Categories
Berita Semasa

Jihad Islami: Gaza sedang diserang bertubi-tubi oleh rejim Zionis

Isnin , 17/01/2011 – Pergerakan Jihad Islami melaporkan bahwa Genting Gaza kini diserang bertubi-tubi oleh rejim Zionis dan mungkin membawa kepada satu lagi peperangan. Pergerakan itu turut menegaskan bahawa pejuang Palestin mempunyai hak untuk mempertahankan rakyat mereka daripada sebarang kekejaman.

Seorang pegawai kanan Jihad Islami, Khaled Al-Batesh memberitahu Saluran Satelit Al-Alam pada Rabu lepas bahawa para pejuang di Gaza mempunyai hak untuk membalas konfrontasi rejim Zionis dan membalas kekejaman mereka. Rejim Zionis kebelakangan ini memperhebatkan lagi serangan udara sehingga menyebabkan ramai penduduk awam yang cedera.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Israel Menghantar Obeid Ke Pusat Soal-siasat Jalama

Isnin , 17/01/2011 – Pihak berkuasa Israel menghantar Majd Mahir Obeid pada selasa daripada al-Khalil, selatan Tebing Barat ke Pusat Soal-siasat Jalama selepas keadaan kesihatannya bertambah baik.

Empat rakannya, Mohammad Nerokh, Wael al-Beitar, Wassam al-Qawasimi dan Ahmed al-Awiwi masih berada di Hospital Ramle, kata ibu Obeid kepada Pusat Info Palestin (PIC) pada rabu.

Obeid disoal tentang kaitannya dengan Hamas, serangan dan cerita yang direka-reka, sambung ibunya lagi.

“Pihak berkuasa Palestin memberikan Israel maklumat palsu yang menjurus kepada penahanan Obeid.” katanya.

Tentera Israel menahan Obeid dan rakannya selepas lima jam dibebaskan daripada tahanan Agensi Keselamatan PA di Tebing Barat. Tahanan sebelm itu melakukan mogok lapar selama 45 hari dan mendesak PA menuruti kehendak mahkamah tinggi yang membebaskan mereka.

Ibu Obeid berkata bahawa militia PA bertanggungjawab ke atas penahanan anaknya. Dia menerangkan bahawa keadaan kesihatannya menjadi lebih teruk selepas mogok lapar itu. Dia mengesyaki bahawa Israel menggunakan keadaan kesihatannya untuk memaksa Obeid mengaku bersalah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Haniyyeh hubungi Suleiman, bincangkan isu semasa Palestin.

Isnin , 17/01/2011 – Perdana Menteri Palestin, Ismael Haniyyeh pada petang Khamis (13 Januari) menghubungi General Omar Suleiman, Menteri Perisikan Mesir, melalui telefon untuk mengemaskini perkembangan terbaru Palestin.

Pada tengahari hari yang sama Haniyyeh telah melakukan pertemuan bersama Menteri Dalaman, dan barisan pimpinan Biro Keamanan dengan kehadiran beberapa lagi menteri dan penasihat lain, di mana kesemuanya bersepakat untuk berdiri berjuang bersama-sama rakyat Palestin sempena ulangtahun ke-2 serangan Zionis ke atas Gaza.

Pentadbiran politik beliau terbaru telah mewujudkan Biro Keamanan dan Kementerian Dalaman susulan surat yang diterima daripada Mesir berkenaan rancangan terbaru Zionis untuk menyerang Gaza. Beliau turut menekankan kepentingan wujudnya usaha-usaha dari Kementerian Keamanan untuk menjaga keselamatan Gaza dari pelbagai aspek.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Regim Israel melabur berjuta-juta di muzium Yahudi di Silwan

Isnin , 17/01/2011 – Pendudukan haram JERUSALEM, (PIC) – Israel bandar Baitulmuqaddis dan Kementerian Pelancongan telah melabur sebanyak NIS 2 juta dalam projek yang diawasi oleh sayap kanan dana penaklukan Elad untuk menubuhkan sebuah muzium Yahudi yang disebut sebagai “Kota Taman Nasional Daud “.

Tanah yang pada awalnya dimiliki oleh orang Arab yang dinyatakan hilang selepas perang selama enam hari, telah diwartakan di bawah Absensi Hukum Harta dan kemudian disewakan dengan harga yang murah kepada Elad.

Bagaimanapun kementerian tempatan itu berkeras bahawa wang tidak dipindahkan ke Elad, tetapi dilaburkan dalam menaja projek untuk mempromosikan pelancongan di bandar.

Elad adalah dana penempatan yang aktif dalam mengyahudikan daerah Silwan di Timur Jerusalem yang sebelum ini didominasi oleh Arab dengan menguasai harta mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Haneya Hubungi Sulaiman Bincang Perkembangan Palestin

Isnin , 17/01/2011 – Perdana menteri Palestin, Ismael Haneya, KhamiS malam (13/1) menelefon ketua perisikan Mesir, Umar Sulaiman untuk membincangkan perkembangan terbaru masalah Palestin.

Semalam, Haneya juga berbincang dengan menteri dalam negeri bersama pegawai-pegawai tinggi kementerian tersebut berkaitan isu serangan Zionis ke Gaza akhir-akhir ini. Semua yang hadir sepakat untuk terus berjuang bersama rakyat terutama ketika peringatan dua tahun serangan Zionis ke wilayah tersebut.

Selain itu, mereka juga membincangkan isu-isu berkaitan perkembangan politik terbaru, termasuk berkaitan surat dari kerajaan Mesir berkenaan niat Zionis untuk menggempur Gaza lagi. Dalam hal ini, kementerian dalam negeri diminta untuk lebih meningkatkan kawalan di Gaza dan tempat-tempat lain juga.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Pertempuran Sengit Meletus di Nablus Selatan Selepas Pencerobohan Yahudi Yang Lengkap Bersenjata di Wilayah Qasrah.

Isnin , 17/01/2011 – Telah meletusnya suatu pertempuran yang sengit di Wilayah Qasrah,Nablus Selatan di antara penduduk tempatan Palestin dengan berpuluh-puluh Pemukim Yahudi Zionis pada waktu selepas Zohor hari

Khamis 13-01-2011 sejurus selepas pencerobohan mereka di wilayah itu.

Pemukim Yahudi Zionis telah menceroboh masuk ke wilayah itu dengan pengawalan para Tentera Yahudi Zionis sebagai suatu protes terhadap pencerobohan salah satu Pos Kawalan Permukiman,mereka telah melepaskan tembakan secara rambang terhadap para penduduk di tempat kerja dan rumah-rumah mereka dan melontarkan batu-batu dan membakar kereta seorang penduduk tempatan yang dimiliki oleh Ayman Tayseer dan telah melampaui batas dengan memukul sesiapa sahaja penduduk tempatan yang mereka jumpai yang mana telah menyebabkan 6 orang penduduk tempatan cedera parah.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Daud At-Tetouani

Categories
Berita Semasa

Erdogan : HAMAS di pihak yang benar dan Kami (Turki) bersama mereka

Isnin , 17/01/2011 – Perdana Menteri Turki Recep Toyyip Erdogan telah menegaskan bahawa Negara Turki akan tetap bersama Gerakkan Kebangkitan Islamiah HAMAS sebagai sebuah gerakkan kebangkitan yang mempertahankan bumi mereka sendiri dan juga sebagai sebuah gerakkan parti politik yang menyertai pilihanraya untuk memenangi kerusi sambil menyifatkan kesulitan untuk mendapatkan Persepakatan Kompromi di kawasan tersebut tanpa mendapat persetujuan daripada HAMAS.

Erdogan berkata di dalam wawancaranya dengan Saluran Al-Jazeera pada petang Rabu 1/12 :

“Sebelum apa pun kami (Turki) masih tetap bersama mendukung Gerakkan HAMAS ketikamana mereka di pihak yang benar,seperti semalam saya bersama mereka dan sekarang pun saya masih bersama mereka,ini kerana Gerakkan HAMAS ialah sebuah gerakkan perjuangan,dan saya tidak langsung melihat Gerakkan HAMAS ini sebagai Gerakkan Pengganas kerana mereka hanyalah insan-insan yang mempertahankan bumi mereka sendiri dan merupakan sebuah Parti Politik,dan beginilah saya melihat mereka iaitu Parti Politik yang terlibat dengan pilihanraya dan merupakan parti yang memenangi pilihanraya ini”

Dan beliau menyifatkan pihak yang tidak memberikan sebarang peluang politik kepada Gerakkan HAMAS sebagai “Musuh Demokratik” dan menambah :

“Sesungguhnya jika mereka mampu,mereka (musuh-musuh demokratik) akan meletakkan berbagai-bagai penghalang di hadapan mereka (HAMAS) supaya mereka tidak berjaya walau dengan apa cara sekalipun” Sambil menegaskan kepada Pengerusi Utusan Kuartet Tony Blair bahawa : “Meja Rundingan yang tidak diduduki oleh Gerakkan HAMAS tidak akan mencapai sebarang perdamaian pun”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Daud At-Tetouani

Categories
Berita Semasa

Hamas menyebut perjanjian politik AS-Blackwater ‘kejatuhan’ kepada Fatah

Jumaat , 14/01/2011 – Hamas menyatakan bantahan sekuat tenaga terhadap tindakan AS mengupah syarikat Blackwater (yang mempunyai nama buruk) untuk perkhidmatan keselamatan di Tebing Barat. Menururt Hamas, mereka mengambil langkah-langkah yang mencurigakan untuk melindungi badan keselamatan Israel dan pejuang Fatah dan menganiaya pejuang berhaluan kiri.

“Kami menekankan bahawa tanah Palestin kita bukanlah arena untuk penjahat dari syarikat yang mempunyai reputasi yang buruk, yang melakukan kejahatan anti-kemanusiaan dan skandal di Iraq dan Afghanistan dan membunuh beratus-ratus orang awam tak berdosa.”

Hamas meminta pihak berkuasa Abbas-Fayyad untuk meninjau kedudukan ke atas perkhidmatan syarikat di Tebing Barat sebelum ia terlambat. Menurut Hamas lagi, Fatah telah dikawal oleh pihak berkuasa senyap dari Jabatan Luar Negeri AS, yang melarikan diri dari tanggung jawab kebangsaan, dan mengabaikan keselamatan dan kehormatan rakyat Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co. uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Mesha’al : Rekonsiliasi Palestin masih jauh, Hamas akan pulihkan Tebing Barat.

Jumaat , 14/01/2011 – Pengerusi Biro Politik Hamas, Khaled Mesha’al menganggap bahawa rekonsiliasi Palestin adalah semakin jauh berbanding dahulu, kata beliau, : “rekonsilisasi Palestin adalah terlalu jauh (untuk dicapai)”, selain menambah bahawa pimpinan Hamas berpandangan pessimis terhadap kejayaan rekonsiliasi ini dalam waktu terdekat, namun mereka masih berpegang pada pendirian bahawa proses rekonsiliasi negara ini adalah amat penting, dan mereka akan terus berusaha untuk mencapainya.

Mesha’al menambah dalam kenyataannya untuk akhbar Jordan, “Al-Arab El-Yaum”, bahawa Hamas akan menggembleng usaha besar-besaran di Tebing Barat, yang mungkin akan mengejutkan orang ramai dengan kemampuannya mengembalikan keamanan di kawasan itu.

Mengulas kontroversi yang melanda Fatah, yang terjadi antara presidennya, Mahmoud Abbas dan menterinya yang khianat, Mohd Dahlan, Mesha’al berpendapat bahawa Abu Mazen (Mahmoud Abbas) akan menyelesaikan masaalah dengan baik tetapi beliau akan semakin dipinggirkan. Mesha’al percaya bahawa keluarnya Dahlan dari Palestin adalah tindakan yang bermanfaat untuk kebaikan Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Israel bimbangkan kembalinya kapal Mavi Marmara pada Mei

Jumaat , 14/01/2011 – Ahli-ahli politik Israel menyuarakan kebimbangan terhadap kembalinya kapal bantuan Gaza yang diserang pada Mei tahun lepas.

Tabung Bantuan Kemanusiaan Turki IHH, salah satu kumpulan Freedom Flotilla sedang mempersiapkan sebuah konvoi 12 kapal bantuan yang dijadualkan belayar lewat Mei akan datang, demikian menurut laporan akhbar Israel Maariv pada Rabu. Mavi Marmara merupakan salah satu kapal yang akan terlibat.

Usaha Israel untuk menjejaskan misi tersebut gagal kerana penganjur konvoi menolak tawaran untuk menghantar bantyuan kemanusiaan menerusi Pelabuhan Ashdod di Israel, kata Maariv. Tindakan industri yang diambil oleh pihak berkepentingan dengan Kementerian Luar Israel telah menyebabkan usaha-usaha diplomatik untuk menghentikan konvoi itu tergantung.

sumber : http://www.palestine-info.co. uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Jet perang Zionis lancarkan siri serangan ke atas Gaza.

Jumaat , 14/01/2011 – Lewat malam Selasa (11 Januari), jet perang Zionis melancarkan siri serangan ke atas beberapa kawasan di Jalur Gaza, selain mensasarkan Pangkalan Tentera Laut di Kem An-Nusairat dekat Gaza Tengah, namun tiada sebarang laporan kecederaan diterima.

Pesawat perang jenis F-16 tersebut terbang pada altitud rendah sebelum melepaskan beberapa misil ke atas Pangkalan Tentera Laut An-Nusairat itu, sekaligus memusnahkannya. Kawasan tersebut pernah dibom dalam perang Gaza 2 tahun lalu.

Sebelum kawasan tersebut diserang, pihak Zionis telah dahulu menyerang Jabatan Keselamatan Negeri di selatan Gaza dan Pertahanan Brigade Al-Quds sayap ketenteraan Jihad Islami di Khan Younis (dekat Selatan Gaza).

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Pejuang Palestin Terbunuh Dalam Serangan Udara Israel

Khamis, 13/01/2011 – Seorang Pejuang Palestin daripada briged al-Quds, sayap ketenteraan pergerakan Jihad Islam telah tebunuh manakala empat orang awam yang lain cedera dalam satu serangan udara Israel di Khan Younis, selatan semenanjung Gaza pada selasa, lapor sebuah sumber perubatan.

Wartawan al-Qassam melaporkan bahawa serangan udara itu membunuh Jamil al-Najjar, 25 di tempat kejadian dan mencederakan empat penduduk Gaza di timur bandar Khan Younis.

Sayap ketenteraan Jihad Islam menyatakan bahawa serangan itu ‘pengecut’, sambil menambah bahawa mereka akan bertindak balas pada masa dan tempat yang sesuai.

Serangan Israel itu berkaitan dengan pergerakan tentera terbaru menyerang Gaza yang membunuh seorang petani Palestin pada Isnin semasa bergerak menuju ke ladangnya, utara Beit Hanun, utara semenanjung Gaza.

Pada serangan yang lain pada subuh Isnin mencederakan seorang penduduk Palestin di Khan Younis dan memberi kerosakan besar do Gaza dan Khan Younis.

Awal pada Selasa, tentera rejim Israel memulakan serangan bertubi-tubi semasa helikopter Apache sedang terbang di ruang udara Khan Younis.

sumber : http://www.qassam.ps
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Tentera Laut Israel Menculik Dua Nelayan Palestin

Khamis, 13/01/2011 – Tentera Laut Israel menculik dua orang nelayan Palestun pada petang Selasa di perairan Gaza ketika menangkap ikan di kawasan perairan itu, berdasarkan kenyataan media yang dikeluarkan oleh bahagian perikanan kementerian kesihatan.

Kenyataan itu memberitahu bahawa bot bersenjata milik tentera laut menyerang nelayan itu, Mohammed Abu Omaira dan Osama Abu Omaira ketika berada di dalam bot kecil mereka di Gaza.

Kenyataan itu juga menambah bahawa mereka mengambil nelayan itu dan meninggalkan bot kecil mereka.

Kementerian menganggap pihak rejim Israel bertanggungjawab sepenuhnya ke atas nyawa kedua nelayan itu, dan menggesa kumpulan hak asasi manusia dan Persatuan Palang Merah campur tangan dan membebaskan mangsa.

Pada minggu lepas, tentera laut Israel menculik tiga nelayan Palestin di kedudukan dua batu nautika daripada Gaza. Rejim Israel membenarkan nelayan Palestin menangkap ikan dalam lingkungan tiga batu nautika daripada perairan Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Militia Abbas menahan profesor fizik

Khamis, 13/01/2011 – Militia keselamatan Presiden Palestin dan pemimpin Fatah Mahmoud Abbas menculik seorang rakyat Palestin yang merupakan profesor Fizik iaitu Esam Al-Ashqar pada Selasa malam.

Bekas menteri tahanan Wasfi Qabaha memberitahu PIC bahawa militia keselamatan dan pencegahan telah menahan Ashqar, 52 tahun, di satu sekatan jalanraya. Ashqar ditahan selepas disaman beberapa kali oleh orang-orang militia di Nablus, menurut kata sumber-sumber khusus kepada PIC. Dua anaknya, Mujahid dan Anas, dipegang oleh orang-orang militia sementara yang ketiga, Huthaifa, dipegang oleh pihak berkuasa pendudukan haram Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Pesanan Imam Azhar kepada aktivis Jerman: Sokonglah warga Palestin

Khamis, 13/01/2011 – Imam Besar University Azhar, Dr Ahmed Al-Tayeb menyeru delegasi Jerman ke Mesir pada Isnin agar memberikan sokongan kepada warga Palestin.

“Anda harus menyokong yang tertindas di serata dunia, terutamanya warga Palestin dan penganut Kristian Palestin yang telah diabaikan kerana anda tidak mengkritik Israel. Kami berharap perpaduan akan terlaksana di antara Muslim dan Kristian di Iraq juga,” Tayeb berkata dalam pertemuan dengan delegasi dari Kesatuan Demokratik Kristian Parlimen Jerman.

“Penganut Kristian Mesir dan Arab merupakan sebahagian daripada tamadun Islam. Kami tidak mengabaikan mereka. Kami telah menentang keganasan sebelum anda melakukannya. Kami harap anda boleh menentang Zionism dan Kristian radikal sepertimana kami menentangnya.”

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati