Categories
Berita Semasa

Obama gesa Zionis lanjutkan pembekuan pembinaan penempatan haram Yahudi

Isnin ,27/09/2010 – Presiden Amerika, Barack Obama menggesa rejim zionis melanjutkan tempoh pembekuan aktiviti pembinaan penempatan haram Yahudi di Tebing Barat yang dijajahnya. Tambahnya lagi, rundingan damai Palestin-Zionis mesti diteruskan.

Berucap dalam Perhimpunan Agung PBB pada hari Khamis semalam, Obama berkata bahawa pembekuan pembinaan penempatan haram Yahudi telah membawa perubahan kepada suasana rundingan. Tambahnya lagi, pendirian AS berkaitan pembekuan aktiviti pembinaan tersebut adalah jelas.

“Kita juga percaya bahawa rundingan mesti diteruskan hingga ianya berhasil.” Kata Obama lagi, “Kedua-dua pihak mesti membantu antara satu sama lain bagi mengatasi segala halangan.”

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

15 cedera dalam pertempuran terbaru di Al-Quds

Isnin ,27/09/2010 – 15 penduduk Palestin tercedera dalam pertempuran berlaku di antara penduduk Al-Quds dan Rejim Zionis di bandar terjajah Al-Quds yang telah berlaku beberapa hari yang lalu dan berterusan hingga ke kawasan Ras Al-Amud dan Isawiyah.

Menurut sumber kami, 15 penduduk Al-Quds tercedera disebabkan oleh tembakan peluru hidup, dan puluhan yang lain sesak nafas sewaktu pertempuran dahsyat ini berlangsung di antara penduduk Al-Quds dan Rejim Zionis dekat bandar Silwan pada hari Khamis (23 September) yang lalu.

Sumber tempatan dari bandar Baitul Muqaddas pula menyatakan bahawa Rejim Zionis masuk dan menyerang puluhan penduduk asal perkampungan Al-Bustan, Wadi Helwah dan Batn Al-Hawa, yang menaikkan kemarahan para warga Palestin lalu mencetuskan pertempuran. Semburan gas pemedih mata dan tembakan peluru hidup oleh Zionis mengakibatkan puluhan cedera dan mengalami sesak nafas.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Hamas mendakwa telah menangkap pengintip-pengintip utama Israel

Isnin ,27/09/2010 – Kerajaan Hamas di Gaza menyatakan pada Khamis bahawa mereka telah menahan pengintip-pengintip Israel yang telah menyelinap masuk ke kumpulan tentera.

Pendedahan itu melengkapkan kempen berbulan-bulan untuk mengingatkan warga Gaza supaya jangan bekerjasama dengan Israel. “Badan-badan berkaitan telah berjaya mendapatkan pengakuan serta nama-nama ejen yang bertanggungjawab terhadap pembunuhan beberapa pemimpin,” jurucakap kementerian dalaman Ihab al-Ghussein memberitahu para wartawan.

“Kami berjaya menahan beberapa ejen yang telah menyusup masuk,” beliau menambah sewaktu kenyataan akhbar.

sumber : Yahoo! News
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Penduduk Haram Israel Marah Dengan Saranan Obama Teruskan Pembekuan

Isnin ,27/09/2010 – Pemimpin pemukiman Tebing Barat membantah kenyataan Barack Obama untuk PBB pada hari Khamis, yang meminta Israel untuk melanjutkan pembekuan pada penempatan haram Israel.

“Posisi kami tentang masalah ini sangat jelas. Kami percaya bahawa suatu pemebekuan ini harus diperpanjang,” kata Obama tentang penempatan haram Israel, yang dijangka akan berakhir pada tarikh 26 September. Ketua Majlis Daerah Shomron Gerson Mesika berkata, “Hussein Obama adalah seorang ahli politik yang sombong dan rasis, yang mungkin berfikir dari kebodohan, bahawa Israel adalah diktator seperti negara-negara di Timur Tengah.”

Dalam satu kenyataan oleh biro Netanyahu mengatakan dia sedang berdiri di kedudukannya tidak melanjutkan pembekuan tersebut. Dia mengatakan, bagaimanapun, dia bermaksud untuk menyekat ruang lingkup pembangunan penempatan Israel masa depan. Pemukiman dianggap oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa menjadi haram, keputusan yang disangkal oleh Israel. Daerah-daerah Palestin takut akan penempatan yang berterusan akan mengugat mereka sebuah negara yang layak, berterusan dan berdekatan.

sumber : Haaretz
penterjemah :  ameen

Categories
Berita Semasa

40 Ton Bantuan Perubatan Syria Memasuki Gaza

Isnin ,27/09/2010 – Persatuan Bulan Sabit Merah Syria mengumumkan, Khamis (23/9) bahawa kiriman bantuan ubat-ubatan dan peralatan perubatan yang dibawa kapal Syria kini sedang dihantar menuju Semenanjung Gaza setelah muat turun di pelabuhan Aresy, Mesir.

Ketua Persatuan Bulan Sabit Merah, Marwan Abdullah, menjelaskan bahawa ketika ini bantuan perubatan mencapai 40 ton sedang menuju Gaza. Selainnya lebih dari 600 ton bahan makanan akan diserahkan kepada Bulan Sabit Merah Mesir yang bertanggungjawab mengirimkannya kepada penduduk Gaza.

Dalam pernyataannya kepada pejabat berita Syria, Abdullah menambah bahawa pakej bantuan perubatan akan tiba ke Gaza pada hari Khamis melalui pintu masuk Rafah dan Auja yang disertai oleh delegasi mewakili Bulan Sabit Merah Syria dan puluhan persatuan kemanusiaan lain.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Netanyahu : Laporan PBB mengenai serangan kapal Gaza adalah bias.

Isnin ,27/09/2010 – Laporan PBB mengenai serangan kapal Gaza adalah bias, kata Perdana Menteri Benjamin Netanyahu pada Khamis lalu sambil menambah kumpulan yang bertanggung jawab untuk laporan tersebut adalah “terobses dengan mensasarkan Israel.”

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia PBB mengeluarkan laporan pada Rabu lalu yang menyatakan pasukan Israel melanggar undang-undang antarabangsa ketika mereka menyerbu sebuah kapal bantuan Gaza, yang membunuh sembilan aktivis, awal tahun ini.

“Seluruh dunia melihat video tentera datang ke geladak kapal Marmara ke arah pra-rancangan dan penyokong keganasan yang cuba membunuh dengan menggunakan pisau,” kata Netanyahu.

sumber : Haaretz
penterjemah :  hijjaz

Categories
Berita Semasa

Pertempuran baru antara Zionis dan warga Palestin di Silwan

Isnin ,27/09/2010 – Petang Rabu (22 September) menyaksikan pergaduhan dahsyat antara pemuda Palestin yang marah dengan penjenayah Zionis di beberapa tempat dalam perkampungan Silwan dekat bandar terjajah, Al-Quds. Kejadian ini adalah sebagai tindak balas atas pembunuhan seorang pemuda Palestin, Samer Sirhan, pada pagi Rabu tersebut.

Sumber tempatan menyebut pertempuran bertumpu di sekitar kawasan kejiranan Wadi Helwa di mana terdapat pos ketenteraan Zionis. Saksi menyatakan bahawa para pemuda Palestin mula membaling batuan dan bom Molotov ke arah pos ketenteraan di Silwan, sebagai menunjukkan kemarahan mendalam mereka terhadap aksi tembakan rambang ke atas warga Palestin oleh pihak penjenayah Zionis yang mebunuh As-Syahid Samer Sirhan, (32 tahun) ayah kepada 5 orang anak yang tinggal di kejiranan Bustan. Seorang tentera Zionis dilaporkan cedera dalam pertempuran ini.

Pihak berkuasa Zionis mengarahakan sejumlah besar tentera dan pihak berkuasanya untuk menutup pintu masuk ke kawasan tersebut dan menyembur gas pemedih mata kepada warga Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Hebron: Pendatang Israel Dan Tentera Zionis Mengepung Sebuah Sekolah, dan Menangkap Dua Kanak-kanak

Jumaat ,24/09/2010 – Dua kanak-kanak Palestin ditangkap selepas pendatang Israel bersama tentera Zionis mengepung sekolah mereka di kota lama Hebron, selatan Tebing Barat.

Pengetua sekolah tersebut, Saleh Abu Sliyma, mengatakan bahawa dalam kejadian yang berlaku pada hari Rabu itu, sekitar 200 pendatang Israel, datang bersama-sama dengan tentera Zionis sebagai perisai mereka dan beramai-ramai mengelilingi sekolah itu. Beliau mendakwa salah seoarang pelajar telah menyerang seorang dari pendatang Israel itu.

Setelah tiga jam pengepungan, tiga tentera zionis menceroboh masuk dan menangkap dua kanak-kanak- dan membawa mereka ke sebuah pos pemeriksaan tentera zionis. Kedua-dua kanak-kanak lelaki itu kemudiannya dibawa ke balai polis di penempatan Keryat Arba berhampiran Hebron.

sumber : Palestine News Network
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Tahanan penjara wanita Palestin mengadu tentang Nashon

Jumaat ,24/09/2010 – Seramai 40 orang tahanan penjara wanita warga Palestin telah memfailkan saman terhadap Unit Nashon rejim Zionis yang pakar dalam memberi layanan buruk kepada para tahanan.

Para tahanan melaporkan bahawa unit tentera Nashon yang bertugas mengiringi mereka pergi dan balik ke perbicaraan mahkamah, hospital dan penjara, telah memalukan dan memberi layanan buruk kepada para tahanan. Tentera unit tersebut juga melarang mereka pergi ke tandas mahupun meminum air ketika dalam perjalanan yang panjang.

Selain itu, tentera tersebut juga menyumbat para tahanan beramai-ramai di dalam sebuah van dan membawa mereka pergi dari penjara pada pukul 3 pagi dan mereka hanya dihantar pulang semula ke penjara pada pukul 11 malam, sedangkan jarak antara penjara dan mahkamah hanya mengambil masa selama 1 jam perjalanan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis akan bina lagi 2,500 unit petempatan haram di Tebing Barat

Jumaat ,24/09/2010 – Pada Khamis lepas, Radio Israel melaporkan bahawa reji Zionis bercadang untuk membina lagi 2,500 unit rumah di penempatan haram Modi’in Ilit yang terletak berdekatan Bandar Ramallah, tengah Tebing Barat.

Radio tersebut melaporkan sebaik sahaja tamat fasa pembekuan pembinaan penempatan haram berakhir pada hujung bulan ini, pembinaannya akan disambung semula penempatan haram Modi’in Ilit dan beberapa penempatan haram yang lain di kawasan jajahan rejim Zionis di Tebing Barat.

Radio itu juga melaporkan bahawa sebuah syarikat pembinaan Israel, Na’ot Hapisga akan memulakan pembinaan 2,400 unit rumah di Modi’in Ilit. Keputusan ini dibuat setelah kerajaan rejim Zionis pimpinan Benjamin Netanyahu mengumumkan bahawa mereka tidak berminat untuk melanjutkan tempoh pembekuan pembinaan penempatan haram.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Jerusalem : Pengawal keselamatan rejim Zionis bunuh 2 rakyat Palestin

Jumaat ,24/09/2010 – Seorang pengawal keselamatan di penempatan haram Yahudi pada pagi Rabu lepas telah menembak mati dua orang pekerja rakyat Palestin yang memandu melepasinya di timur Jerusalem.

Pengawal keselamatan itu ditempatkan di hadapan sebuah pondok kawalan penempatan haram Yahudi di kawasan kejiranan Al-Bustan, dalam wilayah pentadbiran Palestin berdekatan bandar lama Jerusalem.  Samir Sarhan, 35, meninggal dunia serta merta setelah terkena tembakan itu manakala rakannya yang mana nama dan keadaannya masih belum diketahui sehingga tengahari Rabu lalu apabila berita ini disiarkan oleh pusat media Wadi Hilwa yang berpengkalan di Jerusalem-Palestin, meninggal dunia akibat kecederaan parah.

sumber : Palestine News Network
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Netanyahu : Palestin wajib iktiraf Israel sebagai Negara Yahudi

Jumaat ,24/09/2010 – Perdana Menteri rejim Zionis menyatakan lagi gesaannya agar pihak Palestin mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara Yahudi dan menegaskan bahawa pihaknya tidak sekali-kali akan menarik balik gesaan ini.

Kenyataannya itu diucapkan dalam satu mesyuarat ketua-ketua organisasi Yahudi di Amerika Syarikat. Netanyahu berkata bahawa Presiden Palestin, Mahmoud Abbas tidak boleh mencari alternatif lain kepada gesaan ini dan mesti mengumumkan secara terang-terangan yang pihak mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara Yahudi kerana ianya adalah sebuah negara untuk bangsa Yahudi.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Kediaman Wartawan Gaza Dicerobohi dan Peralatan Dicuri

Jumaat ,24/09/2010 – Kediaman seorang wartawan Alhayat Aljadedah, Nufouth Al Bakri yang terletak di Khan Yunis, selatan Semenanjung Gaza telah dipecah masuk pada malam Selasa.

Al Bakri mengatakan pihak polisnmenghubunginya pada jam 1.30 pagi (22 September 2010) dan memaklumkan pintu rumahnya terbuka. Apabila beliau pergi ke pintu tersebut, beliau mendapati pintu telah dipecahkan dan kebanyakan peralatan media seperti mesin faks, telefon serta kenyataan akhbar telah dicuri.

Al Bakri menambah, “Pencerobohan tersebut bukan bertujuan mencuri kerana barang-barang yang hilang adalah peralatan yang saya gunakan untuk kerja kewartawanan. Banyak lagi barang lain yang berharga tetapi tidak dicuri.”

Pusat Pembangunan dan Kebebasan Media Palestin (MADA) menyelar kejadian itu dan menuntut pihak berkenaan untuk mendakwa dan membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.

sumber : Palestine News Network
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Rundingan Israel Palestin terus hilang arah.

Jumaat ,24/09/2010 – Pusingan terkni rundingan antara Israel dan Palestin berlangsung di bawah bayang-bayang Israel yang secara terang-terangan mengenepikan undang-undang antarabangsa, dengan pengepungan berterusan dan pengeboman di Semenanjung Gaza, serta penjajahan berterusan Golan di Syria dan Tebing Barat, termasuk juga Baitulmuqaddis Timur.

Pihak Berkuasa Palestin, sebagai prasyarat untuk memasuki pembicaraan langsung dengan Israel berkeras dengan satu permintaan, menuntut Israel membekukan pembangunan di semua penempatan. Walaupun Israel mendakwa dan menyatakan ia dibekukan, namun banyak kesalahan telah direkodkan di mana kerajaan Israel terus meluluskan atau menutup mata terhadap pembinaan haram yang terus berlanjutan di Tebing Barat.

Akhabar Ha’aretz mendedahkan baru-baru ini bahawa penempatan terus menerima selangit “geran pengimbang” dari Kementerian Dalam Negeri Israel. Daripada NIS 2.5 bilion dari jumlah keseluruhan geran untuk tahun 2009, NIS 265 juta (lebih dari 10%) diberikan untuk penempatan Israel. Rata-rata setiap penduduk menerima NIS 115 setiap tahun dalam bentuk geran pengimbang, 22% lebih banyak daripada geran rata-rata untuk warga Israel yang lain.

sumber : Palestine News Network
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Tentera Zionis Tahan 13 Orang Awam di Tebing Barat

Jumaat ,24/09/2010 – Tentera Israel menyerang pada hari Rabu pagi sejumlah masyarakat awam diTebing Barat dan menangkap 13 orang.

Serangan Israel dilaporkan di bandar-bandar Nablus dan Jenin di Tebing Barat utara, di samping Baitul Laham di bahagian selatan Tebing Barat, sumber-sumber Palestin melaporkan pada hari Rabu. Di Nablus, tentera Zionis menyerang dan menggeledah rumah mereka sebelum menahan tujuh orang dan tiga lelaki tentera di Jenin selepas mengeledah rumah mereka.

Di Betlehem, tentera Israel menangkap lima warga awam dalam kempen memburu dari rumah ke rumah dekat gereja kelahiran Nabi Isa di pusat bandar.

sumber : Palestine News Network
penterjemah : ameen