
Rabu , 11/10/06 –
Jet pejuang rejim Zionis malam tadi telah menyerang rumah di Nidal Farahat. Antara rumah yang
terlibat adalah pemimpin Brigade Al Aqsa dan rumah anak perempuan menteri HAMAS, Mariam Farahat.

Rabu , 11/10/06 –
Timbalan pemimpin Gerakan Islam di kawasan 1948 (Israel), Kamal Al-Khatib memberi amaran bahawa tindakan memusnahkan masjid suci Al-Aqsa di Baltul Maqdis hanya akan mencetuskan ‘api besar’ di kawasan itu. Khatib mengesahkan bahawa tindakan zalim itu akan menimbulkan reaksi ganas yang mungkin lebih besar daripada Intifada Aqsa yang lepas.

Rabu , 11/10/06 –
Syarikat bahan api Israel tidak akan menghantar bahan api ke bandar West Bank sehingga Palestinian Authority (PA) membayar hutang mereka sebanyak seratus juta shekel. PA tidak mempunyai peluang untuk membuat bayaran semenjak berada di bawah pimpinan U.S. dan pemboikotan ekonomi sejak Januari lalu menyebabkan kesibukan mencari bahan api yang melanda selama dua hari di seluruh West Bank.

Jumaat , 06/10/06 –
PM Israel Ehud Olmert menyatakan kesediaannya untuk memberikan sokongan penuh kepada Presiden Palestin Mahmud Abbas, dengan harapan dapat melemahkan dan menjatuhkan pemerintahan Palestin yang dipimpin Hamas. Olmert mengatakan beliau bersedia menyokong Abbas untuk melaksanakan “roadmap”, sebagai usaha melanjutkan proses kompromi. Dalam waktu terdekat, beliau akan mengajukan apa yang disebutnya “idea-idea memberikan bantuan kepada Palestin”, untuk menguatkan kedudukan presiden Abbas.

Jumaat , 06/10/06 –
Polis Israel di Baitulmaqdis menahan seorang Rabbi pada Khamis, disyaki mengancam untuk serangan pengganas keatas Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis, lapor akhbar harian dalam talian Israel, Haaretz.

Jumaat , 06/10/06 –
Kumpulan bersenjata Fatah telah cuba untuk membunuh Ahli Majlis Undangan Hamas, Dr. Younis Al-Astal di Khan Younis sebelum subuh Khamis lalu tetapi gagal. Pembunuh dr kumpulan Fatah itu bagaimanapun telah mencederakan seorang pengawal Astal selepas melepaskan tembakan bertubi-tubi ke arah rumah Ahli Parlimen itu.

Jumaat , 06/10/06 –Satu sumber yang sahih mengesahan bahawa Setiausaha Negara Amerika Syarikat Condoleezza Rica merancang untuk bertemu dengan beberapa orang pemimpin Fatah termasuk Mohammed Dahlan, Faris Kaddora dan Hassan Al-Sheikh sebelum menemui Presiden Mahmoud Abbas.

Khamis , 05/10/06 –
Dalam satu perjumpaan dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Condoleezza Rice, Menteri Luar Jordan, Abdel Ilah Khatib berkata, “ Jordan dan negara Arab lain akan mendesak supaya keutamaan diberikan kepada menyelesaikan persoalan Palestin, yang buat masa ini berada di tengah-tengah konflik Timur Tengah.” Sebagai sebahagian kepada lawatannya ke Timur Tengah, Rice berjumpa dengan para pemimpin Arab Selasa lalu untuk membincangkan program nuklear Iran dan jalan penyelesaian berkenaan konflik berterusan di Timur Tengah, terutamanya isu Palestin-Israel. Rice telah berjumpa dengan menteri-menteri luar dari Jordan, Arab Saudi, Mesir, Bahrain, Emiriyah Arab Bersatu, Oman, Qatar dan Kuwait.

Khamis , 05/10/06 –
Ratusan warga Al-Quds jajahan 1948 ,Selasa (3/10/06) berdemontrasi di depan Mahkamah Tinggi Israel di Al-Quds. Mereka memprotes syarikat-syarikat Amerika dan Israel yang sedang membangunkan Muzium Toleransi di atas tanah makam Ma’manillah yang
mempunyai nilai sejarah kepada Palestin.

Khamis , 05/10/06 –Taufiq Abu I’iah, 29 seorang pekerja Palestin dari Kampung Tarqumia berdekatan Tebing Barat Bandar Hebron, telah di tembak mati oleh tentera regim Zionist dan polis sempadan, sewaktu kempen penangkapan pekerja-pekerja Palestin yang bekerja di bandr Israel, Jaffa tanpa permit kerja pada petang Rabu.

Rabu , 04/10/06 –Briged Syuhada Al Aqsa, iaitu sayap bersenjata Fatah, mengancam untuk membunuh pegawai-pegawai Hamas buat pertama kalinya semenjak pergaduhan tercetus di antara kedua parti politik tersebut. Kumpulan itu telah memberikan sehelai risalah pada pagi Selasa, menyatakan bahawa mereka akan membunuh Khalid Mishaal, ketua politik Hamas yang berpusat di Syria, Said Siyam, Menteri Hal Ehwal Dalaman Palestin, dan Yusuf al-Zahar, ketua tentera Hamas.

Rabu , 04/10/06 –
Pada Jumaat 29 September 2006 yang lalu, umat Islam di Baitul Maqdis sedikit sebanyak telah dapat bergembira. Bukannya kerana mereka telah berjaya memerdekakan Masjid al-Aqsa. Masjid al-Aqsa masih lagi diancam. Masjid al-Aqsa masih lagi menghadapi bahaya untuk dirobohkan. Lapisan bawah Masjid al-Aqsa masih lagi digali, dan aktiviti penggalian tersebut telah menyebabkan keretakan kepada Masjid berkenaan. Kuil (Sinagogue) Yahudi yang telah dirasmikan pada 3 Januarai 2006 yang lalu masih lagi berada di bawah masjid.

Rabu , 04/10/06 –
Suasana politik di Palestin terus panas. Ketua Biro Politik Gerakan Pejuang Islam Hamas menghubungi beberapa pemimpin Arab melalui telefon untuk menjelaskan kepada mereka gambaran perkembangan terkini di Palestin.

Rabu , 04/10/06 –Kedai dan sekolah persendirian di West Bank ditutup akibat mogok umum yang ditunjukkan oleh Abbas daripada parti Fatah selepas berlalunya beberapa hari penting yang melibatkan pergaduhan antara penyokong daripada kedua-dua parti Hamas dan Fatah. Sebagai balasan, pihak Hamas menutup semua kementerian kerajaan bagi menunjukkan bantahan terhadap tindakan Fatah yang menyerang bangunan-bangunan kerajaan.

Selasa , 03/10/06 –
Harian Al-Quds Arab yang terbit di London (Ahad 1/10) menyiarkan tentang pertemuan rahsia antara presiden Palestin Mahmud Abbas dengan ketua perisikan dalam negeri Israel, Savak Israel, Yufal Diskin di bandar Okbah, Jordan.