Categories
Berita Semasa

Geneva akan anjurkan persidangan peringkat antarabangsa hak-hak tahanan penjara Palestin

Khamis , 10/03/2011 – Di bawah slogan “Bekerja untuk keadilan”, beberapa buah oraganisasi hak-hak kemanusiaan Eropah sedang bersiap-sedia untuk mengadakan persidangan antarabangsa pertama berkaitan hak-hak tahanan penjara warganegara Palestin yang dipenjarakan di penjara rejim Zionis.

Persidangan tersebut akan diadakan di Geneva, Switzerland pada 11-12 Mac 2011. Ia bertujuan untuk mengumpul usaha kebanyakan ahli parlimen Palestin dan Eropah serta aktivis-aktivis kemanusiaan bagi menyokong isu tahanan-tahanan Palestin.

Persidangan tersebut akan dianjurkan oleh Hak untuk Semua Organisasi, sebuah jaringan Eropah yang menyokong hak-hak tahanan penjara Palestin (UFree) dan Utara- Selatan 21. Organisasi-organisasi ini meletakkan sasaran untuk menggabungkan
usaha-usaha mereka menentang kekejaman yang dikenakan terhadap tahanan-tahanan warganegara Palestin yang dipenjarakan di penjara rejim Zionis.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Rayuan tergempar bagi membebaskan ibu kepada dua kanak-kanak yang dipenjarakan rejim Zionis

Khamis , 10/03/2011 – Sambutan 100 tahun Hari Wanita Antarabangsa membawa makna bahawa seorang ibu warganegara Palestin yang mempunyai 2 orang anak, Iman Ghazzawi, 35, telah dipenjarakan di penjara rejim Zionis selama 10 tahun.

Jurucakap kepada Kementerian Hal Ehwal Tahanan Penjara Palestin, Riyadh al-Ashqar memaklumkan bahawa Ghazzawi telah diculik pada 8 Mac 2001 dan dijatuhkan hukuman penjara selama 13 tahun.

Ghazzawi merupakan seorang daripada 4 orang tahanan wanita Palestin yang mana suaminya turut dipenjarakan. Wanita ini merupakan isteri kepada Shaher Asha, salah seorang tahanan penjara yang diculik selepas 5 bulan isterinya diculik. Anak-anak
mereka, Samah, 12 dan Jihad, 13 ketika ini tinggal bersama nenek di sebelah ibu mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Persidangan Yayasan Al-Quds : pengabaian hak rakyat Palestin adalah pengkhianatan terhadap negara.

Khamis , 10/03/2011 – Yayasan Al-Quds dalam persidangan kali ke-8 di Khartoum, yang diakhiri dengan persepakatan yang dinamakan “Deklarasi Khartoum”, yang menyatakan bahawa, “apa sahaja pengabaian Al-Quds atau pencabulan hak rakyat Palestin adalah dianggap sebagai pengkhianatan kepada negara.”

Deklarasi itu menyeru pihak Fatah di Ramallah untuk menghentikan segala bentuk kerjasama, koordinasi keselamatan dan rundingan bersama rejim Zionis, Fatah juga mesti cenderung ke arah keputusan barisan pertahanan dan menjaga kepentingan Palestin dan menghentikan pecah belah secara serta-merta.”

Dalam kenyataannya lagi, “pendirian pentadbiran Amerika yang memusuhi rakyat Palestin dan hak mereka, dan memberi sokongan penuh kepada pihak musuh, Zionis, serta membekalkan mereka dengan segala jenis bantuan, jaminan, dan menutup jenayah mereka, menunjukkan bahawa pihak Amerika akan terus meneruskan kerjasama strategik bersama rejim Zionis melawan rakyat kita, merampas keamanan kita, dan menafikan segala hak rakyat Palestin.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Pihak Keselamatan Mesir Halang Warga Palestin Memasuki Rafah

Khamis , 10/03/2011 – Puluhan warga Palestin di pintu masuk sempadan Rafah dikejutkan dengan larangan pihak “Keamanan negara” Mesir terhadap mereka, walaupun visa masuk telah lengkap. Mereka yang dikembalikan kerana sebab yang tidak jelas adalah para mahasiswa, pesakit dan sejumlah penduduk.

Pihak Otoriti Mesir kembali membuka perlintasan Rafah pada 20 Februari lalu setelah ditutup akibat revolusi Mesir, namun dihadkan hanya kepada sejumlah pesakit dan mahasiswa. Visa masuk setiap hari hanya 300 orang sahaja.

Sejumlah mahasiswa Palestin menyatakan bahwa pihak keselamatan Mesir berada di sebalik tindakan larangan tersebut.Para mahasiswa menganggap sekatan terhadap mereka adalah ancaman bagi masa depan pengajian di universiti dan hilangnya kesempatan mendapat segulung ijazah. Mereka menuntut PM Mesir, Isham Sharaf untuk meneliti masalah ini secara peribadi.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Hamas memperakui prinsip Menteri Luar Mesir yang baru

Khamis , 10/03/2011 – Hamas memuji prinsip yang dinyatakan oleh Menteri Luar Mesir yang baru, Nabil Al-Arabi. Arabi yang dilantik ketika pembentukan kerajaan selepas revolusi, telah menyeru kepada pengakhiran kepungan selama 5 tahun di sebuah kawasan kecil di Gaza.

Hamas berkata, mereka berharap kedudukan ini akan diterjemahkan sepanjang tempoh perjawatannya. “Kami memuji kenyataan beliau terhadap isu kepungan Gaza dan penolakannya terhadap polisi tidak adil ini, serta pandangannya terhadap kerosakan yang diakibatkan oleh Perjanjian Kem David,” Hamas berkata dalam satu kenyataan terkini.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Tentera Zionis Israel beri notis pengosongan, tahan sepuluh warga Palestin termasuk kanak-kanak

Khamis , 10/03/2011 – Tentera Zionis Israel (IOF) telah memberi notis pengosongan kepada sejumlah warga di Desa Beit Ummar, Al-Khalil, dengan mendakwa bahawa rumah-rumah mereka berdekatan dengan jalan pintas Quds-Khalil.

Sumber tempatan berkata kepada PIC tentera itu dipercayai ingin mencegah penduduk daripada melemparkan batu ke arah kenderaan tentera dan kereta penduduk ‘yang melalui berhampiran kota itu. Tentera Zionis Israel IOF juga menahan sepuluh warga Palestin pada Subuh Isnin di kebanyakan wilayah Tebing Barat.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Anak Mubarak terima komisen lumayan hasil eksport gas ke Israel

Khamis , 10/03/2011 – SAkhbar Kuwait Al Jaridah mendedahkan kedua anak Presiden Hosni Mubarak menerima komisen yang amat lumayan hasil eksport gas ke Israel. Menurut berita yang dikeluarkan, kedua mereka menerima 2.5juta dolar Amerika. Rundingan eksport gas dilakukan oleh Menteri inyak Mesir Samer Fahmi dan pengusaha Hussein Salem yang merupakan kroni Mubarak.

Sehingga Disember 2010, 4 kontrak besar Mesir-Israel selama 20 tahun yang dianggarkan sejumlah 10juta dolar .

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Zionis jadikan halam masjid Ibrahimi tempat maksiat

Selasa , 08/03/2011 – Sekelompok penduduk Zionis-Israel akan mengadakan pesta besar-besaran. Pesta yang akan disertai dengan bunga api dan hiburan yang melampau. Dijangkakan halaman masjid itu akan digunakan untuk kawasan mereka berjoget.

Sebelum ini, majlis yang sama telah diadakan oleh Zionis-Israel. Mereka telah merosakkan perumahan rakyat Palestin berhampiran. Mereka juga memaki dan menghina rakyat Palestin yang ada di sekitar itu. Kenderaan milik rakyat Palestin turut dirosakkan oleh Zionis-Israel.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

UNICEF bincang perancangan 2011-2012 dengan Kementerian Kesihatan Gaza

Selasa , 08/03/2011 – Kementerian Kesihatan Gaza yang diwakili oleh Pengarah Kerjasama Antarabangsa, Dr. Mohammed Al-Kashif mengadakan perjumpaan dengan delegasi Tabung Kanak-Kanak PBB yang diketuai oleh Diane Araki dan Dr Younis Awadallah.

Delegasi UNICEF memberi taklimat tentang perancangan untuk tahun 2011-2012 yang bertumpu kepada projek berkaitan penyusuan ibu, lawatan rumah terhadap ibu-ibu setelah bersalin dan juga pemvaksinan kanak-kanak.

Kashif mengalu-alukan delegasi itu serta memuji PBB di atas perkhidmatan kesihatan yang diberikan di jajahan Palestin. Beliau turut menyeru ke arah kerjasama lebih pada masa hadapan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Keluarga terdekat: Para tahanan di penjara-penjara Mesir pada hari ke-15 mogok makan

Selasa , 08/03/2011 – Keluarga tahanan Palestin yang ditahan di penjara Aqrab dan Burj Al-Arab, Mesir menegaskan saudara mereka yang mengadakan mogok makan selama 15 hari masih terus berjalan kerana memprotes penahanan mereka.

Dlam sidang akhbar di bandar Gaza pada Ahad lalu, mereka berkata para tahanan telah memasuki “tahap kritikal” dan nyawa mereka dalam bahaya.

Mereka meminta semua pihak bertanggung jawab atas kehidupan para tahanan, sambil menambah mereka ditahan tanpa apa-apa dosa dan berada dalam keadaan yang amat teruk.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah :  hijjaz

Categories
Berita Semasa

Movaz Minta Para Pengunjung Tawanan Dihadkan

Selasa , 08/03/2011 – Shaol Movaz, ketua jawatankuasa luar negeri dan keamanan parlimen Knesset Zionis meminta dilakukan kajian ulangan berkaitan isu pengunjung tahanan Palestin di penjara. Beliau menyatakan, tahanan Palestin menerima kunjungan delegasi Palang Merah antarabangsa 3 bulan sekali. Sementara pihak keluarga diberikan kebenaran kunjungan dua minggu sekali.

Movaz yang kini sebagai anggota kumpulan Lobi parlimen untuk urusaan tentera Gilad Shalit mengatakan, pemerintah harus menggunakan pelbagai cara untuk menekan gerakan Hamas agar menerima keputusan Zionis dalam hal transaksi pertukaran tawanan.

Sementara itu, sejumlah anggota kumpulan lobi untuk Gilad Shalit, Ahad (6/3) ke penjara Over utara Al-Quds. Ahli Knesset, Meiri Zaigiv mengatakan, para tawanan Palestin tidak boleh diberikan keistimewaan sebagai satu tekanan terhadap Hamas.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Amaran peningkatan kekejaman Zionis terhadap Aqsa.

Selasa , 08/03/2011 – Yayasan Warisan dan Sejarah Al-Aqsa dalam kenyataan pada hari Khamis (3 Mac) memberi amaran akan peningkatan usaha serangan Zionis terhadap Masjid Suci Al-Aqsa, menampilkan barisan besar tentera dan agen-agen Zionis, yang mengepung dan menceroboh seluruh Aqsa.

Yayasan itu menekankan bahawa serangan ini bertujuan untuk merampas masjid berkah ini, dan menegaskan, “perjuangan berterusan, dan penjagaan ketat daripada ahli Al-Aqsa dan Palestin adalah barisan pertahanan pertama masjid ini.”

Pertubuhan itu dan beberapa orang saksi menyaksikan pencerobohan Masjidil Aqsa oleh sekumpulan besar agen Zionis petang Rabu lalu melalui Pintu Maghrib. Mereka membuat rondaan yang mencurigakan di kawasan masjid lama yang berbumbung, padang-padang dalam, kemudian bergerak ke Masjid Qubbah Sakhra sebelum keluar melalui Pintu Salsilah. Menurut yayasan itu, “terdapat saksi lain yang melaporkan kejadian sama oleh sekumpulan besar tentera Zionis beberapa hari lepas yang juga melibatkan barisan tentera wanita.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Dewan perdagangan beri amaran krisis ekonomi Gaza selepas penutupan Al- Mintar

Selasa , 08/03/2011 – Seorang pegawai kanan Dewan Perdagangan Palestin memberi amaran akan berlaku krisis besar-besaran dalam proses mengimport bahan-bahan asas ke Gaza yang dalam kepungan berikutan penutupan pintu keluar-masuk komersial Al-Mintar.

“Penutupan pintu Al-Mintar akan menyebabkan krisis besar-besaran kemasukan semua barang keperluan ke Gaza terutamanya tepung, walaupun pada hakikatnya pintu ini memang telah ditutup untuk kemasukan semua bahan asas kecuali bijiran dan bahan makanan sejak 4 tahun lalu,” kata pegawai perhubungan awam Dewan Perdagangan itu, Maher al-taba kepada media Quds pada Rabu lalu.

Tambahnya lagi, krisis kekurangan tepung telah dijangka berlaku sejak sebulan lalu apabila sudah terdapat tanda-tanda pintu Al-Mintar akan ditutup, tetapi sekarang ia akan menjadi krisis kekurangan banyak bahan keperluan asas yang lain sekiranya ia ditutup sepenuhnya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis peruntukkan $24 juta untuk meYahudikan Baitulmaqdis

Selasa , 08/03/2011 – Majlis perbandaran Baitulmaqdis yang dikuasai oleh rejim Zionis mengumumkan bahawa sejumlah $24 juta diperuntukkan bagi “membangun dan menstruktur semula kawasan timur Baitulmaqdis”.

Kumpulan-kumpulan hak-hak kemanusiaan Palestin berkata pengumuman yang dikeluarkan oleh akhbar mingguan Hebrew pada Selasa lalu berkata lebih banyak program/ projek meYahudikan Bailtulmaqdis sedang dilaksanakan dengan bertopengkan tema “pembangunan dan penstrukturan”.

Akhbar Yerushalem pula berkata bahawa projek tersebut akan membawa kepada pertempuran antara penduduk asal berbangsa Arab yang menetap di timur Bailtulmaqdis dengan pihak berkuasa rejim Zionis (IOA) seperti yang berlaku dalam beberapa insiden sebelum ini apabila penduduk asal itu mendapati rancangan tersebut bertujuan melenyapkan sebahagian besar kawasan penempatan mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Jurucakap Majlis Perundangan, Dweik bertemu dengan pegawai-pegawai Kementerian Luar Russia.

Jumaat , 04/03/2011 – Jurucakap majlis perundangan Palestin, Dr Aziz Dweik dan sejumlah ahli parlimen bertemu pada Rabu bersama wakil Russia di kota Ramallah dan membincangkan beberapa perkembangan serta isu di Palestin dan tanah Arab.

Delegasi Russia itu terdiri daripada wakil Menteri Luar Russia Alexander Yefimov, wakil Rusia di Palestin, Alexander Rudakov serta para pembantu mereka.

Dr Dweik menyeru penyertaan Russia dalam membantu Palestin dan isu-isu Arab serta menekankan bahawa kedudukan politik Russia adalah seimbang dan ikhlas. Beliau dan delegasi Russia menegaskan kepentingan prinsip kebebasan, keadilan, kemanusiaan serta konsep universal hak-hak asasi. Turut dibangkitkan tentang Hamas menolak sebarang tindakan ekstrimis dan keganasan kerana ia bertentangan dengan kepercayaan dan nilai mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati