Categories
Berita Semasa

Rakyat Palestina berdemo untuk bebaskan Syaikh Raed Shalah

Selasa ,26/10/2010 – Masyarakat Palestin di Nazaret akan mengadakan demo bagi mendesak pembebasan Syaikh Raed Shalah. Demo akan di adakan di hadapan penjara Ramallah. Di jangkakan ucapan oleh pemimpin-peminpin masyarakat Palestin akan menyampaikan pidato mereka. Syaikh Raed ditangkap kerana di dakwa menghina pihak keselamatan Zionis.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Gambar kenang-kenangan penjenayah Zionis dengan tahanan Palestin

Selasa ,26/10/2010 – Sumber Hebrew bertarikh Ahad (24 Oktober) mendedahkan set baru gambar-gambar tentera Zionis di Gaza bersama tahanan Palestin yang kemudiannnya disebarkan secara umum melalui laman internet “Facebook” sebagai “gambar kenang-kenangan”.

Sumber kedua, laman 48 Arab menyebut bahawa laman Hebrew, “walala”, menyiarkan gambar tahanan Palestin diikat dalam keadaan yang menghinakan yang dikelilingi tentera Zionis, dan menambah bahawa gambar tersebut ditangkap di dalam rumah warga Palestin di Gaza.

Gambar-gambar yang lain pula menunjukkan 2 orang tentera mengacukan senjata mereka ke kepala seorang Palestin, sementara gambar berikutnya menunjukkan salah seorang dari tentera tersebut menconteng di dinding rumah rakyat Palestin itu dengan perkataan “kami akan kembali” dan dibawahnya dilukis Star of David. Gambar yang ketiga pula menunjukkan seorang askar menghalakan senapangnya ke arah seorang wanita Palestin yang sedang berada di dalam dapur.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Tahanan Nafha beri amaran dengan mengadakan mogok lapar

Selasa ,26/10/2010 – Tahana penjara Nafha Israel memberi amaran dengan melakukan mogok lapar pada Sabtu lalu selama satu hari hasil kerjasama semua tahanan politik , kata kumpulan hak asasi manusia Palestin.

Sumber mengatakan mogok itu sebagai protes berikutan serbuan yang sering dilakukan pada malam oleh pengawai penjara terhadap sel tahanan dan polisi penjara tunggal, serta untuk memperbaiki keadaan penjara yang agak teruk.

Pertubuhan Perlindungan Tahanan memberitahu seorang pemimpin penjara mengatakan mogok tersebut merupakan satu mesej amaran kepada direktorat umum di penjara agar mengubah dasar-dasar terhadap tahanan, menghentikan pelanggaran hak dan memperbaiki keadaan penjara.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Lifeline 5 Tinggalkan Gaza

Selasa ,26/10/2010 – Delegasi Lifeline 5 telah meninggalkan Gaza semalam, Ahad (24/10) melalui pintu masuk Rafah setelah mengunjungi beberapa destinasi di Gaza selama tiga hari.

Ketua konvoi Lifeline, Cavin Ofendon dalam pernyataan akhbarnya di Gaza mengatakan, pihaknya telah mempersiapkan konvoi Lifeline 6 dan dalam waktu terdekat untuk berangkat ke Gaza, bersama sejumlah organisasi dan pertubuhan antarabangsa lain. Pihaknya akan ikut serta dalam usaha menghapuskan sekatan terhadap Gaza.

Konvoi ini disertai 342 delegasi antarabangsa daripada pelbagai negara. Majoriti peserta dalam Lifeline 5 tidak pernah masuk ke Gaza sebelumnya. Mereka telah menyaksikan sejauhmana penderitaan yang dialami rakyat Gaza.

Ofendon dalam hal ini memuji kebijakan pemerintah yang menamakan salah satu jalan di Gaza dengan nama Lifeline Viva Palestin. Ia mengimbau lebih banyak lagi nama-nama jalan yang diambil dari konvoi yang masuk ke Gaza.

Dalam kunjungan selama tiga hari, badan ini mengadakan beberapa kegiatan latihan dalam usaha membebaskan Gaza dari sekatan. Di pihak lain, ketua delegasi Jordan memuji tindakan pemerintah Ismael Haniyya yang membebaskan 17 tebusan di Gaza, untuk menyambut kedatangan 17 anggota konvoi Lifeline yang dilarang masuk Gaza. Kami merasakan kepedihan dan kesengsaraan akibat sekatan zalim antarabangsa. Kami berjanji akan kembali ke Gaza, pada ketikanya nanti tanpa tekanan dari mana-mana pihak. Mereka akan dapat keluar Gaza dengan bebas setiap tahun tanpa halangan apapun, tegasnya.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Ovenden: Nadi-kehidupan 6 (Lifeline 6) akan menyusul

Selasa ,26/10/2010 – Para delegasi dari konvoi bantuan Nadi-kehidupan5 meninggalkan Semenanjung Gaza petang hari minggu setelah lawatan tiga hari di mana mereka menyerahkan bantuan perubatan untuk fasa lima juta dolar.

Pengarah konvoi Kevin Ovenden berkata dalam sidang akhbar sebelum meninggalkan Gaza Viva Palestin bercadang mengadakan konvoi bantuan Nadi-kehidupan 6 dengan lebih penyertaan dari agensi dan persatuan antarabangsa. Dia menambah bahawa mereka juga akan mengambil bahagian dalam konvoi laut ke Gaza.

Merujuk kepada anggota Nadi-kehidupan 5, dia mengatakan bahawa Gaza telah menghantar 342 duta besar untuk mempertahankan mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Netanyahu: Tidak akan kembali kepada sempadan 1967, Jerusalem terus di bawah taklukan rejim Zionis

Isnin ,25/10/2010 – Perdana Menteri rejim Zionis, Benjamin Netanyahu mengulangi lagi pendiriannya yang menolak perdamaian berpanjangan yang mengiktiraf kedaulatan Negara Palestin seperti yang tertubuh pada tahun 1967 dengan Jerusalem sebagai ibu negaranya.

Netanyahu yang berucap pada majlis memperingati ulangtahun ke 15 pembunuhan bekas Perdana Menteri Yitzhak Rabin pada Rabu malam lalu, menegaskan bahawa negara haram Israel tidak akan kembali kepada persempadanan seperti pada tahun 1967 dan Jerusalem akan terus kekal di bawah taklukan rejim Zionis.

Tambahnya lagi, pembinaan penempatan (haram Yahudi) yang menyebabkan terhentinya perbincangan ke arah perjanjian damai antaranya dengan pihak berkuasa Ramallah sebenarnya tidak bercanggah dengan proses politik.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Tentera Abbas tangkap 8 aktivis Hamas

Isnin ,25/10/2010 – Tentera di bawah Mahmoud Abbas hari ini telah menagkap 8 akitivis Hamas di beberapa daerah. Antara daerah yang terlibat ialah Ramallah, Hebron dan Tulkram. Mereka semua di tahan atas arahan Zionis Israel.Kebanyakkan mereka yang ditangkap dizalimi dan didera dengan begitu zalim. Keadaan kesihatan mereka juga semakin teruk dan layanan terhadap mereka amatlah menyeksakan. Selain itu, mereka yang ditangkap akan dipindahkan antara penjara yang ada.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Afrika Selatan Mencadangkan Inisiatif Untuk Menamatkan Perpecahan di Palestin

Isnin ,25/10/2010 – Afrika Selatan mencadangkan satu inisiatif untuk menamatkan pembahagian dalaman Palestin dan mendapatkan persetujuan dan kestabilan berdasarkan pengalaman Afrika Selatan.

Bekas pengerusi Majlis Amanah dan Kestabilan Afrika Selatan, Alexander Boraine mengumumkan pelancaran kempen dengan Hamas dan Fatah untuk memperkenal pengalaman Afrika Selatan dalam menamatkan konflik dalaman Palestin.

Boraine mengatakan dalam satu sidang media yang diadakan di Ramallah pada rabu bahawa dia baru0baru ini bertemu dengan pemimpin Palesti dari Hamas, Fatah dan pihak bebas untuk meyakinkan mereka untuk melawat Afrika Selatan dan mendengar pengalaman penduduk Afrika Selatan yang merasai pembunuhan, penyeksaan dan sebagainya, lantas terpaksa memilih kepada perdamaian dan kestabilan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Tentera Zionis Israel menculik 3 mahasiswa Universiti Najah di Nablus

Isnin ,25/10/2010 – Yayasan Tadamun Antarabangsa (perpaduan) untuk hak asasi manusia berkata tentera Zionis Israel (IOF) telah menculik tiga mahasiswa Palestin dari universiti kebangsaan Al-Najah awal Khamis lalu selepas menggeledah di rumah mereka di bandar Nablus.

Penulis jurnal, Nawwaf Al-Amer, ayah kepasa salah seorang mahasiswa bernama Ibrahim memberitahu yayasan yang pasukan Israel menyerbu rumahnya pada waktu subuh di kampung Kafr Kalil dan mengambil anaknya sambil ditutup mata serta tangannya diikat dan dibawa ke pusat soal siasat Petah Tikva, dan menyatakan anaknya hanya mempunyai tempoh sebulan lagi sebelum tamat dari sekolah undang-undang.

Pasukan itu juga menculik dua pelajar lain dalam bidang teknik dari rumah mereka di Nablus dan membawa mereka ke pusat-pusat tahanan. Kedua-duanya sepatutnya tamat tahun ini.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Mahkamah Israel Tunda Kes Makam Mamanullah

Isnin ,25/10/2010 – Hakim menunda sidang mahkamah permintaan bandar Israel menghancurkan 220 makam di perkuburan Mamunallah di Baitulmuqaddis yang diduduki pada hari Rabu selama tiga minggu.

Puluhan rakyat Palestin dari Palestin yang dijajah tahun 1948 berdemonstrasi di depan mahkamah selama sidang tiga jam memprotes kezaliman Israel terhadap kubur yang bersejarah dan penghancuran ratusan kuburan di dalamnya. Peguam pembela Mohammed Eghbariye mengatakan bahawa perbahasan sidang itu sengaja dipanjangkan dengan ditunda dan bertegas bahawa rakyat Palestin adalah pemilik asli pemakaman itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Rabbi Yahudi membenarkan rakyat Palestin dijadikan benteng manusia

Isnin ,25/10/2010 – Seorang Rabbi Yahudi telah membenarkan penggunaan orang awam Palestin sebagai benteng manusia meski ia boleh mengakibatkan mereka terkorban.

Yitzhak Shapira, pengarah sebuah sekolah Yahudi di Tebing Barat, memberitahu akhbar harian Haaretz pada Khamis bahawa apa-apa sahaja boleh digunakan untuk menyelamatkan nyawa Yahudi berdasarkan ajaran Taurat. Dia berkata, nyawa seorang Yahudi adalah lebih berharga daripada orang lain tidak kira sama ada tentera atau tidak.

Tiada rakyat Israel patut membahayakan dirinya demi orang bukan Yahudi meskipun orang awam, Shapira berkata.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

LifeLine 5 masuki Gaza

Isnin ,25/10/2010 – Rombongan para peserta konvoi “LifeLine 5” mula memasuki Gaza pada petang hari Khamis (21 Oktober) melalui gerbang Rafah.

Sumber tempatan Palestin melaporkan bahawa para peserta konvoi sampai pada pukul 3.30 p.m hari Khamis waktu tempatan Gaza, tanpa sebarang trak dan pengangkutan yang dibawa mereka. Sumber media dari biro Palestin yang berfungsi untuk memecahkan tembok gaza dan menyambut konvoi berkata bahawa kapal memerlukan 2 hari untuk memindahkan kesemua barangan daripada Pelabuhan Arish ke Gaza melalui pintu Rafah dan dijangka akan tiba pada hari Sabtu atau Ahad.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Peace Now: Pemukiman haram mula membina 600 unit rumah pada akhir pembekuan

Isnin ,25/10/2010 – Organisasi anti pemukiman haram Israel “Peace Now” mengumumkan bahawa penduduk haram Israel sudah mula membina lebih dari 600 unit perumahan di Tebing Barat sejak akhir pembekuan pemukiman 26 September lalu.

Ofran Hagit, pengarah Peace Now’s Settlement Watch, mengatakan bahawa 600 hingga 700 unit rumah sedang dibina sejak tarikh tersebut, dimana pembinaannya empat kali lebih laju dari sebelum pembekuan. Dia mengatakan bahawa pembelian 2,000 rumah adalah dari 13,000 rumah yang didakwa mendapat keizinan untuk dibina.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Romanein setelah dibebaskan : Kami tidak akan mendiamkan jenayah yang berlaku pada kami.

Jumaat ,22/10/2010 – Di dalam sidang akhbarnya yang pertama semenjak dibebaskan petang Rabu, Ahli Parlimen Ali Romanein berkata, kempen penangkapan wakil-wakil Palestin adalah bertujuan untuk mendiamkan mereka. Beliau menekankan bahawa mereka tidak akan berdiam diri dengan jenayah tersebut.

“Tentangan yang dihadapi mereka tidak akan melenyapkan tujuan asal perlantikan mereka,” kata Romanein.

Mengulas perhatian umum yang diterima beliau semasa dibebaskan meski dikawal ketat, beliau berkata, “Kami gembira dengan sambutan ini. Saya meninggalkan Bandar Al-Khalil dalam keadaan terhormat dan meriah. Ini menandakan masyarakat berpegang pada kebenaran.” “Rakyat memilih untuk memihak kepada kami walaupun di dalam keadaan sulit,” beliau menambah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Penjara Zionis- Israel larang bahan bacaan untuk Syaikh Raed

Jumaat ,22/10/2010 – Pihak penjara Zionis-Israek hari telah mengeluarkan arahan untuk tidak membenarkan membawa masuk bahan bacaan kepada Syaikh Raed Salah. Syaikh Raed kini berada di penjara Ayalon, Ramleh. Pihak hak asasi manusia telah memohon ke mahkamah bagi membenarkan bahan bacaan di bawa masuk ke penjara untuk bacaan banduan.

Setakat ini, hanya mushaf Quran yang di benarkan masuk manakala kitab tafsir tidak dibenarkan sama sekali.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair