Isnin , 05-10-2020 – Polis penjajah Israel terus-menerus membiarkan para peneroka haram Yahudi mencemari Masjidil Aqsa walaupun kawalan ketat yang mereka laksanakan di kota suci sekarang ini.
Menurut sumber tempatan, sekurang-kurangnya 16 peneroka memasuki Masjidil Aqsa melalui Gerbang al-Maghariba dan mengadakan lawatan ke halamannya di bawah pengawasan polis.
Beberapa peneroka dilihat melakukan upacara Talmud semasa lawatan di tempat suci Islam.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Ameen
Isnin , 05-10-2020 – Seorang pemuda Palestin mengalami cedera parah ditembak di kepala, ketika konfrontasi bertembung dengan pasukan Israel, Khamis (1/10) di kota Sabsathia, Nablus utara.
Menurut sumber di lokasi, seorang pemuda Palestin mengalami cedera parah ditembak di bahagian kepala akibat tembakan yang dilancarkan pasukan penjajah Israel.
Pertempuran tak dapat dihindari antara pemuda Palestin dan pasukan Israel selepas serangan ke kota Sabsathia. Pasukan Israel menembak para pemuda menggunakan peluru tajam dan gas pemedih mata yang menyebabkan seorang pemuda mengalami kecederaan di kepalanya.
Kota Sabsathia menjadi sasaran serbuan pasukan Israel dan para pendatang Yahudi, terutama di kawasan bersejarah. Mereka melakukan sejumlah pelanggaran terhadap warga serta kerap memulakan pertempuran dengan para pemuda setempat.
Dalam kejadian lainnya, pasukan penjajah Israel menangkap seorang pemuda Palestin di pintu masuk militan, Jenin barat.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Osman
Isnin , 05-10-2020 – Kerajaan Jordan dengan secara mendadak meminta bekas tahanan yang di bebaskan dalam pertukaran tawanan Wafa al-Ahrar, Nizar at-Tamimi untuk meninggalkan Jordan dengan segera. Nizar sekarang berada di Qatar.
Peguam, Mustafa Nashrullah dalam kenyataan beliau kepada Quds Press menolak arahan pengusiran yang di keluarkan oleh Jordan terhadap at-Tamimi. Menurut beliau, pengusiran yang di keluarkan oleh
kerajaan Jordan sebenarnya bukan sahaja merupakan pengusiran untuk Nizar at-Tamimi, tetapi untuk isteri beliau, Ahlam at-Tamimi.
Penurut Mustafa lagi, pemerintah hendaklah berpegang kepada keputusan pengadilan untuk tidak menyerahkan Ahlam at-Tamimi , warga Jordan di mana tiada kesepakatan antara Amman dan
Washington untuk menyerah yang terdakwa. Arahan pengusiran keluar Nizar pasti turut menarik Ahlam bersama.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Rahibah Omar
Jumaat , 02-10-2020 – Berpuluh-puluh pendatang haram Yahudi dengan kawalan anggota polis rejim Israel telah menceroboh masuk Masjidil Aqsa, Rabu semalam.
Menurut sumber tempatan, sekumpulan pendatang Yahudi dilihat memasuki masjid suci itu melalui Pintu al-Maghariba dengan diiringi polis rejim dan melakukan lawatan di kawasan sekitar perkarangan masjid pada waktu sebelah pagi.
Pihak polis rejim masih membenarkan pendatang Yahudi melawat masjid tersebut walaupun perintah sekatan pergerakan dikenakan di kota suci itu bagi mencegah penyebaran Koronavirus.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Zainudin
Jumaat , 02-10-2020 – Gerakan Hamas berkabung atas kematian Emir Kuwait Sheikh Sabah al-Ahmad al-Sabah, yang meninggal pada Selasa, serta memperingati sumbangan besarnya terhadap Palestin dan dunia Arab dan Muslim.
“Kami berkongsi kesedihan dengan negara Kuwait, kepimpinannya dan rakyatnya atas kehilangan ketua kemanusiaan, keberanian dan kebijaksanaan yang mana kehidupannya harum dengan kebaikan, sifat pemurah serta pengorbanan. Kami mengingatinya dengan kasih-sayang, penghargaan dan kebanggaan atas segala usahanya sepanjang hidup berkhidmat kepada negara Arab dan Islam, juga menyokong kesatuan, keselamatan dan kesejahteraan,” Hamas berkata dalam kenyataan akhbar pada petang Selasa.
Jumaat , 02-10-2020 – The Shin Bet, perisik dalaman Israel, telah menculik aktivis pro-Aqsa, Aida as-Sidawi dari rumahnya di Kota Lama Baitulmaqdis.
Sidawi mengatakan bahawa pegawai Shin Bet yang dikawal oleh pasukan polis telah menahannya dan membawanya ke pusat soal siasat Qishla setelah menggeledah rumahnya di kawasan Bab al-Hadid di Kota Lama.
Sidawi telah dipanggil, ditangkap, dibuang dari Masjidil Aqsa dan dilarang melakukan perjalanan beberapa kali sebelum ini kerana kegiatan aktifnya dalam menyokong Masjidil Aqsa.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nurul
Jumaat , 02-10-2020 – Anggota Biro Politik Gerakan Pejuang Islam Hamas, Mussa Abu Marzuq, Rabu malam (30/09/2020), menyatakan bahawa isu Palestin sedang menghadapi cabaran besar yang memberi dorongan kuat kepada kesatuan dan kerjasama nasional.
Abu Marzuq mengatakan, dialog Turki akan menyumbang kepada pencapaian kesefahaman yang lebih baik terhadap rekonsiliasi Palestin.
Beliau menekankan bahawa mereka tidak mungkin menawarkan rekonsiliasi dalam keadaan tidak menentu serta dalam keadaan terkesan dengan peristiwa lalu. Oleh kerana itu perlu ada langkah-langkah untuk membangun kepercayaan antara kedua pihak. Beliau menyatakan kepentingan aspek yang berkaitan dengan membangun kepercayaan ini. Seperti mengembalikan dokongan asas kepada para tahanan, para keluarga syuhada, mereka yang tercedera serta mereka yang tertekan akibat perpecahan.
Abu Marzuq menekankan perlunya membangun strategi berkaitan rekonsiliasi dan kejasamaa Palestin.Beliau menegaskan bahawa patriotisme dan tanggungjawab yang berada di bahu kedua-dua pihak merupakan syarat utama menuju kemajuan rekonsiliasi.Isu perjuangan rakyat dengan kepemimpinan pusat, terutama di Tebing Barat dan al-Quds perlu didasarkan kepada asas pemikiran persatuan penuh.
Abu Marzuq menekankan perlunya mengadakan pilihanraya untuk Dewan Nasional, Dewan Legislatif, Jawatankuasa Eksekutif PLO, dan pilihanraya presiden.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Osman
Jumaat , 02-10-2020 – Atas perintah tentera rejim Zionis, sebuah mahkamah tentera pada hari Rabu telah menjatuhkan hukuman penjara sebulan kepada seorang petani tua warga Palestin serta memerintahkannya untuk membayar denda.
Menurut Persatuan Tawanan Palestin, Khairy Hanoun yang berusia 64 tahun dijatuhi hukuman penjara 30 hari dan didenda 1,000 shekel ($ 300).
Hanoun diculik pada 21 September dari rumahnya di bandar Anabta, timur wilayah Tulkarem.
Pada awal September, Hanoun diserang dengan kejam semasa demonstrasi di utara Tebing Barat. Beliau memprotes penyitaan tanahnya.
Rakaman video menunjukkan askar Israel menolak Hanoun ke tanah sebelum seorang askar mula menekan lututnya di leher petani tersebut, sementara askar yang lain pula mengacukan senjata mereka pada sesiapa yang merakam serangan itu.
Jumaat , 02-10-2020 – Seorang remaja Palestine di laporkan parah di tembak oleh penjajah Israel di Kota Surif, Barat laut Hebron. Sumber tempatan melaporkan sepasukan penduduk penjajah telah melepaskan tembakan kepada penduduk awam Palestin di Kota Surif mengakibatkan seorang remaja Palestin berumur 16 tahun luka parah.
Remaja tersebut telah di bawa ke hospital swasta di Hebron untuk pembedahan dan kini di laporkan dalam keadaan kritikal.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Rahibah Omar
Jumaat , 02-10-2020 – Pada hari ini Gerakan Pembela Islam, Hamas, telah menzahirkan rasa sedih ke atas pemergian Dr Anwah Nagia. Beliau seorang aktivis yang berdedikasi, pejuang menentang apartheid, dermawan dan pembela golongan yang teraniaya , telah meninggal dunia akibat jangkitan Corona virus, pada malam Isnin lepas.
Hamas didalam sidng media pada hari Selasa lepas menyatakan “ Afrika Selatan telah kehilangan seorang tokoh yang ulung dalam pembelaan hak asasi manusia dan penentang perkauman. Palestin turut kehilangan seorang pelopor yang memperjuangkan hak Palestin di dalam semua arean dan forum serta penyokong halatuju Palestin melalui pelbagai cara “ .
Hamas menyatakan Dr Nagia adalah pengasas penubuhan Muzium Palestin di Cape Town di mana tujuannya adalah untuk memastikan perjuangan Palestin kekal dalam ingatan pada setiap generasi . Oleh sebab itu, beliau juga telah hadapi banyak kesukaran dan juga ancaman.
Gerakan itu juga menyatakan “ Anwah Nagia sebagai seorang pejuang telah meninggal dunia setelah sekian lama menabur bakti dan memperjuangkan perpaduan demi keadilan, terutamanya mengenai perjuangan Palestin. “
Arwah telah meninggalkan teladan yang menjadi pengaruhi kehidupan di Afrika terhadap perjuangan Palestin pada saat genting di rantau ini. Hamas mengakhiri sidang media dengan ucapan takziah dan simpati kepada keluarga Nagia serta rakyat Afrika Selatan diatas pemergian Anwah Nagia.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Hairul Ahmad
Khamis , 01-10-2020 – Tentera rejim Israel (IOF) pada petang Isnin menculik empat pemuda Palestin dekat penempatan haram di Elon Moreh, timur Nablus utara Tebing Barat.
Menurut saksi mata, IOF mengepung empat pemuda selepas melepaskan tembakan ke udara atas sebab dikatakan yang para pemuda itu cuba membaling bom api dekat penempatan.
Berikutan penahanan mereka, IOF mengarahkan tenteranya agar bersiap siaga di jalan menuju penempatan itu dan di sekitarnya.
Khamis , 01-10-2020 – Kementerian Kesihatan Palestin di Ramallah pada hari Selasa melaporkan 7 kematian baru yang berkaitan dengan COVID-19 (coronavirus), 420 jangkitan baru, dan 827 pesakit pulih dalam masa 24 jam.
Kementerian menyatakan bahawa kadar pemulihan dari coronavirus meningkat kepada 80.3 peratus.
Jangkitan baru disebarkan seperti berikut: al-Khalil 77, Nablus 39, Bethlehem 45, Qalqilya 13, Ramallah and Al-Bireh 59, Jenin 22, Salfit 1, Jericho and Al-Aghwar 36, Tulkarem 25, Tubas 3, Jalur Gaza 25, dan pinggir bandar Yerusalem 15.
Kementerian menunjukkan bahawa terdapat 41 pesakit sakit kritikal yang telah dimasukkan ke unit rawatan intensif termasuk 16 yang telah ditempatkan di ventilator.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Ameen
Khamis, 1-10-2020 – Sekumpulan peneroka haram Yahudi pada hari Selasa lalu telah mencemari Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis yang Diduduki walaupun sekatan pergerakan yang ketat dikenakan oleh Israel ke atas Kota Lama.
Menurut sumber tempatan, sekurang-kurangnya 29 peneroka haram telah memasuki Masjid di bawah pengawasan polis dan telah mundar-mandir di kawasan halamannya.
Beberapa peneroka haram dilaporkan melakukan ritual Talmud semasa lawatan di tempat suci Islam tersebut.
Sementara itu, kumpulan-kumpulan ekstremis Yahudi telah melancarkan kempen media sosial untuk menghasut pengikut dan penyokong mereka untuk mengambil bahagian dalam pencerobohan beramai-ramai di Masjid Al-Aqsa sempena peristiwa-peristiwa keagamaan pada hari-hari mendatang.
Mereka juga meminta polis rejim Zionis untuk memperketat cengkaman mereka di Masjid Al-Aqsa dan mengambil tindakan hukuman yang lebih ketat terhadap jemaah Muslim, dengan mendakwa bahawa orang-orang Yahudi berhak bersembahyang di mana sahaja selama berada di bawah kedaulatan Israel.
Rabu , 30-09-2020 – Mahkamah tentera rejim Israel di Salem pada Ahad menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun kepada seorang remaja Palestin, Samer Abdul-Karim Awais, 17, dari kem pelarian Jenin.
Tentera rejim zionis menahan Awais lebih setahun lepas dan beliau telah disoal siasat dalam keadaan diasingkan dan diseksa selama dua bulan di pusat tahanan Petah Tikva.
Sejak penahanannya, rejim enggan menyatukan beliau dengan bapanya yang juga ditahan, Abdul Karim Aweys, yang dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.
Rabu , 30-09-2020 – Mai Al-Kailah, Menteri Kesihatan Palestin mengumumkan bahawa 10 kematian, 503 jangkitan baru akibat coronavirus, dan 1665 pemulihan telah dicatatkan dalam tempoh 24 jam terakhir.
Menteri menyatakan dalam laporan epidemiologi harian COVID-19 bahawa kadar pemulihan dari coronavirus mencapai 79.3% sementara kadar jangkitan aktif mencapai 20%, dan kadar kematian adalah 0.7% dari semua jangkitan.
Beliau menunjukkan bahawa kematian baru dicatatkan untuk dua lelaki dari Nasiriyah dan Albathan di Nablus, seorang lelaki dari Jenin, seorang wanita dari Anza, seorang wanita lain dari Qalqilya, seorang lelaki dari Bethlehem, seorang lelaki lain dari Qarawat Bani Zaid di Ramallah dan Al-Bireh, selain satu kematian dari Qatana di Jalan Baitulmaqdis, dan dua kematian dari Kota Baitulmaqdis.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nurul