Categories
Berita Semasa

49 warga Palestin telah terbunuh di Gaza sejak awal tahun

Khamis, 14/04/2011 – Tentera rejim Zionis (IOF) telah membunuh 49 orang warga Palestin di Gaza sejak 1 Januari hingga 9 April 2011, termasuklah 7 orang kanak-kanak.

Sementara itu, berpuluh-puluh orang warga Palestin yang lain cedera dalam serangan udara dan peluru oleh rejim Zionis terutamanya pada Khamis lepas yang menyaksikan serangan udara bertubi-tubi ke atas kawasan penempatan awam di Gaza, kata Media Quds.

8 April merekodkan serangan maut paling dahsyat apabila 11 warga Palestin terbunuh dalam serangan udara yang ganas ke atas rumah-rumah mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Hamdan beri amaran jika Zionis mahu mulakan serangan baru

Selasa, 12/04/2011 – Usamah Hamdan, Pengerusi Hubungan Luar bagi Hamas, memberi amaran kepada Zionis sekiranya mereka merancang sebarang serangan baru terhadap Gaza, yang akan menyebabkan, “perkara paling buruk untuk Israel”, sebagai merujuk kepada kebangkitan besar-besaran Arab menentang Zionis.

Hamdan berkata dalam temu ramah yang dikeluarkan oleh Akhbar “Palestin” hari Ahad (10 April) : “kami dalam tempoh peperangan yang panjang dengan ZIonis, di mana ada bahagian naik dan turunnya, namun ini tidak mengubah hakikat yang kami masih terus berperang.”. Beliau menegaskan bahawa barisan pertahanan Palestin mempunyai hak untuk menentang apa sahaja kebangkitan Zionis.

Tambah beliau lagi : “antara salah satu sebab Zionis ingin meningkatkan lagi operasi serangan ke atas Gaza adalah kerana pihak Israel mula merasakan ketegangan dari segi keselamatan yang berlaku di petempatan mereka yang selama ini membolehkan mereka hidup aman selama 6 dekad lalu.”, di samping itu beliau menegaskan bahawa masaalah untuk Zionis ini datang pada waktu yang sama barisan pertahanan semakin kukuh kedudukannya.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

IOA mula membina kilang-kilang baru di Salfit, Palestin

Selasa, 12/04/2011 – Pihak berkuasa Israel (IOA) membenarkan pembinaan kilang-kilang baru di kawasan perindustrian Burkan di atas tanah Palestin di barat kota Salfit.

Sumber kesihatan Palestin berkata, kilang-kilang tersebut menjejaskan alam sekitar, termasuk air bawah tanah, tanah dan udara. Penyebaran kanser di populasi kampung-kampung terdekat serta jenis nyamuk baru merebakkan penyakit yang tidak diketahui sebelum ini di kawasan tersebut, mereka menambah.

Sumber-sumber itu berkata, kilang dan penempatan Israel menyalurkan pembuangan sisa ke tanah Palestin. Para pekerja Palestin di kilang-kilang itu berkata, para pemiliknya tidak peduli dengan penjagaan alam sekitar serta kesihatan pekerjanya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Mahkamah Abbas di Qalqilia Hukum Penjara 2 Tawanan Palestin

Selasa, 12/04/2011 – Pihak mahkamah militan Abbas meneruskan tindakan zalimnya terhadap aktivis dan anggota Hamas di Tebing Barat. pihak Pengadilan Fatah mengeluarkan hukuman penjara dua tahanan Hamas dari Qalqilia. Sementara tahanan ketiga dibebaskan, setelah terperosok selama enam bulan di penjara Abbas.

Pengadilan militan Fatah, Ahad (10/4) memutuskan hukuman penjara satu tahun terhadap Abdullah Naufal dan lapan bulan penjara terhadap Muhammad Al-Far.

Perlu disebutkan, Abdullah Naufal, sudah dipenjarakan selama lebih dari tujuh tahun di dalam penjara Israel. Beliau kembali ditangkap tentera Abbas ketika dibebaskan dari penjara Israel, bahkan sebelum sampai di rumahnya, tujuh bulan yang lalu.

Sementara Muhammad Al-Far adalah bekas tawanan Abbas enam bulan yang lalu. Thariq Dziyab bekas tawanan Israel dan telah di sana selama tiga tahun. Beliau pun sudah berada dalam penjara Abbas selama lima bulan dan baru satu minggu dibebaskan dari penjara Abbas.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Kerajaan Sudan berkata akan bertindak balas atas pencerobohan Israel ke atas wilayah udaranya

Selasa, 12/04/2011 – Angkatan bersenjata Sudan berkata dua pesawat pejuang Israel, yang menyerang sebuah kereta di bandar Port Sudan, telah menggunakan sejenis gangguan radio untuk menyembunyikan kemasukan mereka ke dalam wilayah udara Sudan. Dia menegaskan kerajaan akan bertindak balas terhadap hal pelanggaran Israel ini.

Menteri pertahanan Sudan Abdulrahim Hussein menyatakan dalam siaran media bahawa kerajaan Sudan mengetahui semua dimensi serangan Israel yang terjadi Selasa malam lalu.

Hussein berkata beliau berbincang dengan para pemimpin keselamatan dan tentera di Port Sudan dan semua tindakan yang harus diambil untuk mencegah dari berulangnya kesalahan tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Bahar Menyeru Liga Arab untuk Membuat Keputusan Tentang Serangan Israel

Selasa, 12/04/2011 – Timbalan Speaker Majlis Parlimen Palestin Dr. Ahmed Bahar menyeru Liga Arab supaya bertanggungjawab dan membuat tindakan berani menentang keganasan Israel ke atas Semenanjung Gaza, sewaktu liga itu bersiap siaga untuk bermesyuarat pada Ahad.

“Kami tidak mahukan ‘kutukan’, tetapi kami mahukan keputusan dibuat untuk menghentikan keganasan, membuang sekatan dan membangunkan Gaza” kata Bahar.

DIa juga menyeru Liga Arab supaya menyokong komitmen yang dicanangkan dalam Sidang Puncak di Amman pada Mac 2001 yang menekankan kepentingan tribunan khas untuk menghadapkan Israel ke tribunal jenayah perang.

Berkata tentang keganasan Israel terbaru, Bahar berkata, “keganasan Zionis pada 3 hari lepas telah menyebabkan kematian 19 orang, dan lebih dari 70 yang lain cedera, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak. Dan Israel telah menggunakan senjata yang dilarang dalam usaha untuk menyerang Palestin dan menidakkan hak asasi penduduk Palestin – yang mana bukan sesuatu yang baru bagi entiti yang cacat (Israel) ini, malah menjadi satu kebiasaan, dan menjadi polisi Talmud Yahudi untuk menghapskan penduduk lain dan penentangannya,”

Bahar juga menyeru setiausaha agung PBB, Ban Ki Mun supaya menggunakan kuasa yang diberikan kepadanya di bawah artikel 99 carta UN untuk melaksanakan tuduhan jenayah perang dan mengarahkan Majlis Tertinggi Mesir dalam Ketenteraan dan negara Muslim serta Arab yang lain untuk campur tangan dalam serangan ganas Israel ini.

Dia menekankan kepentingan laporan Goldstone dalam agenda di Mesyuarat Agung PBB yang akan datang.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Bahar meminta Lords untuk menolak undang-undang pemberian kekebalan terhadap penjenayah perang Israel

Isnin , 11/04/2011 – Timbalan Ketua Majlis Perundangan Palestin Ahmed Bahar menyelar badan pelulusan undang-undang British House yang menyekat kuasa Inggeris untuk menuntut penjenayah perang Israel yang melangkah masuk ke negeri ini, dan dia telah meminta House of Lords, yang akan meninjau undang-undang seterusnya, untuk menolaknya.

Dia berkata kelulusan itu sebagai respon terhadap tekanan Israel dan disebut sebagai “penyerahan kepada dominasi dan kesombongan Zionis yang bertujuan untuk menjaga entiti Zionis di atas undang-undang antarabangsa dan prinsip-prinsip moral dan norma-norma kemanusiaan “.

Undang-undang ini, katanya, akan memberi gambaran kepada para pegawai Israel bahawa jenayah perang yang mereka lakukan terhadap Semenanjung Gaza dalam siri pencerobohan 2008 – 2009 boleh mengecualikan mereka dari keadilan, dan akan mendorong mereka untuk melakukan lebih kejahatan terhadap kemanusiaan di Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Menteri Luar Negara Austria gesa sekatan ke atas Gaza dihentikan

Isnin , 11/04/2011 – Menteri Luar Negara Austria, Michael Spindelegger menggesa agar sekatan ke atas Gaza yang telah berlangsung selama 4 tahun dihentikan segera bagi menamatkan kesengsaraan yang dialami oleh penduduk Gaza.

Spindelegger yang tiba di Gaza melalui Mesir pada Rabu lalu berucap dalam satu sidang media yang dibuat di Ibupejabat UNRWA bahawa sekatan tersebut sepatutnya ditamatkan sekarang kerana penduduk Gaza telah cukup sengsara.

Selepas menghadiri beberapa mesyuarat di Gaza, beliau berpendapat bahawa Kesatuan Eropah (EU) sepatutnya mengambil inisiatif khusus untuk menamatkan sekatan tersebut. Katanya lagi, Negara-negara EU perlu mencapai kata sepakat berhubung penderitaan terus-terusan yang dialami oleh penduduk Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Nablus : Zionis lancar operasi ketenteraan baru ke atas Awarta.

Isnin , 11/04/2011 – Rejim Zionis menceroboh masuk Kampung Awarta, di tenggara Nablus pada petang Rabu lalu termasuk menghalang jalan-jalan. Menurut laporan saksi kepada Pusat Informasi Palestin, sejumlah besar kenderaan ketenteraan yang dinaiki oleh para tentera yang bersenjata menceroboh masuk ke kampung tersebut secara tiba-tiba pada waktu petang, dan berkumpul di beberapa kawasan di dalamnya, semetara pegawai tentera dan infantri meronda sekitar jalan raya kampung itu.

Sumber tempatan memberitahu bahawa penceroboh Zionis ini telah menculik puluhan penduduk termasuk wanita, yang dibawa menaiki kenderaan ketenteraan ke Ken Huwarrah.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Abu Zuhri: Saspek pembunuhan Juliano Mer-Khamis dikaitkan dengan Fatah

Isnin , 11/04/2011 – Dr. Sami Abu Zuhri, seorang jurucakap Hamas, yakin bahawa saspek pembunuhan Juliano Mer-Khamis mempunyai kaitan dengan Fatah dan tidak mempunyai kaitan dengan Hamas seperti yang dikatakan oleh alat keselamatan Tebing Barat di bawah kawalan Fatah.

Pihak keselamatan yang setia kepada presiden de facto Palestin dan pemimpin Fatah, Mahmoud Abbas menahan Mujahid Qaneiri dengan tuduhan membunuh Mer-Khamis, seorang pengarah, pelakon dan pengurus teater al-Hurriyah (Kebebasan) di Jenin beberapa hari lepas.

Sumber memberitahu Pusat Info Palestin bahawa Qaneiri dikanali dengan kaitannya dengan paksi Fatah dan sayap ketenteraannya Bridged Aqsa. Pihak keselamatan Tebing Barat cuba menyebarkan khabar angin bahawa Qaneiri berkaitan dengan Hamas dan cuba untuk menuduh Hamas bertanggungjawab dengan pembunuhan itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Mesir undang Mishaal, Shallah untuk melawat Kaherah

Isnin , 11/04/2011 – Mesir sedang merancang untuk mengundang beberapa kumpulan di Palestin dan personality-personaliti bebas untuk melawat Kaherah dalam beberapa hari lagi untuk membincangkan usaha perdamaian, sumber diplomatik Mesir melaporkan.

Mereka berkata undangan itu bermula dengan Munib Al-Masri dan delegasi jawatankuasa rundingan damai yang dipengerusikannya. Seterusnya kepada ketua Jihad Islam Ramadan Shallah dan akan diakhiri dengan mengundang ketua utama Hamas, Khaled Mishaal bagi menyemarakkan usaha rundingan damai.

Sumber tersebut mengatakan, usaha Mesir ini bertujuan untuk mengakhiri konflik Palestin serta ingin membincangkan cara-cara berdepan dengan ancaman Zionis.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Menteri Luar Austria Tuntut Tamatkan Sekatan Gaza

Isnin , 11/04/2011 – Menteri Luar Austria, Mikhail Sibandlijer, menyeru ditamatkan sekatan terhadap Gaza untuk mengakhiri penderitaan rakyat Palestin yang berlangsung sejak lebih dari 4 tahun lalu.

Dalam sidang akhbar, Rabu (6/5) di pejabat UNRWA Gaza, Sibandlijer menyatakan bahawa sekatan Gaza harus segera diakhiri, tidak mungkin membiarkan penderitaan warga Palestin berlanjutan di Gaza.

Beliau menyebutkan bahawa pihak Kesatuan Eropah harus melakukan inisiatif mengakhiri sekatan terhadap Gaza dan meyakinkan pihak Kesatuan Eropah untuk mengambil sikap bersatu mengakhiri penderitaan rakyat Palestin.

Menteri Luar Austria tersebut mengunjungi sekolah Kontena milik UNRWA di kem Nazaret pusat kota Gaza, melihat pusat penyulingan air di kem Deirbalah dan bertemu pegawai-pegawai UNRWA, tokoh masyarakat Gaza dan rakyat tempatan.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Dichter-Penjenayah perang diboikot pelajar Amerika

Isnin , 11/04/2011 – Puluhan pelajar di Universiti Barthes, Washington hari ini telah memboikot sesi ceramah yang disampaikan oleh mantan Ketua Perisikan Israel Shabak, Avi Dichter. Dichter telah diboikot dan digelar sebagai penjenayah perang. Para pelajar turut melaungkan bahawa mereka akan bertemu Dichter di mahkamah antarabangsa.

Dichter merupakan arkitek yang meneruskan kezaliman ke atas rakyat Palestin.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Armada ke Gaza Minta Perlindungan Antarabangsa Selepas Israel Ancam untuk Menyerang

Jumaat , 08/04/2011 – Ketua armada Kebebasan kedua Gaza oleh Kempen Eropah untuk menamatkan pengepungan di Gaza, telah menyeru campur tangan dunia selepas para pegawai Israel mengancam secara awam bahawa tentera akan menyerang konvoi jika ia meneruskan untuk menembus sekatan Israel dikuatkuasakan terhadap Jalur Gaza.

Permintaan ini muncul selepas dokumen rahsia Israel mendedahkan bahawa serangan terhadap armada pertama sebenarnya dirancang.

Angkatan laut Israel menyerang operasi armada kebebasan pertama ke Gaza akhir Mei lalu, membunuh sembilan aktivis dan menyebabkan ramai kecederaan.

“Apa yang diterbitkan dalam surat khabar Israel pada hari Isnin bahawa tentera bersedia untuk menyerang Armada Kebebasan 2 dan menguasai semua kapal dengan menggunakan kapal peluru berpandu dan pengakuan sebelumnya bahawa Israel merancang untuk menggunakan pencerobohan boleh menyebabkan akibat yang serius , “kata Mazen Kaheel ahli Eropah dalam kempen tersebut kepada akhbar.

Dalam perkembangan berasingan, wartawan Israel telah membocorkan dokumen “rahsia” mengandungi maklumat bahawa serangan terhadap armada pertama dirancang dan bahawa rampasan kapal-kapal adalah sebahagian daripada senario rasmi yang digunakan untuk melakukan operasi.

Menurut dokumen yang diterbitkan Isnin, Jeneral Yoav Galant, komander selatan Israel memberi amaran setahun sebelum serangan bahawa kapal-kapal akan disita dan bahawa operasi boleh mempunyai menyebabkan “akibat yang serius”.

Galant memberi amaran bahawa nyawa tentera akan terancam sekiranya operasi menurunkan mereka ke kapal sehingga mereka tidak punya pilihan tetapi melepaskan tembakan dan membunuh aktivis.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Pendatang Yahudi Sabotaj Bekalan Air Kampung Palestin

Jumaat , 08/04/2011 – Pendatang haram Yahudi menyerang kampung Madma pada selasa dan mencemarkan dan merosakkanbekalan air di kampung itu, kata sumber tempatan. Mereka berkata bahawa pendatang daripada Yitzar menyerang satu-satunya bekalan air dan menghalang penduduk kampung dari menggunakannya. Kampund di selatan dan Utara Nablus menjadi sasaran serangan harian daripada pendatang haram Yahudi.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz