Categories
Berita Semasa

Bardawil: Mahkamah Fatah Dibeli oleh Israel

Khamis ,07/10/2010 – Pemimpin Hamas dan MP Dr Salah Bardawil mengatakan perbicaraan yang diadakan terhadap penyokong Hamas di mahkamah Fatah di Tebing Barat tidak sah dan mencerminkan tahap penglibatan Fatah dalam kerjasama dengan Israel.

“Kami tidak mengakui kuasa di Ramallah kerana ia merupakan kuasa yang tidak terpilihj dan tidak sah dan mahkamah yang tidak mempunyai hubungan dengan undang-undang Palestin kerana ia merupakan mahkamah politik dibayar oleh Israel,” kata Bardawil dalam sebuah kenyataan hari Selasa.

“Mahkamah yang menerima gaji dari penjajah Zionis seharusnya tidak mengaku ianya sebagai mahkamah Palestin,” tambah MP. Bardawil mengatakan, keputusan mahkamah PA seiring dengan lawatan Ketua tentera Israel Staf Gaby Ashkenazi ke Baitullaham dan pembakaran masjid oleh penduduk di dekat kota Baitullaham.

Bardawil menyeru Fatah untuk menamatkan kecuaian mereka dengan agen Israel, dan menekankan bahawa tindakan mereka berkonflik dengan konsep penyatuan Palestin yang dibincangkan baru-baru ini. Brigade Qassam, yang merupakan sayap bersenjata Hamas berkata perbicaraan terhadap para pejuang mereka yang berjuang di Tebing Barat merupakan “pengkhianatan jelas”, dan menyebut ini adalah langkah mula bagi kemusnahan Fatah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Video Terbaru Papar Kelakuan Biadap Tentera Zionis Terhadap Tawanan

Khamis ,07/10/2010 – Video terbaru yang disebar melalui Youtube menggambarkan penyiksaan terhadap tawanan Palestin yang dilakukan beberapa tentera Zionis di dalam penjara.

Dalam video tersebut jelas menunjukkan tentera Zionis bergantian berjoget di depan tawanan Palestin yang terikat. Matanya ditutup sementara tangannya diikat pada alat muzik oriental. Mereka memaksa tawanan Palestin berdiri menghadap dinding. Sementara itu, beberapa pemerhati menyatakan bahawa video ini menggambarkan sikap rasis mereka yang tak mengendahkan aspek kemanusiaan serta hak-haknya. Penyiksaan ini dilakukan ketika tawanan Palestin diperiksa di bilik siasatan.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Abu Zuhri : Video Youtube mendedahkan sifat perkauman dan tidak bermoral tentera Israel

Khamis ,07/10/2010 – Jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri mengulas perlakuan tentera Israel yang merakam diri mereka menari berdekatan seorang tahanan wanita Palestin sebagai tindakan perkauman dan tidak bermoral.

Sebuah video di Youtube menunjukkan sekumpulan tentera Israel menari diiringi muzik barat mengelilingi seorang wanita Palestin yang diikat tangan dan bertutup matanya. Wanita Palestin tersebut dikerah supaya menghadap ke dinding.

Abu Zuhri mengatakan pada hari Selasa, kerjasama keselamatan yang berterusan di antara pihak berkuasa Ramallah dan Israel telah menggalakkan tentera dan pendatang Israel untuk lebih biadab melakukan jenayah perkauman terhadap warga Palestin.

Ahli Kongres Perundangan Palestin (PLC), Samira Halaqiya mengutuk perlakuan tentera Israel tersebut, “Jika tentera Israel berani untuk menari dengan biadabnya berdekatan seorang tahanan yang diikat dan masyarakat Islam serta Arab hanya diam membisu menyaksikannya maka ia merupakan satu keaiban dalam sejarah umat manusia.”

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Mahkamah tentera pimpinan Abbas menghukum anggota briged Al Qassam.

Khamis ,07/10/2010 – Mahkamah tentera yang berkait rapat dengan pasukan keselamatan yang setia kepada Presiden Palestin, Mahmoud Abbas telah menjatuhkan hukuman 20 tahun terhadap Alaa Dhiyab dari Qalqilia.

Dhiyab ditahan Jun lalu setelah dia dan dua rakannya yang lain yang merupakan anggota Briged Qassam, sayap bersenjata Hamas , singgah di rumah Abdulfattah Shreim . Pasukan keselamatan Abbas membunuh dua rakan Dhiyab, Iyad Ebtali dan Muhammad Attiya dan membawanya keluar selepas mencederakan matanya . Dia kemudian kehilangan penglihatannya pada salah satu matanya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah :  hijjaz

Categories
Berita Semasa

Terkini : Pembakaran masjid di Bandar Beit Fajar di selar.

Rabu ,06/10/2010 – Kesatuan Ulama Palestin membantah tindakan zionis membakar masjid di Bandar Beit Fajar, selatan wilayah Beitlehem yang terjajah, dengan menuduh bahawa kerajaan penjajah Israel terlibat dalam jenayah keji ini, dan dalam masa yang sama beliau mengajak masyarakat Palestin di Tebing Barat membuat pemberontakan / bantahan terhadap jenayah zionis bagi melindungi tempat-tempat suci “dari bahaya besar yang mengancam bila-bila masa. ”

Kesatuan Ulama ini membuat kenyataan lagi pada hari Isnin (4-10), dan pihak “Palestin Information Center,” menerima satu salinan tentang itu “sesungguhnya serangan terhadap masjid dan pembakaran isinya adalah serangan terhadap Allah” sambil menekankan bahawa sesiapa yang melakukan jenayah keji ini mereka tidak ada kaitan langsung dengan agama atau nilai-nilai kemanusiaan atau nilai-nilai moral.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : arif

Categories
Berita Semasa

Hamas menggesa penduduk tebing barat agar melindungi masjid daripada serangan pendatang

Rabu ,06/10/2010 – Gerakan Hamas menyeru warga Palestin di Tebing Barat agar melindungi masjid-masjid daripada serangan pendatang dan memohon para ulama untuk menyediakan pelan tindakan dalam usaha melindungi masjid.

Dalam satu kenyataan kepada Pusat Maklumat Palestin, jurucakap Hamas Fawzi Barhoum mengutuk serangan Israel ke atas Masjid Al-Anbiya di Bethlehem. Beliau menyifatkan serangan itu sebagai satu jenayah berat terhadap tanah suci umat Islam. Tindakan itu juga menurut beliau adalah hasil daripada pertemuan antara gabenor Bethlehem, Abdelfattah Hamayel and ketua ketenteraan Israel, Gabi Ashkenazi.

Berhoum menambah bahawa kebiadaban para pendatang menyerang masjid sebaik selepas pertemuan tersebut adalah disebabkan oleh tentangan warga Palestin di Tebing Barat.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Lagi kes Rejim Zionis menyerang keluarga Palestin.

Rabu ,06/10/2010 – Peneroka Israel telah menyerang keluarga Al-Qarsh di kejiranan Al – Sa’diya, Baitulmuqaddis malam minggu lalu dan cuba untuk memusnahkan perabot di rumah mereka . Para peneroka mendakwa mereka mempunyai hak ke atas rumah itu yang mereka atau keturunan mereka tidak pernah tinggal sebelum ini.

Polis campur tangan untuk melindungi para peneroka dan menghalang aktivis hak asasi manusia dan wartawan organisasi B’Tselem daripada memasuki rumah tersebut untuk merekodkan kesalahan para peneroka terhadap keluarga itu .

Kempen yahudisasi berterusan di seluruh kawasan dan bandar Baitulmuqaddis di mana warga Palestin kehilangan tempat tinggal selepas rumah mereka hancur atau disita oleh peneroka Israel .

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Tahanan Kanak-Kanak Menerima Penderitaan Berat Di Penjara Israel

Rabu ,06/10/2010 – Pemantauan Tahanan menuntut pembebasan semua tahanan kanak-kanak dan memaksa penjajah Israel menghentikan penangkapan kanak-kanak.

Dalam pernyataannya, Isnin (4/10) menyebutkan, sekitar 340 anak Palestin mengalami penderitaan berat di penjara Israel. Mereka kehilangan hak hidup yang minimum. Mereka menjadi sasaran tekanan perasaan yang hebat, pengasingan di sel-sel penjara, dilarang menerima kunjungan keluarga dan tidak mendapat rawatan perubatan sewajarnya.

Penjara Telmond-Hasaron dikhususkan kepada tahanan kanak-kanak. Namun terdapat juga tahanan kanak-kanak di penjara Ofer, Negev, Etzion, Megido dan Hawara di samping banyak pusat penyelidikan dan penahanan.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Delegasi berlepas dari Jordan untuk sertai konvoi Talian Hayat 5 di Syria

Rabu ,06/10/2010 – Cawangan Konvoi Talian Hayat 5 di Jordan yang menuju Gaza berlepas dari ibu kotanya, Amman pada Isnin lepas untuk menyertai konvoi induk dari Eropah yang berhenti seketika di Syria sebelum meneruskan perjalanan ke Gaza melalui Pelabuhan El-Arish, Mesir.

Konvoi Talian Hayat 5 ini merupakan konvoi yang kelima dan juga misi bantuan kemanusiaan yang terbesar yang dianjurkan oleh pertubuhan British Viva Palestina. Ia akan melibatkan delegasi dari Eropah, Negara-negara Teluk dan Afrika. Sayap Jordan ini yang dipimpin oleh Ketua Kesatuan Perdagangan Veterinar, Dr. Abdel Fattah al-Kaylani dan bekas anggota parlimen, Azzam al-Huneidi, dianggotai oleh 138 orang ahli dari Kuwait, Qatar dan Oman.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Pencerobohan Tentera Zionis Timur Kem Bureij

Rabu ,06/10/2010 – Sejumlah kereta kebal tentera Zionis pagi Isnin menceroboh ke timur kem Al-Bureij, Jalur GazaPusat , dan merosakkan tanah pertanian dan tanaman dimiliki oleh warga Palestin walaupun di lawan oleh para pejuang Palestin.

Wartawan dari pusat informasi Palestin (PIC) mengatakan bahawa enam kereta kebal Israel, satu lori tentera dan dua jentolak masuk 200 meter di dalam sempadan Gaza. Dia menambah bahawa pasukan Israel melepaskan tembakan rambang di rumah-rumah warga Palestin dan harta awam tanpa kecederaan dilaporkan.

Dalam insiden berasingan, pada awal hari pagi Isnin tentera Zionis menculik tiga warga Palestin di Tebing Barat tengah dan selatan dengan alasan mereka adalah yang dikehendaki, menurut akhbar Yedioth Ahronoth. Sumber-sumber tempatan, untuk bahagian mereka, mengatakan bahawa tentera Zionis menculik dua warga negara ini berhampiran bandar Bethlehem dan yang lainnya di dekat kota Ramallah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Az-Zahar : Hamas bukan mahu peperangan, tetapi kesepakatan dengan Fattah

Rabu ,06/10/2010 – Dr. Mahmoud Az-Zahar, ahli jawatankuasa Biro Politik Hamas menegaskan bahawa pihak Hamas tidak berniat untuk mencetuskan sebarang peperang saudara dengan pihak Fattah, tetapi apa yang Hamas mahukan adalah kesepakatan bersama dan penyelesaian masaalah negara yang diantaranya adalah pembebasan tawanan di Tebing Barat.

Az-Zahar dalam kenyataannya sewaktu sesi seminar anjuran persatuan buruh di Gaza pada petang Isnin (4 Oktober) berkata : “segala program yang dijalankan oleh Hamas adalah bertujuan untuk memerangi penjajah Zionis dan memelihara kesucian Al-Quds sehingga tanah yang dirampas ini (Palestin) bebas semula”. Pada waktu yang sama beliau juga menegaskan bahawa PA Abbas telah melakukan kesalahan besar dalam sejarah kerana berterusan mencari perlindungan daripada pihak Zionis sedangkan pihak Zionis pada hakikatnya tidak pernah langsung mengambil kira sebarang pendapat dari pihak Palestin.

Az-Zahar berkata : “Abbas sudah tahu pandangan masyarakat umum, maka beliau sepatutunya mengambil pengajaran dan membuka mata untuk melihat kemanakah perginya hasil segala rundingan dengan Zionis dan lain-lain lagi”. Beliau menambah lagi : “Mesej yang kami cuba sampaikan kepada warga Palestin adalah, di hadapan kita terbentang jalan yang panjang dan sukar, dan kita tiada pilihan selain daripada terus mempertahankan diri, satu-satunya pilihan yang tinggal untuk kesemua bangsa yang pernah terjajah, sehinggalah Allah memberi kita pertolongan dan kekuasaan.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Kumpulan Hak Asasi Manusia Tuntut Pembebasan Tahanan Politik di Tebing Barat

Selasa ,05/10/2010 – Pada hari Ahad, dua kumpulan hak asasi manusia Palestin menuntut pembebasan segera Sheikh Khader Adnan, seorang pejuang gerakan jihad dan tahanan-tahanan politik lain di penjara Tebing Barat.

Pihak kumpulan hak asasi Dhamir menyuarakan kebimbangan terhadap penahanan Sheikh Kader Adnan. Penahanan itu disifatkan sebagai berat sebelah kerana tangkapan ditumpukan kepada penyokong dan rakan Hamas serta gerakan Jihad.  Penahanan Sheikh Kader telah dilanjutkan kepada 15 hari lagi atas arahan pendakwa ketenteraan di Jenin.

Manakala pusat hak asasi manusia Mizan pula memperbaharui kenyataan akhbarnya dalam mengutuk sebarang bentuk penahanan politik serta menyuarakan kekecewaan di atas pengabaian prosedur undang-undang serta pembicaraan orang awam di mahkamah tentera.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Hamas : Ketiadaan keadilan Jerusalem

Selasa ,05/10/2010 – Jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum berkata ketiadaan keadilan antarabangsa dan sikap Amerika Syarikat yang berat sebelah adalah punca yang menggalakkan tentera rejim Zionis (IOF) membunuh seorang pemuda Palestin pada pagi Ahad lepas di Jerusalem.

Dalam satu kenyataan yang dihantar kepada Pusat Informasi Palestin (PIC) pada hari Ahad, Barhoum berkata lagi bahawa rejim Zionis mengeksploitasikan ketiadaan keadilan antarabangsa serta situasi masyarakat Arab dan umat Islam yang membisu untuk terus melakukan kekejaman ke atas rakyat Palestin.

Jurucakap tersebut turut menegaskan akan betapa pentingnya penentangan dilakukan ke atas pendudukan rejim Zionis demi melindungi Jerusalem, kota suci umat Islam serta seluruh rakyat Palestin umumnya. Beliau turut menggesa pihak PA menghentikan tindakan kejam mereka terhadap para pejuang (Palestin) dan biarkan mereka terus melaksanakan tanggungjawab mereka untuk mempertahankan tanah air yang dicintai.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Delegasi “LifeLine 4 Gaza” singgah di Latakia sebelum bertolak ke Gaza

Selasa ,05/10/2010 – Zahir Al-Bairawi, jurucakap “Lifeline for Gaza 5” menegaskan bahawa kedatangan delegasi ini menunjukkan bahawa sukarelawan antarabangsa dan organisasi-organisasi kemasyarakatan menjadi lebih peka dan simpati terhadap warga Palestin terutamanya selepas kejadian serangan rejim Zionis terhadap “freedom flotilla” yang meyatukan sukarelawan dari pelbagai negara. Delegasi ini kini sedang berusaha memujuk kerajaan Mesir agar memberi kebenaran masuk. Beliau juga meletakkan harapan agar perbincangan dengan kerajaan Mesir sejak dua hari yang lalu dapat membantu dan memudahkan kemasukan delegasi ke dalam Gaza.

Zahir Al-Bairawi yang juga peserta “Lifeline 5” ini melalui keyataan khas kepada “Pusat Informasi Palestin” menyatakan terima kasih dan penghargaan kepada kerajaan dan warga Syria atas layanan yang amat baik yang sekaligus “membuktikan sokongan kerajaan (Syria) terhadap Palestin”. Beliau menambah lagi bahawa delegasi tidak berada lama di Syria dan dijadualkan akan keluar dari Latakia pada 7 Oktober.

Al-Bairawi menambah bahawa delegasi ini disertai oleh sukarelawan dari lebih 25 buah negara di seluruh dunia. Beliau berkata lagi bahawa delegasi ini “akan menyambung janji para Syuhada’ lebih-lebih lagi apabila delegasi ini sendiri bertolak dari Turki, tempat persemadian para Syuhada’ Freedom Flotilla.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Zionis halang petani Palestin menuai zaitun

Selasa ,05/10/2010 – Penduduk Zionis menyerbu kampung Al-Mughir di utara Ramallah Ahad lalu dan mendatangkan kekacauan di ladang zaitun, menebang pokok dan mencuri hasil tuaian.

Saksi mengatakan para penduduk itu menghalang petani menghampiri tanah mereka di penempatan Adey Ad, yang pada awalnya didirikan di atas tanah Mughir , dan memberi amaran kepada mereka daripada mengambil hasil tuaian tanaman mereka . Faraj Al – Na’san , ketua kampungMughir dalam kenyataan media berkata penduduk dari Adey Ad yang berada di timur laut kampung itu menyerang banyak tanaman di kampung berkenaan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz