Categories
Berita Semasa

Enam rakyat Palestin cedera dalam serbuan Israel

Selasa , 29-04-2014 – Enam rakyat Palestin telah cedera ni Utara Semenanjung Gaza pada petang Rabu semasa serbuan udara Israel. Laporan sumber dari anggota keselamatan kepada wartawan PIC memberitahu kapalterbang peninjau Israel menembak peluru berpandu ke arah motorsikal berhampiran kelab di Beit Lahia, utara Gaza. Serangan itu menyebabkan enam orang telah tercedera. Mereka berkata angota ambulan bergegas ke kawasan terlibat dan memindahkan mangsa, dimana kebanyakannya adalah pejalan kaki.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Kerajaan Gaza tegaskan rakyat Palestin berhak pertahankan diri

Selasa , 29-04-2014 – Kerajaan Palestin di Semenanjung Gaza menegaskan bahawa rakyat Palestin mempunyai hak untuk mempertahankan diri mereka dan menentang penjajahan, merujuk kepada isu pencerobohan Israel terhadap Gaza baru-baru ini.

Dalam mesyuarat mingguan pada petang Selasa, kerajaan mengecam serangan udara berkali-berkali yang dilakukan oleh Israel terhadap Semenanjung Gaza di mana serangan itu dengan sengaja mensasarkan wanita dan kanak-kanak di semenanjung tersebut. Kerajaan meminta komuniti antarabangsa untuk membantu menamatkan serangan dan pencabulan yang dilakukan oleh Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syarira

Categories
Berita Semasa

Konfrantasi Sengit Meletus Di Kem Pelarian Arub Di Hebron

Selasa , 29-04-2014 – Pertembungan sengit meletus pada Rabu (23/4) petang, antara puluhan warga Palestin dengan pasukan penjajah Zionis di kem pelarian Arub di utara kota Hebron, wilayah selatan Tebing Barat.

Para saksi mengatakan, konsfrantasi sengit meletus setelah serangan tembakan gas dan peluru tajam yang dilakukan tentera penjajah Zionis ke arah orang ramai dan rumah penduduk. Ia mengakibatkan sejumlah warga mengalami sesak nafas. Hal ini menyebabkan meletusnya konfrantasi, di mana para pemuda menghadang pihak tentera Zionis dengan batu dan botol kosong.

Para saksi menambah bahawa konsfrantasi ini berlaku berdekatan masjid agung dan di sebuah tempat rekreasi di pintu utama kem pelarian Arub.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Tentera rejim Zionis cedera ditembak tentera Mesir di sempadan.

Khamis , 24-04-2014 – Tentera zionis tercedera berikutan berlaku tembakan yang tidak sengaja oleh tentera Mesir di sempadan antara Mesir dan Palestin pada petang ahad semalam (20-4).

Menurut laman web zionis “Wala”, tentera yang tercedera itu mengikuti kepimpinan gerakan Gaza dan beliau tercedera ketika tentera Mesir melepaskan das tembakan ke atas penyeludup di sebelah sempadan Mesir. Dalam konteks berkaitan, radio tentera zionis melaporkan bahawa aktiviti penyeludupan bahan letupan di sempadan telah disekat malam ini.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nadhirah

Categories
Berita Semasa

Sheikh Salah memperakui ketabahan Lina Jerboni di penjara Israel

Khamis , 24-04-2014 –Sheikh Raed Salah, ketua gerakan Islam memperakui ketabahan para tahanan Palestin dalam menuntut pembebasan mereka. Sheikh Salah memberi amaran tentang isu para tahanan sebagai alat untuk menekan warga Palestin supaya mengalah.

Ketika lawatannya ke rumah Lena Jerboni, Sheikh Salah memperakui ketabahan tahanan wanita dan berkata bahawa mereka telah menjadi simbol dan ikon kebangsaan. Beliau menyeru agar hal ehwal para tahanan diberi perhatian dan acara menyokong para tahanan di penjara Israel diteruskan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Dweik menggesa pesaing Palestin untuk bersatu untuk berhadapan dengan pencabulan Israel

Khamis , 24-04-2014 – Aziz Duweik, jurucakap majlis perundangan Palestin (PLC), menggesa pesaing Palestin sewajarnya bersegera untuk mencapai perdamaian negara bagi mengukuhkan barisan hadapan dalaman dalam menghadapi pendudukan dan plot Israel.

“Tahun-tahun perpecahan ini telah menggalakkan pendudukan Israel menjadi semakin keras kepala dan agresif terhadap rakyat Palestin dan tempat suci mereka,” Dweik berkata dalam kenyataan akhbar pada hari Ahad.

Penceramah berkata perpecahan Palestin dan negara-negara Islam dan Arab yang pasif ke arah isu rakyat Palestin dan juga sikap berdiam diri oleh pihak antarabangsa menyebabkan keberanian Israel memuncak dalam pencabulan terhadap Masjid Al-Aqsa.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : mardhiah

Categories
Berita Semasa

200 tahanan pentadbiran lancar mogok lapar mulai 24 April

Khamis , 24-04-2014 – Bekas tahanan, Yousuf Lahham memberitahu kira-kira 200 orang tahanan pentadbiran akan melancarkan satu mogok lapar terbuka dengan slogan ‘Revolusi kebebasan dan harga Lahham telah menjalani 14 minggu di penjara Negev dalam tahanan pentadbiran.

‘Penahanan pentadbiran ini merupakan satu bentuk kekotoran kepada isu kemanusiaan dan semua pihak harus menyokong tahanan pentadbiran ini untuk menamatkannya. Sesetengah tahanan menjalani hukuman penjara selama 10 tahun tanpa sebarang kesalahan yang setara dengan hukuman yang dikenakan oleh pihak berkuasa penjajahan Israel, “ Lanham.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syarira

Categories
Berita Semasa

Syeikh Qardhawi Nafi Pengusirannya Dari Qatar

Khamis , 24-04-2014 – Ketua Persatuan Ulama Kaum Muslimin, Syeikh Yusuf Qardhawi, Ahad (20/4) menafikan isu yang mengatakan bahawa beliau meninggalkan Doha menuju Tunisia dan menyebutnya sebagai berita bohong.

Melalui akaun twitternya, syeikh Qardhawi menyatakan isu yang beredar tentang perpindahan ke Tunisia atau negara lainnya adalah dusta dan tidak benar. Ia hanya harapan orang menganggur yang tidak akan tercapai insya Allah.

Syeikh Qardhawi menetap di Qatar lebih dari 53 tahun, beliau menyampaikan khutbah, ceramah dan kuliah. Beliau berasal dari Mesir namun memiliki kewarganegaraan Qatar. Akhir-akhir ini sering kedengaran keinginan Qardhawi berpindah dari Doha, sebagai tanda memperbaiki hubungan antara Saudi, Emirat Arab dan Bahrain dengan Qatar. Khutbah beliau dan sikapnya menentang kudeta militan di Mesir mendapat respon buruk dari pihak Emirat Arab dan Arab Saudi.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Pesakit banduan Sami Jaradat diabaikan perubatannya oleh penjara Israel

Khamis , 24-04-2014 – Tahanan Sami Suleiman Jaradat, 46, yang menjalani 21 hukuman seumur hidup, berkata perkhidmatan penjara Israel (IPS) sengaja menyeksanya dengan mengabaikan perubatannya. Jaradat telah menyatakan dalam surat yang terlepas dari penjara Gilboa pada hari Ahad berikutan penderitaan yang tidak tertanggung setelah bertahan di dalam penjara Israel, di mana beliau mengalami beberapa penyakit termasuk tekanan darah, ulser perut, dan halangan saluran kencing. Kesihatan Jaradat ini diburukkan lagi kerana kekurangan rawatan perubatan di penjara Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Raddad menyeru gerakan Fattah menghentikan gerakan keselamatan mereka

Khamis , 24-04-2014 – Timbalan di Majlis Perundangan, Riyad Raddad menyeru gerakan Fattah menghentikan aktiviti-aktiviti keselamatan sambil menegaskan bahawa ianya ditolak oleh rakyat Palestin sama ada ia berbentuk penangkapan, pendakwaan atau saman.

Semalam, ahad (20-4) Perkhidmatan Perisiskan Pihak Berkuasa Palestin telah menahan Khaled Najal, Penolong Daerah Tulkram. Khaled menerima panggilan telefon petang sabtu yang lepas daripada khidmat perisikan yang meminta beliau hadir pada pagi ahad namun beliau tidak pulang seperti yang dilaporkan keluarga Raddad kepada wartawan kami.

Riyad Raddad dalam satu kenyataan khas kepada wartawan Pusat Maklumat Palestin menganggap bahawa penangkapan ini tidak memberi manfaat kepada rakyat Palestin dan tidak memberikan trend yang positif ke arah menyelesaikan perdamaian.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nadhirah

Categories
Berita Semasa

Ahli Parlimen Dahbour: Penahanan tahanan politik di Tebing Barat merupakan sebahagian perjanjian Oslo

Selasa , 22-04-2014 – Ahli Parlimen Palestin Ibrahim Dahbour berkata, penahanan politik di Tebing Barat bukan hasil daripada kesatuan kebangsaan, tetapi ia dikira sebagai cukai yang dibayar oleh pihak berkuasa Palestin (PA) sebagai sebahagian daripada perjanjiannya dengan Israel.

Penahanan berasaskan politik telah berlaku sejak kemunculan PA pada tahun 1994 setelah perjanjian Oslo ditandatangani.yang mana boleh disimpulkan dengan satu ayat: “keselamatan untuk Zionis sebagai balasan kepada duit untuk rakyat Palestin,” yang bermaksud, perjanjian Oslo pada dasarkan bersifat politik tetapi sebenarnya merupakan perjanjian keselamatan, demikian menurut ahli parlimen Dahbour kepada pusat maklumat Palestin (PIC).

Beliau menekankan bahawa kandungan perjanjian menuntut PA untuk menentang secara bersenjata ke atas semua kumpulan rakyat Palestin yang tidak menyebelahi Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Tentera IOF tahan tiga rakyat Palestin yang didakwa melontar batu

Selasa , 22-04-2014 – Angkatan Bersenjata Israel (IOF) menahan tiga rakyat Palestin yang berdiri di jalan pintasan berhampiran satu penempatan di Ramallah pada malam Sabtu lalu. Radio Israel mendakwa tiga lelaki tersebut ditahan kerana melontar batu kepada penduduk penempatan tersebut dan kenderaan tentera Israel. Dikatakan tiga lelaki tersebut ditahan berdekatan perkampungan Tarsimaya di kawasan utara Ramallah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syarira

Categories
Berita Semasa

Kesefahaman Yahudi Syor Lakukan Serbuan Ke Masjidil Aqsa

Selasa , 22-04-2014 – Tinjauan di kalangan masyarakat Israel yang dilakukan Institut Mejar Mohot yang dilakukan oleh Persatuan kuil menyebutkan, Kesefahaman sayap kanan Yahudi bersetuju untuk melakukan serbuan ke Al-Aqsa dan naik ke bukit Temple.

Kira -kira 80 % sayap kanan Yahudi berpendapat harus menunaikan ritual dan keagamaan di dalam Al-Aqsa dan menyeru untuk membangunkan kuil sinagog Yahudi di halamannya.

Ekstrimis yahudi menegaskan kesediaan mereka melakukan serbuan terhadap Al-Aqsa, melalui lawatan ke Al-Quds, dan berpendapat bahawa kunjungan ke kawasan Masjidil Aqsa merupakan tujuan utama aktiviti keagamaan Yahudi di Al-Quds, sementara 60 % Yahudi liberal tidak mendukung idea pembangunan kuil sinagog di kawasan Al-Aqsa.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Konvoi “Miles of Smiles” tiba di Gaza hari ini

Selasa , 22-04-2014 – Penganjur “Miles of Smiles” yang ke-26 daripada kempen bantuan berkata pihak berkuasa Mesir membenarkan konvoi mereka menyeberang Semenanjung Gaza yang dikepung pada hari Ahad, menunjukkan pendirian Mesir yang tidak kukuh untuk membuka sempadan Rafah secara teratur setiap minggu.

Ketua “Miles of Smiles”, Isam Yousuf berkata kepada saluran satelit Al-Kitab bahawa konvoi mereka mungkin boleh memberi sedikit harapan untuk mengembalikan konvoi sokongan padu terhadap Gaza-perikatan selepas tempoh rehat yang panjang.
Yousuf menambah bahawa konvoi “Miles of Smiles” yang ke-26 kali ini adalah untuk menekankan sokongan padu terhadap penduduk Gaza yang dikepung

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : mardhiah

Categories
Berita Semasa

Pendatang Yahudi menebang lebih 100 pokok-pokok zaitun

Selasa , 22-04-2014 – Pendatang Yahudi yang telah menggunakan gergaji tangan dan alat-alat tajam yang lain untuk menebang lebih 100 pokok zaitun di kampung Ras Karkar ke utara barat Ramallah pada hari Ahad. Para saksi berkata bahawa pendatang Yahudi itu mendakwa mereka memotong pokok kerana ia milik tanah yang telah dirampas sebagai harta mereka sendiri.

Mereka menambah bahawa pendatang haram Yahudi itu secara rutin menyerang tanah di Ras Karkar dan kampung-kampung lain yang berdekatan dengan alasan bahawa mereka memiliki tanah itu dan ia telah dilampirkan untuk penempatan mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syuhada