
Masih di peringkat draft. Apa pendapat anda ? Undian boleh di buat di

Masih di peringkat draft. Apa pendapat anda ? Undian boleh di buat di

Jumaat , 22/01/2010 – Kita dapat melihat kembali bagaimana Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ditempatkan sebagai penentang kuat ke atas apa yang dilakukan Israel terhadap bangunan / sekolah di Gaza dan masih lagi tiada sebarang tindakan seperti apa yang Israel lakukan terhadap penduduk Gaza. Laporan Goldstone hanyalah penipuan sejak peringkat awal dasarnya di pejabat Ban Ki-moon, ia hanya disifatkan sebagai mengumpul debu dan tidak akan mencapai sebarang kesimpulan kerana kumpulan melobi Pro Israel adalah mereka yang menguasai politik Amerika Syarikat, Inggeris dan Eropah. Saya masih ingat sebaik selepas aksi serangan melampau oleh Israel Setiausaha Agung mengutuk serangan di atas tanah miliknya, tetapi langsung tidak memberikan komen mengenai aspek-aspek “Cast & Lead” yang lebih serius ke atas harta benda dan penduduk Gaza.

Jumaat , 22/01/2010 – Ezzet Al-Resheq, ahli biro politik Hamas, mengatakan bahawa Gerakan ini terus berminat untuk memelihara hubungan baik dengan Mesir dengan melupakan krisis lalu.

Jawatankuasa tahanan bergabung dengan beberapa angkatan nasional dan Islam di Semenanjung Gaza dengan tegasnya mengecam Israel kerana ugutan untuk membuang 14 tahanan yang memenuhi terma mereka, mengatakan bahawa ancaman tersebut sebagai mencerminkan dasar pembersihan etnik yang dilakukan terhadap rakyat Palestin.
Khamis , 21/01/2010 – Ismail Haneyya, Perdana Menteri Palestin menegaskan perdamaian nasional tidak akan berjaya kecuali apabila keinginan rakyat Palestin bebas daripada sebarang tekanan dan telunjuk pihak luar.

Khamis , 21/01/2010 – Jemaah al Ikhwan al Muslimun Mesir mengecam tindakan Zionis-Israel yang mengakibatkan banjir di Gaza. Keadaan banjir itu bakal menjadikan Gaza terbuka kepada pelbagai penyakit. Dalam satu kenyataan, Prof Dr Mohammad Badi, Mursyidul Am Ikhwan menegaskan, kejadian terbaru ini berlaku dalam keadaan Gaza yang terus dikepung, dinafikan bekalan perubatan dan bahan bakar.

Khamis , 21/01/2010 –Pegawai-pegawai Hamas dan pergerakan Jihad Islam telah mengadakan rundingan malam Isnin lalu untuk membincangkan perkembangan terkini Palestin di mana keutamaan diberi kepada usaha pendamaian yang dinaungi Mesir.

Rabu , 20/01/2010 – Yayasan Al-Aqsa untuk pengumpulan dana dan pemeliharaan warisan memberi amaran runtuhan di kawasan Silwan, selatan Masjid Al-Aqsa akan berulang, selepas mendapan terbaru berlaku akibat aktiviti penggalian bawah tanah Israel. Laporan yayasan itu dibuat pada hari Isnin lalu.

Rabu , 20/01/2010 – Hakim Shalalde, ahli majlis Sa’ir di daerah Al-Khalil, telah dikeluarkan daripada sel tahanan di penjara Ramallah dan dihantar ke hospital setelah kondisinya bertambah teruk akibat parah penyeksaan.
Rabu , 20/01/2010 – HAMAS menegaskan bahawa tindakan dilakukan regim Zionis yang membuka empangan yang menghalang air hujan tanpa sebarang amaran terhadap kawasan kediaman di Lembah Gaza adalah satu jenayah yang sengaja dilakukan bertujuan mendatangkan kerugian terhadap penduduk Gaza dan harta benda mereka, terutamanya apabila tindakan ini berlaku selepas beberapa tahun pihak Zionis menghalang air tersebut daripada dialirkan.

Rabu , 20/01/2010 – Dr. Ahmad Bahr, wakil ketua parlimen Palestin mengecam tindakan Zionis-Israel yang melepaskan air tadahan untuk Gaza yang menyebabkan puluhan rumah ditenggelami air.

Rabu , 20/01/2010 – Tentera penceroboh Israel telah menculik 14 orang rakyat Palestin berhampiran selat laut Semenanjung Gaza dan Tebing Barat, kata saksi Palestin dan sumber keselamatan hari ini.

Selasa , 19/01/2010 –Kumpulan Ikhwanul Muslimin di Jordan telah melarang sebarang import barangan dari Israel, sambil menyifatkan ia suatu penyeragaman ke atas penjajahan Israel dan satu nadi penggerak ekonomi negara tersebut.

Selasa , 19/01/2010 –Dr. Taleb Abu Sha’ar, Menteri Hal Ehwal Agama Palestin mengutuk sekeras-kerasnya serangan fizikal ke atas wanita Palestin berumur 16 tahun di Sheikh Jarrah Jerusalem yang dilakukan oleh penduduk haram fanatik Yahudi yang mendapat kawalan keselamatan daripada polis Israel.

Isnin, 18/01/2010 – Akhbar Turki “Hurriyet” edisi Sabtu (16/1) menyebutkan bahawa Presiden Turki Abdullah Gul dan Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan, menolak untuk menerima kedatangan Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak. Sumber diplomat menyatakan keengganan mereka berdua menerima kunjungan Ehud Barak meskipun pihak Zionis-Israel telah memohaon maaf ke atas penganiayaan duta besar Turki.