Categories
Berita Semasa

Delegasi Britain akan menilai pembinaan penempatan dan pemisah Tebing Barat

Selasa, 14/06/2011 – Satu delegasi yang terdiri daripada ahli parlimen Britain dan organisasi – organisasi komuniti awam tiba pada Ahad di kawasan Qalqilya, Tebing Barat untuk mengumpul data tentang kesan pembinaan tembok pemisah dan penempatan terhadap warga tempatan Palestin.

Tugasan itu dilaksanakan setelah Perancis, German dan UK memberikan undi sokongan terhadap keputusan menentang aktiviti penempatan di Tebing Barat. Sejak ketibaan delegasi, mereka berkata telah memperolehi maklumat yang tidak diketahui sebelum ini. Mereka telah bertemu dengan beberapa pegawai tempatan serta para petani dalam satu perjumpaan yang diadakan di Organisasi Pemasaran Pertanian Qalqilya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Keluarga Jenin tahanan Rayuan untuk rawatan perubatan mendesak

Selasa, 14/06/2011 – Anggota keluarga tahanan Palestin, Ahmed Abul Rub berkata anak mereka yang ditahan di penjara Askalan, Israel berada dalam keadaan kesihatan yang sangat buruk dan boleh mati bila-bila masa.

Sabria Abul Rub , ibu tahanan dalam satu kenyataan akhbar berkata anaknya berumur 33 tahun itu tidak boleh berjalan lagi menggunakan kakinya dan sedang berjalan dengan bantuan tongkat. Ketika dia pertama kali ditahan, kesihatannya sangat baik dan tidak mengeluh dengan sebarang penyakit.

Dia berkata keadaannya mula semakin teruk setelah perkhidmatan penjara Israel menolak untuk memberikan rawatan yang sesuai sehingga dia mencapai tahap separa lumpuh.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Bencana kesihatan di Gaza, kabinet potong gaji untuk biaya keperluan

Isnin, 13/06/2011 – Kerajaan Palestin di Gaza telah memutuskan pada Rabu lepas untuk memotong 5% gaji kakitangan kerajaan bagi membeli keperluan perubatan yang sangat –sangat diperlukan di Gaza.

Satu laporan rasmi mesyuarat mingguan ada menyebut bahawa hospital-hospital di Gaza berhadapan dengan masalah serius kerana pihak berkuasa Palestin di Ramallah tidak menghantar bekalan perubatan ke Gaza.

Menteri kesihatan di Gaza, Dr. Basem Naim memberitahu wakil-wakil institusi penderma negara Arab dan antarabangsa serta kumpulan-kumpulan hak asasi manusia dalam satu perjumpaan tergempar yang diadakan pada Selasa lalu, bahawa separuh daripada
gudang simpanan kementeriannya telah kosong. Menurutnya lagi, sebanyak 178 jenis ubat dan 190 jenis ubat yang boleh dimakan telah tiada lagi dalam simpanan kementeriannya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Hamas mengutuk pencerobohan provokatif Aqsa

Isnin, 13/06/2011 – Hamas telah mengutuk langkah-langkah provokatif oleh pelampau Yahudi yang menyerbu Masjid Al-Aqsa pada hari Selasa. Mereka bukan sahaja minum minuman keras di situ malahan memecahkan botol minuman keras itu di sekitar halaman tempat suci itu.

Kumpulan itu mengatakan dalam sebuah pernyataan baru bahawa pencerobohan dilakukan di bawah perlindungan tentera Israel. Tentera Israel turut mengancam untuk menangkap jamaah muslim yang melawan serangan itu. “Pasukan dan penceroboh itu adalah dalam rantai konspirasi melawan Baitulmuqaddis dan Masjid Al-Aqsa dan mereka akan dikecewakan oleh Allah dan sokongan dari ketekunan orang-orang kita yang ditempatkan [di sana] dan dengan sokongan daripada saudara-saudara kita dari Arab dan dunia Muslim.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Masjid di daerah Mughir di bakar

Isnin, 13/06/2011 – Zionis-Israel sekali lagi telah melanggar undang-undang antarabangsa apabila membakar masjid di daerah Mughir. Perkara ini bukan merupakan perkara baru. Malah Zionis-Israel, telah beberapa kali melakukan pembakaran masjid dengan pelbagai alasan. Tindakan zalim ini amatlah menyalahi undang-undang antarabangsa dan hak asasi.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Kilang-Kilang milik Israel di Salfit punca utama peningkatan kanser dikalangan kanak-kanak

Isnin, 13/06/2011 – Kawasan industri Israel yang didirikan di atas tanah Palestin di Salfit adalah penyebab utama meningkatnya kanser dikalangan kanak-kanak di daerah itu berbanding dengan wilayah Palestin yang lain, menurut sumber-sumber tempatan dan kesihatan Rabu lalu.

Mereka mengatakan bahawa kilang-kilang tersebut mencemarkan alam sekitar dan menyebabkan penyakit serius kerana pembuangan solid dan mengalirkan air ke tanah Palestin dan gas beracun di udara.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

22 Sukarelawan Solidariti Freedom Flotilla 2 dari Eropah Tiba di Istanbul dengan Berbasikal

Isnin, 13/06/2011 – Seramai 22 sukarelawan solidariti Palestin yang datang dari London dengan berbasikal tiba di Istanbul dalam rangka bergabung dengan konvoi kemanusiaan Freedom Flotilla 2.

Dalam satu sidang akhbar pada Selasa (7/6) mereka menegaskan bahawa ketibaan mereka dari 15 negara dengan berbasikal dalam rangka mendukung warga Palestin di Gaza yang dikenakan sekatan oleh Israel. Mereka juga menegaskan bahawa rakyat Palestin mendapat simpati besar dari penduduk Eropah.

Mereka juga menyatakan hasrat untuk melanjutkan perjalanannya dari Gaza nantinya ke kota Al-Quds dan Tebing Barat. Mereka berharap agar penjajah Israel tidak menjadi penghalang tujuan perjalanan mereka.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Pelampau Yahudi bakar masjid di Tebing Barat

Isnin, 13/06/2011 – Pelampau-pelampau Yahudi disyaki membakar sebuah masjid di pertengahan Tebing Barat pada Selasa 7 Jun, menurut sumber polis dan saksi mata. Siasatan awal menunjukkan pendatang Yahudi dari penempatan berdekatan, Bait Ayen telah melakukan perkara yang biadab itu dengan menghalakan tayar-tayar terbakar dan sedang berpusing kepada masjid yang sederhana besarnya itu.

Sumber Israel berkata kejadian itu bertujuan sebagai protes terhadap pemusnahan pondok milik seorang pendatang yang dilakukan oleh tentera Israel minggu minggu lepas.

Kerajaan Israel mengutuk tindakan pelampau itu, menyifatkannya sebagai jenayah. Bagaimanapun dipercayai bahawa pihak berkuasa keselamatan Israel selalunya tidak akan bertegas atau bersungguh menangkap penjenayah seumpamanya. Ini kerana mereka mungkin dipengaruhi oleh kerajaan yang pro-pendatang.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Mesir tolak sambung bekalan gas ke Israel

Isnin, 13/06/2011 – Kementerian minyak Mesir telah menafikan khabar angin media bahawa Mesir kembali mengepam gas ke Israel Selasa ini.

Saluran paip yang mengeksport gas asli ke Israel dan Jordan disabotaj tiga kali semasa protes yang berjaya menggulingkan bekas rejim dipimpin oleh Hosni Mubarak. Sumber kementerian berkata kerugian yang dialami memerlukan mereka untuk mengimport bahagian paip tertentu dari luar negara sebelum ia dapat diperbaiki dan digunakan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis serbu pejabat anggota PLC di Nablus

Khamis, 09/06/2011 – Pada pagi Selasa lepas, tentera rejim Zionis (IOF) telah menyerbu pejabat-pejabat beberapa anggota Majlis Perundangan Palestin (PLC) dari pergerakan Hamas di Nablus. Komputer dan beberapa harta-benda mereka telah dirampas dalam serbuan berkenaan.

Salah seorang anggota PLC yang menjadi mangsa, Mona Mansour memberitahu Pusat Informasi Palestin (PIC) bahawa pada mulanya IOF telah mengepung bangunan yang terletak di wilayah Rafadia, Tebing Barat, yang menempatkan pejabat-pejabat PLC sebelum mereka melakukan serbuan.

Katanya lagi, IOF telah merampas komputer dan fail-fail yang mengandungi maklumat tentang anggota PLC dan permohonan-permohonan penduduk tempatan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Hamas: Pembakaran masjid dasar perkauman

Khamis, 09/06/2011 – Hamas mengecam keras tindakan penduduk Israel yang membakar sebuah masjid di desa Mughyir di timur laut Ramallah pada hari Selasa. Ia disifatkan sebagai tindakan perkauman dan pelanggaran melanggar agama surgawi.

Dikatakan bahawa pembakaran masjid dan tulisan cercaan yang berbau perkauman di dinding telah melanggar konvensyen antarabangsa dan nilai-nilai kemanusiaan. Api hampir menghancurkan seluruh masjid dimana dinding luarnya turut retak. Graffiti tulisan Ibrani itu mengatakan bahawa itu adalah sebagai tindakan balas dendam.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Pelampau Yahudi Menyusup Masuk Masjid Al-Aqsa

Khamis, 09/06/2011 – Pelampau Yahudi menyusup masuk ke Masjid Al-Aqsa hari Selasa dari selatan dan menerokai kawasan tempat suci dan dilindungi pasukan keselamatan Israel.

Sumber di masjid itu mengatakan kumpulan penduduk Yahudi yang memasuki ruang solat Marwani kawasan Harash berhampiran Pintu Singa sambil polis Israel mengelilingi jamaah Muslim di sana dan mengancam akan menangkap sesiapa sahaja yang berteriak atau berkata ‘Allahu Akbar’ dalam menghadapi orang-orang Yahudi .

Beberapa organisasi Yahudi telah mengerahkan orang-orang Yahudi untuk menyusup masuk ke Masjid Al-Aqsa untuk menyambut hari cuti Shavuot Yahudi, yang tahun ini bertepatan dengan ulang tahun ke-44 pendudukan Israel di Masjid Al-Aqsa, Jerusalem Timur, dan Tebing Barat.

Secara berasingan, sebuah statistik yang dikeluarkan oleh Pusat Kepentingan Awam Israel di Jerusalem mendapati bahawa lebih daripada 77 peratus warga Israel menentang pengunduran kembali ke sempadan tahun 1967 walaupun jika hal itu dilakukan untuk keamanan dengan negara-negara Arab.

Statistik itu menunjukkan bahawa Israel juga menentang pemindahan Masjid Al-Aqsa Masjid di bawah Palestin, dan 82 peratus menganggap masalah keselamatan lebih penting daripada perjanjian perdamaian dengan Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Pemuda Palestin cedera di tembak tentera Israel

Khamis, 09/06/2011 – Seorang pemuda Palestin tercedera ketika sepasukan tentera Israel melakukan tembakan di sebuah demonstrasi di Beit Hanun, utara Semenanjung Gaza Selasa lalu . Jurucakap perkhidmatan perubatan, Adham Abu Salmiya mengatakan bahawa pemuda tersebut yang berusia dua puluhan telah ditembak dengan dua peluru getah di leher dan kaki.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Penyakit misteri sebabkan tahanan Shata dihantar ke hospital

Khamis, 09/06/2011 – Pendudukan JERUSALEM, (PIC) – Sumber dari penjara berkata seorang tahanan di penjara Shata, utara Israel dipindahkan ke hospital Afula setelah menderita satu penyakit misteri.

Dalam satu surat yang diterima oleh Pusat Pertahanan Kebebasan dan Hak Asasi Manusia (Hurryyat), ia menekankan keseriusan keadaan tahanan Shata bernama Abdel-Salam Bani-Odeh itu sambil menyeru supaya dibebaskan sehingga dia boleh mendapat rawatan daripada doktor “neutral dan kompeten “.

Badan itu menganggap kelewatan untuk membebaskan dirinya akan mengancam hidupnya dan mahu Perkhidmatan Penjara Israel dan kerajaan Israel bertanggungjawab atas nyawanya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Pendatang Yahudi bakar kawasan ladang rakyat Palestin

Khamis, 09/06/2011 – Pendatang Yahudi daripada penempatan Karmi Tzur yang dibina di tanah Palestin di Halhul dan perkampungan Beit Ummar, Al-Khalil pada Selasa telah membakar kawasan ladang milik warga Palestin.

Sumber tempatan mengatakan para pendatang itu membakar seluas tiga dunum tanah yang ditanam gandum dan menyembur bahan kimia pada pokok anggur.

Mereka berkata salah seorang pendatang telah melepaskan tembakan untuk menghalang peladang daripada menghentikan kebakaran. Para pendatang tersebut memang sentiasa bertindak demikian untuk memaksa para peladang meninggalkan tanah mereka dan seterusnya mengambilalih penempatan itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati