Categories
Berita Semasa

Polis Dubai: Suspek Utama Kes Pembunuhan Mahbouh ditahan di luar UAE

Rabu ,13/10/2010 – Ketua Polis Dubai, Dahi Khalfan mengumumkan bahawa seorang suspek utama dalam pembunuhan Pegawai Hamas, Mahmoud al-Mahbouh di Dubai pada 19 Januari telah ditahan di luar Negara, menurut Akhbar Kebangsaan UAE.

Khalfan memberitahu akhbar tersebut bahawa suspek itu memainkan peranan penting dalam pembunuhan itu, dan menambah bahawa Negara yang menahan suspek ini dua bulan yang lepas memohon agar pihak berkuasa UAE untuk tidak mengeluarkan sebarang maklumat tentang perkara ini.

Akhbar itu percaya bahawa Negara yang menahan suspek itu semestinya bukan Negara Eropah. Ketua Polis Dubai sebelum ini memberitahu bahawa dia telah menerima ancaman bunuh daripada Mossad untuk menghalangnya daripada meneruskan siasatan tentang jenayah pembunuhan pegawai HAMAS itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redzwan

Categories
Berita Semasa

Begitulah serang hendap terhadap syuhada’ Al-Karimi dan An-Natsheh

Rabu ,13/10/2010 – “Jam menghampiri pukul 7.30 petang hari Khamis itu (7 Oktober), dan di sana ada beberapa pesawat di udara, dan sebahagiannya turun mendekati beberapa kawasan di sekeliling tempat tinggal kami di Bukit Jauhar”, ujar seorang saksi jenayah Zionis kepada Pusat Informasi Palestin.

Saksi tersebut menambah, “saya menutup semua lampu untuk melihat dengan lebih jelas, kerana saya merasai kehadiran pasukan yang asing, kemudian anak lelaki saya memberitahu bahawa terdapat sebuah kereta jenis 608 diletakkan berdekatan rumah Abu Asnenah yang bertentangan dengan rumah kami, dan ini adalah luar biasa kerana kereta ini adalah jenis kereta bertujuan komersil yang sering digunakan untuk membeli sayur-sayuran di kawasan yang jauh daripada jalan utama. Maka saya sedar bahawa tentu ada sesuatu yang sedang berlaku.”

Sambung saksi itu lagi, “pada lebih kurang pukul 8.30 malam, bekalan elektrik terputus dan kami terpaksa berada dalam kegelapan, saya terkejut apabila anak lelaki saya memberitahu bahawa rumah jiran kamu sedang disuluhi dari luar, dan dia membawa saya menjenguk ke luar tingkap. Saya nampak kereta sayur-sayuran dihadapan rumah itu terbuka lampunya, dan di sana terdapat beberapa orang pemuda yang memakai pakaian biasa berlegar di sekeliling kereta itu. Saya melihat dengan lebih dekat untuk memastikan bahawa samaada mereka adalah tentera Zionis dan saya dapati bahawa mereka adalah pasukan khas yang dihantar untuk menceroboh rumah Al-Jawar dari keluarga Burqon yang mempunyai ramai syuhada’ dan pejuang yang telah mempertahankan keamanan di An-Natsheh dan membangunkan Al-Karimi.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Halangan perpaduan terbesar adalah kerjasama tentera Fatah dengan tentera rejim Zionis.

Rabu ,13/10/2010 – Ahli Parlimen Hamas, Ismail Al-Ashqar mengatakan pasukan keselamatan yang dikuasai Fatah di Ramallah yang membuat penyelarasan keselamatan dengan pasukan keselamatan Israel (tentera Zionis Israel) adalah halangan terbesar dalam mencapai perpaduan nasional.

Ashqar, yang merupakan ketua wakil blok parlimen Hamas dalam siaran akhbar pada Isnin lalu berkata gerakannya serius dalam membuat tawaran perpaduan dan menganggapnya sebagai “pilihan strategik” yang harus sesuai dengan prinsip-prinsip tertentu yang memelihara hak-hak rakyat Palestin dan pendirian mereka.

Perlanjutan hubungan pasukan itu hanya melayani “musuh Zionis” dan kumpulan penyokong yang menafikan hak Palestin, menurut ahli parlimen itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Abbas Akui Kegagalan Perjanjian Dengan Israel

Rabu ,13/10/2010 – Ketua Pihak Autoriti (PA) Palestin, Mahmud Abbas mengakui tidak ada gunanya mereka (PA) melanjutkan pertemuan setelah entiti Zionis Israel membatalkan kesepakatan Oslo dan kesepakatan-kesepakatan lain serta penarikan kekuasaan PA terhadap wilayah Palestin.

Menurut pejabat berita Perancis Isnin (11/10), mengutip dari perunding Palestin Shaib Uraikat dari Amman, Abbas menegaskan ucapannya dalam Sidang Kemuncak di Sirte, Libya, bahawa Israel benar-benar telah membatalkan Perjanjian Oslo dan perjanjian-perjanjian lain yang ditandatangani dengan pihak PLO.”

Uraikat menambah, “Abbas juga menegaskan bahawa di samping Israel membatalkan perjanjian-perjanjian yang ditandatangani dengan kami, Israel juga menarik kekuatan politik, undang-undang, keamanan dan penjawatan dari PA di atas tanah Palestin secara penuh.”

Uraikat menegaskan bahawa Abbas mengusulkan idea “meminta cadangan antarabangsa dari PBB atas wilayah Palestin yang diduduki Israel sejak tahun 1967,” sebagai alternatif kegagalan perundingan dengan penjajah Zionis.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Khudari: Rekonstruksi Gaza, tanggung jawab undang-undang dunia

Selasa ,12/10/2010 – MP Jamal Al-Khudari, ketua jawatankuasa popular terhadap pengepungan, telah mengatakan bahawa pembangunan semula bangunan-bangunan awam Semenanjung Gaza dan pendidikan adalah tanggung jawab moral, undang-undang, dan kemanusiaan orang Arab khususnya serta orang Islam dan masyarakat dunia umumnya.

Khudari, yang juga ketua dewan pengawas dari Universiti Islam di Gaza, mengatakan bahawa rakyat Palestin mempunyai kepakaran teknikal dan kejuruteraan yang diperlukan untuk memulakan rekonstruksi Gaza. Tambahan pula bahan pembinaan telah dibenarkan masuk ke Semenanjung.

Khudari menghadiri sesi perdana persidangan antarabangsa ketiga untuk rekonstruksi kejuruteraan dan Gaza yang diadakan oleh Universiti Islam pada hari Ahad. Dia menekankan bahawa komuniti dunia harus memberi tekanan kepada regim Israel agar mereka memberi kebenaran kemasukan bahan-bahan binaan ke kawasan itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Lifeline menuju ke pelabuhan Latakiya, protes tindakan lambat Mesir

Selasa ,12/10/2010 – Jurucakap Lifeline for Gaza 5, Zaher Al-Beirawi khuatiri keterlambatan Kerajaan Mesir memberi kebenaran kepada konvoi untuk berlayar ke Pelabuhan Arisy sebelum bertolak ke Jalur Gaza.

Dalam sidang media yang dijalankan oleh ketua-ketua konvoi di Bandar Latakiya dekat Syira malam ahad lepas (10 Oktober), Al-Beirawi menegaskan bahawa tindakan lambat Kerjaan Mesir membenarkan konvoi berlayar ke Pelabuhan Arisy telah mengecewakan sebahagian peserta konvoi. Al-Beirawi menambah lagi bahawa konvoi telah lengkap bersedia untuk berlayar termasuk proses penapisan, pengawalan dan pembungkusan bantuan perubatan dan kemanusiaan yang disempurkan pihak konvoi sewaktu di Syria.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Nazzal: Kuasa veto A.S. terhadap rundingan damai Palestin telah digantung sementara

Selasa ,12/10/2010 – Ahli Biro Politik Hamas, Mohammed Nazzal berkata, kuasa veto A.S. terhadap rundingan Palestin telah digantung untuk sementara waktu sehingga situasi politik di Palestin kembali jernih.

Nazzal memberitahu akhbar mingguan Sabeel di Jordan pada Ahad, “Kemungkinan untuk kuasa veto A.S. akan dikembalikan memang ada kerana dialog tersebut adalah hasil daripada keadaan politik semasa yang menyebabkan gerakan Fatah menarik diri daripada meneruskan rundingan dengan Hamas”. Beliau berkata, Hamas mahukan perjanjian dalaman Palestin yang kukuh, yang mengambil kira punca sebenar pertelingkahan, bukannya perjanjian sementara yang boleh dilanggar lagi.

“Hamas tidak dapat memahami rundingan damai sedemikian sedangkan dalam masa yang sama, tangkapan masih dilakukan dan keputusan mahkamah tidak menyokong para pejuang Briged Qassam dan lain-lain.”

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Pendatang Zionis Mula Bina Penempatan Baru Di Selatan Betlehem

Selasa ,12/10/2010 – Puluhan pendatang Zionis, Ahad (10/10) memulakan pembinaan penempatan baru di wilayah hijau, selatan Betlehem Tebing Barat. Mereka membawa alatan pembinaan berat untuk melakukan penggalian di kawasan tersebut.

Tindakan mereka ini berlaku ketika penduduk Zionis berusaha memperluas penempatan di wilayah warga Palestin sejak berakhirnya tempoh pembekuan pembinaan penempatan Zionis di Tebing Barat, selain di kota Al-Quds terjajah.

Di samping itu, pasukan Zionis menangkap tujuh warga Palestin sejak pagi ini (Ahad) dari beberapa kawasan di Tebing Barat. Tentera Zionis juga menempatkan ramai anggotanya di beberapa lokasi di kota Hebron dan daerah Bet Kahil di utara kota.

sumber : COMES
8penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

MSD memfailkan aduan di Geneva untuk menghentikan Israel daripada mengasingkan pegawai Jerusalem

Isnin, 11/10/2010 – Pembangunan masyarakat Al-Maqdesi (MSD) mengatakan pihaknya memfailkan aduan terhadap Majlis HAM PBB di Geneva untuk mengelakkan Israel dari mengasingkan empat pegawai Jerusalemite yang dipilih dari bandar asal mereka.

MSD menyedari langkah ini diambil setelah mengeluarkan kenyataan yang menggambarkan kedudukan para pegawai Jerusalemite, tiga anggota parlimen dan satu bekas menteri, dan menyangkal justifikasi atas keputusan Israel untuk mengusir mereka dari kota suci itu.

MSD meminta dewan hak asasi manusia sedar tanggung jawabnya terhadap para pegawai Palestin dan menekan Israel dari mengusir mereka, terutama ahli parlimen Mohamed Abu Tir, yang ditahan di penjara tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Projek penempatan haram Zionis diteruskan.

Isnin, 11/10/2010 – Penduduk Zionis di penempatan Mekhora, timur laut utara Lembah Jordan telah memulakan pembinaan baru di bahagian barat penempatan tersebut, menurut saksi di daerah Tobas yang melaporkan pada Khamis lalu.

Mereka mengatakan para penduduk meratakan tanah bagi persiapan untuk membina tiga unit rumah baru, dan menyatakan penempatan itu terkenal kerana selau mengambil tanah pertanian Palestin di kawasan tersebut. Sementara itu, pada Khamis lalu sebuah kenderaan tentera Israel sengaja melanggar kereta Palestin di jalan antara Nablus dan Ramallah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Erdogan : Turki tidak akan berpeluk tubuh di hadapan kanak-kanak Gaza yang kebuluran

Isnin, 11/10/2010 – Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan berkata negaranya tidak akan mendiamkan diri sahaja melihat kekejaman rejim Zionis mahupun memalingkan wajah dari Gaza dan kanak-kanaknya.

Beliau memberi ucapan ini semasa majlis pembukaan Forum Perdagangan Antarabangsa Kali Ke-14 yang dianjurkan oleh MUSIAD, Pertubuhan Bebas Penggiat Industri dan Perniagaan pada Rabu lalu di Istanbul. Forum itu disertai oleh lebih daripada 25 menteri dari pelbagai negara, 5,000 ahli perniagaan dari 65 buah negara, 150,000 pelawat serta 550 peserta pameran dari Turki dan negara-negara lain.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Netanyahu langgar keputusan mahkamah di Tebing Barat

Isnin, 11/10/2010 – Media menyebutkan bahawa PM Zionis-Israel, Benjamin Nentanyahu telah melanggar keputusan mahkamah agung yang mana keputusan mahkamah itu mengarahkan kerja-kerja pembinaan sinagog dihentikan. Sinagog itu didirikan di Tebing Barat di atas tanah rakyat Palestin. Arahan mahkamah itu telah di keluarkan ketika Ehud Barak menjadi PM. Tindakan Nentanyahu turut mendapat sokongan anggota Knesset dari parti Likud.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Menteri menyeru negara-negara Arab selamatkan wanita Palestin

Isnin, 11/10/2010 – Menteri Hal-Ehwal Tahanan di Palestin, Mohammed Faraj Al-Ghoul menggesa Negara-negara Arab agar menyelamatkan wanita Palestin daripada keganasan Israel. Beliau berkata, “Di manakah maruah Arab yang seharusnya rasa tergugat dengan apa yang berlaku pada wanita Palestin.”

Beberapa hari yang lalu media menyiarkan video memaparkan seorang tentera Israel menari mengelilingi seorang tahanan wanita yang dihadapkan mukanya ke dinding dalam keadaan tangan diikat dan bertutup mata.

Dalam satu ucapannya di ibu pejabat Kementerian yang dihadiri ratusan menteri, ahli PLC, keluarga tahanan, ketua kesatuan pekerja dan organisasi-organisasi lainnya pada Khamis, Ghoul mengatakan, “Tentera-tentera biadab ini akan terus menari dan mendabik dada selagi tiada yang menghentikan, dan selagi tiada rasa marah dalam darah orang Arab dan Muslim.” Ghoul menambah bahawa video tersebut hanyalah merupakan secebis daripada kekejaman tentera Israel terhadap tahanan baik lelaki mahupun wanita.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Az-Zehar : Fattah setujui pandangan Hamas tentang Suruhanjaya Pilihanraya

Isnin, 11/10/2010 – Doktor Mahmoud Az-Zehar, wakil Biro Politik Hamas mendedahkan bahawa Hamas dan Fattah sudah mencapai beberapa persepakatan dalam sebahagian besar isu berhubung dengan keamanan Palestin yang telah diutarakan dalam mesyuarat pembaikan negara itu tempoh hari. Beliau menyatakan bahawa perbahasan selanjutnya berkenaan hal ini akan dibincangkan dalam mesyuarat di antara kedua-dua pihak Hamas dan Fattah pada masa yang akan datang.

Dalam temubual eksklusif beliau bersama dengan Pusat Informasi Palestin – yang bakal diterbitkan nanti – , Az-Zehar berkata bahawa Fattah telah mencapai persetujuan dengan Hamas secara khususnya di dalam isu Suruhanjaya Pilihanraya, Badan Kehakiman Khas Pilihanraya dan halatuju serta kepimpinan depan PLO, yang mana isu-isu ini pada awalnya tidak diendahkan oleh Fattah apabila dibangkitkan oleh Hamas sebelum ini.

Az-Zehar menambah lagi : “ketiga-tiga isu ini telah dibincangkan oleh Hamas selepas diabaikan oleh pihak mereka (Fattah) sebelum ini, maka kini hanya tinggal satu isu, iaitu mencari penyelesian berkenaan masaalah keamanan, dan isu terakhir ini akan dibincangkan pada bulan ini.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Serangan Udara Israel, 11 Cedera

Isnin, 11/10/2010 – Mangsa serangan udara Israel ke beberapa wilayah di Semenanjung Gaza Khamis pagi (7/10) meningkat menjadi 11 orang. Salah seorang mangsa adalah dari pejuang Batalion Helang Palestin yang menjadi sasaran pembunuhan pasukan Israel. Sejumlah rumah penduduk mengalami kerosakan akibat serangan ini.

Dalam serangan terakhir, empat penduduk cedera setelah kenderaan mereka diserang pesawat tempur Israel dalam usaha membunuh seorang pejuang Palestin. Dalam satu kenyataan akhbar, sayap ketenteraan Hamas Batalion Izzuddin Al-Qassam mengatakan bahawa pesawat tempur Israel berusaha membunuh seorang pimpinan Batalion Helang Palestin. Namun mangsa yang berada dalam kereta ketika diserang hanya mengalami kecederaan.

Beberapa pesawat tempur Israel jenis F16 melepaskan roketnya ke pos Batalion Izzuddin Al-Qassam, sayap militan Hamas di barat daya kota Gaza dan kampung Zaitun bahagian tenggara kota Gaza.

sumber : COMES
penterjemah : osman