Categories
Berita Semasa

Ihsanoglu memperingatkan para pegawai antarabangsa akan bahaya yang menanti Aqsa

Selasa , 11/01/2011 – Profesor Ekmeleddin Ihsanoglu, Setiausaha Agung Pertubuhan Persidangan Islam, telah menghantar mesej kepada Menteri Luar Negeri, Majlis Keselamatan PBB memberi amaran kepada mereka akan ancaman serius yang boleh membahayakan Masjid suci Al-Aqsa di Baitulmuqaddis.

Ihsanoglu menggariskan bahawa OIC menganggap Masjid Aqsa sebagai garis merah dan bahawa pihak Israel bertanggung jawab sepenuhnya atas apa yang mungkin terjadi sebagai akibat dari kerugian yang dilakukan ke atas tempat suci tersebut.

Beliau mendesak para pegawai antarabangsa untuk menyekat kemaraan tentera Israel ke Aqsa dan membenarkan Awkaf Islam untuk memulakan aktiviti baikpulih Masjid Aqsa.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Haneya Tetapkan 6 Perkara Dasar Untuk Capai Perdamaian Palestin

Selasa , 11/01/2011 – Perdana Menteri Palestin, Ismael Haneya menetapkan enam kerangka dasar untuk mencapai perdamaian internal dalam pertemuanya bersama pengusaha Palestin, Munib El-Mishri serta beberapa tokoh nasional.

Selain itu, turut hadir Dr. Kholil Hayyah, anggota dewan Palestin serta penasihat perdana menteri dan jurucakap kerajaan Tahir Nunu.

Dalam pertemuan tersebut dibahaskan beberapa peluang untuk menjayakan perdamaian dan menamatkan perpecahan, ditengah kebekuan dan terhentinya usaha perdamaian akibat meningkatnya penangkapan tahanan politik di Tebing Barat. Haneya menegaskan, ada enam perkara dasar jika ingin mewujudkan perdamaian nasional Palestin. Iaitu persepakatan politik, keamanan, referensi pimpinan, program politik, usaha mencapai deklarasi perdamaian serta menamatkan campurtangan pihak luar.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Para pegawai Baitulmuqaddis gesa Masri bebaskan pemogok lapar dari penjara

Selasa , 11/01/2011 – Para pegawai Baitulmuqaddis yang sedang dalam buangan menggesa usahawan Palestin, Munib Al-Masri untuk masuk campur membebaskan pemogok lapar dari penjara untuk mengakhiri penderitaan mereka. Rayuan itu bermula ketika lawatan Masri ke khemah ibu pejabat Persatuan Palang Merah pada Rabu.

Kedua-dua pegawai itu, dua ahli parlimen dan seorang bekas menteri menyatakan dalam pertemuan itu bahawa Kerajaan Palestin (PA) tidak berganjak dalam menafikan pembebasan para pemogok tersebut. Mereka menyifatkan tindakan PA itu sebagai tidak menghormati undang-undang.

Mereka menambah, situasi ini menghalang sebarang usaha mengakhiri perpecahan dalaman Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Abu Shaar kutuk penukaran masjid bernilai $18 juta

Selasa , 11/01/2011 – Pada Rabu lepas, Menteri Perhubungan Antara Agama Gaza, Talib Abu Shaar mengutuk tindakan rejim Zionis yang membelanjakan berjuta-juta dolar semata-mata untuk meyahudikan dua buah masjid di Jerusalem.

Abu Shaar yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Jerusalem menggesa masyarakat Arab di Jerusalem untuk tidak berganjak dan terus menentang penjajahan rejim Zionis, terutamanya terhadap kempen terkini rejim Zionis meyahudikan kota itu.

Baru-baru ini rejim Zionis mengumumkan bahawa ia telah membelanjakan 5 juta dolar Amerika pada 2010 untuk memulihara dan memelihara apa yang digelar tapak-tapak suci Yahudi di daerah Ain Silwan dan Burj al-Nawateer di Jerusalem. Tapak-tapak tersebut sebenarnya merupakan masjid yang mereka rampas pada tahun 1948 dan 1967 yang kemudiannya ditukar menjadi sinogog Yahudi, kata Abu Shaar.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Konvoi Asia 1 mulakan lawatan 4 hari di Gaza

Selasa , 11/01/2011 – Konvoi Asia 1 yang tiba di Genting Gaza pada Ahad lepas memulakan lawatan selama 4 hari bermula pada pagi Isnin dengan meninjau kemusnahan yang dilakukan oleh rejim Zionis dalam perang terakhir yang
lalu.

Para aktivis dari Asia itu yang diselia oleh Jawatankuasa Sekatan di bawah kerajaan pemerintah di Gaza, akan melihat sendiri bangunan-bangunan yang musnah akibat perang yang lalu dan akan dibawa melawat keluarga-keluarga mangsa oerang serta tahanan penjara. Beberapa siding media dan pertemuan dengan pihak media telah dirancang sepanjang keberadaan rombongan tersebut di Gaza.

Para aktivis terbabit juga akan menyerahkan sendiri beberapa buah ambulans yang mereka bawa bersama kepada Kementerian Kesihatan Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Para penunjuk perasaan mengganggu pidato Barak, memanggilnya ‘pembunuh anak’

Selasa , 11/01/2011 – Pemuda Palestin menyela pidato di Universiti Tel Aviv oleh Ehud Barak, dan memanggil menteri perang Israel itu sebagai pembunuh anak Gaza.

Barak yang memberikan pidato merangkumi Iran dan situasi politik Timur Tengah kepada pegawai tentera dan akademik senior dari Israel dan luar negeri ketika itu berkali-kali diganggu oleh penunjuk perasaan terhadap dasar Israel yang mesasarkan rakyat Palestin.

Para penunjuk perasaan mengangkat citra orang Palestin yang terbunuh dan tercedera dalam perang akhir 2008 awal 2009 Gaza, dan menjerit-jerit kepada Barak: “.. anda adalah pembunuh anak-anak di Gaza dan pembohong anda hanya berusaha untuk menanamkan rasa takut dalam masyarakat”

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah :  syuhada
Categories
Berita Semasa

Bekas Menteri Keadilan Amerika Tiba di Gaza

Selasa , 11/01/2011 – Bekas menteri keadilan Amerika, Ramsey Clark, tiba di Semenajung Gaza melalui terminal sempadan Rafah mengetuai satu delegasi pada hujung malam selasa.

Ketibaan Clark secara kebetulan bertepatan dengan serangan udara Israel di Rafah, selatan Semenanjung Gaza dan mencederakan penduduk Palestin di samping merosakkan rumah di selatan bandar itu.

Majlis kerajaan yang akan menerima delegasi Clark berkata bahawa Clark dalam satu lawatan solidariti ke Gaza untuk mengetahui seluruh situasi di Gaza berikutan Perang Israel yang terakhir dan penaklukan tentera Zionis itu serta akan bertemu perdana menteri Palestin, Ismail Haneyya.

Clark melawat Gaza kira-kira setahun lepas sebelum bekas presiden Amerika, Jimmy Carter melawat kawasan yang dikepung itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Ayahanda tahanan Al-Owewei : Pemogok lapar di penjara Abbas teruskan berlapar.

Jumaat , 07/01/2011 – Haji Abu Rotib Al-Owewei, ayah kepada seorang tahanan militan Abbas, menegaskan bahawa anakandanya, Ahmad, masih meneruskan mogok lapar dan terancam dengan kematian akibat berlapar secara berterusan. Beliau meminta agar semua yang bebas, “bertindak dengan segera untuk pembebasan anaknya dan kesemua tahanan yang bermogok lapar serta para tahanan politik.”

Haji Al-Owewei dalam kenyataan khas untuk Pusat Informasi Palestin petang Rabu (5 Januari) berkata, “hari ini saya bertemu dengan pemogok lapar, termasuk anak saya Ahmad, tahanan Majd Abeed dan Wesaam Al-Qawasmi, dan keadaan mereka terlalu kritikal, saya yakin bahawa mereka boleh mati”, menambah, “bahawa mereka seolah-olah menjadi 1/4 manusia kerana telah kehilangan berat dengan sangat banyak”. Beliau juga memberitahu bahawa tahanan, Wa’el El-Baitor masih lagi ditahan di penjara dekat Beit Lahm.

Beliau menegaskan bahawa pihak berkuasa Ramallah membawa Ahmad ke mahkamah buat kali kedua dengan mengabaikan kenyataan pembebasan beliau yang dikeluarkan oleh Mahkamah Keadilan Tertinggi, atas tuduhan terlibat dalam gerakan militan, yang dinafikan keras oleh Ahmad, menyebabkan beliau memutuskan untuk meneruskan mogok laparnya.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Tahanan di Penjara Abbas Masih Terus Melakukan Mogok Lapar

Jumaat , 07/01/2011 – Al Haj Abu Ratib al Awiwi, bapa salah seorang tahanan tetera Abbas, menegaskan bahawa anaknya “Ahmad” masih mogok lapar dan nyawanya terancam kerana tindakan tersebut. Beliau meminta semua pihak untuk segera membantu membebaskan anaknya, seluruh tahanan yang melakukan mogok lapar serta tahanan politik lainnya.

Abu Ratib mengatakan, Rabu (5/1), “Hari ini saya menziarahi tahanan yang mogok lapar, termasuk anak saya. Keadaan mereka sangat kritikal dan hampir dengan kematian.

Abu Ratib menjelaskan bahawa langkah mogok lapar adalah tindakan yang sangat berat. Tindakan ini menjadi tekanan sangat besar terhadap otoriti Ramallah. Bahkan otoriti Ramallah hampir membebaskan mereka kerana terus melakukan mogok lapar.

Abu Ratib menyampaikan ingatan kepada otoriti Ramallah, “Mereka adalah pemuda yang ditahan secara zalim dan paksa tanpa ada dosa yang mereka lakukan. Mereka harus dibebaskan segera.” Dia menegaskan bahawa masa penahanan mereka sudah lebih 28 bulan. Ada tahanan yang melakukan mogok lapar selama 50 hari, iaitu Muhammad Nirukh. “Hari ini saya menyaksikan Muhammad benar-benar seperti mayat, dia dan mayat tidak ada bezanya. Mereka semua nampak sama,” menurut Abu Ratib.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Netanyahu di Mesir pada Khamis untuk bertemu Mubarak

Khamis , 06/01/2011 – Sumber politik Israel berkata bahawa Perdana Menteri Benjamin Netanyahu akan melakukan lawatan rasmi ke Mesir pada Khamis ini (hari ini) untuk bertemu dengan presiden Mesir, Hosni Mubarak di Resort Sharm el-Syeikh.

Kedua pihak itu akan membincangkan pelbagai isu politik dan keselamatan, terutamanya tentang penyambungan semula rundingan damai dengan Pihak Berkuasa Palestin, pengunduran tentera di Semenanjung Gaza dan perjanjian pertukaran tahanan dan tentang dail nuklear Iran.

Netanyahu juga akan bertemu dengan pegawai tertinggi Mesir ketika lawatan termasuk pengarah perisikan Omar Suleiman dan menteri luar, Ahmed Abul Gheit.

Dalam hal lain, menteri luar Israel, Avigdor Lieberman memutuskan untuk melantik duta baru yang dikenali sebagai ‘hal ehwal holocaust’.

Berdasarkan akhbar Maariv, tugas duta ini ialah menentang prinsip NAZI di dunia dan bekerja dalam usaha mengembalikan harta Yahudi yang ditinggalkan mereka di negara Arab, terutama Mesir, dan seluruh negara di dunia.

Akhbar itu menyatakan pada Isnin bahawa satu harta yang paling penting yang ditinggalkan di kawasan itu kebanyakkannya berpusat di mesir, sambil menambah bahawa yahudi dihalau keluar dari Mesir pada 1952.

Buat masa ini tidak ada reaksi daripada pegawai Mesir tentang langkah Israel ini.

sumber : http://www.palestine-info.co. uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Al-Qardhowi : PLO sedang hancur, hanya dengan usaha pertahanan tanah akan bebas.

Khamis , 06/01/2011 – Pengerusi Pertubuhan Ulama’ Islam Sedunia, Dr. Yousef Al-Qardhowi menegaskan bahawa umat Islam wajib membebaskan diri mereka untuk memungkinkan pembebasan tanah Palestin yang telah dirampas.

Kenyataan ini dikeluarkan dalam Perhimpunan Bulan Januari bagi pertubuhan ini bertemakan “projek Yahudinisasi Al-Quds dan Palestin dan kesannya terhadap masa hadapan” dekat Hotel Millennium petang kelmarin yang turut dihadiri oleh Dr. Ali Mahyuddin Al-Qurah, setiausaha pertubuhan dan Ustaz Muneer Shafeq, pengurus perhimpunan nasional islam.

Dr. Qardhowi menegaskan kepentingan sokongan yang mesti diberikan kepada rakyat Palestin agar mereka tetap teguh dan segala peluang perlu diberikan kepada mereka untuk melawan Zionis, beliau menekankan lagi bahawa isu ini bukanlah khas untuk rakyat Palestin sahaja tetapi katanya, “perkara yang paling berbahaya adalah apabila umat Islam merasa seolah-olah mereka membantu rakyat Palestin, walhal, Islam mewajibkan ke atas setiap Muslim untuk membebaskan mana-mana sahaja tanah Islam yang diceroboh, apatah lagi kita bercakap tentang tanah Al-Quds yang dimuliakan Allah. Tidak dapat dinafikan bahawa umat Islam perlu merasa bahawa isu ini adalah isu mereka, dan bukan isu rakyat Palestin semata-mata.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Israel musnahkan kediaman warga Palestin di timur Baitulmuqaddis

Khamis , 06/01/2011 – Sumber tempatan mengatakan jentolak majlis perbandaran Israel yang diiringi tentera dan polis telah memusnahkan kediaman seorang warganya Nayef Aweidah di kejiranan Beit Hanina, di timur kota suci itu atas dakwaan pembinaan tidak berlesen.

Yayasan Pembangunan Masyarakat Al-Maqdesi berkata, pemusnahan kediaman itu telah menyebabkan lapan ahli keluarga tersebut termasuk tiga kanak-kanak terpaksa berpindah.

Laporan terkini tentang hak asasi manusia mengatakan Israel mempercepatkan pemusnahan rumah – rumah warga Palestin pada tahun 2010 yang melibatkan 63 buah rumah. Tahun lepas Israel mengeluarkan arahan pemusnahan ratusan rumah dalam usaha untuk menerapkan elemen Yahudi di kota suci itu.

sumber : http://www.palestine-info.co. uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Masri: Gaza kini sukar diceroboh, tidak takut akan ancaman Israel

Rabu , 05/01/2011 – Pegawai senior HAMAS dan ahli parlimen Mushir al-Masri berkata bahawa ancaman Israel dan perang psikologi terhadap penduduk Gaza tidak langsung menjejaskan mereka, sambil menekankan bahawa Gaza kini semakin kuat dan sukar untuk ditembusi.

“Ancaman yang dibuat oleh penjajahan tidak akan menakutkan kamu dan kami akan tetap bergerak mengikut jalan yang dibuat oleh para syuhada yang darah dan mayat mereka bertaburan di seluruh tanah (Palestin),” kata Masri dalam satu majlis yang diadakan di bandar Gaza untuk menghormati keluarga mangsa perang.

“Penduduk Gaza akan sentiasa berjaga-jaga dan menyokong penentangan mereka, yang akan mengajar musuh satu pengajaran yang pahit tanpa mengiktiraf Israel atau menamatkan perjuangan mereka sehingga kemerdekaan Palestin,” fokus ahli parlimen itu.

Dia juga menyelar sebahagian parti di Palestin di bandar Ramallah yang mahu pulang ke Gaza melalui Perang Israel yang lain. “Sesiapa yang mengimpikan kepulangan ke Gaza dalam kereta kebal Zionis untuk memimpin dengan sebatang besi dan pada masa yang sama menjanjikan kebebasan berdasarkan pandangan Zio-Amerika ialah orang yang mempunyai delusi”.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Suruhanjaya Bebas sahkan kemerosotan kesihatan tahanan di penjara Abbas.

Rabu , 05/01/2011 – Pegawai Am Suruhanjaya Bebas untuk hak rakyat Palestin, Dr. Mamdouh El-Aker, mengesahkan bahawa mogok lapar yang dilakukan oleh para tahanan politik di penjara Fatah dekat Tebing Barat adalah semakin kritikal. Mogok lapar ini adalah respon para tahanan terhadap penyiksaan mental dan fizikal yang mereka hadapi.

El-Aker, dalam kenyataan khas untuk Pusat Informasi Palestin berkata bahawa buat pertama kalinya sejak mogok lapar dijalankan delegasi para peguam dari Tebing Barat dapat melawat para tahanan di Hospital Beit Lahm iaitu pada hari Ahad (2 Januari) yang lalu, apabila para tahanan dipindahkan ke hospital tersebut kesan dari mogok tersebut.

Beliau menambah lagi bahawa delegasi tersebut pernah memohon kepada PA dan Hospital Beit Lahm untuk melawat para tahanan selepas mengetahui keadaan kesihatan mereka, sehinggalah hari ini apabila mereka membenarkan 2 orang peguam melawat para tahanan buat julung kalinya setelah krisis mogok lapar ini melanda.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Bahr Telefon Amr Moussa untuk Selamatkan Tahanan Mogok Lapar

Rabu , 05/01/2011 – Timbalan Ketua Majlis Perundangan Palestin , Ahmed Bahr, menelefon Setiausaha Liga Arab Jeneral Amr Moussa petang Ahad meminta bantuan untuk 6 tahanan Hamas yang sedang mogok lapar yang menuntut kebebasan mereka dari Pihak Berkuasa Palestin (PA) semenjak bulan lepas.

Bahr memperlihatkan Moussa wajah dan keadaan tahanan yang tidak berperikemanusiaan di penjara PA, dan menjelaskan tahanan bernama Muhannad Nerokh yang dikategorikan mati dari segi klinikal akibat daripada mogok makannya.

Mahkamah Agung Palestin memutuskan untuk membebaskan semua enam penunjuk perasaan damai setahun yang lepas namun keputusan militia keselamatan PA belum melaksanakan.

Moussa berjanji bahawa ia akan mengambil tindakan yang diperlukan untuk menyelamatkan situasi tersebut.

Hamas mengatakan dalam sebuah pernyataan akhbar hari Ahad bahawa mereka meletakkan Mahmoud Abbas bersama pihak keselamatannya bertanggungjawab atas kematian klinikal Nerokh, mengatakan keadaannya yang dihasilkan daripada tindakan mereka yang sewenang-wenangnya dan menolak untuk menghormati keputusan mahkamah yang diterbitkan awal tahun lalu.

Ahli parlimen Palestin Mohammed al-Khateeb mengatakan kepada PIC bahawa pihak keselamatan PA mengingkari perjanjian yang dibuat dengan petugas untuk membawa 6 tahanan mogok lapar ke kampung asal mereka Khamis lalu menjelang kebebasan mereka yang sepenuhnya. Proses itu seharusnya memerlukan masa kurang dari sebulan. Hamas meletakkan ketua badan perisikan PA bernama Majid Faraj sebagai salah satu pegawai yang setuju dengan kesepakatan itu.

Khateeb mengatakan bahawa beliau berkunjung ke hospital melayan tahanan yang sakit yang telah dipindahkan tetapi hanya ditemui dua pegawai keselamatan yang mendia masuk ke pesakit.

Tiga daripada tahanan yang mogok lapar itu telah dimasukkan ke hospital kerana keadaan mereka yang serius.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen