Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Ceroboh Gaza Timur Semasa Pengebumian Isteri Menteri

Selasa ,05/10/2010 – Tentera Zionis Israel (IOF) dengan menaiki kereta kebal menceroboh Gaza bahagian timur pada hari Ahad sewaktu proses pengebumian isteri menteri kesihatan Palestin Basem Naim.

Wartawan PIC mengatakan bahawa pencerobohan itu dilakukan ketika menteri dalam kerajaan, ahli parlimen dan para pemimpin negara dan Islam yang hadir di pengebumian tersebut dan ini menyebabkan sebahagian daripada mereka tidak meneruskan perjalanan untuk pengebumian Abir Naim yang meninggal dunia di Kaherah akibat kanser usus 2 bulan selepas menjalani pembedahan .

Seorang pegawai menyertai dalam pengebumian berkata kepada wartawan PIC bahawa provokasi IOF merupakan kebiadapan terang-terangan terhadap kesucian orang mati dan hak-hak asasi manusia.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Bairawi: Ada Usaha Bersama Pemerintah Mesir Mudahkan “Lifeline 5” Masuk Gaza

Selasa ,05/10/2010 – Zhahir Bairawi menegaskan, konvoi “Lifeline 5” muncul untuk menegaskan bahawa organisasi pejuang kemanusiaan antarabangsa terus bertambah dalam melahirkan simpati terhadap rakyat Palestin, terutama pasca serangan tentara Zionis terhadap kapal Freedom Flotilla. Dengan itu, beberapa usaha bersama pemerintah Mesir untuk mempermudahkan konvoi untuk masuk ke Gaza dilakukan.Beliau menyatakan harapan yang positif daripa pemerintah Mesir berkenaan kemasukaan konvoi kemanusiaan ke Gaza.

Bairawi turut mengungkapkan rasa terima kasihnya kepada kerajaan Syria dan rakyatnya yang menyambut meriah kedatangan rombongan Lifeline 5.Beliau menjelaskan, persinggahan Lifeline di Syria hanya sebentar, mengikut jadual konvoi akan bertolak meninggalkan Lattakia sebelum 7 Oktober ini.

Beliau menambah, lebih dari 25 negara ikut serta dalam konvoi ini. Mereka akan memenuhi janji para syuhada untuk tetap meneruskan perjuangannya. Apatah lagi konvoi ini bertolak dari Turki, negara sembilan syuhada yang meninggal dalam Freedom Flotilla terdahulu.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Bahar memuji peranan Palang Merah dalam melindungi ahli parlimen Jerusalem

Selasa ,05/10/2010 – Wakil jurucakap pertama Majlis Perundangan Palestin (PLC) Dr Ahmed Bahar memuji Palang Merah Antarabangsa kerana membuat keputusan “bijak” dengan memberi perlindungan terhadap ahli parlimen Jerusalem yang diancam akan diusir.

Ini berlaku semasa lawatan oleh delegasi Palang Merah ke markas PLC di Gaza pada hari Isnin. Bahar memuji Palang Merah atas perlindungan dan perkhidmatan yang disediakan untuk ahli parlimen di markas Jerusalem tersebut.  Para ahli parlimen dari Jerusalem telah berada di situ selama berminggu-minggu di markas Palang Merah selepas penjajah Israel mengeluarkan keputusan untuk mengusir mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Para Aktivis Meminta Semua Negara Menghentikan Kekejaman Israel

Selasa ,05/10/2010 – Persatuan Pembebasan Angkatan Laut mengakhiri pertemuan di Greek, ibu kota Athens. Dalam pertemuan itu, mereka membincangkan perkembangan berkaitan usaha terkini mereka untuk menamatkan pengepungan regim Israel di Semenanjung Gaza serta polisi yang berat sebelah terhadap rakyat Palestin.

Persatuan itu memberi memberi pernyataan pada hari Selasa bahawa mereka tidak akan membiarkan kekejaman regim Israel terhadap Pembebasan Angkatan Laut pertama untuk menghentikan usaha global untuk melawan kekerasan pendirian Israel dalam tiga bulan terakhir.

“Kami telah menyertai sejumlah perikatan nasional di Itali, Switzerland, Perancis, Sepanyol, Kanada, Norway, Belgium, Austria, Australia, Amerika Syarikat, dan negara-negara lain. Semua negara tersebut sedang berusaha menghantar kapal ke Gaza untuk memecahkan pengepungan, “menurut persatuan itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Bahar mengutuk milisi Abbas kerana memanggil isteri tahanan MP

Selasa ,05/10/2010 – Dr Ahmed Bahar, wakil jurucakap pertama dari dewan perundangan Palestin (PLC), telah mengecam militia keselamatan yang setia kepada Presiden Palestin Mahmoud Abbas kerana memanggil isteri dari seorang MP yang ditahan.

Bahar, dalam sebuah kenyataan pada hari Rabu telah mendesak Mesir, dalam kapasitinya sebagai pelindung dialog kebangsaan rakyat Palestin, untuk menghentikan siri penyingkiran etika politik dan kuasa Ramallah. Dia juga meminta wakil dari Fatah dan blok lain untuk menjelaskan kedudukan mereka berhubung pembangunan itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Nasif tuntut keutamaan diberi kepada tahanan di penjara Abbas

Jumaat, 01/10/2010 – Mahasiswa yang juga salah seorang pemimpin Hamas, Raafat Nasif, yang ditahan di penjara menyeru agar keutamaan dapat diberikan kepada masaalah penculikan, penderitaan para tahanan dan kebajikan keluarga mereka di penjara PA Fattah. Nasif juga memohon agar kepimpinan Hamas tidak mendiamkan diri dan tidak bertoleransi terhadap penindasan yang berlaku kepada gerakan, para pemimpin dan para wakil rakyat Palestin oleh PA Fattah.

Nasif juga berharap agar Hamas tidak meninggalkan isu ini kerana “bersangka baik terhadap situasi yang sebenarnya buruk seperti yang disaksikan beliau sendiri iaitu bermacam-macam jenis penindasan dan penderaan yang berlaku di penjara Fattah di Ramallah”. Beliau berkata lagi bahawa masaalah para tahanan ini adalah amat jelas sehingga “seperti tidak masuk akal untuk mengadakan sebarang dialog sedangkan situasi sedang dimonopoli oleh Fattah dan sekutunya di Tebing Barat”.

Mesej Nasif ini disampaikan dalam suratnya yang berjaya diseludup keluar dari penjara Aufer milik Zionis di Ramallah dan salinannya diterima Pusat Informasi Palestin pada hari Rabu lepas (29 Spetember).

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

PCHR menyelar resolusi PA untuk membekukan laporan Goldstone

Jumaat, 01/10/2010 – Pusat Hak Asasi Palestin (PCHR) mengutuk draf resolusi PA bertujuan membekukan laporan Goldstone yang ditubuhkan untuk menyiasat jenayah perang Israel terhadap Gaza.

Aktivis hak asasi mengatakan, resolusi yang dibentangkan oleh pihak Fatah tersebut tidak berjaya memberikan pengadilan yang sewajarnya terhadap jenayah perang Israel di Semenanjung Gaza dalam tempoh 27 Disember 2008 – 18 Januari 2009.

PHCR memberi kenyataan amaran pada Rabu bahawa pihak berkuasa Fatah telah mengambil tindakan yang boleh mengakibatkan kehilangan peluang untuk mengakhiri kekebalan Israel. “Kita mesti beralih kepada pengadilan jenayah antarabangsa,” kumpulan hak asasi itu mengatakan sebagai menegaskan siasatan di pihak tempatan masih belum dilakukan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Media Israel: Tentera Guna Kekerasan Atas Kapal bantuanYahudi ke Gaza

Jumaat, 01/10/2010 – Tentera Israel menggunakan “kekerasan lampau” terhadap aktivis Yahudi di atas kapal kemanusiaan Irene semasa sedang ke Gaza menentang pengepungan dikenakan di Jalur Gaza, sumber media Yahudi melaporkan, bertentangan dengan laporan bahawa tentera Israel mengambil alih kapal tanpa pertengkaran atau “insiden keganasan”.

“Para askar angkatan laut menggunakan kekerasan tanpa alasan,” lapor saluran berita Israel 10. Seorang aktivis keamanan Israel di atas kapal, Yonatan Shapira dipukul dengan pistol Taser dan diseret ke kapal tentera di mana dia ikat bersama abangnya. Ruben Moskowitz, mangsa yang selamat daripada bencana Holocaust, menegaskan bahawa tentera laut Israel menyerang penumpang Yahudi.

“Tidak bermoral. Apa yang terjadi kepada saya di holocaust saya terbangun setiap malam dan saya berharap kita tidak melakukan hal yang sama untuk jiran kami, “kata Moscowitz, menambah bahawa ia membandingkan apa yang beliau lalui selama holocaust dengan apa yang anak-anak Palestin terkepung akan lalui.

“Tidak ada kata-kata untuk menggambarkan apa yang kita lalui selama insiden terseebut, walaupun aktivis tidak menggunakan kekerasan -tentera laut melayan mereka dengan kekejaman maksimum,” tambahnya. “Ada perbezaan besar antara apa yang dikatakan juru bicara IDF dan apa yang sebenarnya berlaku,” beliau menyambung. Juru bicara tentera Zinois mengatakan Selasa bahawa tidak ada pertengkaran terjadi pada kapal dan keganasan tidak digunakan selama operasi tersebut.

Dalam perkembangan lain, Radio Tentera Zonis melaporkan bahawa diplomat Israel pada hari Selasa mengatakan Israel citra itu menjadi lebih buruk dari hari ke hari sejak peristiwa armada Freedom.  Radio menambah bahawa diplomat amaran bahawa imej Israel memburuk lebih teruk terutama dengan kegiatan penempatan yang sedang dibina, selepas laporan Goldstone dan selepas serangan ke atas Mavi Marmara.

Diplomat Israel berkata kepada radio bahawa semua penerangan daripada pegawai kerajaan dalam hal ini telah gagal untuk menyakinkan masyarakat dengan cerita mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Lagi kes masjid Aqsa di cerobohi.

Jumaat, 01/10/2010 – Sekumpulan penduduk Yahudi Zionis memasuki masjid suci Aqsa pada Rabu lalu dan berkeliaran di sekitarnya dengan kawalan polis, kata penjaga tapak suci itu.

Mereka menambah para penduduk masuk dari gerbang Maghareba yang telah berada di bawah kawalan penuh pihak berkuasa Israel sejak pencerobohan Baitulmuqaddis pada tahun 1967.

Para penjaga mengatakan para penduduk memasuki kompleks Aqsa dalam kumpulan kecil sambil dikawal polis dan pasukan keselamatan dan mengatakan langkah itu dibuat selepas seruan oleh kumpulan-kumpulan fanatik Zionis pada malam hari raya Yahudi untuk menyerbu masjid Aqsa dan melakkukan ritual Talmud di situ.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Konvoi ke Gaza berharap Mesir akan buka pintu ke Gaza

Jumaat, 01/10/2010 – Para peserta Talian Hayat 5 ke Gaza berharap agar pihak berkuasa Mesir akan membenarkan konvoi kapal bantuan mereka melepasi sempadan Mesir untuk ke Gaza.

Pihak berkuasa Mesir sebelum ini mengumumkan bahawa pihaknya tidak akan membenarkan konvoi yang diketuai oleh bekas ahli parlimen Britain, George Galloway memasuki Mesir selepas ahli parlimen itu dihantar pulang dari Mesir pada 2009. Walaubagaimanapun, para aktivis yang menyertai konvoi tersebut bertekad untuk memasuki wilayah Mesir bersama-sama dengan kapten mereka yang berbangsa Britain itu.

Konvoi Talian Hayat 5 berlabuh di Turki pada Selasa baru-baru ini selepas mendapat arahan daripada kerajaan Mesir.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Israel Sita Tanah Penduduk Palestin di Hebron

Jumaat, 01/10/2010 – Pihak penjajah Zionis Israel memutuskan untuk menyita puluhan hektar tanah Palestin di daerah Tafuh di barat bandar Hebron, wilayah selatan Tebing Barat yang diduduki penjajah Zionis Israel.

Sumber-sumber setempat mengatakan pasukan militan Zionis Israel bersama pemimpin Zionis mengeluarkan perintah menghentikan pembangunan dan pengosongan tanah di daerah Khula Banat Hatim yang mencakupi kawasan seluas lebih dari 66 hektar.

Sumber-sumber setempat menyebutkan bahawa perintah itu mencakupi pengosongan dan penghentian pembangunan di sebidang tanah seluas 27 hektar milik warga Palestin, Nadzmi Hariz dan 38 hektar milik warga Tsair Abdul Hadi. Penyitaan tanah tersebut adalah semata-mata ketamakkan penjajah untuk menggabungkannya kepada tanah pendatang Zionis bernama Ben Ery.

Ditegaskan bahawa para pemilik tanah tersebut memiliki surat dan bukti pemilikan yang sah. Namun pihak autoriti penjajah Zionis mendakwa tanah tersebut milik negara (Israel).

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Mahkamah Israel Membenarkan Pengusiran Keluarga Palestin di kawasan Sheikh Jarrah

Jumaat, 01/10/2010 – Akhbar Haaretz mengatakan pada hari Selasa bahawa mahkamah tinggi Israel mengeluarkan keputusan yang membolehkan institusi-institusi sayap kanan aktif dalam pembangunan penempatan haram yang akan memulakan prosedur pengusiran puluhan keluarga Palestin dari rumah mereka di persekitaran Sheikh Jarrah .

Mahkamah menolak bantahan secara bertulis yang diajukan oleh warga Palestin terhadap suatu keputusan sebelumnya tentang pemilikan mereka terhadap sebidang besar tanah di bahagian barat persekitaran ini di Baitulmuqaddis yang dijajah .

Mahkamah menyatakan bahawa wakil dari penduduk Israel dan pentadbiran hotel maupun lembaga yang lain mempunyai bukti bahawa tanah tersebut dimiliki oleh para penduduk haram Israel. Sebuah sumber yang bekerja untuk sebuah masyarakat pemukiman Israel mengatakan tiga keluarga Palestin akan meninggalkan rumah mereka di persekitaran ini dan puluhan keluarga Israel akan dibawa untuk hidup di dalamnya.

Dalam insiden berasingan, ketua kampung Deir Estia, Nadhmi Salman, mengatakan bahawa lebih daripada 10 jentolak Israel bermula pada hari Isnin untuk memperluaskan penempatan Revava dekat desa, sebelah barat kota Salfit, dalam rangka membina penempatan haram Israel yang baru.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Tentera laut Zionis gempur kapal Irene, tunda ke Pelabuhan Ashdod

Jumaat, 01/10/2010 – Tentera laut rejim Zionis pada Selasa baru-baru ini menggempur dan mengambil alih kapal laut Irene yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza dan dikendalikan aktivis kemanusiaan berbangsa Yahudi. Kapal itu kemudiannya dipaksa berlabuh di Pelabuhan Ashdod, kata sumber Palestin.

Kapal Irene membawa bantuan yang simbolik untuk Gaza seperti permainan kanak-kanak, buku, peralatan menangkap ikan dan ubat-ubatan.

Jawatankuasa yang terkenal menentang kepungan oleh rejim Zionis itu bertanggungjawab penuh ke atas semua aktivis itu dan menggesa campur tangan masyarakat antarabangsa bagi melindungi kapal Irene dan penumpang-penumpangnya serta menjamin agar mereka tiba di Gaza dengan selamat.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Kerajaan seru penentangan terhadap penjajah Zionis

Khamis, 30/09/2010 – Kerajaan Palestin di Jalur Gaza menyeru masyarakat dunia dan pentadbiran Amerika untuk menekan entiti Zionis agar menghentikan kesemua penjajahan yang merampas hak tanah Palestin di di Tebing Barat dan Al-Quds. Kerajaan juga menyeru agar rakyat Palestin terus bertahan dan berjuang menghadapi penjenayah Zionis yang ingin terus menjajah tanah Palestin.
Biro Media Kerajaan dalam kenyataannya pada hari Selasa ( 28 September) sempena majlis memperingati 10 tahun Intifadhah Al-Aqsa menyebut : “Lautan dan sungai-sungai, dari selatan ke utara tanah Palestin, kesemuanya adalah untuk rakyat Palestin. Tiada sebarang pengiktirafan hak atau petempatan untuk Zionis, tetapi Zionislah yang telah merampasnya dan mereka pasti akan terusir sekarang atau nanti.”

Kenyataan itu menyeru agar kesemua faksi pertahanan Palestin supaya bersatu melawan penjajahan Zionis dan memaksa Zionis ini untuk menghentikan segala jenayah pencabulan terhadap hak rakyat Palestin dan menegakkan keadilan untuk mereka. Kenyataan itu juga menyarankan kepada PA Abbas untuk tidak menghalang sebarang usaha pihak-pihak pertahanan Palestin dan berhenti menangkap tetapi sebaliknya memberi kebebasan kepada pihak-pihak pertahanan untuk terus memerangi Zionis.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Hamas : Kepada Abbas, tinggalkan rundingan yang sia sia itu.

Khamis, 30/09/2010 – Dalam usaha untuk mewujudkan perpaduan Palestin menjadi kenyataan, Hamas menyeru Presiden Palestin, Mahmoud Abbas agar menarik diri daripada “perbincangan sia-sia” dengan Israel, menamatkan penyelarasan keselamatan dengan pasukan penceroboh, dan berhenti menganiaya penyokong Hamas di Tebing Barat.

Kumpulan itu berkata dalam satu pernyataan Selasa lalu: “Kami menyeru Mahmoud Abbas dan kumpulan Oslo agar segera menghentikan rundingan yang sia-sia, menamatkan semua bentuk penyelarasan keselamatan dengan penceroboh Zionis, mengakui kegagalan dan ketidak tentuan pilihan politik mereka, menerima program politik yang melindungi ketetapan dan hak, dan bersungguh-sungguh dan cenderung untuk mencapai perpaduan nasional Palestin. ”

Hamas juga meminta pasukan keselamatan PA agar berhenti menganiaya dan menangkap pejuang Palestin dan kumpulan pejuang yang membela Baitulmuqaddis dan Masjid Aqsa.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz