Categories
Berita Semasa

Gaza Alami Kekurangan Sumber Makanan

Rabu ,22/09/2010 – Para penganalisis pertanian dan makanan menegaskan bahawa Semenanjung Gaza mengalami kekurangan sumber makanan, peningkatan pengangguran serta penurunan import dan eksport bahan makanan. Mereka memohon tindakan segera untuk menggalakkan pasaran tempatan di Gaza dengan cara mengaktifkan bercucuk tanam di sekitar kawasan rumah dan pengembangan pertanian kepada para pertani.

Ketua delegasi Belanda ke Semenanjung Gaza, Jack Twis, dalam satu latihan kerja yang diselenggarakan Lembaga Pengembangan dan Bantuan Pertanian di Gaza, menegaskan, Isnin (20/9), bahawa para petani Semenanjung Gaza mengalami kerugian besar dan kerosakan yang sangat banyak terhadap pertanian mereka. Ia membahayakan bidang pertanian, yang merupakan sumber utama ekonomi Gaza.

Beliau menegaskan bahawa delegasinya akan melakukan kerjasama dengan jawatankuasa-jawatankuasa kampung di Gaza untuk melancarkan dua projek yang bertujuan untuk memperkuat dan menggalakkan pertanian yang menghasilkan produk eksport di Semenanjung Gaza untuk meningkatkan pasaran. Projek ini melibatkan dana 45% dari jumlah anggaran untuk penanaman 300 hektar mawar bagi 50 petani, 350 hektar buah-buahan untuk 80 petani, 52 hektar sayur-sayuran untuk 25 petani. Diharapkan hasil akhir mencapai 30 juta mawar dan 700 ton buah-buahan dan sayur-sayuran.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Tentera Zionis memecah masuk penjara Ramon dan menyerang tahanan

Rabu ,22/09/2010 – Ahrar, Pusat Pengajian Tahanan dan Hak Asasi Manusia melaporkan bahawa tentera Zionis telah memecah masuk ke penjara Ramon dan menyerang puluhan tahanan. Menurut laporan, kejadian yang berlaku pada malam Isnin itu turut disusuli dengan beberapa pertengkaran.

Tentera Zionis yang terdiri daripada ahli Nahason dan Pasukan Mitzada, menceroboh masuk ke sel-sel tahanan dan melakukan sabotaj ke atas harta benda di situ dengan dalih mencari sel-sel tersebut.

Fuad al-Khoffash, Ketua Pusat Ahrar, melaporkan bahawa serangan itu bukanlah yang pertama seumpamanya. Dalam beberapa hari terakhir tentera zionis telah menceroboh masuk ke sel-sel tahanan berdekatan dengan penjara Hadarim. Mereka mencari sel dan menempatkan sejumlah tahanan dalam kurungan sel berasingan.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel Ceroboh Bil’in Untuk Menculik Remaja

Rabu ,22/09/2010 –Seorang tentera Israel mencerobohi Kampung Bil’in berdekatan pertengahan Tebing Barat bandar Ramallah pada tengahari Isnin.

Eyad Burnat, ketua jawatankuasa menentang pembinaan tembok dan penempatan di kampung tersebut memberitahu IMEMC bahawa tentera Israel menyerbu beberapa rumah dalam usaha menangkap remaja tempatan. Walau bagaimanapun, tiada tangkapan dapat dilakukan.

Semasa pencarian tersebut, Burnat menambah, pihak tentera menyembur gas beracun. Tindakan itu dibalas oleh remaja tempatan dengan balingan batu.  Sekurang-kurangnya 12 orang awam terpaksa dirawat akibat semburan gas beracun.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Israel Memulakan Persiapan Untuk Membangun Sebuah Jambatan Terdekat Untuk Masjid Al Aqsa

Rabu ,22/09/2010 – Yayasan Wakaf dan Warisan Al Aqsa mengeluarkan kenyataan petang Khamis lalu yang mendedahkan bahawa Pihak Israel sudah mula melakukan persediaan untuk pembinaan jambatan di Gerbang Mughrabi berdekatan dengan Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis.

Persediaan bermula selepas mahkamah Israel bersetuju dengan pembinaan jambatan yang akan menghubungkan antara Al-Buraq (Berwarna Barat) dan Al Mughrabi Gate. Jambatan itu juga akan memudahkan tentera Israel dan para penduduk menyerang Masjid Al Aqsa, menurut yayasan tersebut.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Tiga rakyat Palestin Tercedera Dalam Kemalangan dalam Terowong di Rafah

Rabu ,22/09/2010 – Sumber-sumber perubatan Palestin melaporkan bahawa tiga warga Palestin tercedera sewaktu bekerja di sebuah terowong di Rafah di sempadan Mesir.

Adham Abu Silmiyya, penyelaras Perkhidmatan Perubatan Tentera di Gaza menyatakan bahawa pegawai perubatan dan pekerja kecemasan berjaya menemui ketiga-tiga mereka di bawah runtuhan. Dua daripada mereka dipindahkan ke Hospital Abu Yousef Al-Najjar yang mengalami kecederaan ringan sementara seorang lagi dirawat di tempat kejadian.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Hamas menentang kempen Zionis ke atas para tahanan

Rabu ,22/09/2010 – Hamas memperbaharui tentangannya terhadap kempen kekejaman yang dijalankan oleh pihak Biro Penjara Zionis bertemakan “demi para tahanan kita di penjara Nazi”, dan pertanggungjawaban serta kesan buruk kempen ganas mereka ini.

Hamas juga mengutuk sikap bodoh dan berdiam diri masyarakat antarabangsa terhadap isu jenayah ke atas hak riduan tahanan Palestin, di mana pada waktu yang sama mereka menangisi nasib para banduan Zionis yang ditahan sewaktu serangan Zionis ke atas Gaza.

Hamas dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Biro Informasinya pada hari Isnin (20 September) mengutuk kempen yang dijalankan oleh Biro Penjara Zionis, “demi keberanian tahanan kita” di penjara Ofer, Hadarim, Raymond dan Shattah. Hamas menyeru organisasi antarabangsa terutamanya PBB, kesemua negara-negara berkaitan dan rakyat Palestin sendiri untuk bersatu dan membantu para tahanan di penjara Zionis, melawan pencabulan dan keganasan yang amat hodoh yang dijalankan terhadap mereka.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Tentera Zionis Israel (IOF) mendirikan pos pemeriksaan baru di Nablus

Rabu ,22/09/2010 –Tentera Zionis Israel menahan puluhan kenderaan rakyat Palestin pagi ini di sebuah pos pemeriksaan di Nablus, di Tebing Barat.

Saksi tempatan berkata bahawa tentera Zionis Israel mendirikan pos pemeriksaan baru di pintu masuk ke kampung “Assira” utara Nablus dan menahan sejumlah kenderaan Palestin yang bergerak di kedua-dua arah.

Saksi menambah bahawa tentera Zionis Israel yang ditempatkan di pos pemeriksaan merumitkan lagi urusan rakyat Palestin dengan menyemak kad pengenalan mereka dan menahan mereka selama beberapa jam tanpa alasan yang jelas.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

200 Tan Besi Masuk Gaza

Selasa , 21/09/2010 – Majlis Perbandaran Pantai, Air dan Elektrik (CMWU) dapat membenarkan kemasukan 200 tan besi ke Gaza pada Isnin melalui penyeberangan Karem Abu Salem di Jalur Gaza selatan dan menunjukkan bahawa itu adalah pertama kalinya bahawa pihak Israel membenarkan besi untuk pekerjaan pembinaan di Jaluran Gaza.

Pengurus Besar CMWU, Munther Shiblak berkata: “Jumlah besi dimasukkan akan digunakan untuk projek kecemasan pembetungan di Gaza City, dengan kerjasama dengan Kota Gaza dan pembiayaan dari Bank Pembangunan Jerman KFW pada pemulihan dan pembangunan kawasan sanitasi Gaza “.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  ameen

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis menceroboh penjara Raymond dan menyiksa tahanan

Selasa , 21/09/2010 – Satu badan bebas kajian tahanan dan hak kemanusiaan melaporkan pada hari Ahad (19 September) yang lalu bahawa, “perang yang sengit dan pertempuran yang dahsyat sedang berlaku terhadap tahanan di penjara Raymond di selatan negara Palestin yang terjajah”. Kejadian ini telah melanggar hak para tahanan, merosakkan segala isi penjara, mencetuskan pergaduhan antara para tahanan dan menyiksa mereka. (Nahshun dan Matsada).

Pengerusi badan ini, Fu’ad Al-Khuffash menyatakan bahawa maklumat yang diterima menguatkan bukti serangan pihak Zionis terhadap para tahanan ini, dan suara-suara respon terhadap kejadian ini telah sampai kepada penjara Nafkha, yang terletak hampir dengan penjara Raymond.

Al-Khuffash menambah lagi bahawa “pencerobohan Zionis terhadap para tahanan bukanlah berlaku hanya pada minggu ini, tetapi telah terjadi berkali-kali sebelum ini, antaranya seperti yang berlaku terhadap tahanan di penjara Hadarim, di mana para tahanan dipindahkan ke bahagian yang lain, tembok dan dinding penjara dirosakkan, para tahanan diseksa dan beberapa pemimpin Hamas yang ditahan diasingkan ke tempat yang berbeza.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Tel Aviv antara pembayar gaji tertinggi

Selasa , 21/09/2010 – Bandar Tel Aviv yang terletak di tengah-tengah kawasan jajahan Palestin menduduki tempat ke 25 dalam senarai taraf hidup paling mahal di dunia.

Laporan dari Bank Dunia Swiss menyatakan Tel Aviv sedang pesat menuju ke arah bandar paling mahal nilai taraf hidupnya berdasarkan klasifikasi global Bank Dunia di Switzerland. Bank Dunia Swiss juga turut meletakkan Tel Aviv di kedudukan 33 dalam senarai pembayar pendapatan tertinggi dan kedudukan ke 34 untuk kuasa membeli.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Lieberman: Cari Alternatif Tanah Palestin

Selasa ,21/09/2010 –Menteri Luar Israel, Evigdor Lieberman mengatakan, satu prinsip yang harus dipertahankan Entiti Zionis dalam perundingannya dengan kumpulan Oslo adalah mencari alternatif bagi wilayah Palestin sebagai ganti daripada prinsip pertukaran tanah untuk perdamaian.

Beliau menegaskan, sesiapa yang menonjolkan kebangkitan entiti di Palestin Jajahan 48 maka mereka harus segera mencari wilayah yang boleh ditadbir Pihak Autoriti Palestin. Dalam ucapannya di radio Ibrani, Ahad (19/9) Lieberman mengatakan, penentangan Liga Arab dan pemerintah Palestin untuk mengiktiraf Entiti Zionis sebagai negara Yahudi, mewajibkan kita menganggap masalah Arab Israel sebagai salah satu perkara penting dalam setiap perundingan Israel – Palestin. Setiap warga Israel harus dapat memanfaatkan kedudukanya walaupun ia berada di Mossad.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Foto/Video/Muzik

Ucapan ketua konvoi dari Aqsa Syarif di bawah VP5, Dr Zin.

Categories
Foto/Video/Muzik

Ucapan George Galloway di London sempena Viva Palestina 5

Categories
Foto/Video/Muzik

(Video) Konvoi Viva Palestina ke 5 sudah bermula.

Categories
Berita Semasa

Palestin di Eropah: bangsa kita tidak akan bertoleransi terhadap hak-hak yang tergadai

Rabu , 08/09/2010 – Puluhan organisasi dan komuniti Palestin di Eropah, meluahkan rasa kebimbangan mereka yang mendalam terhadap langkah-langkah tergesa yang diambil oleh “kerajaan Fatah” di Ramallah, dengan memulakan rundingan secara langsung dengan kerajaan penjajah zionis di Washington, tanpa persetujuan dari rakyat Palestin dan kerajaan Hamas yang mempunyai hak dalam perkara ini, serta menegaskan bahawa penyertaan dalam sesi rundingan damai ini, adalah dalam bentuk dan kandungan yang baru dan tidak pernah dilakukan dalam melaksanakan politik yang tidak bertanggung jawab ini. Perkara ini datang selepas kepatuhan penuh terhadap syarat yang dikemukakan oleh Netanyahu serta pemerintahannya yang melampau.

21 institusi Palestin di Eropah menjelaskan dalam petisyen secara berkelompok mereka hari ini, Isnin (6 / 9), dan “Pusat Maklumat Palestin,” menerima satu salinan daripadanya, bahawa langkah rundingan di Washington adalah merupakan sebahagian perjalanan yang bermatlamatkan untuk menutup segala kesalahan-kesalahan zionis dari pembunuhan, kepungan, perpindahan, meyahudinisasikan Baitulmuqaddis dan tindakan mengosongkan penduduk asalnya, membina lebih banyak penempatan Yahudi, pembangunan tembok, pemusnahan rumah, pengusiran rakyat Palestin dari rumah mereka serta rampasan terhadap tanah-tanah rakyat Palestin.

Petisyen itu menambah lagi: ” tidak dapat dibayangkan di cakerawala hari ini, melalui kandungan perundingan yang baru serta syarat-syaratnya, segala usaha untuk membolehkan rakyat Palestin mendapatkan hak-hak mereka tidak dapat direalisasikan lagi dan juga untuk melayani tuntutan mereka (rakyat Palestin) yang sah.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : arif