Categories
Berita Semasa

Masri: Pegawai Fatah bebas keluar Tebing Barat untuk Menghadiri Mesyuarat.

Rabu, 24/11/2010 – Pegawai Tinggi HAMAS dan Penggubal Undang-undang Mushir al-Masri menafikan bahawa pergerakannya berniat untuk menghalang ahli Majlis Revolusi Fatah untuk keluar Tebing Barat bagi menyertai mesyuarat mereka pada Rabu (hari ini).

Dia menyatakan bahawa Fatah sangat terdesak untuk menganggu polisi fleksibel yang dijalankan Hamas di Gaza untuk menutup operasi keselamatan mereka bersama penjajahan Israel dan mahu menutup kegagalan rundingan damai mereka.

Pada pihak Hamas, mereka menegaskan pada Isnin bahawa kehadiran militia keselamatan Fatah dalam menyerang dan memecahkan imuniti penggubal undang-undang Hamas di Tebing Barat menyebabkan usaha untuk menyatukan dua pergerakan itu musnah.

Hamas juga menganggap serbuan yang terbaru di rumah MP Fathi al-Qar’awi dan penahanan anaknya membuktikan ketidakmatangan Fatah dalam usaha menyatukan dialog dengan Hamas serta tindakan Fatah yang tunduk dengan polisi yang ditetapkan rejim penjajah Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Rancangan Pembangunan Dataran Buraq Bertujuan Menghilangkan Identiti Islam di Masjid Aqsa

Rabu, 24/11/2010 – Menteri Hal-Ehwal Agama Palestin di Gaza, Dr. Talib Abu Sha’ar memberi amaran bahawa projek bernilai NIS 85 yang diluluskan Israel minggu ini untuk membangunkan Dataran Buraq Masjid Aqsa (dikenali sebagai Tembok Meratap bagi kaum Yahudi) adalah bertujuan memadamkan sejarah Islam di wilayah itu.

Belanjawan yang diperuntukkan untuk pembinaan dan proses meluaskan dataran, meningkatkan kedatangan pengunjung Yahudi serta pembiayaan penggalian arkeologi itu akan dimajukan kepada kementerian berkenaan untuk sepanjang empat tahun akan datang.

Abu Sha’ar berkata, beliau bimbang dengan peningkatan mendadak projek-projek Israel yang melibatkan monumen dan tempat suci Islam. Beliau mendakwa Perdana Menteri Sayap Kanan Israel, Benjamin Netanyahu sebagai orang yang bertanggungjawab terhadap perlaksanaan projek dan pengurusan belanjawan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Pendatang haram Yahudi halang petani membajak tanah

Rabu, 24/11/2010 – 10 orang pendatang haram Yahudi yang datang dari penempatan haram Shilo bertindak menghalang para petani Palestin membajak tanah masing-masing di Kampung Qaryut, selatan Nablus dengan alasan kawasan itu dekat dengan kawasan penempatan haram mereka.

Sumber tempatan di kampung itu memberitahu pada Isnin lalu bahawa 10 orang pendatang haram Yahudi yang yang datang dari Shilo dan lengkap bersenjata telah memaksa para petani yang menggunakan 3 mesin bajak untuk membajak tanah mereka, berhenti melakukannya dan segera beredar dari tanah milik mereka.

Tambah mereka lagi, mahkamah rejim Zionis telah memberi kebenaran kepada para petani tersebut untuk bekerja di kawasan tersebut dan mengusahakan tanah milik mereka yang berkeluasan lebih daripada 50 dunum (1 unum=0.247 ekar).

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Akhbar Britain dedahkan tambahan penyiksaan di penjara Abbas

Rabu, 24/11/2010 – Surat khabar Britain “Financial Times” melaporkan bahawa tindakan penyiksaan dalam penjara Abbas di Tebing Barat yang dikenakan terhadap penyokong dan penggerak Hamas kini didapati semakin bertambah.

Laporan yang diterima daripada koresponden akhbar itu di Beit Lehem, Tobias Buck, berkenaan isteri kepada seorang pengkaji politik, Badr Abu Ayyash (42 tahun), yang memberitahu bahawa suaminya ditahan oleh apa yang kononnnya dipanggil sebagai Badan Keselamatan di Beit Lehem pada September lepas atas tuduhan, “mempunyai hubungan rapat dengan Hamas”.

Isteri (bernama Naimah) tersebut menambah, “terdapat bukti bahawa sebahagian besar tahanan telah diseksa dalam penjara, tetapi kekerapannnya kini bertambah dengan amat tinggi seperti yang dilaporkan oleh “Human Rights Watch” bulan lepas yang menunjukkan bilangan penyiksaan yang dilakukan oleh pegawai keselamatan Palestin sendiri adalah amat banyak.”.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Zionis-Israel perluas penempatan Yahudi di Salfit

Rabu, 24/11/2010 – Segolongan Zionis-Yahudi mula memperluaskan penempatan Yahudi di Salfit. Saksi melaporkan jentera-jentera berat menghancur dan meratakan tanaman zaitun milik rakyat Palestin. Keluasan tanah lebih dari 100 hektar milik rakyat Palestin menjadi mangsa kezaliman Zionis-Israel.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Israel Mula Bina Pagar Sepanjang Sempadan Mesir

Rabu, 24/11/2010 – Kerajaan Israel akan memulakan pada hari Isnin untuk menaikkan pagar berteknologi tinggi berharga NIS 1.35 bilion bertujuan mencegah pendatang tanpa izin daripada masuk ke negara haram itu, kata Radio Israel.

Keselamatan Israel akan memasang sensor elektronik di sepanjang sempadan untuk memantau kawasan tersebut. Menteri Perang Israel Ehud Barak berkata projek tersebut merupakan keutamaan nasional sambil mengarahkan para pegawai senior dalam perkhidmatannya untuk memantau pagar itu dibina secepat mungkin.

Pegawai tetinggi perkhidmatan perang rasmi Israel Udi Shani berkata projek ini dilancarkan hanya beberapa bulan selepas diluluskan oleh kerajaan hasil perancangan dan proses tawaran yang dipercepatkan.

Sekitar 400 pendatang haram mingguan, sebahagian besar dari Afrika untuk mencari pekerjaan, berusaha untuk menyelinap ke Israel walaupun di sempadan Mesir.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Pendatang haram Yahudi bakar sekolah pelajar perempuan ketika membesarkan penempatan haram Rahalim

Rabu, 24/11/2010 – Ketika pendatang haram Yahudi menghabiskan masa pada hujung minggu dengan menggali beratus-ratus dunum (1 dunum=0.247 ekar) tanah di selatan Nablus yang terletak di dalam wilayah Sawiya semata-mata untuk membesarkan lagi penempatan haram Rahalim, penggubal undang-undang Nablus, Yasser Mansur memberi amaran bahawa pembesaran penempatan haram Yahudi sedang giat dilakukan di Tebing Barat.

Dalam Bandar Nablus sahaja, sebanyak 39 penempatan haram Yahudi telah diperbesarkan bagi menempatkan 20 ribu orang pendatang haram Yahudi.

“Kuasa penjajah menggalakkan jenayah ini dengan perancangan yang telah dilakukan sebelumnya serta memberi perlindungan sepenuhnya kepada pendatang haram Yahudi dan kekejaman yang mereka lakukan ke atas rakyat Palestin. Pihak berkuasa Palestin dan Arab terus membisu melihat jenayah yang dilakukan sehingga memudahkan jenayah ini terus bermaharajarela,” kata Mansur kepada pihak media pada Ahad lepas.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Rancangan baru Dahlan kuasai Fattah, jatuhkan Abbas

Selasa, 23/11/2010 – Sumber dari pimpinan Palestin yang berhubungan dengan Fattah mendedahkan rancangan baru yang sinonim dengan Fattah yang dikenali sebagai “fail Dahlan” bersempena tuduhan berterusan terhadap beliau (Dahlan). Dahlan dipercayai menjalankan rancangan untuk merampas penuh kuasa Fattah dan cuba untuk menjatuhkan presidennya, Mahmoud Abbas.

Dua minggu lepas, Pusat Informasi Palestin telah menyiarkan lampiran yang dikirim oleh ahli Biro Pusat Gerakan Fattah, Muhd Dahlan, kepada pentadbiran Amerika iaitu sebuah dokumen sekuriti yang mengandungi pelan menjatuhkan kerajaan Palestin di Gaza dan rancangan untuk mengawal Tebing Barat. Sumber yang baru kami terima kemudian mendedahkan bahawa terdapat kaitan di antara dokumen sekuriti tersebut dengan apa yang tampak sedang dilalui Fattah selepas kemunculan Dahlan dan anggota lain Biro Pusat seperti Nasir El-Qudwah di dalam Badan Siasatan yang ditubuhkan oleh pimpinan PA yang diketuai oleh menteri Fattah, Abu Maher Ghaneem.

Sumber itu menjelaskan lagi kepada Pusat Informasi Palestin bahawa Badan Siasatan bersama Dahlan dan beberapa pemimpin Fattah lain telah memberi kritikan pedas terhadap pentadbiran Mahmoud Abbas yang telah disiarkan dalam akhbar Amerika, “Wall Street Journal”. Kritikan ini kemudiannya didapati datang dari kenyataan Dahlan sendiri sewaktu beliau dipanggil untuk menghadap Badan Siasatan tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Rusia bebaskan agen Mossad, dibawa ke Comlumbia

Selasa, 23/11/2010 – Russia telah membebaskan seorang penyeludup dadah warganegara Columbia. Yair Klien didakwa bekerja untuk Mossad-Israel. Pembebasan itu dilakukan berikutan arahan INTERPOL dan akan diekstradisi ke Columbia. Kerajaan Columbia menyatakan kecewa di atas pembebasan itu berikutan Yair Klien terlibat dengan jenayah dadah dan melindungi kumpulan-kumpulan yang menjalankan kegiatan haram itu.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Masri mengecam kenyataan Hammad yang anti pejuang

Selasa, 23/11/2010 – Ahli Parlimen Hamas, Mushir Al-Masri mengecam Nimir Hammad, penasihat politik untuk Presiden de facto Palestin, Mahmoud Abbas, kerana menganiayai pejuang Palestin.

Dalam satu kenyataan eksklusif kepada PIC Ahad lalu, Masri berkata pihak berkuasa Fatah di Ramallah masih berkeras menyediakan “musuh Zionis” dengan lebih perlindungan dan justifikasi bagi membenarkan serangan terhadap rakyat Palestin.

Hammad berkata kepada sebuah akhbar harian Mesir, yang diterbitkan pada hari Ahad lalu bahawa pejuang di Palestin telah melakukan kesalahan pada masa lalu, dan kini memperjuangkan perjanjian damai.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Ashqar: Pertemuan Hamas-Fatah di Damsyik akhir November ini

Selasa, 23/11/2010 – Pemimpin Hamas, Ismail Al-Ashqar telah mengumumkan bahawa gerakannya akan bertemu dengan puak Fatah dalam perbincangan rekonsiliasi di ibukota Syria, Damsyik pada akhir November ini.

Beliau mengatakan kepada laman Al-Resala pada Ahad lalu bahawa Hamas tidak menutup pintu sebelum dialog, tetapi dibiarkan terbuka untuk mencapai dasar samarata dengan semua puak.

Beliau mengatakan bahawa persefahaman dapat dicapai berdasarkan kepada perjanjian yang disahkan dalam mesyuarat pada 24 September lalu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Israel menyetujui budget 30M USD ke Judaize Buraq Square

Selasa, 23/11/2010 – Kerajaan Israel menyetujui sejumlahNIS 85 juta ($ 30M) diperuntukkan untuk Judaize Square Buraq, yang dikenali oleh orang Yahudi sebagai Tembok Ratapan, di sekitar Masjidil Aqsa.

Israel e-paper Ynet mengatakan,budget untuk projek akan diletakkan sebelum kementerian yang berkenaan melepasi empat tahun berikutnya dalam rancangan untuk membangunkan dan memperluaskan Square Buraq dan meningkatkan jumlah pengunjung Yahudi.

Menurut dokumen yang didedahkan oleh peguam Palestin Nasser Qais rancangan tersebut bertujuan untuk memanfaatkan dana untuk meneruskan penggalian di kawasan tersebut untuk tujuan arkeologi dan terowong untuk menyediakan akses kepada masyarakat Yahudi.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Petani Palestin Cedera Akibat Letupan Senjata Tentera Zionis

Selasa, 23/11/2010 – Seorang petani Palestin cedera pada hari Ahad ketika senjata tentera Israel meledak di ladangnya timur Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza, sumber perubatan melaporkan.

Adham Abu Salmiya, penyelaras perkhidmatan perubatan di Gaza, mengatakan kepada PIC bahawa petugas ambulans membawa petani 30 tahun ke hospital di Abasan Al-Kabira. Dia menambah bahawa letupan tersebut mencederakan muka petani tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Speaker dan Ahli Parlimen HAMAS Menyelar Pihak Berkuasa Palestin Kerana Menculik Wanita

Selasa, 23/11/2010 – Speaker Majlis Perundangan Palestin, Aziz Dweik dan Penggubal Undang-undang HAMAS menyelar sekeras-keras tindakan Pihak Berkuasa Palestin (PA) kerana menculik seorang pendakwah wanita, Timam Abu Assaud, yang lebih dikenali sebagai Umm Amer di rumahnya di Bandar Nablus.

Dalam satu kenyataan pada Ahad, para penggubal undang-undang HAMAS mengklasifikasikan tindakan ini sebagai tindakan yang mencabuli semua norma, nilai murni dan moral. Mereka turut menggesa pembebasan segera Umm Amer.

Mereka menyatakan bahawa Umm Amer ialah satu tokoh Islam yang terkenal di Palestin di samping seorang janda yang memberi sokongan kepada anak-anaknya selepas ayah mereka maut.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Hezbollah: Pengunduran Israel dari selatan Lebanon adalah tipu muslihat

Selasa, 23/11/2010 – Presiden Blok Parlimen Hezbollah, Mohammed Raad berkata pada Ahad bahawa Israel bekerjasama dengan PBB apabila mengumumkan tentera-tenteranya akan berundur dari selatan Lebanon, Kampung Ghajar untuk menampakkan seperti telah mematuhi resolusi PBB 1701.

Dalam satu upacara peringatan, Raad berkata, “Konspirasi Zionis dan PBB merupakan satu muslihat seolah-olah Israel benar-benar mengundurkan tentera-tenteranya dari jajahan Lebanon.”

“Pengunduran itu tidak menyeluruh kerana kuasa pemerintahan tidak dikembalikan kepada tanah kami,” Raad menambah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati