Categories
Berita Semasa

Knesset untuk undian terhadap undang-undang yang memaksa rakyat Palestin menampung kos pemusnahan

Selasa, 05/07/2011 – Undang-undang Perlembagaan Knesset Israel dan Jawatankuasa Keadilan telah meluluskan draf undang-undang memaksa rakyat Palestin untuk menampung kos pemusnahan rumah yang dikeluarkan terhadap mereka tanpa menggunakan mahkamah.

Radio Israel melaporkan bahawa jawatankuasa itu tidak bersetuju untuk memberi kuasa kepada panglima serantau Tebing Barat untuk memohon undang-undang yang ada untuk membangkang kerajaan.

Draf ini akan dibawa ke Knesset untuk bacaan kali kedua dan ketiga.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Penasihat Netanyahu di Kaherah untuk rundingan Shalit, Grapel

Selasa, 05/07/2011 – Penasihat utama Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, Yitzhak Molkho tiba di Kaherah tengah hari Rabu untuk membincangkan isu penangkapan askar Israel di Gaza, Gilad Shalit dan penangkapan ejen Mossad baru-baru ini di Kaherah, Ilan Grapel.

Media Hebrew melaporkan bahawa Molkho tiba dengan kapal jet peribadi dan akan berbincang dengan pegawai-pegawai Mesir berhubung dengan proses damai, eksport gas kepada Israel serta isu Shalit, dan Grapel tanpa memberi maklumat lebih lanjut.

Shalit telah ditahan oleh puak pejuang Palestin di Gaza sejak Jun 2006. Mereka menuntut pembebasan ratusan tawanan Palestin, yang terdiri dari wanita, sakit, kanak-kanak, serta tawanan, sebagai balasan agar beliau dibebaskan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

IOF merampas ratusan ekar tanah di Ramallah

Selasa, 05/07/2011 – Pendudukan tentera Israel (IOF) merampas ratusan dunums(ekar) tanah Palestin di sekeliling kampung Mazra’a Gharbiya dan Janiya ke barat bandar Ramallah, kata warga kepada PIC pada hari Selasa.

Dengan menunjukkan PIC dengan peta yang disiarkan, mereka berkata bahawa tentera IOF dan peneroka menyerbu tanah yang dirampas pada hari Isnin dan telah memasang penanda di atasnya, sambil menambah bahawa peneroka telah menyediakan peta dan jurutera bersama dengan peralatan yang diperlukan untuk menggariskan tanah.

Mereka berkata bahawa IOF telah memberitahu Palang Merah, yang diwakilkan oleh mereka untuk menyiasat mengenai isu ini, bahawa tanah yang kaya dengan pokok zaitun itu, telah dirampas.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Malaysia hantar rayuan kepada Setiausaha Agung PBB supaya menyokong Flotilla Kebebasan II

Khamis, 30/06/2011 – Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak telah menghantar rayuan kepada Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon supaya menyokong Flotilla Kebebasan II (FF II) yang membawa barang-barang bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Beliau membuat kenyataan yang disiarkan oleh media di Malaysia pada hari Isnin lepas, bahawa armada tersebut hanya bertujuan untuk menghantar bantuan kemanusiaan demi meringankan penderitaan yang dialami oleh penduduk Palestin.

Beliau juga mencadangkan supaya PBB menghantar wakil-wakilnya untuk memeriksa kapal-kapal dan para sukarelawan yang terlibat, bagi menjadi saksi kepada masyarakat dunia dan khususnya rejim Zionis bahawa armada tersebut hanya membawa barang-barang bantuan kemanusiaan. Katanya lagi, aktivis-aktivis Malaysia yang bersama-sama dengan beratus-ratus lagi sukarelawan antarabangsa dari pelbagai Negara akan turut berada di dalam armada tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Enjin kapal Flotilla disabotaj pihak misteri

Khamis, 30/06/2011 – Pihak tidak dikenalpasti yang disyaki sebagai ajen Mossad Zionis pada hari Isnin (27 Jun) telah mensabojat salah sebuah kapal dari Freedom Flotilla 2 di pelabuhan Greek sebelum kapal tersebut memulakan pelayaran menuju Gaza yang terpenjara sejak 5 tahun berturut-turut.

Rami Abdouh, anggota “konvoi Eropah untuk menghentikan kepungan Gaza” berkata dalam kenyataan hari ini : “sebuah entiti yang tidak dapat dikenalpasti telah merosakkan enjin salah satu kapal konvoi Eropah, dan sekarang para jurutera khas kapal sedang cuba membaiki enjin tersebut, yang mungkin memerlukan masa selama 2 hari.”

Abdouh mengecam “perancangan berterusan dan ancaman Israel” terhadap Freedom Flotilla, dan menegaskan bahawa Freedom Flotilla “akan terus berlayar dan sampai ke Tebing Gaza walau apa pun kesukaran yang terpaksa dihadapi”, dan turut mengingatkan masyarakat antarabangsa untuk menghentikan kekejaman lanun Zionis.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Menyamar: Senjata Ampuh Tangkap Aktivis Palestin

Khamis, 30/06/2011 – Terdapat pihak yang menyamar, pura-pura berdemonstrasi bersama warga Palestin. Ia bertujuan untuk mengacau, menangkap atau menganiaya mereka yang berdemonstrasi di Al-Quds terjajah. Dan hal ini ia berlaku hampir setiap hari.

Walaupun sebahagian warga Palestin mengetahui tipu daya yang dilancarkan pasukan khas Zionis ini, namun oleh kerana penyamar zionis terlalu ramai hingga menyulitkan para aktivis Palestin untuk mengenalinya. Ini menyebabkan ramai diantara orang Palestin yang ditangkap tentera Zionis.

Dalam tindakannya untuk menentang perjuangan Palestin dan mengejar para aktivis, tentara Zionis menggunakan pelbagai cara, sama ada dengan menggunakan cara yang lama mahupun yang baru. Menyamar adalah salah satu cara Zionis yang ampuh untuk menangkap para aktivis Palestin. Mereka terus mengembangkan usaha penyamaran ini, setelah mereka belajar dari kesalahan atau kegagalan sebelumnya.

Seorang pejuang Hak Asasi Manusia Al-Quds, Muhammad Abdurrahman berpendapat, tindakan menyamar ini merupakan bukti nyata tentang “logik jahat” Israel yang telah keluar dari semua undang-undang kemanusiaan. Orientasinya adalah menangkap para aktivis Palestin ketika melakukan aksi demonstrasi. Pada ketika yang sama mereka membunuh para buruan yang dicari secara kejam, seperti berlaku kepada para aktivis intifadah Al-Aqsa.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Abu Marzouk: Kami menolak syarat-syarat Israel dalam rundingan pertukaran tahanan

Khamis, 30/06/2011 – Timbalan biro politik Hamas, Dr Mousa Abu Marzouk berkata bahawa gerakan tersebut telah menolak tawaran tidak adil yang disampaikan oleh perantara Jerman mengenai rundingan pertukaran tahanan kerana perantara itu mengikut telunjuk Israel.

Beliau memberitahu akhbar London, al-Hayat yang disiarkan pada Ahad bahawa Gerhard Conrad mengambilkira syarat-syarat kerajaan penjajah Israel yang disifatkannya sebagai tidak adil dan tidak saksama.

Beliau turut menambah bahawa syarat-syarat ketat yang dikenakan Israel tidaklah menghairankan namun beliau tidak dapat menerima tindakan perantara German itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Israel desak Greece hentikan konvoi Gaza

Khamis, 30/06/2011 – Penganjur Freedom Flotilla II telah mengesahkan armada kapal Gaza akan belayar untuk menghantar bantuan yang diperlukan dalam tempoh beberapa hari lagi walaupun Israel memberi tekanan kepada Greece untuk menghalangnya.

Seorang anggota pengasas konvoi Kempen Eropah untuk menamatkan serangan ke atas Gaza semalam berkata Greece yang mendapat tekanan daripada Israel telah menjalankan usaha-usaha diplomatik untuk menggagalkan konvoi tersebut. Kenyataan itu berkata Greece telah mengambil langkah-langkah untuk menyukarkan misi dengan dua syarikat insurans kapal telah menarik balik tawaran insurans disebabkan tekanan Israel itu.

Sumber dari ECESG yakin penganjur mampu melepasi halangan dan ia hanya akan meningkatkan semangat mereka untuk memenuhi tugas kemanusiaan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Mahkamah PA jatuhkan hukuman ke atas 5 kadet Hamas

Khamis, 30/06/2011 – Sebuah mahkamah yang dikuasai pergerakan Fatah di Bandar al-Khalil pada Selasa lalu telah menjatuhkan hukuman 1 ½ tahun ke atas 5 kadet hamas, termasuk seorang kadet yang masih ditahan di penjara rejim Zionis. Perkara ini merupakan tamparan hebat kepada perjanjian perpaduan Palestin.

Jawatankuasa bagi keluarga tahanan-tahanan penjara memaklumkan dalam laman Facebooknya bahawa Nabil al-Natshe yang kini berada di dalam tahanan rejim Zionis turut dijatuhkan hukuman oleh mahkamah tersebut. Bahagian pencegahan dan keselamatan PA telah menahan keempat-empat kadet terbabit di dalam penjaranya sejak 6 bulan lepas manakala perbicaraan mereka telah beberapa kali ditangguh atas alasan-alasan tertentu dan yang terakhir adalah pada minggu lepas.

Sementara itu, natashe telah ditahan oleh pihak tentera rejim Zionis sejurus selepas PA membebaskannya setelah menerima tekanan media dan kumpulan hak asasi manusia memandangkan beliau mengalami kanser leher serta menderita sakit.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Pemerintahan Haneya Kutuk Pemusnahan Perkuburan Ma’manullah

Khamis, 30/06/2011 – Pemerintah Palestin pimpinan Ismail Haneya mengutuk tindakan penjajah Israel memusnahkan pemakaman Ma’manullah di Al-Quds, tindakan tersebut membuktikan karakter perkauman Israel.

Dalam keterangannya, Selasa (28/6) pemerintah menyatakan telah memutuskan untuk menyatakan tuntutan rasmi berkait tindakan Israel terhadap simbol Islam.

Di samping itu, pemerintah mengumumkan tindakan kesatuan terhadap para penduduk yang diancam pengusiran dari kota Al-Quds. Pemerintah menugaskan Menteri Luar mengirimkan surat kepada Liga Arab, OIC dan PBB serta pihak berkaitan untuk menjelaskan keadaan kota Al-Quds dan kejahatan Israel mengusir para penduduk dari kota Al-Quds.

Sementara itu, pemerintah memuji usaha para relawan Freedom Flotilla 2 dan menegaskan kesediaan mereka menyambut para sukarelawan yang membuktikan penolakan masyarakat antarabangsa terhadap sekatan yang dilakukan Israel kepada Gaza dan berusaha menamatkannya.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Anggota Kongres tuntut lindungi rakyat Amerika yang ikut Freedom Flotilla 2

Khamis, 30/06/2011 – Anggota Kongres Amerika mendesak agar rakyat Amerika yang menyertai flotilla2 di beri jaminan perlindungan. Seramai 36 rakyat Amerika yang menyertai flotilla 2. Flotilla 2 yang bertemakan “The Audacity of Hope” hasil inspirasi dari buku yang ditulis oleh Presiden Barrack Obama. Sepertimana kejayaan flotilla pertama, konvoi flotilla 2 komited untuk tidak menggunakan kekerasan,

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Ar-Rashq : Hamas dan Fatah belum sepakati siapa Perdana Menteri

Khamis, 30/06/2011 – Ahli Biro Politik Hamas, Ezzat Ar-Rashq menyatakan bahawa sehingga sekarang belum lagi terdapat kesepakatan berkenaan nama calon Perdana Menteri untuk kerjaan bersepadu Palestin.

Ar-Rashq menambah : “dalam perjumpaan terbaru antara Hamas dan Fatah di Kaherah beberapa nama telah dinaik calonkan untuk Perdana Menteri, yang telah disenarai pendek menjadi 4 nama (iaitu Dr. Mazen Sanqart, Dr. Muhammad Mustoffa, Dr. Yahya Siraj dan Ma’mun Abu Shahla), tetapi persepakatan untuk siapakah bakal Perdana Menteri belum dicapai, yang sepatutnya diadakan seminggu selepas pencalonan nama dalam perjumpaan yang dihadiri saudara Mahmoud Abbas dan Khaled Mesha’al, namun perjumpaan yang dijadualkan ini telah ditangguhkan oleh Fatah.”

Ar-Rashq dalam sidang media menafikan laporan beberapa media bahawa nama yang telah dipersepakati adalah Dr. Muhammad Mustoffa, dan menekankan bahawa perjumpaan di Kaherah adalah amat penting untuk menentukan siapakah Perdana Menteri dan barisan menteri lain dan ini perlu dilakukan oleh semua Hamas, Fatah dan faksi-faksi Palestin, dan bukan ditentukan oleh satu pihak sahaja.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Lebih sepertiga tahanan Palestin dinafikan hak lawatan

Khamis, 30/06/2011 – Pakar hal-ehwal tahanan, Abdul-Nasser Farwana berkata bahawa lebih daripada sepertiga tahanan Palestin di penjara Israel dinafikan hak lawatan keluarga.

Para tahanan dari Semenanjung Gaza dinafikan hak lawatan sebagai salah satu tindakan hukuman pada pertengahan June 2007 manakala yang lain turut menghadapi sekatan untuk tujuan keselamatan, katanya. Beliau menambah bahawa ahli keluarga yang dibenarkan melawat telah didera, digeledah dan dikerasi sebelum lawatan, malah ada yang didera secara seksual.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Haneyya: Kenyataan Abbas bercanggah dengan semangat perpaduan

Selasa, 28/06/2011 – Perdana Menteri Kerajaan Palestin di Gaza, Ismail Haneyya berkata pada Rabu lepas bahawa kenyataan terbaru yang dibuat oleh Ketua PA, Mahmoud Abbas adalah bercanggah dengan semangat perpaduan negara yang telah pun ditandatangani oleh semua pergerakan Palestin di Kaherah pada penghujung Mei lalu.

Haneyya berkata ketika merasmikan sekolah bagi orang-orang pekak yang seumpamanya di Gaza, bahawa kenyataan itu adalah bercanggah dengan semangat perpaduan. Abbas bertegas untuk melantik Salam Fayyad yang ditolak oleh Hamas, sebagai ketua kerajaan perpaduan. Kenyataan ini bercanggah dengah perjanjian perpaduan sebelumnya yang menyatakan bahawa ketua kerajaan hendaklah dipersetujui sebulat suara oleh semua pergerakan Palestin yang terlibat. Hamas mengkritik kenyataan Abbas itu dan percaya bahawa (jika Salam Fayyad mengetuai kerajaan), penahanan rakyat akan terus berlaku.

Haneyya dengan tegas mengatakan bahawa hasrat Fatah untuk melantik Fayyad adalah perlanggaran terhadap perjanjian perpaduan. Beliau turut menafikan kenyataan yang dibuat oleh perunding Fatah, Azzm Al-Ahmed berhubung dakwaan Hamas mencalonkan Jamal Al-Khudari sebagai ketua kerajaan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Penasihat Netanyahu Bincang Isu Shalit di Kaherah

Selasa, 28/06/2011 – Penasihat perdana menteri Benyamin Netanyahu tiba di Kaherah, Rabu (22/6) untuk membincangkan isu dua orang tenteranya yang ditawan pejuang di Gaza dan pemerintah Mesir, Shalit dan Elan Garbel.

Sumber informasi Zionis menyebutkan, Ishaq Molkho tiba Kaherah dengan pesawat pribadinya. Beliau akan bertemu sejumlah pegawai tinggi Mesir, tanpa merincikan dengan siapa beliau akan bertemu. Antara perkara yang akan dibincangkan Molkho adalah isu Gilad Shalit, proses perdamaian serta eksport gas ke Israel.

Sebelumnya, pejuang Palestin yang dipimpin brigade Al-Qossam berjaya menawan tentera Gilad Shalit pada 25 Jun 2006. Hingga kini dia masih ditawan pejuang palestin walau pelbagai usaha telah dilakukan termasuk seragan tentera dan bumi hangus dilakukan pemerintah Israel untuk mencari Shalit.

sumber : COMES
penterjemah : osman