Mogok Lapar

Jumaat , 10/12/2010 – Ketua Dewan perundangan Palestin Aziz Dr Dweik dan ahli-ahli parlimen Hamas di Tebing Barat menyertai demo duduk yang diadakan pada hari Ahad di depan Pejabat Palang Merah di Al-Khalil oleh kerabat tahanan di penjara Jericho PA yang mogok lapar sembilan hari lalu.

Mereka menegaskan bahawa bahaya nyata mengancam kehidupan enam tahanan tersebut yang telah ditahan oleh PA Fatah-selama tiga tahun tanpa sebarang tuduhan .

Mereka meminta campur tangan segera daripada sebahagian kumpulan-kumpulan hak asasi manusia untuk menuntut pembebasan tahanan tersebut dan menyelamatkan hidup mereka sebelum terlambat.

Para ahli perundangan mengatakan bahawa kuasa Ramallah harus menghormati undang-undang setelah mahkamah tinggi keadilan telah memerintahkan pembebasan mereka hampir setahun yang lalu.

Kerabat dan saudara mara mereka menyerahkan kepada pengarah Palang Merah di Al-Khalil mesej dalam Bahasa Arab dan Inggeris untuk diberi kepada pihak atasan Palang Merah untuk meminta sokongan.

Mesej ini mengatakan bahawa mereka kerabat yang serius prihatin atas kehidupan orang yang dicintainya yang menyatakan mereka akan terus mogok lapar mereka sehingga mereka dilepaskan atau mati dalam mogok tersebut.

Kerabat dan saudara mara mereka mengeluarkan siaran akhbar berasingan pada hari Ahad mengecam militia Fatah untuk memindahkan tahanan ke beberapa penjara di Tebing Barat. Mereka juga menarik perhatian dengan keadaan salah satu dari mereka Muhanad Nayrukh, yang dibawa ke Hospital Jenin dalam keadaan yang sangat serius.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Bertahun di Dalam Penjara Tak Lunturkan Tekad Mazen Netsyah

Jumaat , 10/12/2010 – Mazen Jamal Netsyah dilahirkan di Hebron pada 18/3/1972. Selama hidupnya beliau tidak mengenal istirehat. Lebih dari lima pemerintah Israel menangkapnya. Terakhir beliau ditangkap dengan undang-undang pentadbiran yang terus diperbaharui hingga tiga kali.

Ummu Khudzaifah, isteri beliau menjelaskan hal ini kepada badan kajian kebebasan dan Hak Asasi Manusia. Beliau menjelaskan bahawa suaminya sudah ditangkap sejak 1996 dan ditahan selama satu tahun. Setelah melewati dua tahun masa tahanan, suaminya kembali ditangkap dan dipenjara selama 13 bulan pada tahun 2002. Setelah beliau dibebaskan beberapa bulan lamanya kemudian ditangkap kembali selama Sembilan bulan lamanya. Setelah dibebaskan, beliau ditangkap kembali untuk kali ketiga dan dipenjara selama hampir empat tahun. Kemudian berulang kali, masa tahananya dipanjangkan selama enam bulan lagi.

Netsyah dikenali ramai kerana mempunyai hubungan yang luas dengan pelbagai pihak. Beliau disenangi banyak orang, selain sebagai seorang pemidato yang hebat. Beliau belajar ilmu agama di Hebron dan mendapat ijazah dalam bidang syari’ah dan usuludin. Ketika ini beliau sedang melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dalam bidang pendidikan. beliau hanya perlu menyelesaikan satu subjek sahaja lagi. Sebenarnya beliau telah mendaftar sebagai mahasiswa peringkat sarjana sejak tahun 2003 di universiti Al-Quds. Namun kerana sering dipenjarakan pengajiannya tidak dapat diselesaikan dalam tempoh yang sepatutnya.

Sepanjang tempoh perkahwinan yang sudah menjangkau 10 tahun, beliau tidak pernah hidup bersama dengan isteri dan keluarganya kecuali hanya dua tahun saja dan Sembilan bulan secara terpisah-pisah. Sisanya beliau habiskan di dalam penjara Israel. Ummu Khudzaifah menambah, kehilangan suami yang ditangkap berulang-ulang oleh penjajah Zionis, mengakibatkan kehidupannya sangat sukar. Beliau mengatakan, beliau adalah mahasiswi perubatan ketika suaminya ditangkap pada tahun 2002. ketika itu mereka baru mempunyai seorang bayi dan beliau sedang melanjutkan pelajaran di peringkat master, pakar wanita dan perbidanan.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Pasukan Zionis Israel membunuh dua warga Palestin di Gaza, merosakkan air perigi di Al-Khalil

Jumaat , 10/12/2010 – Dua warga Palestin terbunuh di sebelah timur kota Gaza pada Khamis pagi selepas pasukan pendudukan haram Israel (IOF) menembak mereka, lapor radio Israel.

Dia menambah, dua warga Palestin mendekati pagar keselamatan dan tentera Zionis IOF menembak dan membunuh mereka. Mereka mendakwa kononnya warga Palestine itu merancang serangan terhadap sasaran Israel.

Di Tebing Barat, pasukan Israel menyerbu sejumlah desa di daerah Al-Khalil dan menghancurkan telaga timur Yatta pada saat seluruh daerah menderita kekurangan air yang serius.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Pendatang haram Yahudi rosakkan Masjid Aqsa ditentang penduduk Muslim Jerusalem

Isnin , 06/12/2010 – Penduduk Muslim Palestin bertempur dengan kumpulan ekstremis pendatang haram Yahudi pada Khamis lepas selepas kumpulan pendatang itu merempuh perkarangan Masjid Al-Aqsa di bawah pengawasan anggota polis mereka.

Kira-kira 105 orang pendatang haram Yahudi yang diiringi oleh anggota polis rejim Zionis yang ramai jumlahnya melakukan vandalisma di perkarangan Masjid Al-Aqsa pada pukul 8 pagi. Tindakan ini adalah susulan daripada pengumuman sekumpulan pendatang haram Yahudi pada hari sebelumnya bahawa mereka akan memasuki Masjid Al-Aqsa untuk melalukan upacara keagamaan.

Para pengawal Masjid Al-Aqsa berkata bahawa beberapa orang penduduk Palestin yang tinggal di masjid itu selepas menunaikan Solat Subuh meninggikan suara mereka di hadapan para pendatang haram Yahudi dan bertempur dengan mereka. Pihak polis rejim Zionis kemudiannya campur tangan untuk melindungi keselamatan pendatang haram Yahudi dan menahan 3 orang Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Laporan Tadamun: Kerajaan haram Israel (IOF) membunuh 3 warga Palestin dan menahan 200 orang pada November lalu

Isnin , 06/12/2010 – IOF menewaskan tiga warga Palestin di Semenanjung Gaza dan menangkap lebih dari 200 orang di Tebing Barat sejak bulan lepas, menurut laporan lembaga Tadamun.

Lembaga hak asasi manusia mengatakan bahawa pencerobohan rumah-rumah Palestin menunjukkan bahawa penduduk Yahudi terus mengganggu orang awam dan merosakkan harta benda di Tebing Barat.

Tadamun mencatatkan bahawa dua ahli parlimen Hamas di Tebing Barat termasuk di antara mereka yang ditahan pada bulan November bersama-sama dengan 30 kanak-kanak bawah umur dan tiga perempuan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Sabri: Sejarah Palestin Bukan Untuk Dirunding

Isnin , 06/12/2010 – Sheikh Ekrema Sabri, Ketua Islam Tertinggi dan Pendakwah di Masjid Al-Aqsa, telah menegaskan bahawa tidak ada yang boleh pertikaikan fakta sejarah Palestin termasuk identiti Islam Tembok Buraq dan keseluruhan tempat suci di Masjid Al-Aqsa.

Sabri berkata kepada saluran TV Quds pada Rabu malam bahawa fakta tidak boleh diubah, dan terpahat dalam hati umat Islam di seluruh dunia.

Dia mengatakan bahawa Masjid Aqsa dan Dinding Buraq (dikenali oleh orang Yahudi sebagai Tembok Ratapan) tidak boleh dirunding pada bila-bila masa.

Jabatan luar negeri Amerika telah mengutuk penerbitan dokumen PA minggu lalu menegaskan bahawa dinding barat Masjid Aqsa (dinding Buraq) bukan milik orang Yahudi melainkan Islam, dan menggambarkannya sebagai provokatif.

PA di Ramallah telah memadamkan laporan tersebut daripada laman maklumat perkhidmatannya selepas kritikan AS dan Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Polis Israel Menahan 600 Pekerja Palestin

Isnin , 06/12/2010 – Polis Israel di kawasan Palestin yang dijajah pada 1948 menahan 600 Pekerja Palestin daripada Tebing Barat kerana bekerja di tanah itu tanpa permit.

Radio Israel menyatakan pada Rabu malam bahawa polis sempadan melancarkan kempen menahan besar-besaran dan berkata 8 daripada pekerja itu dikehendaki untuk disoal-siasat manakala yang lain ditahan kerana menduduki tanah yang dijajah pada tahun 1948, secara haram.

Beribu penduduk Palestin pergi ke kawasan yang dijajah pada 1948 untuk mencari kerja kerana kekurangan peluang pekerjaan dan keadaan ekonomi yang semakin buruk di Tebing Barat.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Pemuda Palestin Meninggal Dunia Terkena Kejutan Elektrik di Terowong

Isnin , 06/12/2010 – Seorang warga Palestin meninggal dunia akibat terkena kejutan elektrik di salah satu terowong di sempadan Mesir-Palestin Selatan Rafah (Selatan Semenanjung Gaza).

Sumber perubatan menyebutkan bahawa pemuda tersebut, Ahmad Kawari (25) berasal dari kota Khan Yunis Selatan Gaza, terkena kejutan elektrik di dalam terowong di sempadan. Sumber tersebut menyatakan bahwa Kawari sudah meninggal dunia sewaktu tiba di hospital Gaza-Eropah.

Ramai pemuda Palestin yang menerima nasib yang sama dalam mendapatkan barangan yang tiada di pasaran Palestin akibat sekatan Israel di sempadan Mesir. (qm)

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Hamdan : Fattah mesti hadapi tekanan luar terhadap rekonsiliasi.

Isnin , 06/12/2010 – Pengerusi Biro Hubungan Antarabangsa Hamas, Usamah Hamdan, menegaskan sokongan padunya terhadap usaha untuk mencapai rekonsiliasi negara Palestin, dan beliau sekali lagi memberitahu bahawa Fattah, dan presidennya, Mahmoud Abbas perlu bersama-sama menghadapi tekanan luar yang membantutkan usaha ini.

Dalam kenyataan khas untuk Pusat Informasi Palestin, Hamdan membuat kenyataan : “Semua pihak tahu bahawa Hamas telah menggandakan usaha menurut kemampuannya untuk mengatasi segala rintangan yang menghalang rekonsiliasi Palestin, dan Hamas turut menyediakan beberapa insiatif untuk digunakan, dengan harapan kita akan mencapai rekonsiliasi ini dan berjaya meyatukan semua pihak dalam meletakkan asas projek pembebasan dan pengembalian hak (Palestin).”

Pemimpin Palestin itu menambah : “Hamas pasti bahawa rekonsiliasi ini akan dicapai dalam masa terdekat selagi masing-masing bersedia untuk menghadapi tekanan yang dikenakan oleh Amerika dan Zionis, dan juga sekiranya Mahmoud Abbas dan konco-konconya berdiri dengan pendirian yang tegas, walaupun sekali, terhadap segala tekanan yang melambatkan proses rekonsiliasi ini.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

PBB: Situasi di Gaza masih tidak aman

Isnin , 06/12/2010 – PBB menyatakan situasi di Semenanjung Gaza masih kacau dan 1 setengah juta rakyat termasuk 800,000 kanak-kanak sedang terseksa di Gaza oleh kerana sekatan yang dikenakan.

John Ging, pengarah operasi UNRWA mengatakan dalam satu kenyataan akhbar di New York pada Rabu bahawa 80% populasi Gaza bergantung kepada bantuan kemanusiaan sedangkan 70% daripada populasi pada masa sebelum sekatan mampu menyara diri sendiri.

“Tiada ekonomi, sesiapa yang mahu membuat sesuatu tidak mempunya cukup bahan untuk memulakan”, beliau menambah.

Ging berkata, Semenanjung Gaza memerlukan 100 sekolah baru tetapi sekatan Israel hanya membenarkan pembinaan 6 sekolah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati