Categories
Berita Semasa

Kumpulan Oslo selepas 20 tahun rundingan.. kita jatuh dalam perangkap..!!!

Rabu , 22/12/2010 – Selepas 2 dekad rundingan bersama penjenyah Zionis, pelulusan pembukaan petempatan haram , perampasan tanah, Yahudinisasi kota Al-Quds dan kawasan suci umat Islam dan pengaplikasian rancangan-racangan Zionis, Pengerusi Biro Rundingan PLO, So’eb Areqaat membuat pengumuman mengejut bahawa dalam tempoh 20 tahun ini, Fatah sebenarnya telah jatuh ke dalam perangkap…!!

Agensi berita Perancis memetik kata-kata Areqaat : “kita telah duduk dalam meja rundingan hampir 20 tahun, dan hakikatnya kita telah terjatuh dalam perangkap, sementara Zionis tidak langsung mengubah apa-apa.”

Areeqat tidak hanya berhenti di situ, beliau menyambung bahawa pimpinan Fatah menyifatkan rundingan bersama Zionis adalah bersifat “merepek dan menjijikkan”, terutamanya selepas mereka ditikam dari belakang oleh Pentadbiran Amerika, yang selama ini mereka percayai, dan seruan Amerika kepada masyarakat dunia untuk tidak mengiktiraf Negara Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Penternak Palestin Cedera dalam Tembakan IOF

Rabu , 22/12/2010 – Seorang lelaki Palestin cedera oleh tembakan daripada Tentera Rejim Israel (IOF) yang berpengkalan di utara semenanjung Gaza pada pagi Ahad, sumber daripada pasukan perubatan.

Adham Abu Salmiya, jurucakap perkhidmatan kesihatan di Gaza berkata bahawa tentera IOF menembak kepada penternak yang mengembala kambing biri-biri di luar pekan Beit Lahia di utara Gaza.

Dia menambah bahawa penternak itu cedera di kaki dan dibawa ke hospital di mana keadaanny dikatakan sebagai sederhana.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Blok Perubahan dan Reformasi Menyokong Mogok Lapar Tahanan Penjara

Rabu , 22/12/2010 – Blok Perubahan dan Reformasi, parti yang mewakili Hamas di Majlis Perundangan Palestin menyatakan sokongan kepada tahanan-tahanan dalam penjara Kerajaan Palestin yang melancarkan mogok lapar untuk memprotes layanan buruk yang diterima mereka.

Parti tersebut mengatakan Pihak Berkuasa Palestin (PA) harus bertanggungjawab atas kesihatan mereka yang mogok memandangkan mogok sudah mencecah hari ke 29 dan boleh mengancam nyawa mereka.

Tujuan mogok tersebut adalah untuk mendedahkan realiti penyeksaan dan penderaan yang dialami para tahanan di penjara.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Konvoi Asia Ke Gaza Tiba di Syria

Rabu , 22/12/2010 – Ketua Front perjuangan rakyat Palestin, Kholid Abdul Majid menegaskan kepentingan kempen sokongan Asia untuk Palestin. Beliau juga memuji peranan Syria dalam memberikan pelbagai kemudahan bagi bantuan perpaduan rakyat Palestin.

Penyataan ini dikeluarkan oleh Abdul Majid ketika kenyataan akhbar berhubung pengiriman konvoi Asia 1 yang diadakan oleh jawatankuasa pemantau muktamar nasional Palestin, Sabtu (18/12) di kem pelarian Palestin di Yarmuk, Damsyik. Beliau memuji peranan Syria terhadap perjuangan rakyat Palestin dalam menentang penjajahan Zionis selain memberikan bantuan kemanusiaanya melalui jalan darat.

Di pihak lain, Badrudin Syarqi, delegasi India mengungkapkan harapanya agar dapat diizinkan memasuki Gaza. Mereka terdiri dari 15 negara Asia dan dari pelbagai latar belakang agama dan mazhab berkeinginan masuk Gaza. Syarqi menegaskan bahawa tujuan konvoi tersebut adalah mencari alternatif untuk pembebasan Gaza dan memberikan kefamahaman kepada rakyat Asia tentang isu Palestin dan masalah sebenar Gaza.

Konvoi Asia ini terdiri dari 200 relawan yang berasal dari 15 negara Asia seperti India, Pakistan, Indonesia, Malaysia, Afghanistan, Bahrain, Iran, Syria dan Lebanon. Mereka berangkat dari New Delhi India pada 2 Desember lalu dan tiba di Syria pada Isnin 20 Disember.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Abu Zuhri menyeru untuk menyokong hak-hak Palestin berbanding perundingan dengan Zionis Israel

Isnin , 20/12/2010 – Dr Sami Abu Zuhri, juru bicara Hamas, telah mendesak negara-negara Arab untuk menyokong pilihan lain setelah gagal dalam pembicaraan damai dalam memulihkan hak-hak Palestin. Dia berkata kepada PIC pada hari Khamis bahawa keputusan jawatankuasa Arab mencerminkan proses penyelesaian menemui jalan buntu.

Juru bicara itu menyebut sebuah pengumuman yang jelas tentang menghentikan perundingan dengan Israel dan tidak menyokong siapapun yang melakukan pembicaraan tersebut selain mengangkat strategi baru berdasarkan hak-hak dan sokongan Arab dan Palestin serta perjuangan mereka. Jawatankuasa tindakan lanjut Arab pada hari Rabu memutuskan untuk menghentikan rundingan dengan Israel sehingga tawaran”serius” Amerika ditetapkan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Polis rejim Zionis serbu kedai milik rakyat Palestin di Jerusalem, cederakan pekerja

Isnin , 20/12/2010 – Pada malam Rabu lalu, sepasukan polis rejim Zionis telah menyerbu sebuah kedai di Jerusalem, membuang barang-barang di dalam kedai itu dan menyerang para pekerja kedai itu. Manakala anak lelaki pemilik kedai itu patah kaki dalam insiden tersebut sementara pekerja yang lain ditahan.

Dalam insiden itu, pertengkaran sengit telah terjadi antara salah seorang anak lelaki pemilik kedai itu iaitu Moataz, 18, dan seorang anggota polis anti-pengganas rejim Zionis yang bernama Yamam. Insiden berlaku selepas Moataz meminta bas yang membawa pasukan polis rejim Zionis yang diletakkan di hadapan kedai itu dialihkan bagi memberi laluan kepada trak penghantar barang, kata Mahmoud Barakat, seorang lagi anak lelaki pemilik kedai itu. Pemandu bas itu meminta kerjasama 6 orang anggota polis rejim Zionis yang kemudiannya bertindak menyerbu kedai dan membaling keluar semua barang di dalam kedai itu.

Semasa kejadian, anggota polis rejim Zionis telah membelasah Ahmed Barakat dengan teruk, yang sememangnya lumpuh akibat kemalangan jalan raya. Kaki kanannya dipatahkan oleh anggota polis rejim Zionis tanpa belas walaupun mereka yang hadir merayu tidak diperlakukan begitu ke atas Barakat yang lumpuh. Tidak cukup dengan itu, rejim Zionis memecahkan CCTV kedai itu dan rakamannya dipadam untuk menghilangkan bukti kebinatangan mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

13 warga Palestin ditahan di Tebing Barat kerana disyaki aktivis

Isnin , 20/12/2010 – Tentera Israel menahan 13 warga Palestin untuk disoalsiasat pada pagi Isnin dalam kempen menjejaki aktivis di Tebing barat.

2 warga Palestin ditahan di Ramallah untuk disoalsiasat, Radio Israel melaporkan. Identiti dan organisasi mereka tidak dikenalpasti. Lagi 9 yang lain ditahan dalam sesi penangkapan di bandar Al-Khalil, sumber keselamatan Palestin menyatakan.

Numan Abdel Qadir Al Qaisiya, 21 dan Mustafa Ismail Al Qaisiya, 19 telah diculik dari kediaman mereka selepas tenter Israel menyerbu bandar Dhahiriyya. Penangkapan lain juga dilakukan dalam serbuan di bandar Dora.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Qabha diseksa ketika dalam penjara Zionis

Isnin , 20/12/2010 – Mantan menteri Palestin, Washfi Qabha menyatakan keadaan amat mengerikan ketika di tahan di penjara Zionis. Beliau dipindahkan dari satu ke penjara yang lain dalam keadaan cuaca yang sangat sejuk atau cuaca panas. Beliau ditangkap kerana menjadi ahli HAMAS.
Hingga saat ini, alasan penangkapan masih tidak dinyatakan.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Haneyya: Rakyat Gaza hidup di bawah kepimpinan yang lebih baik

Isnin , 20/12/2010 – Perdana Menteri Palestin, Ismail Haneyya menyatakan bahawa rakyat Palestin di Semenanjung Gaza ketika ini hidup di bawah kepemimpinan yang lebih baik dari sebelumnya hasil kesetiaan dan dedikasi barisan pemerintahan dan para pemimpin bersama-sama ahli keselamatan yang bagus.

Bercakap semasa menerima lawatan dari delegasi mahasiswa yang mengikuti kursus kepimpinan kerajaan, Haneyya mengatakan bahawa kerajaan di Gaza selalu belajar dari pengalaman dan menawarkan kaedah pemerintahan yang unik.

Menurut beliau lagi, kerajaan terus berusaha untuk meningkatkan prestasi dalam pelbagai bidang untuk menawarkan perkhidmatan terbaik kepada warga Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Israel Menafikan Kemasukan Pegawai Bomba untuk Menghadiri Majlis Penghormatan

Isnin , 20/12/2010 – Empat pegawai daripada Perkhidmatan Bomba Pihak Berkuasa Palestin yang membantu mengawal kebakaran di Jabal al-Karmal sepuluh hari lepas dihalang dari memasuki kawasan Palestin yang dijajah pada tahun 1948 untuk menghadiri sebuah perayaan penghormatan untuk mengesahkan bantuan Agensi Palestin dalam mengawal kebakaran.

Pegawai Israel membenarkan tujuh pegawai Bomba Palestin untuk melepasi sempadan di samping menghalang empat yang lain, termasuk Mejar Pertahanan Awam Palestin, Ahmed Rizq daripada menghadiri upacara menyambut mereka yang dianjurkan oleh majlis pembandaran tempatan kampung Isfiya.

Ahli Knesset Arab Ahmed al-Tibi mengutuk tindakan itu sebagai ‘bodoh dan terburu-buru’. “Senario ini berlaku setiap hari, menambahkan tindakan yang tidak menghormati dan layanan yang tidak adil daripada rejim penjajah kepada ahli Bomba yang bertungkus lumus untuk menyelamatkan Jebel al-Karmal.

Sebahagian pasukan Bomba Pihak Berkuasa Palestin membantu menjinakkan kebakaran besar di Jebel al-Karmal di kawasan yang dijajah pada 1948 dan membunuh 43 orang warden penjara Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Ilmuan Israel akan memberikan syarahan di Riyadh

Isnin , 20/12/2010 – Laporan akhbar menyatakan bahawa ilmuan Israel dari Britain melakukan lawatan ke Arab Saudi untuk memberi ceramah di Pusat Penyelidikan dan Pengajian Islam Raja Faisal sebagai jemputan daripada Putera Turki, al-Faisal, bekas pengarah Perisikan Saudi.

Agensi Berita Perancis (AFP) memberitahu bahawa Professor Israel Avi Shlaim, yang memasuki Arab Saudi menggunakan passport Britain, (Avi Shlaim) berkata bahawa dalam pertemuannya dengan Diplomat Saudi, Ahli perniagaan dan Ilmuan Arab Saudi, mereka pragmatik dan bersedia untuk mengiktiraf hak Ikewujudan Israel jika negara Palestin menggunakan sempadan 1967 ditubuhkan.

“Saya sangat terkejut dengan ketiadaan kata-kata kasar dan kutukan terhadap Israel. Saya tidak pernah dengar seseorang pun yang menafikan hak Israel untuk wujud, dan Saudi berharap agar isu ini boleh diselesaikan.” kata Shlaim.

Professor Yahudi itu juga memberitahu bahawa inisiatid damai yang dilancarkan oleh Arab Saudi dan diambil oleh Liga Arab pada 2002 ialah langkah terbaik untuk berdamai dengan Israel dan memberi mereka apa yang mereka selalu impikan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Tawanan dilepas dalam perjanjian pertukaran Shalit selepas melalui mogok makan selama 15 hari

Isnin , 20/12/2010 – Aktivis Nablus, Lenan Abu Ghalma, 28 tahun, telah melalui hari kelima belas mogok lapar terbuka sebagai hak kumpulan Palestin. Pihak penjara Israel bertanggung jawab atas kemerosotan kesihatannya.

Israel menahan semula Abu Ghalma dan kakaknya Taghreed di rumah mereka di bandar Tebing Barat Nablus dalam siri pembersihan Julai di kota itu daripada anggota Barisan Popular untuk Pembebasan Palestin.

Pengarah media jawatankuasa tertinggi nasional Palestin untuk menyokong tahanan Riyadh, Ashqar berkata, Lenan dan adiknya dipisahkan setelah diperiksa dan diserahkan kepada penahanan pentadbiran. Lenan ditempatkan di penjara Hasharoun dan Taghreed di kemudahan Damon. Lenan mengadakan mogok lapar kerana pentadbiran penjara mengabaikan permintaannya untuk bersama adiknya, bahkan setelah tujuh hari mereka mengingkarinya pula walaupun sebelum itu mereka berjanji untuk memenuhi permintaannya. Jumlah hari mogoknya kini mencecah 15 hari.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

2 rakyat Palestin termasuk seorang remaja cedera ditembak rejim Zionis

Jumaat, 17/12/2010 – Dua orang rakyat Palestin cedera ditembak oleh tentera rejim Zionis (IOF) pada Rabu lepas semasa mereka sedang mengutip batu-batu gravel daripada runtuhan sebuah bangunan di utara Gaza.

Adham Abu Salmiya, jurucakap bagi Jawatankuasa Tertinggi Ambulans dan Kecemasan memberitahu Pusat Informasi Palestin (PIC) bahawa seorang remaja berusia 16 tahun dan pemuda cedera di kaki mereka. Tembakan oleh IOF telah mencederakan 102 orang sejak Mac 2010 dalam kejadian yang dengan jelas mencabul hak-hak kemanusiaan yang paling asas.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Khalifa diseksa teruk oleh agen PA

Jumaat, 17/12/2010 – Pergerakan Jihad Islami memaklumkan bahawa seorang tahanan penjara, Faisal Khalifa sedang diseksa dengan teruk di dalam tangan agen siasatan pihak berkuasa Palestin (PA) di Bandar Tulkarem. Pergerakan itu menggesa Khalifa dibebaskan segera.

Kata pergerakan itu lagi, mereka menerima maklumat yang boleh dipercayai yang mengesahkan Khalifa, seorang bekas tahanan di penjara rejim Zionis, telah diseksa dengan dahsyat sekali oleh agen risikan dan siasatan PA serta dihalang daripada bertemu dengan keluarganya.

Khalifa telah diculik oleh agen risikan militia PA pada Selasa lepas di sebuah sekolah di kem pelarian Nur Sham, Tulkarem.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Israel rancang pindahkan populasi Yahudi Iran ke Palestin

Jumaat, 17/12/2010 – Kementerian Penerapan Pendatang Israel mengumumkan perancangan untuk memindahkan 20,000 Yahudi Iran ke Palestin.

Kementerian itu mengumpul data mengesahkan bahawa jumlah Yahudi di Iran telah mencapai 20,000. Kos memindahkan mereka dianggarkan berjumlah 2.22 juta dollar, demikian menurut Radio Tentera Israel.

Jawatankuasa Parlimen Migrasi Israel telah membincangkan tentang pemindahan Yahudi Iran ini dalam kajian pembangunan komuniti Yahudi di negara-negara Islam.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati