Categories
Berita Semasa

Suruhanjaya kepada pemimpin Arab: Isytihar Jerusalem zon bencana.

Selasa , 09/02/2010 – Suruhanjaya Islam Kristian yang ditubuhkan untuk menjaga Jerusalam dan tempat-tempat ibadat yang lain memberi amaran bahawa proses pengyahudian kawasan-kawasan tersebut telah masuk ke fasa kritikal.

Categories
Berita Semasa

Ratusan rakyat di Nagev hidup tanpa air.

Selasa , 09/02/2010 – Ratusan penduduk di Nagev kini menghadapi masalah kekurangan air. Masalah ini salah satu cara Zionis-Israel membuktikan kezaliman terhadap rakyat Palestin. Hasil daripada masalah ini, ramai diantara mereka yang mengidap kolera, Tipus dan disentri. Walaupun kes ini telah di bawa ke mahkamah Israel bagi urusan air, hakim Roni Shabera telah menolak kes itu.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif

Categories
Berita Semasa

Khudari memberi amaran pada rejim Zionis yang mensasarkan nelayan Palestin.

Isnin , 08/02/2010 –MP Jamal Al-Khudari, Ketua Jawatankuasa anti pengepongan, telah memberi amaran kepada Israel di atas peningkatan serangan terhadap nelayan Palestin atas alasan keselamatan.

Categories
Berita Semasa

Bahan bakar untuk membekal tenaga bagi Gaza cuma cukup untuk 24 jam.

Isnin , 08/02/2010 – Lembaga Tenaga Palestin mengumumkan bahawa salah satu penjana dalam stesen janakuasa elektrik Gaza telah berhenti berfungsi Sabtu lalu akibat kekurangan bahan bakar dan jumlah bahan bakar yang ada cuma dapat menampung operasi stesen itu hanya untuk 24 jam lagi.

Categories
Berita Semasa

Taha: Keadaan di Tebing Barat tidak membantu merapatkan hubungan.

Isnin , 08/02/2010 – Aiman Taha, seorang pimpinan HAMAS menegaskan apa yang berlaku di Tebing Barat akan menyebabkan langkah pembinaan kepercayaan di antara Fatah dan HAMAS terbantut dan tidak menyumbang kepada penamatan perpecahan yang sedang berlaku. Beliau merujuk kepada bentuk tindakan dan hubungan yang dilakukan oleh Fatah terhadap para pemimpin dan anggota HAMAS.

Categories
Berita Semasa

Mabhouh: Siapa yang memilih laluan perjuangan penuh rintangan pasti mengetahui pengakhirannya.

Isnin , 08/02/2010 – Mahmoud Al-Mabhouh, panglima Hamas yang telah dibunuh di Bandar raya Dubai oleh pihak Mossad Israeli beberapa minggu lepas, telah menyatakan yang beliau telah memilih laluan rintangan itu dan mengetahui beginilah pengakhirannya.

Categories
Berita Semasa

Amerika kepada Israel : Kurangkan pengepungan ke atas Gaza untuk kurangkan tuduhan jenayah perang Goldstone.

Isnin , 08/02/2010 – Amerika Syarikat mencadangkan kepada Israel agar mengurangkan pengepungan ke atas Gaza supaya dapat menafikan tuduhan jenayah perang semasa Operasi ‘Cast Lead’ lebih setahun lalu, seperti dalam laporan Goldstone.

Categories
Berita Semasa

Militia Abbas memalukan wanita Palestin di Tebing Barat.

Isnin , 08/02/2010 –Beberapa sumber tempatan mengesahkan bahawa kumpulan pasukan keselamatan PA di Tebing Barat telah menyaman Layla Saqar untuk tujuan soal siasat dalam satu percubaan untuk memberi tekanan kepada suaminya Ahmad Nabhan Saqar yang telah menderita dalam penjara Israel selama sepuluh tahun kini.

Categories
Berita Semasa

Abbas hanya mahu berbincang dengan Israel berbanding Hamas.

Isnin , 08/02/2010 – Fawzi Barhoum, jurucakap Pergerakan Hamas di Semenanjung Gaza Ahad lalu menyatakan bahawa perhatian utama Mahmoud Abbas adalah berbicang dengan Israel dan bukannya Hamas.

Categories
Berita Semasa

Pemimpin Arab bakal dihadapkan ke mahkamah.

Ahad,  07/02/2010 – Pemimpin Arab minoriti dalam kerajaan Israel diberi amaran akan diserang dan menghadapi risiko dihadapkan ke mahkamah, dengan sokongan sayap kanan kerajaan Benjamin Netanyahu, demi menyekat aktiviti politik mereka.

Categories
Berita Semasa

Kecacatan bayi di Gaza meningkat akibat kesan peperangan.

Sabtu, 06/02/2010 – Walaupun “Operation Cast Lead” Israel telah berakhir pada januari 2009, kesannya masih ada dan akan terus dirasai beberapa dekad mendatang. Doktor di Bandar Gaza melaporkan kenaikan kecacatan kelahiran yang membimbangkan di kalangan wanita yang terdedah dengan posporus putih dan beberapa lagi bahan kimia yang digunakan dalam senjata Israel.

Categories
Berita Semasa

Wanita dikenakan 3 tahun penjara.

Sabtu, 06/02/2010 – Pihak mahkamah tentera Zionis-Israel telah menjatuhkan hukuman penjara 3 tahun ke atas seorang wanita dan didenda sebanyak 500 dolar Amerika dengan pelbagai tuduhan. Aisyah Muhammad yang berusia 22 tahun sebelum ini telah menduduki penjara selama 6 tahun. Aisyah kini dipindahkan ke penjara di Ramallah. Beliau yang dituduh menyerang seorang tentera Zionis sepertimana didakwa olah seorang tentera yang lain.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif

Categories
Berita Semasa

Erdogan: Turki tidak akan diam diri melihat Israel membunuh dan menukar Gaza menjadi penjara.

Sabtu, 06/02/2010 – Perdana Menteri Turki Recep Erdogan menegaskan kembali bahawa Turki tidak dapat berdiam diri dengan menyaksikan pembunuhan kejam Israel, pemusnahan infrastruktur serta menukar Gaza menjadi penjara besar.

Categories
Berita Semasa

Kenderaan Israel menembusi Kem Buriej di pusat bandar Gaza.

Sabtu, 06/02/2010 – Pasukan Pendudukan Israel melakukan sebuah serangan pagi ini di timur Kem Tahanan Bureij di pusat bandar Semenanjung Gaza.

Categories
Berita Semasa

HAMAS: Abbas tidak lagi mewakili rakyat Palestin.

Sabtu, 06/02/2010 – HAMAS menegaskan Mahmoud Abbas, ketua pentadbiran yang sudah tamat tempohnya tidak lagi mewakili rakyat Palestin dan tidak layak untuk menjadi wakil yang mengemukakan hasrat dan harapan mereka.