Categories
Berita Semasa

Kementerian Wakaf: Israel Berusaha Melarang Azan di Al-Quds

Khamis , 10/02/2011 – Menteri Wakaf dan Urusan Agama Palestin, Dr. Thalib Abu Sya’r memperingatkan bahaya tindakan Yahudinisasi terhadap Al-Quds dan tempat suci Islam, ketika ini sedang berjalan projek Israel yang melarang suara azan di kota Al-Quds.

Dalam pernyataan akhbar, Selasa (8/2) Abu Sya’r menjelaskan bahawa penasihat Israel urusan Arab, Kapten Georde dan Ketua Militan Al-Quds, Jenral Aharon Vranco, akhir-akhir ini serius berusaha melarang azan dengan dalih untuk memberikan keselesaan kepada warga Yahudi yang tinggal di penempatan Bizgat Zeev dan Tel Prancis.

Menteri tersebut megecam dakwaan Israel yang menyatakan bahawa suara azan merupakan sumber kebisingan bagi warga Yahudi di kawasan penempatan mereka. Ketua Jawatankuasa Al-Quds menganggap tindakan zalim ini sangat bertentangan dengan undang-undang dan syariat Islam yang menghormati kesucian azan dan kedudukannya yang agung.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Peres lebih suka ketiadaan demokrasi kepada pihak berkuasa agama di Mesir

Selasa , 08/02/2011 – Presiden rejim Zionis, Shimon Peres berkata bahawa beliau lebih suka ketiadaan demokrasi di Mesir dengan merujuk kepada pemerintahan Presiden Hosni Mubarak dan pihak berkuasa agama sekarang.

Dalam ulasan pertamanya berkaitan situasi di Mesir, Peres berkata pada Isnin lalu bahawa sebuah pihak berkuasa berhubung agama di Kaherah tidak akan lebih baik daripada ketiadaan demokrasi.

Peres yang baru menerima secara rasmi duta-duta baru ke Israel berkata bahawa dia mengormati Mubarak dan menghargai usaha-usahanya memastikan keselamatan Negara haram Israel terjamin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Kerajaan bina ikatan dengan komuniti Kristian di Gaza

Selasa , 08/02/2011 – Kementerian Hubungan Antara Agama Gaza berkata kementerian itu sedang berusaha untuk mengukuhkan lagi ikatannya dengan komuniti Kristian di Gaza.

Menterinya, Talib Abu Sha’ar telah bertemu dengan George Hernandez, pastor di Gereja Keluarga Suci dan membuat beberapa kunjungan ke Gereja Monastri Latin di Gaza dalam usahanya untuk mengukuhkan lagi kerjasama antara kerajaan dengan rakyat Palestin yang beragama Kristian.Abu Sha’ar dipetik sebagai berkata, “Sebagai rakyat Palestin, mereka juga mempunyai hak dan
tanggungjawab.”

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Russia Today: Para pemprotes cuba rempuh kedutaan rejim Zionis di Kaherah

Selasa , 08/02/2011 – Para peserta demontrasi di Mesir cuba merempuh Kedutaan rejim Zionis pada tengahari Ahad lepas di pusat bandar Kaherah, lapor TV Russia Today. Saluran TV itu tidak memberitahu sebarang maklumat terperinci lagi.

Kakitangan di Kedutaan rejim Zionis serta keluarga masing-masing dilaporkan telah meninggalkan Kaherah pada Jumaat lepas selepas salah satu kumpulan pemprotes menghampiri bangunan mereka yang terletak berhampiran Universiti Kaherah di Giza.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Ikhwanul Muslimun tolak ucapan Mubarak, gesa beliau letak jawatan.

Selasa , 08/02/2011 – Jemaah Ikhwanul Muslimin menolak khutbah yang disampaikan oleh Presiden Mesir, Hosni Mubarak, sambil menyatakan bahawa beliau (Mubarak) tidak berniat untuk memberi peluang kepada pimpinan baru. Jemaah itu menganggap bahawa ucapan tersebut tidak langsung memenuhi perkara yang dituntut oleh para penunjuk perasaan.

Dr. Muhammad Mursi, jurucakap rasmi Ikhwanul Muslimun yang juga anggota Pejabat Panduan, dalam kenyataan agensi berita Jerman yang diterima melalui panggilan telefon, menyifatkan bahawa ucapan dan bahasa yang digunakan oleh Presiden Mesir itu sebagai, “tidak boleh diterima sama sekali, dan tidak memenuhi walau sedikitpun tuntutan keperluan rakyat.”

Mursi menegaskan bahawa pelan perubahan yang diumumkan Presiden Mesir itu datang terlalu lewat, sedangkan rakyat telah bersuara sejak 25 Januari lagi, tetapi pengunguman ini hanya datang selepas 8 juta rakyat Mesir berdemonstrasi di seluruh negara.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Kerajaan Jordan Bubarkan Kabinet Atas Desakan Rakyat

Selasa , 08/02/2011 – Raja Abdullah II menyetujui pembubaran kabinet Samir Rifai dan meminta Dr. Ma’ruf Bakhit membentuk kabinet baru atas desakan rakyat Jordan yang melakukan demonstrasi menuntut pembubaran kabinet dan inginkan reformasi politik dan ekonomi.

Raja Jordan berjanji, pemerintahan baru akan membuat langkah dinamik dan segera untuk reformasi politik dan menyelenggara kehidupan rakyat yang lebih aman dan sentosa.

Dalam masa yang sama, sumber kerajaan Jordan menyebutkan bahawa kabinet baru akan merombak tiga kementerian utama iaitu Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Luar Negeri dan Kementerian Kewangan.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Tentera penjajah Israel merampas 600 dunums tanah kampung Beit Ummar

Selasa , 08/02/2011 – Penguasa pendudukan haram Israel (tentera penjajah Israel) memberitahu kounsil desa Beit Ummar, di Al-Khalil, bahawa tentera mengarah untuk merampas 600 dunums tanah yang berhampiran dengan penempatan Gush Etzion.

Sumber-sumber tempatan mengatakan bahawa pegawai awam kerajaan Israel di Tebing Barat telah menyampaikan notis rampasan terhadap pemilik tanah tersebut. Perintah itu mengatakan bahawa tanah tersebut akan digunakan untuk membina sebuah lembaga pendidikan yang bergabung dengan Gush Etzion.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Ahli-Ahli Parlimen Hamas : Penangkapan pekerja kami tidak akan menggugat operasi

Isnin , 07/02/2011 – Ahli Parlimen Hamas di Salfit mengatakan penangkapan pengarah pejabat mereka bertujuan menggugat operasi Majlis Perundangan Palestin (PLC). Israel menahan Izzudin Fattash yang mengarah pejabat PLC di kota Salfit, Tebing Barat setelah satu serbuan di kediamannya. Satu kenyataan oleh ahli-ahli PLC mengatakan penangkapan tersebut tidak akan melemahkan semangat mereka daripada berkhidmat kepada rakyat yang telah memilih mereka di dalam pilihanraya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

PLC meninjau dokumen-dokumen perundingan rahsia pada hari Khamis

Isnin , 07/02/2011 – Majlis Perundangan Palestin akan mengadakan pertemuan pada hari Khamis untuk membincangkan dokumen TV Al-Jazeera yang ditayangkan untuk memperinci rundingan antara Pihak Palestin dan Israel. Kumpulan hak asasi manusia telah mengambil langkah-langkah mengikut saluran undang-undang untuk menyerang perunding haram.

“Dewan Presiden itu telah menjemput wakil untuk menghadiri mesyuarat khas parlimen Palestin yang akan diadakan pada hari Khamis di bandar Gaza untuk membincangkan dokumen TV Al-Jazeera yang telah menerbitkan berkenaan tentang perundingan dengan Israel,” kata media PLC jabatan.

Al-Jazeera telah secara berperingkat telah mendedahkan sejak hari Ahad beberapa tuntutan 1,600 dokumen-dokumen rahsia yang membocorkan rundingan yang mempertimbangkan sebahagian besar Baitulmuqaddis dan Masjid Aqsa dan hak-hak rakyat Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

PA memaksa warga Tebing Barat meneruskan protes terhadap Al-Jazeera, Emir Qatar

Isnin , 07/02/2011 – Unit Keselamatan Ketenteraan dan pegawai kerajaan dari pihak berkuasa Palestin (PA) dipanggil melalui pembesar suara dari masjid di Tebing Barat untuk menyertai perarakan pada hari Khamis untuk mengecam tindakan rangkaian satelit Al-Jazeera yang mendedahkan dokumen-dokumen tentang perundingan damai PA-Israel.

Satu sumber memberitahu kepada pusat maklumat Palestin (PIC) bahawa peserta perarakan diperintahkan untuk menekan Emir Qatar Sheikh Hamad Al Thani secara lisan atas pendedahan yang dilakukan oleh Al-Jazeera. PendudukTebing Barat yang bekerja di sektor kerajaan diancam bahawa mereka akan dipertanggung jawabkan dan dihukum jika mereka tidak menyertai protes itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

ST: Suleiman, Tantawi membincangkan cara melepas jawatan secara bermaruah untuk Mubarak

Isnin , 07/02/2011 – Surat khabar Inggeris Sunday Times mengatakan bahawa dua pegawai keselamatan atasan Mesir telah memberi amaran kepada Presiden Hosni Mubarak bahawa dia harus melepaskan kuasa untuk mengelakkan kekerasan berpanjangan di negara dunia Arab yang paling padat penduduknya”.

Ia mengutip sebuah sumber yang dekat dengan kepimpinan Mesir yang mengatakan bahawa timbalan presiden yang baru dilantik, serta Ketua Perisikan Omar Suleiman dan Menteri Pertahanan Mohammed Tantawi sedang membincangkan perletakan jawatan Mubarak secara bermaruah. Akhbar itu mencatat, walaubagaimanapun Mubarak tidak menunjukkan tanda untuk melepaskan kuasa.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Jabatan Kesihatan mengulangi amaran bencana kesihatan di Gaza

Isnin , 07/02/2011 – Kementerian Kesihatan Gaza mengulangi amaran bahawa ketika ini mereka kekurangan ubat-ubatan membawa kepada risiko bencana kesihatan pada tahap serius bagi pesakit Palestin.

Pihak Berkuasa Palestin di Ramallah telah menolak untuk menjawab rayuan oleh mereka yang masuk campur untuk menyelesaikan krisis yang telah berlaku lebih satu bulan dan melepaskan ubat-ubatan penting yang ditahan dari Gaza. Sebuah kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Isnin malam mengatakan 170 ubat-ubatan dan 140 peralatan perubatan telah kehabisan stok.

sumber : http://www.palestine-info.co. uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Hamas kutuk dasar politik yang menagkap barisan pimpinan Palestin.

Rabu , 02/02/2011 – Hamas mengutuk keras tindakan rejim Zionis yang kembali menahan semula pimpinan Badan Perubahan dan Revolusi, Syeikh Muhammad Jamal Al-Natsheh, yang baru sahaja dibebaskan 4 bulan lalu setelah dipenjara selama 9 tahun, di mana 6 tahun padanya dihabiskan di dalam bilik pengasingan.

Tambah Hamas dalam kenyataan yang diterima oleh Pusat Informasi Palestin pada hari Isnin (31 Januari), bahawa polisi rejim Zionis itu tidak akan menjejaskan perjuangan Syeikh Natsheh dan kesemua pemimpin rakyat Palestin untuk meneruskan perjuangan mereka membela rakyat dan hak-hak Palestin.

Hamas berkata bahawa Zionis bertanggungjawab penuh ke atas keselamatan Syeikh Natsheh, sambil melaungkan seruan supaya kesemua rakyat Palestin berdiri dalam satu saf bersama para pimpinan dan perwakilan Palestin, membanteras polisi perkauman dan jenayah dari proses keamanan Zionis dan mengecam polisi Kumpulan Oslo yang menjadi dalang di sebalik perundingan yang sia-sia dan melampau terhadap hak-hak dan keadilan Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Israel luluskan rancangan memusnahkan sebahagian masjid Haifa

Rabu , 02/02/2011 – Israel sedia untuk memusnahkan sebahagian masjid Haifa dan menggunakan tanah tersebut untuk kepentingan pendatang Yahudi. Majlis Perbandaran Israel di Bandar Haifa meluluskan rancangan memusnahkan seluas dua dunum daripada Masjid Istiqlal tanpa memaklumkan pentadbiran masjid.

Lembaga Masjid telah bertemu dengan ahli-ahli politik untuk membincangkan kaedah berdepan dengan keputusan Israel itu. Mereka beranggapan langkah Israel itu merupakan permulaan ke arah merampas baki kawasan wakaf di Haifa.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Militan Abbas culik 4 pendukung Hamas di Tebing Barat.

Selasa , 01/02/2011 – Pihak militan Abbas meneruskan tentangannya terhadap Hamas seperti yang dilaporkan media Tebing Barat, yang memaklumkan di antara mereka yang diculik adalah 4 orang pendukung Hamas dari pelbagai kawasan di Tebing Barat.

Di daerah Hebron pulak, pihak Abbas telah memenjara bekas tahanan, Ayman El-Junaidi, meskipun tahap kesihatan beliau semakin merosot akibat kanser yang dihadapinya beserta anak lelaki kepada menteri, Muhammad Abu Jeheisha, iaitu Mus’ab Abu Jeheisha, selepas menceroboh tempat kerja beliau dekat daerah Izna.

Badan keamanan Abbas turut menculik 3 bekas tahanan yang pernah ditahan hampir selama 10 hari iaitu : jurutera Nadeem Abu Khalaf, Ubadah Badr Najl anak lelaki kepada menteri, Maher Badr dan Abdel A’dzim

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen