Categories
Berita Semasa

IOF geledah rumah, culik 13 rakyat Palestin

Jumaat , 06/01/2012 – Menjelang waktu Subuh Isnin lalu, tentera rejim Zionis (IOF) telah menculik seramai 13 orang rakyat Palestin dari beberapa buah kawasan yang berbeza, kebanyakkannya dari Bandar Al-Khalil. Sumber tempatan memaklumkan bahawa IOF telah menculik 6 orang rakyat Palestin dari Bandar Al-Khalil, yang mana 2 orang daripada mereka dari Kem Pelarian Al-Aroub semasa operasi menggeledah rumah-rumah dilakukan.

Operasi melakukan penangkapan tanpa sebab ini dilakukan oleh IOF hampir setiap hari dengan alasan ingin mencari rakyat Palestin yang terbabit membaling batu ataupun sedang merancang melakukan serangan ke atas rejim Zionis.

Dalam kejadian berasingan, pertempuran telah berlaku menjelang waktu Subuh di Kampung Romana yang terletak di bahagian barat Bandar Jenin, antara 2 orang pemuda Palestin dengan IOF yang sedang dalam perjalanan untuk menyerang perkampungan berhampiran.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Abu Zuhri: Kami menyeru kepada PA di Ramallah untuk menghentikan mesyuarat dengan Israel

Rabu , 04/01/2012 – Sami Abu Zuhri, jurucakap Hamas, telah menggesa Pihak Berkuasa Palestin di Ramallah untuk tidak menghadiri mesyuarat hari Selasa dengan Israel di Amman kerana mesyuarat itu pasti hanya akan menyebelahi pihak Israel.

Beliau berkata dalam satu kenyataan pada hari Isnin bahawa Israel akan mengeksploitasi mesyuarat, yang akan dihadiri oleh jawatankuasa kuartet antarabangsa, untuk menggilap imej yang telah berlumuran dengan jenayah yang berulang-ulang terhadap rakyat Palestin.

Hamas sememangnya kecewa pada mesyuarat politik yang berterusan di antara PA dan Israel, kata jurucakap itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Hamas : 72 penyokongnya ditahan oleh PA Ramallah bulan lepas.

Rabu , 04/01/2012 – Hamas menegaskan bahawa pihak berkuasa Fatah di Tebing Barat terus melancarkan penangkapan terhadap penyokong dan penggerak Hamas, “dan hal ini bukan semakin berhenti malaah menjadi-jadi meskipun peremuan untuk membincangkan rekonsiliasi sedang berjalan di antara Fatah dan Hamas.”

Laporan ini telah dikeluarkan oleh pihak media Hamas yang memantau perjalanan kerajaan Perjanjian Oslo dan pihak keselamatannya di Tebing Barat sepanjang bulan Disember lepas.

Laporan itu memberitahu bahawa di samping pegangan politik “penangkapan” yang dilakukan Fatah di Tebing Barat, mereka juga turut secara membabi buta menahan puluhan pejuang Hamas yang terdiri daripada pelajar sekolah, pelajar universiti, tenaga pengajar mereka, dan para pekerja yang pernah ditahan PA sebelum ini, sebelum mereka dibicarakan dengan tuduhan tangkapan mereka yang lepas, kesetiaan mereka dan apakah perkara yang mereka lakukan sekarang.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Tahanan yang dibebaskan berada dalam koma

Rabu , 04/01/2012 – Tahanan Palestin yang dibebaskan, Zakaria Issa berada keadaan koma sejak pagi Isnin lalu kerana keadaan kansernya merosot selepas kehilangan penglihatan, percakapan dan keupayaan untuk menggerakkan kaki dan tangan kanannya.

Ahli-ahli keluarga berkata Issa, 43, meninggal dunia selepas cuba mendapatkan rawatan di Tebing Barat dan Jordan namun gagal untuk menyembuhkannya.

Rejim Zionis Israel telah membebaskan Issa hampir empat bulan lalu selepas kanser otak yang dialaminya menjadi lebih teruk.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Haneyya ulas tentang Marmara: Darah para syuhada Turki berjaya menentang serangan

Rabu , 04/01/2012 – Perdana Menteri Gaza Ismail Haneyya berkata, darah para syuhada Turki yang tumpah ketika cuba menembusi sekatan Gaza dengan menaiki kapal Mavi Marmara.

Beliau berkata, ketika melawat kapal Marmara pada Isnin, Israel telah melakukan jenayah lanun yang paling ganas terhadap Freedom Flotilla dalam rangka keganasan ke atas dunia yang menyokong Gaza.

Haneyya berkata, “kami tidak akan menyerahkan tanah air dan hak kami sekurang-kurangnya sebagai tanda kesetiaan kepada para syuhada Freedom Flotilla.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Israel Rampas 13 Hektar Tanah Wadi Jauz di Al-Quds

Rabu , 04/01/2012 – Sumber Pusat Hak Sosial dan Ekonomi Rakyat mengungkapkan tentang sejumlah rampasan tanah rakyat di beberapa wilayah industri di Wadi Jauz, Al-Quds terjajah. Ia mencakupi 13 hektar tanah dimana terdapat 170 kedai yang melibatkan 700 warga Palestin. Kawasan ini terbentang antara sempadan universiti Arab hingga muzium Palestin yang dikenali sebagai Muzium Raukfar.

Rakyat dikejutkan dengan memo yang ditampalkan pemerintah di sepanjang jalan tersebut yang mengandungi perintah untuk meratakan 13 hektar tanah dari mulai sempadan Unversiti Arab hingga Muzium Raukfar.

Berkait masalah ini, Pengarah Pusat Hak Sosial dan Ekonomi Rakyat, Ziyad Hamuri mengatakan, arahan pemerintah Zionis yang terbaru ini sebenarnya telah diusulkan sejak empat bulan yang lalu namun baru dikeluarkan hari ini. Tindakan ini merupakan sebahagian dari projek Yahudinisasi Al-Quds di wilayah utara Kota Lama yang didakwa oleh penjajah Zionis sebagai tindakan untuk kepentingan umum.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Amman bakal menjadi tuan rumah mesyuarat antara Palestin dan Israel

Rabu , 04/01/2012 – Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri Jordan berkata Amman akan menjadi tuan rumah mesyuarat Palestin-Israel pada Selasa depan dalam usaha untuk menghidupkan semula rundingan damai antara kedua-dua pihak.

Jurucakap kementerian itu menyatakan bahawa Menteri Luar Jordan, Naser Judeh akan menjadi tuan rumah mesyuarat di Amman yang akan dihadiri oleh wakil utusan antarabangsa di Timur Tengah di antara Palestin dan Israel, menurut agensi berita Petra.

Satu lagi mesyuarat akan diadakan secara berasingan tanpa wakil utusan antara Palestin dan Israel di Amman berdasarkan keputusan mesyuarat yang lalu.

Mesyuarat ini adalah bertujuan untuk mencari titik persamaan untuk menyambung semula rundingan langsung antara Palestin dan Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Ridhuan: Wawancara Dengan Kuasa Jahat Adalah Membuang Masa.

Rabu , 04/01/2012 – Pemimpin Gerakan Perlawanan Islam Dr.Ismail Ridhuan menyifatkan,mesyuarat yang berlaku diantara pihak berkuasa dan para pemimpin penjajahan Zionis sebagai “mesyuarat yang tidak masuk akal,membuang masa dan ia mendatangkan peluang kepada penduduk Zionis untuk merampas lebih banyak tanah dan penerusan pencerobohan itu.

Ridhuan menegaskan kenyataan itu dalam “Pusat Maklumat Palestin” pada Isnin (2-1-2012) pertemuan Oman adalah memberikan penduduk Zionis peluang untuk melakukan lebih daripada pencerobohan Zionis,dan memberi perlindungan bagi fanatik terhadap rakyat Palestin dan tempat-tempat suci mereka dan menyumbang kepada kesan negatif terhadap perpaduan Palestin.

Beliau menambah,”penaklukan Zionis tidak mahukan perdamaian Palestin yang sebenar dan beliau mahu menumpukan perpecahan yang menyebelahinya,mesyuarat ini datang dari pentadbiran AS dan Kuartet untuk membenarkan musuh Zionis untuk meneruskan jenayah itu.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : jannatul makwa

Categories
Berita Semasa

Pegawai Kanan Fatah Melawat Gaza

Rabu , 04/01/2012 – Pegawai Kanan Fatah, Nabil Shaath telah tiba di Gaza pada petang Ahad, dalam satu lawatan bagi menyokong perjanjian damai antara parti beliau dengan pemerintah Gaza, Hamas.

Shaath sepatutnya melawat genting perairan pada minggu yang lepas, tetapi lawatan tersebut telah ditangguhkan atas sebab-sebab yang tidak dinyatakan.

Menurut kata pegawai tersebut, pemimpin Fatah itu yang juga merupakan pesuruhjaya perhubungan antarabangsa parti tersebut, akan bertemu dengan semua blok politik di Gaza.

sumber : Ma an News
penterjemah : amsyar

Categories
Berita Semasa

Jawatankuasa perdamaian berjumpa di Gaza

Rabu , 04/01/2012 – Jawatankuasa campuran parti menyelia perdamaian negara mengadakan pertemuan di Semenanjung Gaza buat kali pertama pada Isnin, ia selepas mesyuarat itu telah ditangguhkan sehari lebih awal.

“Jawatankuasa Kebebasan Awam ” ditugaskan dengan menempa sejumlah ajaran-ajaran perjanjian perpaduan yang ditandatangani pada bulan Mei, termasuk tawanan-tawanan politik, pasport-pasport,penutupan institusi-institusi, mengembara pengharaman dan kebebasan bersuara politik, anggota jawatankuasa Hani Abu Amra memberitahu Ma’an.

Selepas ditemui pada Isnin di pejabat Islamic Jihad di Gaza City, Abu Hamra berkata ahli-ahli bersetuju melepaskan semua tahanan yang dipenjarakan berdasarkan gabungan politik mereka di the West Bank and Gaza Strip. Wakil Arab Front Palestin berkata dia berharap akan ada hasil baik dalam beberapa hari berikutnya.

sumber : ma an news
penterjemah : nasir bravo

Categories
Berita Semasa

Hamas: Perbincangan Antara Palestin dan Israel Akan ‘Hasilkan Kegagalan’

Rabu , 04/01/2012 – Jurucakap Hamas Sami Abu Zahri berkata pada hari Isnin, utusan warga Palestin yang berbincang dengan pihak Israel minggu ini akan “menghasilkan polisi yang gagal”

Hamas menggesa pihak berkuasa Palestin untuk memboikot perbincangan tersebut, yang dijadualkan pada hari Selasa di ibu negara Jordan, kata Abu Zahri.

Satu-satunya manfaat perbincangan tersebut adalah di pihak Israel, sambil menambah, Israel akan mengeksploitasi perbincangan itu untuk mengelak daripada krisis dalaman mereka, dan membaiki reputasi mereka yang mengalami kemerosotan di ketika kebangkitan negara Arab dan berkembangnya kebencian ke atas Israel di seluruh dunia.

sumber : Ma an News
penterjemah : blindstep

Categories
Berita Semasa

IOA merampas 50 dunums tanah di Salfit

Rabu , 04/01/2012 – Pihak berkuasa pendudukan Israel (IOA) telah merampas 50 dunums tanah Palestin di dua buah kampung barat Salfit untuk membina sebahagian daripada tembok pemisahan, kata ketua perbandaran di salah satu dari orang-orang kampung.

Khader Shuqair berkata bahawa IOA mengeluarkan keputusan untuk merampas banyak tanah baru di zawiya dan Masaha kampung barat Salfit untuk membina sebuah seksyen baru tembok pemisahan.

Beliau berkata bahawa lot-lot tanah yang diedarkan di lima kawasan di kedua-dua kampung, sambil menambah bahawa keputusan rampasan itu tidak bertarikh dan tidak dihantar kepada pemilik tanah, yang menghalang mereka dari membantah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Jawatankuasa kebebasan awam akan bermesyuarat esok

Rabu , 04/01/2012 – Seorang pegawai kanan Hamas yang juga merupakan anggota Jawatankuasa Kebebasan Awam, Ismail Al-Ashqar, berkata bahawa jawatankuasanya akan bermesyuarat pada hari Isnin ini bagi membincangkan beberapa isu penting dan kontroversi yang merencatkan perjanjian perpaduan kebangsaan.

Sebuah akhbar Palestin melaporkan bahawa Ashqar memaklumkan bahawa
jawatankuasa itu akan membincangkan isu berkaitan penahanan politik, passport, penutupan beberapa pertubuhan kebajikan dan institusi, serta halangan ke atas perjalanan dan aktiviti politik.

Pegawai Hamas tersebut mengesahkan bahawa pergerakannya akan menangani
isu-isu ini dengan lebih fleksibel dan telus daripada sebelumnya serta meletakkan kepentingan negara lebih daripada perkara lain. Jawatankuasa itu dianggotai oleh banyak pergerakan di Palestin termasuklah Fatah, Jihad Islami dan Arab Front.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Tahanan-tahanan Palestin Bakal Melancarkan Mogok Lapar Cara Irish

Rabu , 04/01/2012 – Ketua kepada Gerakan banduan Palestin di Penjara Israel dan pusat-pusat tahanan telah menyatakan bahawa situasi yang sedang dihadapi oleh tahanan-tahanan politik adalah pada keadaan yang sangat teruk, ditambah pada waktu sekarang, para tahanan yang dijatuhkan hukuman seumur hidup sedang memikirkan untuk melancarkan satu mogok lapar mengikut cara Irish, manakala tahanan-tahanan lain berkemungkinan mengikut jejak mereka.

Dalam satu kenyataan yang sampai kepada Kementerian Tahanan Palestin, para tahanan menyatakan bahawa keadaan mereka semakin merosot dari buruk kepada lebih buruk, dan isu yang mereka hadapi, serta pembebasan mereka, mestilah menjadi keutamaan kepada Pihak Berkuasa Palestin.

Mereka menyatakan bahawa Israel mestilah bertanggungjawab ke atas kekasaran yang berterusan, serangan berterusan dan keadaan yang menyalahi undang-undang yang dikenakan ke atas para tahanan, terutamanya sejak Undang-undang Antarabangsa dan semua resolusi hak-hak kemanusiaan telah menjamin hak-hak para tahanan politik.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : amsyar

Categories
Berita Semasa

Tentera Laut Israel Menyerang Pemerhati Antarabangsa, Mencederakan Rakyat Palestin, di atas Bot Pemantauan di Perairan Gaza

Rabu , 04/01/2012 – Pada 10:55 pagi hari Rabu 28 Disember, sebuah kapal perang tentera laut Israel telah menyerang pemerhati antarabangsa dan ketua pasukan bot Olivia Perkhidmatan Keamanan Awam Gaza (CPSGAZA) Palestin, mencederakan ketua pasukan dalam usaha untuk menterbalikkan bot tersebut.

“Tentera laut Israel mendekati kami dan para nelayan, dan mula mengelilingi kami, mengakibatkan berlakunya ombak,” kata Rosa Schiano, salah seorang pemerhati antarabangsa. “Nelayan-nelayan tersebut berjaya melarikan diri, tetapi kami tidak sempat menyelamatkan diri kerana masalah pada enjin. Kami tidak boleh bergerak, dan mereka bergerak mengelilingi kami dengan pantas. Orang-orang Israel melihat kami tidak dapat bergerak, dan ketua pasukan sedang cuba membaiki enjin, tetapi tidak berhenti. Kami memberitahu mereka, ‘Sila berhenti! Sila berhenti!’ Tetapi mereka tidak mengendahkan.”

Apabila kapal perang berada pada dua meter dari Olivia, salah satu daripada gelombang yang terhasil hampir menenggelamkan bot kecil tersebut, dipenuhi air dan menyebabkan ketua pasukan Palestin tersebut jatuh, lalu mencederakan kaki kirinya.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : ayyas